Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Misi Pelayaran Kemanusiaan Gaza dilancarkan


KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2010 - Sidang media pelancaran Konvoi Misi Pelayaran Kemanusiaan Gaza telah diadakan di bilik VIP, Stesen Sentral Kuala Lumpur. Dijangkakan konvoi ini akan bertolak pada bulan November, 2010 depan dengan mensasarkan kutipan sebanyak RM7 juta. Dana ini akan digunakan untuk membeli kapal dan juga alatan pendidikan, perubatan dan binaan yang diperlukan oleh penduduk di Gaza.

Sidang media tersebut dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Darus Senawi Ali, Timbalan presiden HALUAN. Bacaan doa tersebut kemudiannya disusuli oleh Tuan Haji Noorazman Mohd Samsuddin, pengerusi Lifeline for Gaza (LL4G) yang memberi penerangan terkini mengenai keperluan penduduk Gaza. Sejurus selepas itu, beliau juga menjelaskan mengenai persediaan konvoi misi pelayaran kemanusiaan Gaza.

Turut hadir dalam sidang media kali ini ialah Naib Presiden HALUAN, Tuan Hj. Sr. Sabbri Mohd Yudin, Pengerusi Aman Malaysia, Dato’ Ahmad Zaki, Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia, YB Dr. Rani, Naib Presiden Muslim Care, En. Zulkefli Mohd Nani, wakil Dewan Pemuda Masjid Malaysia, Ustaz Taqiuddin, wakil Viva Palestina Malaysia, Puan Norazian Anidin, wakil Pertubuhan Mawaddah, Puan Norlena Nann, wakil ABIM, En Raimi, dan wakil Public Campaign for Palestine, Dr. Isa. Para penasyid tanahair seperti Rabbani dan In-team turut hadir menyerikan majlis tersebut.

Kami akan membantu berkempen menjayakan usaha membantu rakyat Gaza dan Palestin melalui konsert-konsert nasyid mahabbah Gaza di seluruh negara,” ujar Encik Azadan, pengurus Rabbani production.

Selesai soal jawab dalam sidang media, para pimpinan NGO berarak turun ke tapak pameran untuk gimik pelancaran konvoi dan pameran Palestin dengan membawa bendera-bendera Malaysia dan Palestin.

Pameran Palestin ini digerakkan oleh AMAN Malaysia dengan kerjasama Lifeline for Gaza. Menurut Dato’ Ahmad Zaki, selaku pengarah projek, pameran ini akan berlangsung sehingga 8 September ini dan kutipan dana statik dan tabung bergerak akan dibuat sepanjang kempen tersebut. Setiap badan NGO gabungan Lifeline for Gaza akan mengatur pelbagai aktiviti sepanjang kempen sehingga November ini untuk mencapai sasaran dana.

Menurut Tuan Hj Noorazman, pengerusi Lifeline for Gaza:


Gabungan badan NGO LL4G berharap agar seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira status, agama dan latarbelakang menyokong usaha yang suci murni ini. Isu ini bukanlah isu orang Arab atau isu umat Islam. Isu sebenarnya ialah untuk menyatakan ketegasan kita untuk tidak mengiktiraf perhambaaan, aparteid dan perlanunan oleh Zionis Israel terhadap rakyat Palestin, terutamanya di Gaza. Kita tidak boleh berdiam diri dengan tindakan kejam ini. Marilah sama-sama kita bersatu dan berpadu menyuarakan bantahan kita terhadap kezaliman dan kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Palestin sejak enam dekad lalu.”

Menurut beliau lagi, 16 badan NGO utama yang terlibat dengan gabungan projek Lifeline4 Gaza kali ini ialah:

1. HALUAN Malaysia
2. HALUAN Palestin
3. Dewan Pemuda Masjid Malaysia
4. Yayasan Amal Malaysia
5. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
6. Muslim Care Malaysia
7. ABIM
8. Viva Palestina Malaysia
9. Aqsa Syarif Berhad
10. JIM
11. Palestine Center of Excellence (PACE)
12. Barakah, gabungan NGO Islam Pahang
13. FORUM, gabungan NGO Islam Pulau Pinang
14. CAKNA Palestin
15. AMAN Malaysia, dan
16. Public Campaign for Palestine.


Pihak life line for Gaza amat mengalu-alukan sumbangan kewangan bagi konvoi kemanusiaan Gaza kedua melalui akaun utama di bawah:

Nama Akaun : “TABUNG PALESTIN HALUAN”

No. Akaun : 5644 9020 8528

Bank : Maybank Berhad

Sumbangan korporat dan zakat di mana sumbangan dapat dimasukkan ke dalam akaun yang tertera di atas.

Sumber : http://www.lifeline4gaza.org/2010/08/31/misi-pelayaran-kemanusiaan-gaza-dilancarkan/

Ekspedisi Jejak Asnaf & Bantuan Fakir Miskin

Sempena cuti kemerdekaan,
ahli2 haluan & haluanita pahang telah
menjalankan program ekspedisi jejak asnaf
& bantuan fakir miskin sempena ramadhan & syawal.
Seawal 8.30 pagi saya dan sahabat2 telah berkumpul
di hadapan pejabat haluan di bukit rangin.
Kami berkonvoi 6 buah kereta menuju ke balok
dan sg ular bagi menjejaki saudara2 seislam
yang perlu diberi bantuan.

Dengan bantuan encik sultan, beberapa rumah
yang terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan
telah dikesan di persisir jalan balok.
Ini rumah pertama yang dilawati.
Seorang ibu tunggal yang tinggal dalam serba kedhaifan.
Anak2nya telah diserahkan bawah jagaan ibunya
kerana beliau tidak mampu untuk menyaranya.

Dalam keperitan panas pagi, kami berjalan kaki
ke rumah ke dua yang berdekatan.
Sepasang suami isteri yang juga
hidup dalam kesusahan.
Alhamdulillah, kedatangan kami disambut baik.
Dengan sekadar yang ada kami memberi
bantuan untuk bekalan ramadhan & syawal.

Kemudian ke rumah ke tiga yang didiami
oleh keluarga dari rohingya .
Batasan negera asal bukan penghalang
untuk kami memberi sumbangan.
Mereka saudara seislam yang juga ada hak.
Melihat keadaan rumahnya rasa macam tak percaya.
Namun kerana kesempitan untuk mencari
sesuap nasi, mereka sanggup melaluinya.

Ini rumah yang ke empat.
Kesian melihat mereka ini semua
beranak kecil dan kelihatan anak2 agak terbiar.
Bila ditanya rata2 tidak bersekolah.

Selepas itu kami melawat masjid yang dijadikan
tempat untuk bersolat dan aktiviti2.
Sebelum ini ada kelas fardhu ain
diadakan untuk anak2 tetapi terpaksa ditutup
kerana tidak mempunyai sumber kewangan
untuk membayar gaji ustaz dan sebagainya.

Kemudian ke rumah ke lima di sg ular.
Penghuninya pn hamidah.
Senyum gembira menerima kedatangan kami.
Dan keadaaan rumahnya tidaklah
sedhaif yang kami temui pada mula2 tadi.
Nasib hamidah lebih beruntung kerana mendapat
bantuan dari jiran2nya yang berdekatan.
Walaubagaimanapun bantuan tetap kami hulurkan.

Akhirnya kami ke perkampungan kecil sekelompok
saudara dari rohingya tinggal dalam jarak rumah
yang agak berdekatan di sg ular.
Mereka juga mempunyai kisah2 kesusahan
dan keperitan yang dilalui.
"Kami lari dari komunis. 2 bulan berjalan kaki
untuk sampai ke sini pada tahun 1988.
Masa itu anak2 kecik lagi.

Ibu, ayah dan saudara kami
di sembelih
oleh kerajaan komunis."
cerita ibu tua pada kami.
Kami bersyukur kerana dapat membantu saudara2 seislam.

Sepanjang ekspedisi membuat saya menilai
kehidupan yang dilalui cukup selesa.
Sedangkan disana ada insan2 yang
dalam keperitan hanya untuk mencari sesuap rezki.
Maka pedulikah kita dengan kesusahan mereka.
Sanggupkah kita berkongsi sedikit harta yang kita ada
dengan menghulurkan bantuan buat mereka?
Walaupun mereka pendatang tapi mereka adalah
saudara seislam dengan kita.
Kadang2 kita bias kepada mereka sedangkan
minima ukhwah ialah bersangka baik
terhadap saudaranya.
Maka di pagi merdeka, saya cuba merenung,
merdekakah kita dari sifat2 bakhil dan kedekut,
serta sombong dan bongkak.
Moga Allah menerima segala2 amal2
yang tidak seberapa ini....

21 Ramadhan

Sunnah shaum yang lain adalah berdoa ketika berbuka, kerana doa orang shaum dikabulkan,

"Allahumma, ya Allah! Kerana Engkau aku shaum. Dengan rezki Mu aki berbuka. Kepada Mu aku bertawakal, dan kepada Mu aku beriman. Haus telah hilang dan keringat pun bercucuran, Tetapkanlah pahala itu wahai Zat Yang Maha Luas karuniaNya. Ampunilah aku. Segala puji bagi Allah yang telah menolongku lalu aku shaum dan yang telah memberi aku rezki lalu aku berbuka."

sumber : Al-Islam, Bab 2, Implementasi Syahadatain - Sa'id Hawwa

Motivasi Pelajar SPM 2010

Hari ini anak2 smkpb mendapat sentuhan istimewa
dari tuan kaunselor cr roslan mansor
motivasi sebagai persediaan pecutan akhir
untuk menghadapi spm nanti.
Saya turut hadir mencari ilmu motivasi dari en lan.
Doa cikgu agar semua mendapat semangat yang kental.

Yang paling utama, matlamat mesti jelas
belajar kerana Allah swt semata2...

20 Ramadhan

Di antara sunnah shaum adalah sahur, makan antara pertengahan malam sampai fajar menyingsing. Nabi bersabda, "Bersahurlah, kerana di dalam sahur itu ada baraqah." (h.r. muttafaq 'alaih)

Dengan sahur seorang muslim harus bangun sebelum fajar. Dalam sahur ini disunnahkan mengambil wudhu', salat, istighfar dan berangkat ke masjid sesudah fajar untuk melaksanakan solat fajar (subuh). Sedangkan di dalam shalat fajar disunahkan berzikir sebelum dan seduah shalat dengan zikir yang ma'tsur.

sumber : Al-Islam, Bab 2, Implementasi Syahadatain - Sa'id Hawwa

Sumbangan Ramadhan.

Ramadhan bulan memberi.
Petang menghadiri majlis sumbangan fakir miskin
dan anak2 yatim untuk penduduk sekitar SeRIA.
Majlis bermula seawal 5.30 petang dengan
pengisian tazkirah oleh cikgu din.
Bicara yang membuat kita merenung di mana
kita di bulan ramadhan ini.
Cikgu kupas tulisan dr aaidh al qarni
yang membicarakan tentang 3 penyimpangan
yang berlaku pada umat islam
ketika di bulan ramadhan,
yang dipetik dari kitab pengajaran2 di masjid
pada bulan ramadhan.
Mari kita sama2 bermuhasabah...

1. Ramai sekali orang islam yang tidak mengenal
Allah kecuali pada bulan ramadhan.
Mereka berbuat maksiat,
mengingkari perintah ALlah dan Rasul
selama 11 bulan yang lain, tetapi bila tiba ramadhan
mereka bergegas2 pergi ke masjid.
Bukankah pemilik ramadhan ialah
pemilik syawal dan sya'aban?

2. Ramai sekali orang islam bila ramadhan tiba
mereka sangat menjagaisolat tarawih,
berbondong2 mereka ke masjid.
Tetapi apabila ramadhan berakhir,
mereka tidak lagi dilihat solat fardu berjamaah
di masjid. Mengapa mereka tidak bersikap
bersungguh2 untuk solat fardhu berjamaah?
Sedangkan solat fardhu berjamaah sekali
lebih baik dari solat sunat tarawih
30 malam di bulan ramadhan?

3. Ramai orang berpuasa tetapi menghabiskan
waktu siangnya dengan tidur.
Mereka tidur dari pagi hingga zohor,
terus ke asar, kemudian maghrib,
maka di mana kenikmatan puasa?

Wallahu'alam. Setakat yang mampu dicatit.
Maka sama2 kita baiki ramadhan kita
agar tidak termasuk dalam 3 golongan diatas.
Moga ramadhan tahun ini yang terbaik
yang kita lalui kerana andai mungkin
ini ramadhan terakhir kita....

Kemudian diteruskan dengan acara
sedikit sumbangan buat mereka2 yang
memerlukan yang tinggal dipersekitaran.
Termasuk penerima beberapa anak yatim dan miskin
dari ma'ahad tahfiz bukit rangin.

Akhirnya kami berbuka puasa bersama,
bersolat maghrib dan terawih berjamaah.
Moga2 segala amalan diterima Allah swt.

19 Ramadhan

Tentang shaum, Allah berfirman, "... telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang2 sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah : 183)

Tentang Al-Qur'an Allah berfirman, "... Demikianlah Allah menerangkan ayat2Nya kepada manusia agar mereka bertaqwa." (Surah Al-Baqarah : 187)


Allah berfirman, "... Sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang suka bertaubat dan mencintai orang2 yang suka mensucikan diri." (Surah Al-baqarah : 222)

"... Sesungguhnya Allah beserta orang2 yang sabar." (Surah Al-Anfal : 46)

Di dalam hadits qudsi Allah berfirman, "Dan aku bersamanya jika ia menyebut (zikir)Ku." (h.r. bukhari dan Musliim)

Bulan ramadhan adalah perjalanan ketaqwaan seorang muslim. Jika ia melaksanakan semua yang disunahkan Rasulullah berarti semua jalan menwujudkan ketaqwaan di hati seorang muskim telah dlaksanakannya di dalam ramadhan. Ketika bulan ramadhan berakhir, hati seorang muslim telah penuh cahaya, iman dan taqwa.

sumber : Al-Islam, Bab 2, Implementasi Syahadatain - Sa'id Hawwa

Iftar di SMAKL....

Hari ini ke SMAKL menghadiri
majlis iftar anjuran sekolah bersama ibubapa.
Tiba seawal 2.00 petang kerana walidnya
ada mesyuarat di sana.
Petang selepas solat asar sempat bersama
naemah & sakinah membaca ma'thurat beramai2.
Sebelum berbuka majlis penyampaian tazkirah
ringkas dari ustaz rahmat, mudir smakl.
Antara pesanan dari penyampaiannya,
5 tuntutan dari al-qur'an (secara ringkas...).
1. Mesti beriman dengan al-qur'an.
2. Membaca al-qur'an dengan tartil.
3. Memahami kandungan al-qur'an.
4. Diwajibkan mengamalkan apa yang
dipelajari dari al-qur'an.
5. Diwajibkan menyampaikan apa yang
dipelajari dari al-qur'an.
Penyampaian yang ringkas dan padat.
Bukan sekadar kita memperingati
nuzulnya al-qur'an, tapi untuk kita
renungi adakan ajaran al-qur'an
sudah kita hayati dan amalkan dalam kehidupan.
Lihatlah natijah hari ini....
penyakit2 yang ada dalam masyarakat,
remaja rosak, membuang anak,
membunuh, sakit jiwa etc2....
semua bahana kerana tidak
mengamalkan ajaran al-qur'an.
Renung2kan lah....

Alhamdulillah, dapat sama2 berbuka dengan
anak2 tersayang...


Malam sebelum balik kuantan
singgah di masjid terapung untuk solat tarawih.
Alhamdulillah bacaan imam yang cukup syahdu
lalu hati jadi rindu...
rasa macam di al haram pulak...

18 Ramadhan

Taqwa adalah akhlak yang menjadikan Allah sebagai syarat kemenangan seorang muslim di dunia dan akhirat.

Allah berfirman, "Sesungguhnnya orang2 yang bertaqwa berada dalam syurga dan kenikmatan." (Surah Ath-Thur : 17)

"... dan ketahuilah bahwa Allah beserta orang2 yang bertaqwa." (Surat At-Taubah : 36)

"... Sesungguhnya Allah mencintai orang2 yang bertaqwa." (Surah At-Taubah : 4)

Agar taqwa ini tertanam di dalam hati seorang muslim sehingga menjadi akhlak baginya, maka ia harus menempuh jalannya. Jalan terpenting yang dapat menghantarkan kepada taqwa ialah shaum, qiyamullail, zikir, doa, baca al-Qur'an, infak, fi sabilillah, i'tikaf, sabar dan istighfar.

sumber : Al-Islam, Bab 2, Implementasi Syahadatain - Sa'id Hawwa

17 Ramadhan

Pada hakikatnya ramadhan merupakan madrasah, jika orang yang berpuasa pandai memanfaatkannya. Mereka akan menjadi manusia baru, tidak seperti sebelumnya. Ramadhan adalah madrasah tempat seorang muslim memperbaharui ikatan2 islam pada dirinya dan mengambil bekal yang dapat menutupi segala kekurangan sebelumnya. Ramadhan adalah sebuah latihan (dauriyah) bagi kaum muslimin untuk menyambut dunia baru dan meninggalkan dunia lama. Dunia yang penuh cita2, semangat dan kehidupan baru serta harapan yang membebaskan mereka dari keserakahan dunia dan mengingatkan akhirat serta redha Allah sebagai puncak tujuan yang tidak boleh hilang dari hati kaum muslimin.

sumber : Al-Islam, Bab 2, Implementasi Syahadatain - Sa'id Hawwa

Bersama anak2 SeRIA

Hari sekali lagi mendapat jemputan beriftar beramai2
bersama anak2 sekolah rendah ibnu abbas.
Majlis bermula dengan tazkirah, berbuka dengan kurma
& air, solat maghrib kemudian jamuan nasi minyak.
Anak2 seronok termasuk sa'id ramadhan yang
turut menumpang syu'ur iftar jama'ie.
Walaupun masih tak berpuasa, saya perhati dari jauh,
dia boleh duduk diam2 dibelakang abangnya 'abbas salimi,
mendengar ceramah ustaz sufian,
makan nasi habis sepinggan... Tapi waktu
solat tarawih.... huhu... sibuk dengan
sahabatnya umar main2 panjat pokok ceri...

16 Ramadhan

Pembersihan jiwa adalah sesuatu yang asasi di dalam shaum. Bila ramadhan tiba, Rasulullah saw bersabda, "Ramadhan tiba, selamat datang (bulan) yang mensucikan. Ramadhan datang kepadamu, bulan berkah. Allah melimpahkan rahmat kepadanya dan menghapus segala kesalahan serta mengabulkan doa. Maka carilah kebaikan untuk dirimu dari Allah, kerana orang yang celaka adalah orang yang diharamkan dari rahmat Allah."

Sedangkan hikmah shaum berkenaan sesuatu yang positif ialah melatih kesabaran jiwa, kekuatan iradah dan taat kepada Allah.

sumber : Al-Islam, Bab 2, Implementasi Syahadatain - Sa'id Hawwa`

15 Ramadhan

Tidak ada sesuatu yang dapat mengendalikan lisan seperti shaum. Orang yang selalu kenyang, akan mengakibatkan seluruh organnya dalam kondisi sarat potensi dan nafsu. Sedangkan lisan merupakan refleksi jiwa seseorang. Apapun yang terjadi dalam jiwa berupa penyimpangan dari jalan Allah, maka akan terlibat pada lisan, tangan, kaki, akhlak dan perbuatan. Menahan jiwa dari nafsu makan akan mengurangi keterlepasannya dan mendorongnya untuk berdisplin di jalan yang benar.

Ini adalah hikmah shaum berkenaan menghadapi sesuatu yang negatif, yang manifestasinya adalah menahan nafsu dari yang tidak layak dilakukan.

Rasulullah saw bersabda, "Apabila seseorang dari kamu berpuasa maka janganlah pula berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan, 'Aku sedang shaum.'" (h.r. bukhari muslim)

"Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan amal jahat, maka Allah tidak butuh kepadanya meskipun ia meninggalkan makan dan minum." (h.r. bukhari, tirmidzi dan abu dawud)

Orang yang shaumnya tidak menwujudkan segi ini, maka ia seperti apa yang disabdakan Rasulullah saw, "Banyak orang yang berpuasa tetapi dari puasanya itu tidak mendapatkan kecuali lapar dan dahaga, dan banyak orang yang bangun malam (tahajjud) tetapi dari tahajjudnya itu ia tidak mendapatkan kecuali tidak tidur malam." (h.r. ibnu majah)

sumber : Al-Islam, Bab 2, Implementasi Syahadatain - Sa'id Hawwa

Seminar Add Maths

Hari ini anak2 didik saya dari smkpb khusus
calon2 spm 2010 telah mengikuti
seminar teknik menjawab add maths.
Sekolah menjemput mr teo poh,
guru cemerlang jusa c dari smkaa.
Layak dengan titlenya sebagai guru cemerelang jusa c
tu kerana ceramahnya ada tarikannya yang tersendiri.
Sikapnya yang sentiasa menghargai pelajar
walau lemah mana pelajar itu dapat menaik semangat
pelajar2 saya untuk buat yang terbaik spm nanti.
Cikgu sentiasa doakan kejayaan anak2 semua
dunia & akhirat....

14 Ramadhan

Hal2 yang membatalkan shaum adalah sesuatu yang masuk ke dalam perut, baik makanan, minuman dan lainnya, jima' dan onani.

Jadi, hal
asasi dalam shaum adalah menahan dari dua syahwat; syahwat perut dan kemaluan. Kedua nafsu ini merupakan nafsu manusia yang paling kuat. Manusia akan mudah menjaga nafsu2 lainnya bila ia dapat menjaga dirinya, selama waktu shaum, dari kedua nafsu tersebut. Setelah itu dapat mengaturnya sesuai batasan2 yang halal. Jika ia telah dapat melakukan hal itu berarti ia sedang menuju jalan ke syurga.

Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa menjamin kepadaku apa yang berada di antara kedua rahangnya dan apa yang berada di antara kedua pahanya, maka aku akan menjamin kepadanya syurga." (h.r. bukhari)

sumber : Al-Islam, Bab 2, Implementasi Syahadatain - Sa'id Hawwa

Alfatihah ....

Seawal 5 pagi, telefon berdering.
Hati mula berdebar bila mendapat panggilan
luar dari waktu biasa, macam2 lintasan hati datang.
Rupa2nya panggilan dari ayah long
memaklumkan satu kejutan di pagi yang dingin,
uncle ayub (abang ipar) dalam keadaan nazak, sesak nafas.
Setengah jam kemudian, ayah long call lagi
beritahu uncle ayub sudah pergi buat selama2nya
pada tanggal pagi isnin 13 ramadhan 1431h @23 ogos 2010
Takdir Allah mengatasi ikhtiar dan usaha manusia,
setelah hampir 8 bulan arwah kena stroke,
dan menjalani rawatan jantung
arwah dipanggil pulang oleh Allah swt.

Segera kami sekeluarga bergegas ke bangi.
Tapi Allah izin, sampai di tanah perkuburan sg tangkas,
bangi, jenazah sudah selamat dikebumikan.
Agak terkilan juga sebab tak sempat
melihat wajah terakhir arwah.
Namun alhamdulillah semua selesai dengan selamat.
Semoga Allah merahmati perjalanan roh
abang ipar saya yang memang seorang yang
ramah dan periang. Ampuni dosanya, masukkan
bersama dengan orang2 yang solehin.


Petang sebelum berbuka puasa
berkumpul keluarga2 terdekat
membacakan yaasin buat arwah.

Sayu hati saya melihat ketabahan kakak saya
menjaga arwah sejak awal tahun lagi.
Memang umi 'ah seorang yang cekal hati.
Moga tabah menghadapi ujian2 kecil dari Allah ini.

Sepupu2 sa'id, syukri dan syafie.
Memang happy bila dapat jumpa
berbuka puasa sama2...

Seusai solat tarawih dan tahlil buat arwah kat surau tadi,
saya sekeluarga bertolak baik ke kuantan.
Ayahbonda masih lagi tunggu umi 'ah.

Seimbas kenangan.....

Ini arwah, prof dr ayub mohd yatim,
bergambar pada 3 syawal 1430h.
Arwah bersalam dengan suami dan anak2 saya
yang sedang mandi dan cari ketam kat pantai
sebelum pulang ke bangi.
Tidak disangka kata2 akhir arwah tempoh hari
adalah benar, "Abbas, salam dengan uncle ayub,
uncle ayub mati, tak balik dah lepas ini..."
Cerita suami saya bila mengingatkan kembali
rentetan peristiwa pada petang tersebut.
Allah izin beberapa bulan selepas raya,
arwah jatuh sakit kena stroke hinggalah
membawa kepada ajalnya....

Ini masa ziarah pertama masa mula2 arwah kena stroke.

Ini ziarah selepas keluar hospital,
wajahnya ceria senyum melihat telatah
'abbas dan sa'id.
Arwah memang rapat dengan anak2 saya
Jika balik kampung memang tak lokek
arwah melayan anak2 saudaranya.

Ini hari kami ziarah setelah pulang dari melaka,
selesai pernikahan amir. Masa ini arwah
tak banyak cakap. Masa ditunjukkan gambar
kawin amir dan najihah dari handphone,
wajah arwah macam sedih je....

Ini on the day of amir's wedding.

Sesungguhnya perjalanan arwah
hampir selesai menemui rabbnya.
Tiba masa giliran kita pula menanti.
Ingatlah di hari tidak berguna anak2
dan harta yang bertimbun, kecuali
mereka yang menghadap Allah
dengan hati yang salim....

13 Ramadhan

Shaum wajib adalah menahan diri dari segala yang membatalkannya dari terbit fajar sampai terbenam matahari, dengan niat shaum semata2 kerana Allah, kerana iman kepadaNya, kitabNya, syariatNya serta kerana ikhlas beramal kepadaNya.

Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa berpuasa kerana iman dan mengharap pahala, maka diampuni dosanya yang lalu." (h. r. bukhari muslim)

sumber : Al-Islam, Bab 2, Implementasi Syahadatain - Sa'id Hawwa

Di Masjid Sg Isap Damai 3

Hari ini berbuka puasa di masjid sg isap damai 3.
Siap jawatankuasa masjid masak gulai sekor lembu...
Sebelum tu ada kuliah dari ustaz azhar idrus.
"Jika Allah kasih kepada hambanya,
maka mereka akan diberi musibah." ujar ustaz.
"Siapa yang Allah paling sayang?" tanya ustaz
dalam nada santai untuk menguji hadirin yang hadir.
Tapi tak sempat nak jawab pun sebab
ustaz beri masa 2 saat je mana sempat!
"Nabi2..." jawab ustaz. "Sebab itu mereka
dikalangan yang banyak diuji dan
diberi musibah oleh Allah.
Nabi yahya diuji hingga digergaji badannya.
Nabi yusuf diuji hingga dipenjarakan.
Inilah hadiah yang Allah beri kepada
orang yang nak dekat dirinya dengan Allah."
Memang ya, manusia bila susah baru
mudah nak rapat dengan Allah.
Jika diuji dengan kesenangan biasanya
manusia makin jauh dengan Allah.
Maka itulah rahmat dan kasih sayang
kepada hamba2nya...

12 Ramadhan

Penentuan bulan ramadhan sebagai bulan shaum tanpa diserahkan kepada manusia, selain hikmah2 tersebut, dapat memberikan kesedaran kepada kaum muslimin akan persatuan, membiasakan keteraturan, disiplin dan penyerahan total kepada Allah serta membuka pintu untuk usaha2 kebaikan secara terpadu yang dapat diikuti oleh setiap muslim. Kerana itu sebagian besar imam mujtahid berpendapat, jika telah ditetapkan ru'yat al-hilal melihat awal ramadhan di suatu tempat, maka seluruh kaum muslimin wajib berpuasa. Pendapat ini telah disepakati seluruh imam kecuali mazhab shafi'iyah. Hal ini merupakan penegasan terhadap masuknya seluruh kaum muslimim dalam hari yang satu sebagai madrasah yang satu; madrasah ramadhan dengan segala makna mulia yang terkandung di dalamnya.

sumber : Al-Islam, Bab 2, Implementasi Syahadatain - Sa'id Hawwa

Iftar bersama anak2 SeRIA

Hari ini beriftar bersama2 anak seria tahun 6
di masjid lama permatang badak sempena
program berbuka puasa dan solat hajat upsr.
Program bermula seawal 5.30 petang dimulai
dengan penyampaian ijtima' am oleh cikgu din.

Hari ini bicara beliau tentang taubat,
yang memang bertepatan kerana
taubat adalah salah satu dari kurikulum
dalam madrasah ramadhan.
"Taubat itu kembali kepada Allah,
taubat itu kebersamaan kita dengan Allah,
dan taubat itu sentiasa wujud dalam diri kita
rasa fakir/miskin, yakni rasa perlu kepada Allah swt
samada zahir atau bathin,
dalam kehidupan dunia
apatah lagi kehidupan akhirat...."


Selesai penyampaian berbuka puasa bersama2,
kemudian solat maghrib, hajat, isya' dan terawih.
Alhamdulillah, selesai hari ke 11,
moga2 Allah menerima segala amal puasa kita.

Kepada anak2 seria tahun 6,
makcik ucapkan selamat menghadapi
peperiksaan upsr nanti.
Moga antum semua berjaya dengan cemerlang,
insya'Allah....

11 Ramadhan

Selanjutnya, tahun qamariyah lebih sedikit 10 hari daripada tahun syamsiyah. Dengan sedemikian bulan Ramadhan setiap tahunnya maju 10 hari dari tahum masehi. Sesuai dengan ini maka dalam waktu 36 tahun berarti tidak ada hari sepanjang tahun yang tidak dipuasai oleh seorang muslim. Hari pendek, hari panjang, hari panas dan hari dingin dalam tahun tersebut.

Dengan demikian, seluruh kaum muslimin berbagi sama di setiap negerinya dalam kadar puasa dan kelelahannya, Seandainya tidak seperti ini, maka bagian penduduk daerah panas akan lebih berat daripada penduduk daerah dingin, kalau menggunakan bulan masehi yang tak pernah berubah. Begitu juga akan ada sebahagian penduduk yang berpuasa pada siang yang panjang sepanjang masa, sementara yang lainnya sangat pendek. Tetapi dengan bulan qamariyah setiap muslim dalam satu putaran telah mengalami beratnya shaum sebagaimana orang lain (di wilayah lain) pernah mengalaminya.

Buah2an dan berbagai jenis makanan ada musim2nya. Dengan shaum di bulan Ramadhan orang akan kembali menikmati, dalam waktu tertentu, setiap jenis buah2an dan makanan tersebut selama putaran waktu yang sempurna. Sebaliknya, orang tidak akan terhalang, di sepanjang masa, dari menikmati satu macam buah2an dan makanan di bulan puasa.

sumber : Al-Islam, Bab 2, Implementasi Syahadatain - Sa'id Hawwa

Jumaat

Semalam dikejutkan dengan berita pemergian
ibu siti najihah, pelajar saya, setelah beberapa
hari dalam keadaan koma kerana kemalangan jalanraya.
Saya baru plan dengan teacher ja untuk menziarahi
ibunya hari sabtu ini. Tapi Allah izin tak sempat.
Maka pagi ini saya bersama beberapa rakan guru smkpb
dan pelajar sekelas najihah telah menziarahi
arwah ibunya di kg kurnia. Kami sama2
membaca surah yaasin untuk dihadiahkan
kepada arwah ibu najihah. Semoga Allah merahmati
dan beliau bersama dengan mereka2 yang soleh.

Malam selepas solat tarawih, kami ke masjid negeri
kerana ada program derma darah
anjuran haluan dan jim pahang.
Huhu... walidnya nak menderma tapi
tak kesampaian juga kerana bp tinggi.
Bulan2 puasa kena makan ubat juga tau...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu