Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Solat Hajat Perdana

Malam tadi majlis solat hajat perdana smkpb,
gabung semua untuk pmr, spm & stpm
di masjid hidayah permatang badak.
Huhu... boss saya juga turut hadir siap berbaju melayu.
Guru2 pun ramai yang datang,
gabungan yang baru dan lama,
membentuk kerjasama yang baik.
Moga ukhwah terikat erat....
Saya... macam biasa tetap dan berpencen kot
ajk fotografi, maka snap2lah dengan hp cap ayam ini.
Sebab tu ada kala gambar jadi kelabu kelala...

EXAM!!!!

Hari ini trial's exam untuk paper add maths...

Lihatlah aksi dan gelagat mereka bila menjawab soalan tu....
Dalam ramai2 ada juga sorang yang tak hadir.

Cikgu hanya mampu berdoa agar dapat menjawab
dengan sebaik mungkin setelah segala
tunjuk ajar dan tips yang telah diperturunkan....
Remember.... add maths is easy.....

Jamuan Kesyukuran

Hari jamuan lagi sempena perpindahan
pn siti mariam yagn dinaikkan pangkat
sebagai pengetua di smk lepar hilir.
Tahniah buat beliau dari saya.
Juga musim haji sudah menghampiri.
Jamuan buat cikgu junaidah dan cikgu azizah,
serta pakcik sibaweh yang akan menunaikan
haji ke mekah tidak lama lagi.
Alhamdulillah dapat menjadi tetamu Allah.
Moga mendapat haji yang mabrur.

Balik sekolah terus ke rumah sis halimah
memenuhi jemputan jamuan raya lagi.
Jumpa rakan lama anizaton....

Terus singgah tengok baby baru nini.
Tengok tu kecik2 sudah cergas dan cerdas.
Tahniah nini... insya'Allah membesar
akan menjadi anak yang soleh....

Deepest Condolences: Ustaz Dahlan Mohd Zain

Tuesday, 28 September 2010 15:29 MZakiran
8 September, Perlis – Dato’ Kaya Bakti Dahlan @ Dahaman Mohd Zain, ,founder and Principle of Maahad at-Tarbiyah Islamiyah (MATRI) passed away today. The deceased, more commonly known as Ustaz Dahlan, passed away at 9:55 am at his home in Kg Kerisik shortly after being brought home from Cardiac Care Unit (CCU) Hospital Tengku Fauziah. He had been in a coma for 41 days in the CCU.

While waiting for the deceased body to arrive, before Asar, Al-fadhil Ustaz Omar Haji Salleh, Vice Principle MATRI and also Vice-Chairman of MATRI’s Board of Directors of took the chance to thank everyone who had come from far and near to give their last respects to Ustaz Dahlan.

The funeral prayer (Solat jenazah) is done in MATRI’s surau after Asar, and the deceased is buried in Tanah Perkuburan Islam Kampung Tunjung, not far from MATRI.


Almarhum Ustaz Dahlan made huge contributions, especially in the field of education and the progress of dakwah in Malaysia. He contributed ideas, efforts and his whole life in processing individuals to become human capitals, according to Islam. Apart from that, the deceased encouraged and trained members of various NGOs who are active in education, dakwah and community service including organization such as HALUAN. His efforts and contributions in more than four decades have many positive impacts on the development of education and the spread of Islamic understanding in Malaysia. May all his efforts be counted as good deeds by Allah SWT.

The deceased left a widow and four sons and daughters, along with many students all over the country. HALUAN Malaysia sends deepest condolences to the family and students of Almarhum Ustaz Dahlan.

Last Updated ( Tuesday, 28 September 2010 16:00)

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/deepest-condolences-ustaz-dahlan-mohd-zain.html

Jamuan Raya Votek

Terimakasih buat kawan2 dari bidang votek
menjamu kami dengan hidangan juadah hari raya....

Jamuan Raya Lagi....

Jamuan raya di masjid sg isap 3.
Antara agenda ceramah dari ustaz mohd aris jamin.
Bicara tentang penerusan amalan pasca ramadhan.

Petang pergi ziarah baby baru dr lela & ustaz sufian.
Alhamdulillah anak bakal pewaris....

Putrajaya

This weekend full.... head to putrajaya....

Jamuan Raya & Solat Hajat

"Umi aa'id kena pakai baju raya ke??",
tanya anakanda bongsuku
"Ya lah kan ini jamuan raya..." jawab saya.
"Aa'id malu...", anakanda ku membuat pengakuan.
"Apa nak malu semua orang pakai baju raya..." pujuk saya.
Maka siap bersampin anakanda ku... (left picture)

Malam ini menghadiri jamuan raya haluan pahang.
Bermula dengan solat maghrib berjamaah,
diikuti dengan solat hajat untuk anak2 smakl
yang bakal menduduki peperiksaan
pmr, pmru, smu dan spm 2010.
Sementara menunggu solat isya' sedikit
penyampaian oleh pengerusi haluan pahang.
Alhamdulillah, kehadiran memang tak kurang
seperti dulu2 jugak....


Back to school...

Pergi sekolah hari ini di sambut dengan boss baru.
Maka terjawab segala desas desus
siapa yang mengisi kerusi panas pengetua kat smkpb.
Pagi2 kami dipanggil ke bilik gerakan siti khadijah
mendengar welcome speech from mr nandakumaran.
Huhu... tahun ini saja 3 boss silih berganti....

My first impression... haha... he's quite strict man...
Look at his first meeting with the form three students,
Rasa2 lama dah tak tengok pelajar
boleh duduk dalam barisan yang teratur
dalam kelas masing sambil semua diam mendengar...
He walks with rotan in his hand....

Hari ini juga perjuangan anak2 didik spm saya bermula.
Semua dengan tekun sedang menjawab soalan
peperiksaan percubaan spm 2010.
Cikgu doakan semoga semua dapat
menjawab dengan tenang, fokus ok...

Kemudian menghantar kak long mendaftar
ke ikip international college.
Kak long akan meneruskan pendidikannya
ke program ikip-jordan bawah yayasan pahang.
Sebenarnya memang berat nak lepaskan
antara ktd dan sini, saya hanya mohon pada Allah
yang terbaik buatnya agar kesinambungan dnt
tidak berhenti di persimpangan jalan....

Back to Kuantan

Petang ni nak balik kuantan....

Tapi sebelum tu snap2 dulu...
Dalam diam2 bonda pun peminat barang2 lama...
Tersimpan beberapa tempayan lama
yang dijadikan hiasan rumah bonda.
Dari terperosok tidak digunakan
bonda hias buat jadi meja @ pasu bunga....

Itulah bonda ku yang kreatif....

Seperti tahun2 dulu umi dah yang paling lewat balik...
Doa semoga ayahanda dan bonda terus
diberi kesihatan yang baik,
kekuatan fizikal dan hati untuk beribadah kepada Mu.

Sebelum tu singgah sebentar di dungun
rumah ayah de & mak de.
Mereka berdua je tinggal di rumah.
Mak de nampak agar uzur.
Moga2 Allah juga memelihara kesihatan yang baik
buat mereka berdua....

Perginya Seorang Murrabi....

Terkesima saya sebenarnya mendapat berita
di atas pemergian seorang murrabi yang dikasihi
Ustaz Dahlah Mohd Zain pada hari semalam.
Perginya pada Sabtu tanggal 18 september 2010
@ 9 syawal 1431H pasti menjadi satu hari
yang amat diingati terutama anak2 didiknya
dalam penyebaran dakwah di malaysia ini.
Memang tepat arwah adalah muassis dakwah
di tanah air kita. Lebih2 lagi tadi bila
meneliti kata2 dari murrabinya abu amar,
ketika pengkebumiannya tadi.
cukup menyentuh hati ini....
Tidak kira sesiapa yang mendapat sentuhan tarbiyah
dari ustaz, datang dari jauh dan dekat
memberi penghormatan terakhir buat ustaz.

Bagi saya ustaz adalah murrabi saya.
Walau pun saya tidak mendapat
tarbiyah 'fresh hands' dari ustaz,
tapi fikrahnya saya mula kenali sejak mula
dari sekolah menengah lagi.
Mungkin pada waktu itu satu ikut2an....
Namun allhamdulillah Allah memberi hidayah
buat jiwa2 yang ikhlas.... sampai sekarang
fikrah itu masih teguh di pegangni....

Risalah fikratuna, keluaran abim perlis
suatu masa dulu menjadi bacaan yang wajib dibaca.
Disanalah ustaz mengupas dan menyentuh
jiwa2 yang ingin kembali kepada Allah swt....
Pertama kali mendengar ceramah ustaz ketika
tamrin winter di ames, iowa, usa.
Masa tu sekadar mendengar suara ustaz
dari malaysia melalui telefon.
Itu dah kira teknologi paling canggih pada waktu tu....
Pertama kali bersua dengan ustaz ketika
expo matri di perlis.... huhu.... berpuluh tahun yang lalu....
ingat lagi zaman dulu2 nak pi perlis
bukan senang nak dapat kebenaran ayahbonda...

Namun alhamdulillah.... hingga kini dakwahnya
mampu mengubah hidup....
Bukan sekadar saya, malah saya rasa
ribuan insan2 di luar sana juga turut terkesan....
Pemergian seorang murrabi,
tapi lahir generasi pewaris penyambung dakwah.
Hasil dari air tangan tarbiyah ustaz,
disegenap usia 50an, 40an, 30an malahan 20an
seperti Hilal Asyraf
, BroHamzah dan Little Caliph.
Malahan ratusan lagi anak2 pewaris di luar sana
yang dakwahnya merentas maya dan
membarakan dunia dakwah yang tidak akan padam ini....

Sekalung alfatihah buat ustaz murrabiku.
Moga roh mu tenang bersama mereka2 yang solehin....
Pasti ku genggam tugas dakwah ini
untuk penerus generasi mendatang...
Ya Allah... berikan aku kekuatan....

Mandi laut

Pagi ini macam biasa teman anak2 mandi laut lagi....

Di ketenangan pagi....
Ku bertafakur....
Menikmati keindahan ciptaan MU...
Engkau Maha Agung dan Maha Besar...
Allahu Akbar3x....

Selepas itu makan nasi lemak kuning
pulak kat bangsal....

Haha... ini hasil kutipan ... ketam & kepah...
Umi dah masak buat lauk makan tengahari....


Tapi tak leh lawan telor masak asam tok....

Tengahari makan ramai2 kat beranda rumah tok...

Petang hantar anak2 balik smkl.
Kali ini umi dah kena hantar sebab
walid telah ke perlis.
Tadi mendapat berita atas pemergian
yang dikasihi ustaz dahlan mz kerahmatullah.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
yang telah mengembelingkan
seluruh hidupnya menyebarkan fikrah & dakwah.

Petang.... tak puas lagi...
mandi laut lagi...
tapi kali ini kat gigi air je ...

Before the sunset....

Begitu tenang dan syahdu melihat alam ciptaanMu...

Subhanallah.... Walhamdulillah.... AllahuAkbar....

Raya enam...

Pagi ni... empat sekawan... turun mandi lagi...

Sebelum tu sempat bye-bye umi yah nak balik kl...

Pemandangan yang mendamaikan.
Air laut yang cukup tenang.
Namun setiap makhluk Allah berzikir kepadaNya...

Kali ini papa join sekali.....

Lepas mandi sure lapar.
Maka menikmati sarapan pagi di bangsal tepi pantai.
Masing2 tak cukup nasi lemak sebungkus sorang...

Ziarah rumah mak nab di kg nibung.
huhu... jumpa laksa teghanu kuoh merah.
Apa lagi memang lama tak makan.
Tips... kalau nak lebih sedap,
kena makan dengan tangan....
Tak percaya tengok gambar kecil belah kanan tu...


Kemudian rumah mak cik menah.
huhu... dijamu nasi bolly....
first time jugak jumpa ni, iras2 macam nasi dagang....

Lepas tu rumah mak teh lah.
Di jamu dengan laksa lagi....

Kira puas hatilah kali ini makan laksa....

Kat rumah cik nor, jamu nasi lemak pulak....

Kemudian ziarah rumah bonda tg hailani di bukit besar.
Maka misi tak sah kalau tak panjat bukit tu....

Tak habis lagi.... singgah pulak rumah cik nun...

Rumah terakhir untuk malam ini, rumah paling jauh....
(huhu... turun tangga rumah tok je...)
ziarah ayahanda engku arif...

Alhamdulillah... ziarah mengeratkan persaudaraan.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu