Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Bersabarlah...

Pagi ini bantu buat relief setelah berbulan pencen buat
kerana komputer yang sepatutnya rosak.
Maka kena guna laptop saya.
Masa tu terima berita kematian ayah Hjh Noraini Jalil.
Bila contact Kak Eda dia sudah dalam kereta
on the way to HTAA untuk ziarah.
Maka naluri nak ikut tu kuat,
minta Kak Eda tunggu saya depan masjid
agar dia tak payah pusing kereta sekali lagi.
Setelah minta izin dari pengetua,
berjogging lah saya menaiki jejantas,
ibarat naik bukit turun bukit...

Sampai hospital, jenazah masih dalam
proses pengesahan dari doktor.
Buat Kak Ani, bersabar dengan ujian dari Allah.
Tiba masa kita sebenarnya akan ke sana jua
cuma beza ada yang pergi cepat ada yang lambat.
Kebetulan beliau pun baru sudah buat operation
semalam, doktor buat sekali lagi biopsi
setelah spesimen yang dulu tu hilang tak jumpa2.
Ada hikmah disebalik apa yang berlaku,
kita mungkin tak tahu tapi
Allah maha mengetahui segala2nya.

Cuti

Hari ini cuti peristiwa sempena sukan,
Jam 11 pagi ke SMKBR tolong Cikgu Ezatul
tak habis2 lagi menuntut ilmu buat jadual waktu.

Jam 12 tgh je SeRIA, jenguk2 sekolah.
Ingat nak inhouse cikgu2 matematik UPSR
tapi Allah izin cikgunya tak de.
Sorang gi beli hadiah untuk esok
dan sorang lagi cuti konvo.
Maka saya tinggal je bahan ke mudir untuk fotostat,
jumpa cikgu lain kali pulaklah kalau ada peluang.

Sport Day



Hari ini Hari Kejohanan Olahraga SMKPB.
Maka sepagi saya berada di sekolah.
Nazirah dan Said ikut sekali lah sebab Walidnya ke KL.
Hah... kali ini rumah merah telah johan keseluruhan.
Mana kala, khemah pulak tak menang kali ini.
Budak2 buat tema rumah hantu,
siap buat replika kubur lagi dalam khemah tu.
Maka saya cadang tukar alam barzakh.
Bimbang juga kot2 percaya ke benda2
yang tak sepatutnya percaya.
Acara istimewa sukan kali ini ada kutip gula2
untuk kanak2. Nazirah dan Said tak ketinggalanlah.
Siap angkat baju buat kendong untuk isi gula2...

Petang ke SeRIA untuk ijtima' am.
Tu pun lewat sampai sebab penat.
Hah... alasan tak habis2 kalau nak buat benda baik...

Malam ada program lagi. Budak2 terpaksa bawalah juga
sebab walidnya belum pulang.
Cuma satu pesanan sahabat yang melekat di hati
jadikan masalah sebagai satu peluang.
Ini cukup relevan dengan beberapa
peristiwa yang saya hadapi beberapa hari ni.
Bukan senang nak rasa redha
dengan ujian yang Allah beri...
Kepada Allah saya memohon kekuatan.

Pre-sport day


Pagi2 pagi ke sekolah untuk buka makmal ICT
sebab pihak Koperasi/ANGKASA pinjam makmal guna
untuk kursus touch typing.
Selepas settle semua saya terus ke
SeRIA untuk mesyuarat ALP.
Hah... tiba lewat, mesyuarat sudah mula.
Masa tengah mesyuarat Nazirah call beberapa kali.
Kesian kat dia, saya terpaksa tinggalkan di rumah
kebetulan dia demam sikit.



Petang ke padang sekolah menghias khemah
untuk hari sukan esok sebabnya dilantik
sebagai ajk hias yang diketuai oleh Ustazah Norihan
bersama Kak Nab, Ustazah Norma, Noraini n Ayu.
Hari sukan sudah bertangguh sebab hujan.
Tapi minggu ini hujan juga, kata GPK Koku
esok kena jalan juga walau pun hari hujan.

Nazirah dalam demam2 nak ikut juga.
Said pun sama siap pakai baju tidur,
sebab baru lepas mandi hujan.
Said dapat kawan baru, namanya Abang Aqif.

Mesyuarat dan Majlis Perpisahan



Petang ada mesyuarat bidang sains dan matematik.
Kerusi panas tu... di pengerusikan oleh Kak Eda.
Ada presentation hasil dari cikgu Kamisah yang menang
pertandingan inovasi yang diwakilkan kepada
Cikgu Amran kerana Kamisah tak de.
Ayahnya masuk hospital untuk operation.
Bersabar ye Kamisah, sama2 kita doa agar
ayah awak dipermudahkan pembedahannya nanti.



Jam 3.oo ptg Cikgu Haniliza mantan KB Sn Mt
yang sekarang menjawat GPK 1 SMKBR
sampai untuk diraikan majlis perpisahannya
yang sudah tetangguh masuk 3 kali...
So hari ini, walau pun 2/3 orang cikgu tak dapat
hadir diteruskan juga, bimbang tangguh lagi kan.
Tahniah Haniliza, tadi masa ucapan itu
nampak sudah banyak perubahan...
ada keyakinan diri yang tinggi
dan ciri2 kepimpinan tu terserlah.



Redo the quiz



This morning, all the students who participate
in Asean Quiz 2009 resit the quiz.
Alhamdulillah tak di sangka2 everything goes well.
Schoolnet line taklah meragam macam semalam.

Asean Quiz 2009



Hari ini sepagi juga saya di Makmal ICT.
Sepatutnya ada Asean Quiz 2009.
Persiapan telah dibuat.
Ada 10 pelajar menyertainya.
Ini julung2 kali di buat kuiz secara online.
Tapi dengan izin Allah tak boleh nak jalan...
Server down dekat Jabatan Penerangan.
Schoolnet Line pun buat hal kejap ada kejap tak ada.
Hah.. pelajar2 pun frustlah, nak buat macam mana
teknologi canggih pun ada kelemahanya...

My daughters



"Nazirah... sama macam Habibah kecik2 dulu ye..."
Itu teguran dari beberapa teman dan
saudara mara bila melihat Nazirah.
Saya hanya tersenyum, "Ye kot..."
Anak membesar depan mata, tapi saya tak dapat recall
rupa Kak Long masa kecik2 dulu,
Secara tak sengaja terjumpa gambar masa Kak Long kecil.
Saya cuba compare dengan wajah terkini Nazirah.
Subhanallah ada irasnya, adik beradik katakan...

Lawatan First Day Assist



GlobalNet telah mengadakan Lawatan First Day Assist
bagi membantu guru2 guna peralatan sistem IES.
Sekolah telah dipilih untuk Pilot Project.
Dengan sistem ini pelajar jawab soalan guna remote control.
Hah.. macam2 teknologi sekarang.
Maka rekod boleh diambil dengan segera.



Selesai sesi latihan ada penyampaian
cenderahati dan sijil.
Thanks Farah and Nurul Huda the JUs from GlobalNet.

Back 2 Kuantan


Travel back to Kuantan around 8:30 PM.
Reach Sg Isap about 12:30 AM after 2 breaks.
First break at Nabila Restaurant for hot coffee.
Second break at Petronas Cherating for 15 minutes nap.

Puteri2 ku pulang ke SMASKL



Lewat petang hantar anak2 balik SMASKL.
Anak2 sempat bergambar dengan nenda berdua



Buat puteri2 ku.
Pulang penuh bersemangat.
Tuntutlah ilmu tanpa jemu2.

Kenduri


Tengahari pergi kenduri aqiqah cucu
Cik Mi di Seberang Baroh.


Kemudian ke Losong kenduri walimah
anak Kak Sarimah.
Mabrok buat Rabbani n Mumtazah.

Taman Permainan



Sambil menunggu Naemah tadi
Said main2 di taman permainan Batu Buruk.
Tu nama lama, nama baru taman rekerasi kot.
Sinilah tempat saya kecil2 dulu datang main
dengan ayoh (bapa saudara).
Tapi dulu2 mana ada permainan seperti sekarang.
Yang ada cuma buai, gelongsor dan papan jongket je.

Larian Jambatan



Anakanda ku Naemah...
Bila tahu Papa masuk Larian Jambatan
Bandaraya Kuala Terengganu
dia pun nak join sama.
Bukan boleh dilarang2 hajat hatinya.
Maka berlarilah jam 7:30 pagi tadi
dan dapat juga nombor 27.
Tahniah moga bersemangat juga
untuk aktiviti2 dakwah nanti...

Sarapan pagi




Semalam riuh rumah bonda,
3 family berkumpul Umi Ah, Umi Pah n Umi Dah.
Maka seperti biasa sarapan pagi untuk pagi ni
Umi Dah masak, nasi goreng ikan atau
ayahanda suka panggil nasi goreng banjir...
Satu kuali penuh masak pun tak cukup
laku Umi Dah jual pagi ni...
Tapi Kak Long kata kurang menyengat,
sebab apa tu??? Kicap rumah Tok sudah habis
maka tak de pemanis kicap n lada.
Walau bagaimana pun habis jugak...

Anakandaku Sakinah


Setahun usiamu bertambah
Manfaatlah hidup mu
untuk mencari redha Allah
kerana hidup abadi
ialah di yaumul akhirah
Selamat ulangtahun kelahiran ke 13...

An Evening Play



Bila petang air pasang tak elok nak mandi
maka sebagai gantian
ada yang main pasir,
ada yang mandi pasir
hingga ada yang terbaring atas pasir...



Pastu jalan2 je tepi pantai.
Maka tumpang posing
tempat orang kail ikan...



Naik sambung lagi main layang2 pulak
Oh well raye budak2...


Sentuhan Alam...



Sungguh luas alam ciptaan Mu
Andai ku celup seputung jari
Milik ku hanya titisan yang melekat di jari ini
Milik Mu segala2nya
Tidak terhitung Keagungan dan Kekuasaan Mu



Ku menyusuri di pergigian pantai
Ku temui bunga2 buih
Asalmu putih bersih
Berlari2 mengejar pantai
Bisakah aku merenung
Ingatan Junjungan Rasul
"Satu hari nanti
umat ku ramai
tapi seperti buih
hanya sekadar mengikut arus
tanpa ada kekuaatan diri..."



Anakanda ku...
Kan ku pimpin hidup mu
Menuju Redha dan Rahmah Allah
Selagi hayah Bonda di kandung badan...

A Morning Walk



Pagi beriadhah di pantai bersama Umi Ah dan anak2.
Biasalah Umi Dah jalan je, peluhlah sikit2...



All the kids are really happy.
Walking in the sunrise.
Play water and sands
and collect shells.



Special for Umi Su....


(the latest picture of Bonda)

Umi Su... dikala rindukan bonda
pandanglah ke langit
lihatlah bulan dan bintang
kala itu berdoalah buat bonda
Moga Allah sejahterakan
kesihatan dan keimanannya....

Kenduri lagi...



Hari ini kenduri lagi di rumah pengantin lelaki,
Kalau orang Terengganu panggil majlis sambut menantu.



What is the significant about it?
Since this is a new home for the bride,
it's where the mother in law will introduce
her 'new daughter' to relatives and friends.

Maka duduklah pengantin
ditemani ipar bersalaman dengan setiap
saudara mara dan tetamu yang hadir.
(I still remember myself 17 years ago... malu...hehe..)



As for me, it's like a get together day.
I meet many of my husband's nephews and nieces.
Since there are many of them,
then I take some time to recall their names...



Hah... ini cucu-cucu saudara, I'm a grandma...
They have unique names, Fatini, Da'yini, Lubaib, Labib
and so on... sorry lupe lagi Tok Umi ni...



At late evening then I leave the house.

Books



Pagi saya ke SMKPB kerana Kak Long ada temujanji
dengan Teacher Jalilah. Sementara tu saya ke
library sekolah tolong Naemah cari bahan
tentang tempat-tempat bersejarah.
Hai... anak punya kerja kursus
mak juga kena cari... Tapi lebih sejam mencari
padahal rak buku bukan banyak sangat
tak jumpa2. Bila jumpa bukunya,
isi pula hilang...



Jadi apa yang saya jumpa...?
beberapa buku teks lama2 zaman saya
sekolah menengah dulu. Hah... buku2 inilah
menjadi teman baik saya, saya belek hari2.
Buku math tu pengarangnya Cheah Tat Huat.
Guru saya dulu Cikgu shukri dan cikgu Abd Rahim.
Kalau buku biology saya ingat sangat
pengarangnya Peter Chen sebab saya minat
bio kerana dulu saya cita2 saya nak jadi doktor...
Cikgu bio saya cikgu Siti Fatimah.
Buku sains paduan lagi nostalgik
sebab saya ingat sangat gambar burung kakak tua tu.
Buku BI ... beberapa BI yang pernah ajar saya,
cikgu yang diimport dari oversea
dan juga cikgu yang graduated dari oversea...
(yang kadang2 lebih sudu dari kuah...)
Oh... dengan titisan ilmu itu
saya menjadi insan hari ini...



Dan sejam menunggu terlalu lama buat
Said dan Abbas yang nak ikut saya ke sekolah.
Sebelum balik saya jumpa bekas
pelajar saya Rushdiah. Dia masih
undecided lagi nak belajar mana...
Apa2 pun cikgu doa awak berjaya.

Petang jam hampir jam 7:00 saya dan keluarga
bertolak pulang ke Kuala Terengganu
untuk bersama Bonda dan Ayahanda
sempena cuti sekolah.

Akademi Nasyid



Sambil membaca tu terserempak dengan pelajar2
saya sedang berlatih nasyid dengan penyanyi nasyid
dari Akademi Nasyid. (banyaklak nasyidnya...)
Saya bukan ikut sangat perkembangan Akademi Nasyid tu
cuma kenal Azhan je, sebab pemenang utama.
Mereka dilatih sebab nak bertanding peringkat
daerah nanti. Kata pembimbing mereka
Ustazah Ramlah, selama ini dapat no 2 je.
Jadi tahun ini cuba dapat kelainan,
moga sentuhan dari profesional (?) tu mereka
berjaya pecah rekod. Selamat berjaya...

PTK Examination



Hari ini periksa PTK. Paper saya jam 11:00 pagi.
Maka sebelum tu di Pondok ICT,
saya, Pah Radziah dan Haniliza
sekali lagi baca nota sama2.
Hah... berdebar juga. Doakan kejayaan kami.

Study Group



Lewat petang jam 3.30 ptg
saya bersama Pah Radziah ke SMK Bukit Rangin
jumpa Haniliza konon2 nak study.
Esok periksa PTK. Masing2 memang
tak bersedia apa2 pun maklumlah mana
sempat nak baca buku.
So, kami ulangkaji sama2 beberapa topik.

Perjalanan Pulang.


The next day, beli2 sayur then pulang.
Anak2 tanya, "Umi ni gambar jeep pun nak ambil"
Hah... itulah kenderaan lasak pekebun sayur di sini.



Kami pulang melalui Kg Raja - Gua Musang.
Nak cuba jalan baru. (Tapi laluan ini dah lama buka).
Kami lalui laluan berbukit bukau.
Cuma kena hati2 sebab ada beberapa tempat tu
hampir separuh jalan tanah runtuh.



Masuk sempadan Kelantan jumpa
beberapa perkampungan orang asli.
Aktiviti mereka tunggu tepi jalan jual madu dan sayur.



Permandangan bergunung ganang amat menarik.
Betapa luas alam ciptaan Allah.
Sampai di Gua Musang ada beberapa tempat
gua2 yang unik dan menarik.



Dari Gua Musang ke Felda Iring untuk laluan ke Kuala Berang.
Sepanjang perjalanan hujan agak lebat.
Jalannya berliku ada, macam roller coaster pun ada.
Tapi disebabkan kami tak tahu jalan
Allah izin tersesat sejauh 16 Km ke
Taman Negara Kuala Koh.


Maka sampailah kami ke Taman Negara Kelantan!...
Jumpa Security Guard dia kata
memang ramai orang tersesat ke sini.
Patutlah sepanjang jalan tadi tiada kenderaan,
penuh ladang kelapa sawit dan lembu2.
Bila masuk dalam kawasan Taman Negara tu
semua anak2 suspen dan takut
sebab jalan sudah jadi kecil,
hutan kiri kanan, lalu jambatan usang,
ada signboard gajah melintas dan begitu sunyi.
Tapi Walidnya cool aje, tarbiyah buat anak2.
Kata Walid, "Sesat jalan kita pusing balik
semula ke pangkal jalan."
Tapi bila sampai kawasan Taman Negara
tempat agak menarik.
Masing2 berebut nak ambil gambar pulak...



Maka dalam hujan kami patah balik sejauh 16 km.
Alhamdulillah jumpalah lebuhraya ke Kuala Berang.
Tapi jalan ini belum diwartakan lagi
sebab itu bukan jadi laluan utama.
Kenderaan pun jarang-jarang jumpa.
Dalam hujan kami lalui Tasik Kenyir.
Tasiknya seluas mata memandang, cantik.
Memang sejuk mata memandang tapi kerana
hari hujan maka pemandangannya redup dan kelam je.



Maka perjalanan hampir 5 jam (melebihi sepatutnya)
dek sesat dan hujan. Anak2 terutama Said
bukan main lagi. Ada masa bila boring tu
jenuh kakak2nya melayan karenah adiknya.
Sampai di Kuala Berang jam 6.30 petang
terus cari makan...
Sebab sudah sampai ke Terengganu,
kami pulang ke rumah Bonda di Kuala Terengganu.
Singgah hantar sayur...
Maka tukang driver berehat setelah penat memandu
jam 10:30 malam baru pulang ke Kuantan.

Alkisahnya tamatlah A Counterclockwise Journey
kami sekeluarga bermusafir dan berrehlah
dari Kuantan - Karak - Genting - Batang Kali -
Bidor - Teluk Intan - Sabak Bernam -
Simpang Pulai - Brincang - Kg Raja -
Gua Musang - Felda Iring - Kuala Berang -
Kuala Terengganu - Kuantan.
Lengkap 5 negeri - Pahang, Perak,
Selangor, Kelantan dan Terengganu...

Penat? Ye... tapi suasana bermusafir
banyak Allah nak tarbiyah terutama
buat anak2 remaja saya yang baru
nak mengenal erti cabaran dan dugaan
dalam dakwah dan tarbiyah...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu