Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Anak2 didik

Hari ini buat kelas tambahan lagi.
Nampak gaya selepas trial exam,
adalah peningkatan bagi anak2 didik
kelas 5 syumul ni.
Nampak sedang2 mencuba soalan2
dari module yang dibekalkan.
Cikgu sentiasa mendoakan
kejayaan anda semua...

Hari ini kak long join sama belajar add maths.
Lepas kelas ada makan2 sikit.
Ha'ah tu lah teknik santainya...

Petang anakanda bertolak dengan kawan2
ke SMASKL dihantar oleh walidnya.
Doa bonda moga kak long tenang
untuk menghadapi spm nanti...

Di jalan dakwah kugapai sakinah...

Sempena ulangtahun perkahwinan ku yang ke 18
ku cuba untuk mengumpul segala kekuatan
untuk melayari bahtera rumah tangga dakwah ini....










Pernikahan adalah....

Pernikahan adalah akad untuk beribadah kepada Allah,
akad untuk menegakkan syariat Allah,
dan akad untuk membangun rumahtangga
yang sakinah mawadah wa rahmah...

Pernikahan adalah akad untuk meninggalkan kemaksiatan,
akal untuk saling mencintai kerana Allah,
akad untuk saling menghormati dan menghargai,
akad untuk saling menerima apa adanya,
akad untuk saling menguatkan keimanan,
akad untuk saling membantu dan meringankan beban,
akad untuk saling menasihati,
serta akad untuk setia kepada pasangannya
baik dalam suka dan duka,
dalam kefakiran dan kekayaan,
juga dalam sakit dan sihat...

Pernikahan bererti akad untuk meniti hari-hari dalam kebersamaan,
akad untuk saling melindungi,
akad untuk saling memberikan rasa aman,
akad untuk saling mencurahkan perasaan,
akad untuk berlomba menunaikan kewajiban,
akad untuk saling memaafkan kesalahan,
akad untuk tidak menyimpan dendam dan kemarahan,
serta akad untuk tidak mengungkit-ungkit
kelemahan, kekurangan dan kesalahan...

Pernikahan adalah akad untuk tidak melakukan pelanggaran,
akad untuk tidak saling menyakiti hati dan perasaan,
akad untuk tidak saling menyakiti badan,
akad untuk lembut dalam perkataan,
akad untuk santun dalam pergaulan,
akad untuk indah alam penampilan,
akad untuk mesra dalam mengungkapkan keinginan,
akad untuk saling mengembangkan potensi diri,
akad untuk adanya saling keterbukaan yang melegakan,
akad untuk saling menunjukkan kasih sayang,
akad untuk saling merindukan,
akad untk tidak adanya pemaksaan kehendak,
akad untuk tidak saling membiarkan,
dan akad untuk tidak saling meninggalkan...

Pernikahan juga bermakna akad untuk menebarkan kebaikan,
akad untuk mencetak generasi berkualiti,
akad untuk siap menjadi bapa dan ibu bagi anak-anak,
dan akad untuk membangun peradaban masa depan...

Pernikahan adalah akad untuk segala hal yang bernama kebaikan...

Alhamdulillah
kaki ini masih boleh lagi berpijak
buat suami ku tercinta
masih ingat lagi kah
18 tahun yang lalu...
takdir telah menemukan kami
dalam sebuah bahtera
rumah tangga dakwah
bersama menyimpul kasih
bersama merempuh onak2 kehidupan.
Semoga Allah sentiasa melindungi
rumah tangga kita dengan cinta.
Semoga Allah mengumpulkan kita
di syurgaNya yang penuh cinta...
Amin.

Iqra'

Di sekolah pagi ini telah diadakan
pelancaran kempen membaca 1malaysia.
Sunyi sepi dewan untuk 10 minit bila
semua guru dan pelajar menatap buku.
Lucu pun ada sebab tahu2 jelah pelajar
sekarang mana mulut tak berhenti bercakap.
Tapi agaknya aktiviti sebegini
tak pernah dibuat sebelum ni,
maka pelajar pun turut akur dan terkedu...

Kemudian bila tiba sesi resensi buku,
dapat lihatlah keserlahan pelajar2 zaman sekarang,
tak berani nak naik ke pentas.
Alih2 yang naik adik farith
dari pelajar pendidikan khas.
Memang boleh tabik kat farith
dalam tergagap2 boleh beri muqadimah
Alhamdulillahirabbilalamin... dan seterusnya.

Dan yang lain2 cikgu harap
jangan baca dalam dewan je
Iqra', ayat pertama al-quran yang diturunkan
mengingatkan kita roh membaca
adalah sepanjang hayat.
Bila baca kita dapat ilmu.
Dengan ilmu kita dapat mengenal
mana yang ma'ruf mana yang mungkar.
Dengan ilmu itu juga akan mengajar kita
untuk menjadi hamba kepada Allah.

Sebelum balik, adik2 bakal ustazah datang bersalam.
Hari ini last day mereka berpraktikum di smkpb.
Doa cikgu mutiara yang dikutip
di smkpb akan menjadi
pengalaman yang bermakna.
Ingat tugas guru bukan sekadar mengajar
tapi mendidik.
Cabaran yang digalas dibahu
cukup mencabar terutama hari ni
akhlak pelajar memang cukup ampuh.
Selamat bertugas di sekolah baru.

Jawapannya....

"Cikgu, kalau tak minta balik tie saya dengan cikgu shukri, jaga cikgu balik nanti."

Begitulah kata2 dari seorang pelajar kepada saya tengahari tadi. Bagai satu ugutan yang menusuk ke kalbu saya. Terasa hancur luluh hati ini. Anak2 semuda itu hilang pertimbangan bila tidak mampu melawan amarah. Sampai balik kata2 itu masih terngiang2. Teruk sangat kah saya. Selama ini saya sentuh dan belai mereka dengan penuh kasih sayang. Mungkin Allah ingin menguji saya. Saya tercari2 jawapannya...

Semalam saya ke kedai buku mencari buku untuk dihadiahkan kepada muhammad said ramadhan sempena ulangtahunnya yang ke empat. Terpandang novel terbaru hilal asyraf, terasing. Tanpa berfikir panjang saya mencapainya. Malam tu juga saya sempat membaca bab 1 & 2. Dan Allah Maha Kaya, petikan demi petikan, bagai menusuk kalbu memberikan jawapannya...

"Ya, benci kepada jahiliah, bukan benci kepada orang yang di serang jahiliah."

"Mereka semua ini adalah mad'u kita."

"Kita tidak boleh membenci mereka. Kita tidak boleh asingkan mereka. Kerana benci menutup kasih daripada hati. Kita perlu sayang, dan berasa kasihan dengan mereka. Mereka diuji sedemikian rupa, dan kita pula tidak Allah uji dengan kehidupan sebegitu. Kita diizinkan Allah untuk duduk dalam tarbiyah, belajar dalam sekolah agama, dapat keluarga yang faham Islam. Mereka mungkin tidak berkesempatan seperti kita. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memberikan apa yang mereka tidak dapat itu."

"Kita penyeru, bukan penghukum. Kita ibarat doktor yang mengubati, bukan tukang pancung hukuman mati."

"Jangan asingkan mereka daripada kehidupan kita. Orang yang terasing, akan mudah rasa kecewa, dan sukar untuk diubati jiwanya."

Kata2 itu seolah2 memberi kekuatan baru kepada saya. Thanks anakanda hilal, kadang2 yang tua perlu juga diingatkan oleh yang muda.

My loving boy....


Mana kan bonda boleh lupa
saat-saat kelahiran mu
Muhammad Said Ramadhan
pada tanggal 28 Oktober 2005.
Moga Allah berkati hidup mu.
Suatu hari kau akan menjadi
rijal pewaris generasi....

Saat saat terakhir

Tiba masa saat2 terakhir akan tiba jua dalam setiap kehidupan kita. Maka tidak mampu untuk kita anjakkan atau undurkan barang sesaat. "Tiap2 yang berjiwa alan merasakan mati." (Ali Imran : 185).

Namun manusia walaupun tahu kematian adalah satu yang pasti, ternyata masih berbeza dalam membuat persiapan. Ada yang menyiapkan dirinya dengan sepenuhnya dan ada pula yang melalaikan. Sedangkan beruntunglah sesiapa yang menyiapkan dirinya untuk menghadapi kematian itu dan merugilah siapa yang tidak menyiapkan dirinya untuk hal itu.

Lihatlah sekelumit hidup para solehin. Dikisahkan Al-A'mash seorang muhaddits, telah menyiapkan dirinya selama 60 tahun, dengan melaksanakan solat berjamaah bersama imam tanpa pernah ketinggalan takbiratul ihram. Menjelang kematiaannya, anak2nya menagisinya, namun cub akita renung kata2 Al-A'mash, "Jangan kalian menangisi aku! Sebab demi Allah, aku tidak pernah ketinggalan takbiratul ihram bersama imam selamat 60 tahun."

Juga Sa'id bin Musayyah, seorang tokoh dikalangan para tabi'in. Beliau telah menyiapkan dirinya selama 40 tahun, iaitu berada di masjid Rasul sebelum muadzin melaungkan azan.

Manakala Al-Watsiq adalah khalifah Bani Abbasiyah yang dikenali bengis dan telah membunuh Ahmad bin Nashir Al-Khuzza'i, salah seorang tokoh Ahlus Sunnah wal Jama'ah, kerana menolak mengatakan bahawa al-Quran itu makhluk. Bagaimana kematiannya? Ketika Al-Watsiq telah mati dan dibaringkan tiba-tiba seekor tikus datang lalu mengambil kedua matanya dan memakannya.

Maka itulah gambaran saat2 terakhir yang dialami oleh orang2 soleh dan orang2 durhaka atau lalai. Dapat kita bayangkan pemergian mereka2 yang soleh amat menenangkan manakala mereka yang lalai amat mencemaskan.

Kita yang masih bernyawa inilah seharusnya memikirkan jejak mana yang hendak kita lalui, lalu jangan berlengah lagi untuk membuat persiapan. Kerana tiba masa kita juga akan merasakan saat2 terakhir itu....

nota: tadi 9:26 PM mendapat berita abah cikgu kamisah telah pulang ke rahmatullah. Moga adikku tabah dan sabar.

Wallahu'alam.

Misi 3 HALUAN ke Padang

Pasukan Ketiga sambung misi bantuan HALUAN kepada mangsa gempa di Pariaman

Ahad 25 Oktober, LCCT SEPANG - 9 orang relawan dari Pasukan Ketiga Misi Kemanusiaan Padang telah selamat berlepas ke Padang, Indonesia pagi tadi bagi meneruskan usaha membantu mangsa gempabumi. Pasukan ini dianggotai oleh beberapa orang relawan kanan yang berpengalaman dalam misi kemanusiaan beserta dua orang doktor wanita, paramedik dan relawan-relawan muda yang mewakili Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa.) Mereka merupakan kumpulan relawan susulan setelah Pasukan Kedua selamat pulang ke tanahair minggu lalu.

Sdr Abd Basir Abd Ghani, yang juga merupakan Timbalan Setiausaha HALUAN Pahang, akan mengetuai pasukannya memberi khidmat bantuan berbentuk klinik bergerak dan kerja-kerja pemulihan ke kawasan pendalaman di sekitar wilayah Pariaman. Wilayah tersebut merupakan kawasan yang paling teruk terjejas akibat gempa berskala 7.9 Ritcher yang melanda 30 September lalu, di mana banyak rumah-rumah dan prasarana, termasuk masjid, roboh atau rosak.

Dilaporkan 85 peratus daripada infrastruktur di Sumatera Barat hancur akibat gempa tersebut. Di Kabupaten Padang Pariaman, seramai 468 orang dilaporkan terkorban. Seramai 540 orang masih lagi dirawat di hospital, manakala 210 orang masih hilang.

Menurut Ketua Biro Bantuan Kecemasan dan Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr Syed Muhammad Haleem, relawan Pasukan Ketiga telah membawa bersama mereka bekalan ubatan, makanan-makanan berasaskan beras dan juga keperluan pakaian wanita dan anak-anak. "Kita berharap ubat-ubatan yang dibawa dapat menampung keperluan mangsa-mangsa di sana. Berdasarkan kepada laporan relawan-relawan HALUAN sebelum ini (Pasukan Pertama dan Kedua) yang berkhidmat di kawasan kampung-kampung sekitar Pariaman, kita masih memerlukan banyak bantuan ubat-ubatan asas seperti ubat batuk, demam dan selsema," terang beliau.

Menurut Dr Syed Muhammad Haleem lagi, kerjasama erat di antara HALUAN dan NGO tempatan seperti Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) dan Pelayanan Rakyat Adil Sejahtera (PRAS) dapat melicinkan operasi bantuan relawan HALUAN. "Mereka membantu relawan HALUAN dalam hal logistik dan akses ke kawasan-kawasan yang masih belum mendapat bantuan," jelas Dr Syed Muhammad Haleem.

"Saya menyeru kepada masyarakat prihatin supaya dapat terus memberi bantuan kepada saudara kita di sana. Sebahagian daripada mereka masih lagi berada dalam fasa kecemasan, berhadapan dengan masalah keperluan sosial dan juga memerlukan bantuan psikologi. Bantulah mereka ketika mana mereka memerlukan bantuan, jangan kita bertangguh-tangguh sehingga mereka berputus asa dalam menghadapi masalah akibat musibah ini," kata Dr Syed Muhammad Haleem.

Anda boleh menyalurkan bantuan melaluiJustify Full

Tabung Kemanusiaan HALUAN atas nama ”HALUAN”
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun 14-023-01-002 571-8

Semoga sumbangan yang diberikan, walaupun sedikit, akan mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah swt.

Sumber : www.haluan.org.my

Anakanda ku sayang....


Meniti usia berbaki beberapa hari lagi,
akan genap usia said ramadhan 4 tahun.
Gelagat nakalnya makin menjadi2,
adakala mencuit hati dan
adakala mencemaskan.
Tadi dia berlari2 menuju ke unser
di tepi jalan raya yang agak2 sibuk.
Aduhai... berkejaran uminya...
Kami baru balik ziarah dan kenduri kesyukuran,
kak zainah kebi di rumahnya kerana
beliau akan menunaikan fardhu haji
tidak lama lagi.
Subhanallah, musim haji tiba lagi,
dan rindu untuk menjejak kaki ke sana
dibuak2 rasa hati ini.
Ya Allah, terimalah hamba ini
sebagai tetamuMu lagi
jika diizinkan suatu hari nanti....

Mesyuarat JKKD ke 3


Hari ini menghadiri mesyuarat JKKD
Matematik Tambahan Daerah Kuantan di SABS.
Gara2 lewat 5 minit je turun dari rumah,
terperangkap dalam kesesakkan jalan raya
depan giant, mula lah menyesal tak ambil jalan by pass.
Keluar dari jam, ambil jalan potong
chenderawasih-bukit setongkol-bukit sekilau-beserah.
Huhu.. lewat juga 15 minit...

Api!!! Api!!!

"Api...! Api...!, Kepada semua pelajar sila beri perhatian,
Diminta semua pelajar2 beratur
dan meninggalkan bangunan dengan segera..!!"
Begitulah bergema suara sir moses
ketika mengadakan latihan kawad api
di sekolah pagi tadi.
Masih ada lagi yang sempat bergurau,
"Suara sir moses tak real lah,
kena jerit kuat lagi..."
Macam2 komen sebab rasa2nya ini pertama kali
hebahan suara digunakan sebagai amaran
biasanya latihan menggunakan
bunyi siren yang berpanjangan.


Maka berduyun2 pelajar2 turun
menuju ke padang sekolah.
"Cikgu kami tengah syok belajar ni....",
komen pelajar sambil senyum2.
Sahlah tu sebenarnya suka tak belajar...
Setelah berkumpul di padang,
dalam masa 2 minit, kereta bomba sampai,
cepatlah sebab sudah standby dekat simpang tu,
kalau benar2 agak2 lebih lagi kot.
Kemudian, pegawai bomba beri taklimat
dan demonstrasi memadam api.

Maka bila melihat api, marilah kita bermuhasabah
sekurang2 untuk diri sendiri.
Api, kecil jadi kawan bila besar jadi lawan.
Namun pernah kita bayang macam
keadaan api di neraka Allah...

"Jika kamu tidak mampu membuatnya,
dan (pasti) tidak akan mampu,
maka takutlah kamu akan api neraka
yang bahan bakarnya manusia
dan batu yang disediakan
bagi orang-orang kafir."
(Al-Baqarah : 24)
Inilah nyalaan api di neraka,
bukan petrol, gas atau kayu arang,
tapi bahan bakarnya MANUSIA...

"Sesungguhnya, orang2 yang kafir kepada ayat2 Kami,
kelak akan Kami masukkan ke dalam neraka.
Setiap kali kulit mereka hangus,
Kami ganti dengan kulit yang lain,
agar mereka merasakan azab.
Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana."
(An-Nisa' : 56)
Masya'Allah, sekali kulit terbakar dari api neraka,
diganti dengan kulit yang baru
dan diberi azab yang berterusan....

"Dan barang siapa diberi petunjuk oleh Allah,
dialah yang mendapat petunjuk,
dan barang siapa Dia sesatkan,
maka engkau tidak akan mendapatkan
penolong2 bagi mereka selain Dia.
Dan Kami akan mengumpulkan mereka
pada hari kiamat dengan wajah
tersungkur, dalam keadaan buta, bisu dan tuli.
Tempat kediaman mereka adalah neraka jahanam.
Setiap kali nyala api jahanan itu akan padam,
Kami tambah lagi nyalanya bagi mereka."
(Al-Isra' : 97)
Nyalaan apinya tidak padam2,
malahan ditambahkan lagi nyalaannya...

"Di atas mereka ada lapisan2 dari api
dan di bawahnya juga ada lapisan2
yang disediakan bagi mereka.
Demikianlah Allah mengancam hamba2Nya
(dengan azab itu).
Wahai hamba2Ku, maka bertaqwalah kepadaKu."
(Az-Zumar : 16)
Masya'Allah, apinya berlapis2 di atas dan di bawah.
Bayang kalau kita bakar ikan dalam oven,
api atas bawah....

Maka itu sebahagian dari peringatan2
dari ayat2 Allah berkaitan dengan api neraka.
Marilah kita melihatnya dengan
hati penuh dengan rasa keimanan.
Api dunia masih boleh dipadam.
Api neraka...., makin bertambah nyalaannya.
Api dunia kecil jadi kawan besar jadi lawan.
Api neraka... tiada kudrat yang boleh melawan.

Setiap peringatan itu menjadikan kita
manusia yang sentiasa bersedia
membuat amalan sebagai bekalan
di akhirat untuk memburu syurga Allah.

Wallahu'alam.

Generasi Pertama (iii)

Generasi pertama ada cinta dalam hati mereka, ada mahabbah dalam jiwa mereka, hati mereka bersatu, jiwa mereka terpaut. Berselisihkah sesama mereka gara2 nikmat dunia yang sementara ini? Sedangkan mereka mengetahui bahwa, "Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa." (Al-Hujurat:13).

Maka tiada alasan generasi pertama berpecah belah. Mereka bersatu dan bersaudara, yang satu tidak menghinakan yang lain, tetapi masing-masing mencintai saudaranya dengan sepenuh kecintaan. Kecintaan yang mencapai tingkatan itsar (mengutamakan orang lain dari diri sendiri). "Dan mereka mengutamakan (orang2 muahjirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu)." (Al-Hasyr:9).

Mereka menghayati, "Jika bapak2, anak2, saudara2, isteri2, kaum keluarga kalian, harta kekayaan yang kalian usahakan, perniagaan yang kalian khawatiri kerugiannya, dan rumah2 tempat tinggal yang kalian sukai, adalah lebih kalian cintai daripada ALlah dan RasulNya dan (dari) berjihad dijalanNya, maka tunggulah sampai ALlah mendatangkan keputusanNya. Dan ALlah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik." (At-Taubah:24).

Nah ALlah telah bentangkan contoh yang nyata dihadapan mata kita, maka hidup yang bagaimana lagikah yang menjadi idaman kita....

Wallahu'alam.
Islah nafsaka wad'u ghairaka.

Backpain...

Bangun tidur hari ni saya sakit pinggang.
Mungkin kerana aktiviti hujung minggu,
4 hours non stop driving back and forth
from kuantan to
putrajaya.
I can't blame, in fact may be it's a sign.
In a way Allah wants to tell me

that I'm getting older.

So it's a reminder, be prepared
as when it's time to meet HIM,

no one can deny.

Maka mengingatkan saya pada pagi jumaat lepas,
zaujah cikgu mustafar (arwah hajah salbiah)
telah dipanggil pulang oleh Allah.
Cikgu pa merupakan guru perdagangan
sewaktu saya menuntut di mrsmkt (1980-1984).
Doa saya cikgu, anak2 dan keluarga
tabah dan bersabar atas ujian ini.
Moga arwah bersama orang2 beriman dan soleh,
insya'Allah. Tidak cukupkah lagi
bahawa ia mengingatkan kita,
tiba masa kita akan pergi jua...


Berbalik pada sakit belakang tadi,
lalu saya mencapai ubat makjun bonda yang
masih berbaki dan menelannya sebanyak 10 biji...
Alhamdulillah, menghampiri tengahari
kesakitan mula hilang.
Itulah mujarabnya makjun bonda,
dengan izin ALlah.
Cerita pasal makjun ini, ia adalah warisan
makjun dari ayahanda kepada bonda(arwah ki su).
Melihatnya, ada rahsia yang tersirat,
Maafkan saya bonda kalau saya hampir terlupa....
Makjun inilah yang menjadi pendapatan tambahan
bonda sewaktu jerit perih membesarkan
kami 7 beradik. Memikirkannya,
saya masih ingat menyediakannya
merupakan satu yang rumit,
lebih2 lagi dengan sikap bonda yang cukup teliti.
Bahan rempah ratusnya perlu di basuh betul2
dan dikeringkan. Kalau kulit serapat tu perlu
di ricih kecil2 terlebih dahulu.
Kemudian di jemur sehingga kering.
Semasa dalam proses itu, tak boleh sesiapa
pun menyentuhnya, kalau terpegang je,
bonda akan basuh dan jemur semula sampai kering.
Ayahanda dalam sibuk2 mencari nafkah
juga turut membantu menghantar
bahan2 untuk di kisar.
Bila sudah jadi serbuk, tangan bondalah
akan mengentelnya sebiji2 dan di jemur.
Mana ada mesin...
Pasarannya kepada saudara mara yang terdekat
atau mereka2 yang tahu bonda ada menjualnya
40 biji/paket dengan harga RM1.
Hasilnya, sebagai tambahan bonda menyara kami
atau selebihnya disimpan dalam tabung haji.
Kini dengan kudrat yang terhad,
bonda buat untuk anak2 dan anak2 saudara je.
Dan maafkan kami anak2 bonda
kerana dalam adik beradik
masih belum ada
yang mampu untuk meneruskan warisan ini...
Maafkan kami anak2 bonda
kerana bukan menganggap
hidup kami sudah senang.
Maafkan kami anak2 bonda
kerana tak mampu untuk
kami memberi apa2 alasan.
Maafkan kami anak2 bonda
jika kami hampir terlupa
kisah bonda ini...
kisah perit jerih ayahbonda
membesarkan kami...


Insya'Allah kami sentiasa berdoa buat ayahbonda,
"Ya Allah, ampuni dosa kedua ibubapa kami,
kasihilah mereka sebagaimana

mereka mengasihi kami
semenjak dari kecil lagi...."

2nd day of daurah


Hari ke-2 daurah.
Hari ni kami berbengkel
dan membuat perbentangan.
Sambil tu masa terluang,
saya berkesempatan berta'aruf
dengan kak mala, kak awi dan ani dari n9.


Dan dengan izin Allah, sebab tulah
Allah tergerak hati ini untuk hadir.
Masa makan tengahari saya berjumpa
dengan kak hanim, roomate saya masa kat USC.
Subhanallah kami tidak pernah bertemu
sejak tahun 1988, huhu... almost 21 years...
Kak hanim, wajah kak hanim tak berubah,
saya yang makin temban...
hampir2 kak hanim tak dapat meneka siapa saya....

Bertemu dengan kak hanim,
saya cuba mengimbau kenangan kami bersama
21 years back.
Dan inilah rumah yang kami tinggal,
(bangunan segi tiga tu...)
720 W 3oth Street, LA.
Gambar tu saya search through google 3D view,
almost 2o years, rumah tu masih ada lagi disitu!!
Bangunan tu milik immigrant dari Filipina,
saya sudah lupa namanya.
Dalam bangunan tu ada beberapa aparment
dan apartment studio.
Saya, kak salina dan kak hanim tinggal
di apartment studio dengan sewaan US 350.
Cost of living is very high in LA.
So we can't afford to get
better apartment
with less rent.
Allowance biasiswa hanya US 450 per month.
Tolak sewa dan makan, tinggal ngam2 je.
Tapi alhamdulillah, kesusahan itulah
mengajar saya erti kehidupan...
Apartment studio tu ialah rumah
yang hanya mempunyai ruang 12 X 12 feet,
1 kitchen and 1 bathroom (no bedrooms!).
Bayangkan di ruang situlah kami study dan tidur.
Tapi kami bukan kisah mana,
sebab siang hari banyak masa dihabiskan
menghadiri lecture atau
di library dan lab, rumah sekadar nak melelapkan
mata dan merehatkan badan pada waktu malam je.
Masa tu saya baru freshman,
kak salina sophomore, dan
kak hanim sedang membuat master in education.
Rasa terngiang-ngiang kak hanim selalu cerita
tentang supervisornya mr brossack...
Dan disinilah segala2nya dimana
kisah DnT saya bermula.
Dan mereka2 inilah pembimbing saya
ketika usia saya yang masih terlalu muda
pada waktu itu...
Dan alhamdulillah, hingga ke saat ini
kami masih bersama dalam thaifah ini....

Jam 2.40 petang saya keluar dari masjid putra
dan pulang ke kuantan setelah selesai daurah.
Perjalanan pulang terasa lebih cepat
walaupun masa nak keluar tadi traffic jam
sebelum sampai gombak.
Menghampiri jam 6 saya sampai kuantan.
Selepas menghantar anak2 ipt pulang ke
rumah masing2 di IM dan UIA,
saya mendapat SMS,
"Kat mana dah yang?"
"Rindu?"
"Risau ada rindu pun ada"
"Haha..."
5 minit selepas tu saya sudah berada di rumah.
Jazakallahhu khairan kathiira'
kepada suami tersayang,
walau pun dalam tegas
tapi tetap memberi dorongan,
sokongan dan peluang
untuk saya menghadiri daurah ini.
Menjaga dan melayan karenah anak2
di saat saya tiada.
Mentarbiyah saya
dengan caranya yang tersendiri....

Hujung minggu di Masjid Putrajaya

Alhamdulillah, 9:09 AM reached masjid putrajaya
after 4 hours journey from kuantan...
Huhu... believe it or not, I drove my self
together with 5 sisters from iptas in kuantan
as attendes of the kem ibadah (daurah usul isyirin)
Bertolak seawal 4:50 pagi
(20 minutes behind scheduled time...).
Walaupun semalam hampir2 menangis...
(huhu... Allah uji sikit je...)
Mungkin bagi orang lain kecik je masalah tu,
but as for me, it's a big decision
sebab tak pernah lalui bersendirian,
memikirkan macam mana nak drive
buat kali pertamanya melalui
highway
KL yang sibuk2 tu.
Suami saya tidak dapat hadir bersama2
kerana dia perlu menghabiskan masanya
untuk menyiapkan thesis masternya yang tak siap2.
Sudah hampir 2o tahun, saya jarang-jarang
memandu jauh lebih2 lagi bandar2 sibuk.
Apatah lagi bila sudah kawin,
for sure suami saya jarang bagi saya drive.
Tapi kali ini lain pula, sekelip mata
suami saya memberi kebenaran
memandangkan saya sudah memberi persetujuan
untuk menghadiri daurah itu
dan anak2 ipt tu tak de orang nak bawa.
"Bolehnya... dulukan masa kat LA
5 lane highway boleh redah,
inikan KL, LA lagi sibuk..." komentar suami ku.
Aduh2 Allah sahaja yang tahu hati ni.
Namun memikirkan hidup ini untuk memberi,
maka saya kuatkan hati saya bersabar
dan memohon pertolongan dan kekuatan
dari Allah swt, insya'Allah, yes I can make it...

Dan betul ada hikmah disebalik
kehadiran saya
untuk daurah kali ini.
Walaupun tahun lepas sudah
mengikuti daurah yang sama
di bawah bimbingan ustaz umair,
tapi kali ini saya mendapat
sentuhan yang berlainan pula.
Mungkin Allah tahu
kefahaman saya belum mantap lagi,
sebab tu dihantar
untuk kali ke-2 mendengarnya.


Oleh kerana pertama kali saya ke masjid putra,
maka selepas solat zohor tadi
saya berlegar di ruang solat wanita
take a few shots...


Masa break petang, round2 kawasan luar masjid.
Sambil2 tu saya sms ke pah radziah, nita n arija
kot2 ada no phone cikgu che marina,
kawan lama saya yang sudah berpindah
ke putrajaya. Kot2lah boleh bertemu mata.
Tapi Allah izin mereka tak ada,
kecuali arija, tapi saya dapat agak lewat
nombornya maka tak sempat juga
nak menelifonnya, tak de ruang nak mencelah.

Anak2 ipt pun turut berkesempatan posing2.


Wah... saya telah menjejak kaki ke masjid putra
dan kompleks kerajaan persekutaan putrajaya....
(saya reka2 je nama tu, entah ye ke tidak...)


Some of the outdoor shots...

Malam saya stay di rumah yang terletak
di bahagian basement masjid.
Cukup selesa, jazakallahhu khairan buat
kak zu dan kak wan (zaujah ustaz soleh)
kerana menyediakan penginapan yang cukup selesa.


A tranquil scenery from my room.

p/s To my oldest brother and all my sisters
(who stay at puchong, bangi, bandar ss, tmn melati)
maaf cuma sekadar hantar sms,
tak sempat nak singgah,
kursusnya cukup padat,
tak sempat nak celah ke mana2 pun...

Kehadiran Misi 2 di Padang

Penduduk Pariaman ceria menyambut kedatangan Pasukan Kedua

5 Oktober 2009, PARIAMAN, SUMATERA - Penduduk daerah Pariaman dengan penuh harapan dan keceriaan menyambut kedatangan Pasukan Kedua dari Misi Kemanusiaan Padang yang menggantikan tugasan Pasukan Pertama yang telah selamat pulang ke tanahair Isnin lalu.

Pasukan Kedua ini diketuai oleh Sdr Zailani Mohd Ali dari HALUAN Johor dan dibantu oleh Dr Mohd Arif Abd Rashid dari Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) Kelantan, Dr Shamsul Baharin dari KKH Johor, Sdr Azmi Yaakob dari HALUAN Pahang, Sdr Amri Mat Zain dari HALUAN Selangor dan Sdr Ahmad Hafizuddin yang mewakili Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa.)

Sebagaimana Pasukan Pertama, mereka bekerjasama dengan NGO tempatan, termasuk Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI,) dalam menjayakan bantuan berbentuk klinik bergerak ke kawasan-kawasan terpencil di sekitar Pariaman. Terdapat ratusan kampung-kampung terpencil yang masih menantikan bantuan asas dan rawatan kesihatan akibat tragedi gempabumi yang melanda Sumatera Barat awal Oktober lalu. Menurut laporan NGO tempatan, kawasan-kawasan terpencil ini kurang mendapat perhatian pasukan-pasukan bantuan kerana sukar untuk dimasuki, sedangkan daerah ini merupakan kawasan yang paling terjejas dan paling ramai terkorban akibat tragedi itu.

Setibanya mereka di Bandara Internasional Minangkabau, Pasukan HALUAN telah disambut oleh rakan-rakan NGO tempatan. Mereka dibawa ke pusat koordinasi lapangan di Sg Geruncginci untuk mengikut taklimat operasi, dan seterusnya bergerak memberikan bantuan medikal di kawasan Desa Batu Mengaum, Pariaman.

Dalam laporan mutakhir mereka, Pasukan Kedua HALUAN menyebut bahawa ketibaan mereka di Pariaman begitu dinanti-nantikan oleh penduduk kampung. Rata-rata mereka melahirkan rasa puas hati dengan usaha bantuan relawan HALUAN dan ceria menerima khidmat mereka.

70 peratus daripada rumah di kawasan Desa Batu Mengaum rosak mengalami keretakan, manakala 10 peratus lagi rosak teruk. Selepas dua minggu berlakunya tragedi gempabumi, penduduk-penduduk kampung kini sangat memerlukan bantuan samada keperluan asas sara hidup mahupun rawatan dari pelbagai penyakit seperti sakit mata, batuk dan lelah. Ramai dari kalangan mereka juga sangat memerlukan antibiotik analgesic dan vitamin. Sesetengah kawasan masih bergelap dan kebanyakannya tidak mendapat bekalan air bersih.

Selain dari bantuan perubatan, relawan HALUAN juga membantu NGO tempatan mengagihkan bantuan makanan, pakaian serta khemah-khemah sementara kepada mangsa. Dilaporkan NGO tempatan sungguh gigih, bekerja siang dan malam, membantu mangsa-mangsa di kawasan terpencil yang masih menantikan bantuan.

HALUAN menyeru supaya masyarakat prihatin dapat terus membantu jiran kita di Padang yang berhadapan dengan musibah ini. Kita wajar menginsafi betapa kesusahan kita di Malaysia cumalah secebis dari kesusahan saudara-saudara kita di sana. Anda boleh menyalurkan sumbangan kewangan kepada Misi Kemanusiaan Padang ini melalui

Tabung Kemanusiaan HALUAN atas nama ”HALUAN”
Bank Islam Malaysia Berhad
Nombor akaun 14-023-01-002 571-8

Semoga sumbangan yang diberikan, walaupun sedikit, akan mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah swt.

Sumber : www.haluan.org.my

Kehadiran ayahbonda

Petang ayahanda dan bonda
bersama umi na datang singgah.
Mereka dalam perjalanan ke kt selepas
seminggu berada di kl kat rumah umi ah.

Lepas rindu rasanya....
Moga Allah berkati kedua ayahbonda.

Thanks Kak Nab

Hari itu ada tegur2 kak nab dalam blognya,
sengaja meng'offer'kan diri...
"ehem... ehem... ajak orang taman guru je ke..."
Hasilnya hari ini dapat 'lunch free'
dari kak nab yang baik hati...

Tengoklah apa yang kak nab
sediakan untuk kami2 yang hadir ini,
kalah hotel 5 bintang...
Deco... deco... dari kak nab yang kreatif itu,
biji saga boleh jadi hiasan tau....

Terimakasih tak terhingga buat kak nab
sudi menjamu dan melayan kami2
yang hadir hari tu.

Hah... ini tetamu kat meja dalam
sebab meja luar sudah penuh...

Ooops... hampir terlupa,
nanti jaly tanya mana 'buah hati'
yang hadiah untuk kak nab tu.
Ada.... jaly kata nak tunjuk kat abang dia...

Dan sebelum balik,
kena lakar dulu kenangan dengan kak nab...


Ehem... ini SU saya, cik nita,
thanks ta kerana membantu kak pah
mencari 16 orang bertuah yang akan
menjadi tetamu khas kak nab tu...
Berat juga sebenarnya nak pilih siapa ye?
Akhirnya kami menyenaraikan
guru2 matematik dan sains dan
mereka yang tinggal hampir taman guru je...

Huhu... tak puas lagi
posing
lagi dengan tuan rumah....

Sebelum balik lawat dulu taman kak nab.
Kak nab, saya dok menunggu ni
bila nak keluar dalam anjung seri tu...


Thanks kak nab...
kenangan persahabatan itu indah,
moga Allah berkati ukhwah ini.
nanti jangan serik nak jemput kami
sekali lagi ye....

Generasi Pertama (ii)

Generasi pertama ada iman yang sempurna dalam jiwa mereka. Keimanan inilah yang membersihkan mereka dari keinginan apa pun selain dakwah. Mereka mendengar seruan. "Maka segeralah kembali kepada Allah." (Adz Dzariyat:30)

Slogan mereka La ilaha illallah. Slogan2 lain mereka campak tepi. Ibadah mereka tidak kepada yang lain kecuali Allah, tidak patuh kecuali kepada Allah, tidak bergantung kecuali kepada Allah, tidak memohon kecuali kepada Allah, dan tidak merasa kebahagiaan kecuali kerana berdekatan dengan Allah. Maka mutiara2 iman inilah yang nak kita garap dalam hati kita dan hidup dalam amal...

Wallahu'alam.
Islah nafsaka wad'u ghairuka.

Jamuan raya & akhir tahun SMKPB

Petang tadi makan2 lagi,
sekolah ada jamuan 3 dalam 1,
hari raya, akhir tahun
& rai cikgu2 yang bertukar2 tahun ni.
Sampai je semporna resort,
nita sudah tunggu untuk ambil gambar...
"kak pah, pegang beg tu elok2 nak ambil gambar ni..."
huhu... nak tangkap gambar orang ke beg...?
"
Kemudian acara biasa2lah,
boss berucap, pengerusi staff berucap.
lepas tu makan2 & cabutan bertuah.
memang semua bertuah...
tiada orang pulang dengan tangan kosong....

Sebelum bersurai snap2 lagi,
mula2 dengan boss no 1 & no 2.
Pas tu dengan rakan2 matematik sains
yang sempat di tarik2 tangan untuk bergambar.
lastly, dengan haniliza yang datang juga.

p/s cuma kali ni gambornya kelabu
kamera telepon dah tua....

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu