Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Rumah Idaman...



Balik ijtima' malam ni tolong Abbas buat Rumah Idaman...
Cikgunya kata nak esok. Disuruh buat lama dah
tapi tak siap2. Abbas cat dindingnya,
dan saya balut2 mana2 yang patut, nasib ada kertas kilat2.

Syukur...

Balik dari ijtima' am, membawa saya berfikir panjang. Sungguh banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita, kenapa kita tidak pandai menjadi hamba yang bersyukur...

Rehlah Tarbawi Keluarga



Jam 9.30 pagi bertolak ke Lancang untuk Rehlah Tarbawi Keluarga
di Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah.
Sudah lama tak ke sini, seingat saya datang dulu 4/5 tahun dulu,
ke Deerland untuk program aulad banat.
Apa lagi anak2 seronok dapat pegang anak gajah...
Mula2 tu takut, lepas tu baru berani sikit.



Tempat ini pun banyak berubah tak macam dulu.
Kawasan tempat lawatan telah diubahsuai
seperti taman, laluan yang teratur dan bangku2 untuk rehat.



Kemudian ziarah Keluarga Lan + Nor di Kampung Jergoh.
Hah.. pertama kali sampai ke kampung ini
suspen sebab jalannya jauh kedalam ingatkan sesat.
Rupa2nya perkampungan terpencil yang mendamaikan.
Lihat gambar... belakang rumah ada gunung lagi...
Dan rumahnya menggunakan air fresh dari gunung, menyejukkan...
Jazakumullah Khairan Kathira kerana telah menjamu
kami2 yang hadir dengan BBQ.
Sebenarnya turut menziarahinya adik2 dari IKIP.
Hah... ramai dalam 40 orang... Maka dalam ucapan kalimah akhirah
pesan akh, Islah nafsaka wad'u ghairuka...
Islah@perbaiki diri dan ajaklah orang lain.
Satu pesanan yang cukup bermakna,
menuntut dae' supaya tidak diam sendirian tapi
mengajak orang lain bersama2 dalam bahtera dakwah ini....

Hari Anugerah Cemerlang SMKPB



Sepagi di SMKPB kerana Hari Anugerah Cemerlang ke-23.
So x-students ramai datang ambil hadiah.
Afifah pun dapat hadiah juga no2 dalam kelas.

Balik rumah duduk sorang-sorang sebab anak2 semua ke
Ibnu Khaldun untuk Mahrajan Thaqafi bersama walidnya.
Mereka menghantar murid2 SeRIA yang masuk pertandingan nasyid.
Maka bila sunyi anak2 tak de, bermuhasabah saya sendirian.
Ungkapan dari seorang Tokoh Guru dari Utara menusuk qalbu saya.
Tugas dan peranan guru yang sepatutnya ialah
menyelamatkan manusia dari kejahatan dan kesesatan.
Ini tugas yang paling besar. Juga membawa mereka
kepada kebenaran melalui ilmu yang diperolehi menerusi
bakat pengajaran dan pembelajaran mereka.
Kedua menyelamatkan pelajar dari pekerti dan saksiah
yang buruk kepada pekerti yang mulia dan keunggulan
sahsiah melalui proses pentarbiyahan mereka.
Sejauh mana kita berperanan....

Peringatan buat yang alpa

Imam Muslim meriwayatkan hadits dari Abu Hurairah radhiyalallahu 'anhu bahwasanya
dia berkata, aku mendengar Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

“Manusia yang pertama kali di adili pada hari Kiamat ialah orang yang mati di medan laga.
Ia didatangkan kemudian Allah memberitahu nikmat nikmat-Nya kepadanya dan iapun mengakuinya. Allah berfirman, “Apa yang engkau lakukan dengan nikmat-nikmat tersebut?”
Orang tersebut menjawab, “Aku berperang di jalan-Mu hingga aku gugur sebagai syahid”.
Allah berfirman, “Engkau bohong, engkau berperang agar dikatakan sebagai pemberani dan betul bahwa engkau sudah dikatakan sebagai pemberani”. Kemudian diperintahkan agar orang tersebut diseret dan tersungkur wajahnya sampai ke neraka.

Dan juga orang yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya dan membawa Al-Quran, orang tersebut didatangkan, kemudian Allah memberitahu nikmat-nikmat-Nya kepadanya dan iapun mengakuinya. Allah berfirman “Apa yang telah engkau lakukan dengan nikmat-nikmat tersebut?” Orang tersebut menjawab, “Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membaca Al-Quran dijalan-Mu”. Allah berfirman, “Engkau bohong, engkau mempelajari ilmu agar dikatakan sebagai alim dan membaca Al-Quran agar dikatakan sebagai qari dan betul ngkau telah dikatakan seperti itu. Kemudian diperintahkan agar orang tersebut diseret dan tersungkur wajahnya sampai ke neraka.

Juga orang yang diberi kemudahan oleh Allah dan diberi dengan berbagai macam harta. Orang tersebut didatangkan kemudian Allah memberitahukan nikmat-nikmat-Nya kepadanya dan iapun mengakuinya. Allah berfirman, “Apa yang telah engkau lakukan dengan nikmat-nikmat tersebut?” Orang tersebut menjawab, “Aku tidak pernah meninggalkan salah satu jalan yang Engkau sukai kalau harta diinfakkan di jalan tersebut melainkan Aku menginfakkan harta didalamnya”. Allah berfirman, “Engkau bohong, engkau melakukan seperti itu agar dikatakan sebagai dermawan, dan betul telah dikatakan kepadamu sebagai orang yang dermawan”. Kemudian diperintahkan agar orang tersebut diseret dan tersungkur wajahnya sampai ke neraka.

Maka tadi ketika Ijtima' am saya mendengar lagi hadis ini di baca. Pertama kali mendengar syarah hadis ini ketika masih student di US 20 years ago. Dan hingga kini hadis ini masih releven dan tak jemu2 hati ini sentiasa diingatkan dengan niat yang betul dalam mengerjakan sebarang amal. Nobody knows what is in out heart except ourself.

Yang tertinggal...



Atas permintaan kawan2 yang tertinggal kursus blog
minggu lepas, maka hari ini adakan sekali lagi
kelas buat blog. Nampak gaya permintaan tinggi tu...

Terimakasih Maryam



Ini maryam didatangkan khas dari temerloh...
Terimakasih dari makcik
kerana masa daurah semalam
jadi babysitter dan layan said dan nazirah bermain.
Kalau tak, payah juga nak concentrate
kuliah semalam.

Daurah 'Ulum Syar'iyyah


Hujung minggu saya mengikuti
Daurah 'Ulum Syar'iyyah di SeRIA.
Cukup padat kuliahnya.
Sabtu 18 April 2009
8:30 AM - Pendaftaran + Taklimat
9:00 AM - Kuliah 1 - Muqadimah Fiqh
11:00 AM - Kuliah 2 - Peringkat2 Perkembangan Ilmu Fiqh Islam
2:00 PM - Kuliah 3 - Pembahagian Fiqh
3:00 PM - Kuliah 4 - Perbezaan Hukum Fiqh
9:00 PM - Kuliah 5 - Sumber2 Fiqh
Ahad 19 April 2009
6:15 AM - Kuliah Subuh
9:00 AM - Kuliah 6 - Sumber2 Fiqh (sambungan)
11:00 AM - UJIAN
12:00 PM - Kalimah Akhirah
1:00 PM - Bersurai.
Jazakallah kepada Ustaz Adni Abu Razak
dan Ustaz Abdul Rahim Abd Wahab
sebagai penyampai kuliah.
Both from University of Yarmouk, Jordan.
Alhamdulillah memang input yang cukup banyak dan baik.
Banyak perkara yang tak tahu jadi tahu
dan banyak perkara yang samar2 tu rasa jelaslah.
Satu yang baru saya sedar rupa2nya di bumi Iraq
tempat zaman tabi'en mengembangkan ilmu fiqh.
Dulu tentera Tatar pernah menyerang Baghdad
sehingga pintu2 ijtihad terbantut.
Dan kini musuh2 islam begitu terancang
memusnahkan dan menghancurkan bumi Iraq.

Kursus berakhir



Petang tadi sesi ke 2 Kursus Pembinaan Blog.
Semalam guru2 bidang bahasa & kemanusiaan.
Hari ini ajar guru2 bidang sains & matematik,
teknik & vokasional dan pendidikan khas.
Moga semua dapat manafaatkan ilmu untuk kebaikan.
And special thanks to Sis Syikin, Sis Hasra and Sis Hasmalinda
for helping me conduct the course.
Hah.. to Nini, next time no excuse ye..
dalam diam rupa2nye you're an active blogger too...



Malam ini sepatutnya ada halaqah
tapi tangguh atas sebab2 tertentu.
Saya mengambil kesempatan meminta izin dari suami
untuk ke taman pertanian bagi meninjau
perkembangan pelajar hardcore yang sedang
menjalani kursus kem anak2 soleh di sana.
Maka setelah mendapat green light
(sebabnya anak2 kena lah ditinggalkan bersama walidnya)
saya drive dalam hujan renyai2 bersama jemaah Sg Isap
siapa lagi kalau bukan Pah Radziah dan Siti Arija.
Sesampai terkejut saya melihat sebab fizikal mereka2
sudah pun berubah.... All of them are in bold head.
Dan sesi malam ini sepatutnya dijalankan bersama ibubapa
tapi hanya beberapa kerat je yang mampu hadir
untuk meluang masa bersama anak2 mereka.
Dan malam ini saya tersentuh melihat anak2 pelajar saya.
Selama ini mereka dilihat sebagai pelajar
yang nakal, degil, tak dengar kata dan berbagai2 kerenah.
Rupa2nye kekadang terlupa untuk melihat kenapa
mereka besifat demikian. Mereka adalah remaja2 yang
berkonflik untuk mencari identiti diri. Mangsa keadaan
dimana tidak pernah mendapat belaian kasih sayang dari keluarga
kerana mungkin dari keluarga ibubapa yang sudah terpisah
atau pun yang sibuk mencari rezeki hingga alpa
bertanya khabar anak2 mereka.
Maka rakan2lah menjaditempat mereka mengadu.
Jika temannya baik, maka baiklah mereka
dan jika temannya nakal, maka nakal lah mereka.
Dan sesi malam tadi, motivator telah berjaya
menyentuh hati anak2 pelajar tentang kealpaan mereka.
Rupa2nya dalam nakal2 hampir semua menitiskan air mata.
Jikalah disaat itu ibu bapa mereka ada bersama mereka
tentu mereka merasai anak2 mereka sebenarnya
dahagakan kasih sayang dan belaian mereka.
Cikgu doa anda bukan insaf setakat di kem saja tapi
balik nanti semua boleh berubah menjadi insan yang lebih baik.
Dan masih ada ruang untuk mereka merubah diri
dengan sokongan dari kita guru2.

Wednesday



Hari ni hari Rabu, perhimpunan koku macam biasa
di dewan multaqa'. Tengok siapa saya jumpa???
There are the hardcores of smkpb.
Sempat lagi nak berposing sebelum naik bas.
3 hari mulai hari ini mereka di hantar
ke Taman Pertanian Indera Mahkota
untuk Kem Anak-anak Soleh.
Maka hari ini kuranglah sikit riuhnya.
Lalu di kelas 4 cemerlang dan 5 cemerlang
kurang lah mereka2 yang merayau2 di koridor
dan melawat2 bilik termenung...
Jauh kita dari akhlak terpuji
kerana hati kita jauh dengan Allah.
Carilah iman, tanam dalam2 dan hati.
Cikgu doa all of you will get something
after coming back from the camp.



Petang ada inhouse kat makmal ict.
Cikgu2 diajar buat blog.
Hah... meriah makmal sebab mengajar murid2 tua.
Semua ceria2 belaka dan look excited to learn...



Balik petang saya dan Said je di rumah.
Abbas dan Nazirah belum balik tae kwan do.
Maka Said meneman saya di dapur.
"Umi ulat apa tu?" Said tanya bila lihat saya menyiang udang.
"Said tu bukan ulat, udang..." balas saya.
"Oh.. udang ye... Mama nak masak apa?" tanya Said.
"Mama masak mee basah, Said suka kan?" jawab saya.
"Suka..." kata Said dengan senyum.



Maghrib jemput cikgu2 SeRIA ke surau ada
khidmat masyarakat HALUAN.
Jumpa Hanan yang cute miut... rasa nak cubit pipi.
Itulah anak2 muka bersih tanpa dosa dan noda...

Antara pesanan penceramah, dagang nya Islam hari ini.
Orang Islam tahu solat itu wajib,
tapi masih ramai tak mengerjakannya.
Orang Islam baca al-quran,
tapi masih ramai belum cuba memahami
dan mengamalkan maksud dari ayat2 al-quran.
Maka renung2kan...

Full weekend

Saturday, half day at school kerana sekolah ganti.



Sunday, another half day di SeRIA
kerana ada Yaumul Ihtifal SeRIA 2009.
Perasmian oleh Tn Hj Ghazali, Timbalan Pengarah JAIP.



Anak2 tak de yang dapat hadiah...
Cuma 'Abbas masuk lakonan 3 Sahabat Syahid.
Punya excited nak berlakon setelah berhari2 berlatih.



Ha.. ini yang 'Abbas tunggu2 sangat.
Kumpulan nasyid Irsyadi dari abang2 KIPSAS.
Sudah beberapa kali disuruhnya buat e-mail,
katanya nak bere-mail dengan abang2 nasyid tu.
Tapi masih belum mendapat green light dari bondanya...

Program Pembestarian Sekolah



Pagi sehari kat sekolah.
Petang ke BTPNP, Beserah bersama Cikgu Nita
ada taklimat Program Pembestarian Sekolah untuk GPB
dan Taklimat Julang PSS untuk GPM.

Lewat petang bergegas ke HTAA dengan Siti Arija
setelah mendapat berita
suami Pn Hjh Hatijah (pengetua SMKPB)
dimasukkan ke wad.
Kami melawat beliau di wad CCU.
Moga di beri kesabaran atas ujian ini.

Malam, really too tired. During halaqah
ada part I can't open my eyes...
Aduh2 lemah lagi iman ini.

Tae Kwan Do



Pagi ada perasmian Minggu Antidadah Peringkat Sekolah.
Betapa rapuh remaja hari ini kerana
rapuh iman mereka kepada Allah.



Petang ada halaqah dgn guru SeRIA.
Singgah kat surau tengok Nazirah ber Tae Kwan Do.
Abbas ada kat depan, penuh semangat...

Ziarah Kak Ani

"Pah free tak petang ni?" tanya rakan saya Pah Radziah
dalam telefon tadi. Kebetulan ijtima' am tangguh hari ini
maka jawab saya, " Tak ke mana, mengapa?" tanya saya balik.
"Tadi pengetua call ajak saya ziarah Kak Ani.
Saya pun nak ajak awak sekali kalau nak ikut."
terang Pah kepada saya. "Boleh juga." balas saya.
Maka tadi jam 3.00 petang saya, Pah Radziah,
Siti Arija dan Haniliza (siapa lagi kalau bukan
jemaah Sg. Isap - pinjam kata2 Pah Radziah)
telah menziarahi Kak Hjh Noraini Jalil di rumahnya
di Indera Mahkota. Kami singgah di Bukit Setongkol
dulu untuk menjemput Hjh Hatijah, pengetua SMKPB.

Seperti biasa kedatangan kami di sambut
dengan air mata gembira.
Badan dan wajah Kak Ani susut
dan langkahnya agak perlahan.
Kesedihan ayahandanya yang baru pulang
ke rahmatullah selasa lalu masih belum reda.
Lebih2 lagi beliau sendiri pun operate
pada isnin sebelumnya.
Luka operation masih belum sembuh.
Agak lama juga kami mendengar Kak Ani
bercerita meluahkan apa yang terbuku.
Tapi alhamdulillah kedatangan kami memberi
sokongan untuk Kak Ani agar tabah dan sabar
atas apa yang berlaku.
Kekadang pemikiran kita tidak menjangkau
ada hikmah Allah di sebaliknya.
Hampir jam 5.00 petang
baru kami meninggalkan rumahnya.
Doa saya moga Allah memberi kekuatan
buat Kak Ani untuk menghadapi ujian ini.

Di pondok kecil

Suami saya ke bermusafir ke BS dan BG untuk beberapa hari.
Said Ramadhan tak sedar pun walidnya tiada.
Bila malam baru lah bertanya bila rasa walidnya tak balik2.
"Mama alid gi ane?" tanya Said ketika masuk rumah.
Apa saya nak jawab ye?
"Said ingat nasyid di pondok kecil?" tanya saya kembali.
"Aid suke nasyid tu" jawab Said.
"Jom kita nasyid sama2" ajak saya.
...
dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam
....
Maka itu menjawab persoalan untuk Said
ke mana walidnya pergi...

Halaqah

Petang bersama makcik2 dalam halaqah di PB.
Alhamdulillah mereka2 ni walau sudah berumur
masih bersemangat untuk hadir halaqah.
Very punctual, halaqah saya jam 3.00 ptg
tapi jam 2.45 ptg mereka sudah sampai.
Hari ini cukup korum semua hadir.
A part of it bincang sikit pasal surah Al-fajr.
Banyak peringatan Allah dalam surah ini
dimana pengakhiran surahnya,
"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu
dengan hati yang puas lagi diredhainya.
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba2 ku.
Dan masuklah ke dalam syurgaku"
Maka inilah penghargaan Allah swt
buat mereka yang sempurna imannya.

p/s no picture, cable hp rosak lagi...

Be creative



Pagi mesyuarat JKKD 1 Add Math di PPD Kuantan.
Jumpa kawan2 guru dari sekolah2 daerah kuantan.
Ada slot perkongsiaan ilmu dimana Mr Choy
beri buat bengkel Creativity in Teaching & Learning.
Very interesting, nanti boleh guna idea tu
untuk minggu sains & matematik.
Walau bagaimana pun semestinya memang
nak kena kreatif. Sahabat2 Rasulullah pun kreatif
seperti idea membina parit ketika perang khandak.

Malam Allah izin tali cermin mata putus.
Terpaksa walidnya baiki ke kedai cermin mata
dan saya ke halaqah tanpa cermin mata.
Maka amat terasa nikmat melihat sudah hilang sikit.
Alhamdulillah jam 10 malam baru siap dibaiki.

Majlis



Tadi masa perhimpunan ada majlis pentauliahan
watikah perlantian pengawas, ketua kelas & penolong,
koperator dan ajk charity.
Ketua pengawas yang dilantik saudari azliza.
Hah.. tahun ini pelajar perempuan telah 'merampas'
jawatan itu dari pelajar lelaki.
Aduhai mana pergi pelajar2 lelaki smkpb...
Hakikatnya begitulah, cukup sukar hari ini
untuk mencari mereka yang berwibawa dan
berpotensi untuk menonjol ke depan
sebagai seorang pemimpin.



Ini keratan akhbar NST hari ini.
Do we as teacher bother about this figure?
Kata Yusuf Qardawi,
Bahawa pemuda adalah kekayaan hakiki bangsa ini.
Kekayaan paling berharga bukanlah emas hitam,
emas putih, mahu pun emas kuning.
Kekayaan paling bernilai adalah kekayaan insani,
dan kekayaan insani yang paling berharga adalah pemuda.
Sebab mereka mencerminkan masa depan bangsa ini.
Dan merekalah yang akan menwujudkan hari esok.
Adakah anda ingin mengetahui masa depan
suatu bangsa, lihatlah para pemudanya.
Bagaimanakah keadaan mereka?
Bagaimanakah akhlak dan moral mereka?
Apa orientasi dan impian mereka?
Apa tujuan dan cita2 mereka dalam hidup ini?
Melalui pertanyaan2 itu, anda bisa
menghukumi suatu bangsa.
Apakah tergolong bangsa yang ditakdirkan
tumbuh berkembang dan menerajui kemajuan?
Atau, tercatat sebagai bangsa yang merosot
dan mengalami kemunduran...

Maka sedikit sebanyak bila bersama anak2 pelajar
kita sentuhlah hati mereka tanpa jemu2
agar jiwa mereka tidak kosong.
Siapakah yang lebih baik perkataannya
selain dari mereka yang menyeru kepada kebaikan
dan mencegah kepada kemungkaran.

p/s : hari ini hari lahir kakak saya yang ke...
Moga Allah berkati hidup mu dan
menguatkanlah ikatan kekeluargaan kita.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu