Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

HALUAN Pahang teruskan tradisi berbakti sempena Ihya' Ramadhan

HALUAN Pahang teruskan tradisi berbakti sempena Ihya’ Ramadhan

Tuesday, 07 September 2010 14:30
HALUAN Pahang meneruskan tradisi memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan setiap kali bulan Ramadhan. Terbaru pada 18 Ogos 2010 bertempat di sekolah Rendah Ibnu Abbas, Kuantan satu majlis sumbangan makanan dan wang telah disampaikan kepada seramai 30 orang penerima yang layak termasuklah ibu tunggal, pelajar tahfiz miskin dan yatim, orang kurang upaya, orang-orang tua dan fakir miskin.

Majlis dimulakan dengan penyampaian tazkirah oleh Setiausaha Agung HALUAN, Tn. Hj. Mohd Ghani b. Salleh dan diikuti dengan majlis berbuka puasa bersama penerima sumbangan. Turut hadir dalam majlis ini termasuklah YDP Haluan Pahang dan semua Ahli Jawatankuasa HALUAN Pahang. Majlis tahunan ini diadakan bertujuan memberi kegembiraan kepada masyarakat kampung dengan sumbangan dan bantuan kepada masyarakat kampung berdekatan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan dan miskin.

Pada kali ini sumbangan Ramadhan berupa wang zakat juga turut diberikan kepada pelajar-pelajar Tahfiz dari Maahad Tahfiz Al Muhammadi, Bukit Rangin di mana seramai 12 orang daripada mereka terdiri dari anak-anak yatim dan keluarga yang miskin. Pengasas Maahad, Ustaz Haji Tg Muhammad yang turut serta membawa anak-anak ini semasa ditemui, merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak HALUAN yang tidak melupakan mereka dalam penyampaian sumbangan kali ini. Beliau bersyukur diatas keperihatinan pihak HALUAN dan berharap HALUAN Pahang dapat membuat kunjungan ke Maahad mereka bagi meninjau perjalanan dan kebajikan pelajar-pelajar miskin yang sedang belajar di sana.

Hj Mohd Ghani menyampaikan sumbangan zakat kepada pelajar tahfiz yatim dan miskin

Hj Mohd Ghani menyampaikan sumbangan zakat kepada pelajar tahfiz yatim dan miskin

Ibu tunggal turut menerima sumbangan

Ibu tunggal turut menerima sumbangan

Dalam tazkirah yang disampaikannya, Tn. Hj. Mohd Ghani Salleh telah mengingatkan hadirin agar memanfaatkan keberkatan bulan ramadhan yang diibaratkan sebagai sekolah pendidikan khas ini dengan amal ibadat yang ikhlas dan istiqamah agar natijah kepada puasa kearah melahirkan insan bertaqwa dapat dicapai. Beliau juga menasihatkan agar hadirin mempergunakan baki hari-hari akhir Ramadhan dengan amalan iktikaf, qiamullail dan mencari malam kemuliaan lailatul qadar.

Penerima sumbangan bersama ahli HALUAN Pahang

Penerima sumbangan bersama ahli HALUAN Pahang

Menurut YDP HALUAN Pahang, Tg Abd Rashid, sumbangan HALUAN sempena penghayatan Ramadhan adalah merupakan program tahunan yang dijalankan dalam dua majlis berbeza iaitu sumbangan setempat dengan menjemput fakir miskin ke sekolah dan mengadakan program sumbangan secara bergerak menjejaki asnaf dan ziarah ramadhan di kampong-kampung yang terpilih.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli HALUAN yang telah memberi sumbangan kewangan bagi menjayakan majlis yang amat bermanfaat ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan ini bukan hanya ibadat individu dengan tuhannya tetapi juga adalah bulan berkasih sayang, bulan memperbanyakkan sedekah membantu sesama insan yang memerlukannya. Bulan ibarat madrasah bagi melahirkan insan yang bertaqwa untuk melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah setiap masa dan ketika.

---------------------------------

Laporan disediakan oleh Naib Setiausaha HALUAN Pahang

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/haluan-pahang-teruskan-tradisi-berbakti-sempena-ihya-ramadhan.html

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu