Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Monday blues...


Pagi bawa anak2 ke bookshop di alamanda.
Hush... berderet buku2 dikutip.
Alasannya untuk isi masa cuti nanti.
So, kena baca jangan tak baca...
besar pelaburannya....

Selepas asar kami beransur untuk pulang
selepas menunggu umi ah balik dari
hospital bawa uncle ayub buat appointment mri.
Doa kami sekeluarga moga uncle ayub
beransur pulih. Beringat2 kerana
sakit pun adalah satu bentuk ujian dari Allah.
Banyak berdoa dan bersabar....
Macam biase b4 balik,
masing2 nak posing depan taman umi ah.
Mana sarah amirah???

Ada satu lagi rumah disinggah sebelum balik,
rumah baru fajri (ramli's nephew) n eda di sg merab.
Terima kasih kerana menjamu kami
dengan mee + ayam goreng,
kenyang hingga tak perlu dinner lagi malam ni....

Alhamdulillah selamat sampai ke kuantan
10.30 PM dalam hujan renyai2.
Al maklum tengkujuh sudah tiba...

Bermusafir


Pagi sabtu dalam hujan renyai2
saya sekeluarga bermusafir menuju ke kl.
Alhamdulillah, perjalanan mengeratkan
mahabbah anak beranak.

Sampai di gombak drop wan mohd hussein
setelah beberapa hari bersama muhammad 'abbas.
Jauh tu... datang dari sabah...

Kemudian terus menuju ke shah alam
untuk menghadiri walimatul urus
anakanda fatimah az-zahra & wan mohd nahar.

Mabrook buat anakanda kepada
kak siti ramlah & akh haris.
Mula mengenali kak siti masa di LA dulu.
Waktu tu saya masih undergraduate student,
kak siti sedang buat master dan az-zahra masih kecik.
Subhanallah... begitu jauh masa berlalu.


Siapa sangka kedatangan dengan izin Allah
saya dan suami dapat bertemu dengan sahabat2
sama2 belajar di US dulu,
akh hamdan & kak siti rohani,
juga akh mohd taib & ukht rosmila.
Pertemuan walau sebentar tapi
kehangatan ukhwah akan tetap segar di sanubari.

Selesai kenduri singgah solat di
masjid shah alam.
Tersangkut hampir sejam kerana hujan lebat.


Menghampiri jam 6.00 petang
barulah sampai ke rumah umi ah di D'7 bangi.
Menziarahi uncle ayub yang keuzuran
plus rumah baru umi ah...

Qurban di Pekan & Ziarah


Pagi seawal 7.oo pagi saya, suami
dan beberapa ahli HALUAN pahang
ke kampung chenderawasih baru, pekan
menyempurnakan 2 ekor lembu lagi untuk qurban.


Moga2 Allah menerima segala ibadah ini...


Lembu pertama disempurnakan oleh pak basyir.

Lembu ke2 disempurnakan oleh walidnya.


Kemudian penduduk kampung tersebut
bergotong royong melapah dagingnya.
Semua daging akan diagih2kan untuk
semua penghuni di sini.


Ha'ah sebelum balik sempat
mereka yang hadir dijamu dengan mee kari...


Petang saya, suami dan anak2
ke kemaman kerana majlis kenduri aqiqah
cucu2 mak long.


Sampai lewat juga sebab service unser dan
tampal tayar pancit dulu.


Ha'ah... jumpa kak la yang rindu2an tu...
Tahniah kerana kejayaan dalam UPSR!!!


Perjalanan pulang hampir waktu
matahari mencecah bumi.
Kami ke rumah pakcik mail kerana undangan.
Solat maghrib di rumahnya.


Masing2 begitu selera dengan sop tulang
yang dijamu. Terima kasih banyak2
buat tuan rumah...

Qurban 1430H

Solat aidil adha di SeRIA.
Bacaan khutbah yang menyentuh hati.
Betapa jiwa ini perlu banyak pengorbanan
terutama untuk dakwah & islam.


Ibadah korban lembu pertama
disempurnakan oleh pakcik wan.

Sambil2 tu renungkan...
Firman Allah swt yang bermaksud:
"Dan telah kami jadikan unta-unta itu
sebahagian dari syi'ar Allah,
kamu memperololehi kebaikan yang banyak daripadanya,
maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya
dalam keadaan berdiri (dan telah diikat).
Kemudian apabila telah roboh (mati),
maka makanlah sebahagiannya
dan beri makanlah orang yang rela
dengan apa yang ada padanya
(yang tidak meminta2) dan orang yang meminta.
Demikianlah kami telah menundukkan unta-unta itu
kepada kamu, mudah2an kamu bersyukur."
(Surah al-Hajj:36)


Alhamdulillah selesai...


Lembu ke2 menanti... garang nampak...


Alhamdulillah disempurnakan oleh pakcik rosdi.

Firman Allah swt yang bermaksud:
"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu
dan berqurbanlah."
(surah al-Kauthar:2)


Standby... lembu ke3


Disempurnakan oleh pakcik din, beres...

Dari Aishah ra Nabi Muhammada saw
telah bersabda yang bermaksud:
"Tiada suatu amalah yang dilakukan
oleh manusia pada hari raya qurban,
yang lebih dicintai Allah
selain dari menyembelih haiwan qurban.
Sesungguhnya haiwan qurban itu
pada hari kiamat kelak akan datang
beserta dengan tanduk2nya, bulu2nya dan kuku2nya,
dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu
menyentuh tanah,
ia (pahalanya)
telah diterima disisi Allah,

maka beruntunglah kamu semua
dengan (pahala) qurban itu."
(Riwayat al-tarmuzi, ibnu majah dan al-hakim)


Dan lembu ke4, pakcik ramli sempurnakan...

Zaid bin Arqam berkata :
"Mereka telah bertaya, Wahai Rasulullah,
apakah udhhiyah (qurban) itu?"
Nabi Muhammad saw menjawab:
"Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim."
Mereka bertanya lagi :
"Apakah ia untuk kita?"
Rasulullah saw menjawab:
"Dengan tiap2 helai bulu satu kebaikan."
Mareka bertanya:"Maka bulu halus pula?"
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Dengan tiap2 helai bulu yang halus itu satu kebaikan."
(Riwayat ahmad dan ibnu majah)


Sambil2 tu ibu2 sibuk menyiapkan
bahan2 untuk memasak.


Ha'ah... daging fresh sudah sampai...


Alhamdulillah berkat gotong royong
semua dapat diselesaikan dengan segera.

Sebahagian daging yang sedang diproses.


Abbas, Hussein dan rakan2 juga sibuk membantu...
Timbang berat dan bungkuskan daging tu.


Siap untuk diedarkan kepada orang2 kampung.


Dan gulai kawah sudah hampir nak masak....


Juga sup tulang gearbox pun ada....


Alhamdulillah selesai solat jumaat,
setiap yang terlibat di jamu dengan
gulai kawah dan sup tulang,
plus ikan kering, sambal dan ulam....

Dan amat bersyukur ke hadrat Allah swt
kerana masih berpeluang bersama2
menyempurnakan qurban tahun ini.
Tiadalah nikmat tika ukhwah terpaut
bersama sahabat2....

Pulang ke Kuantan.


Hari ini selesai memberi personal touch
add maths untuk kak long
saya pulang ke kuantan bersama anak2.
Kak long beraya di rumah nadirah.
Peperiksaan spm lambat lagi tamatnya.
Insya'allah ummi sentiasa mendoakan
moga Allah permudahkan peperiksaan
kak long yang mendatang.


Maka tinggallah ayahbonda berdua.
Maafkan anakanda sebab aidil adha
tidak dapat bersama.
Memang itulah yang terjadi sejak
tahun2 kebelakangan ini kerana
tanggungjawab qurban di kuantan menanti.
Ayahbonda berkorban dengan anak2 tak dapat bersama.
Anak2 pun terpaksa berkorban meninggalkan ayahbonda.
Moga pengorbanan ini tidak sia2,
semua dalam rangka nak cari redha Allah....

Semasa meninggalkan pantai bb tadi
cuaca memang panas,
ombak pun nampak kurang mengganas.
Dan alhamdulillah perjalanan ok.
Singgah solat zohor di rumah umi na.


Namun sampai je kuantan hujan lebat...

Dan hari ini merupakan hari istimewa,
ummat islam yang menunaikan haji berkumpul di arafah.

Dari Aisyah ra katanya, Rasulullah saw bersabda,
"Tidak ada suatu hari dimana Allah swt
paling banyak membebaskan hambaNya dari neraka
selain dari hari Arafah." (hr sahih muslim).


Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya Allah swt memuji mereka yang sedang
berwukuf di arafah kepada penduduk langit
dan berkata kepada mereka:
'Lihatlah kepada hamba2Ku yang datang kepadaKu.'
(hr ahmad)

Sesungguhnya keasyikan di arafah tidak akan
terungkai kecuali kita sendiri merasainya.
Dengan penuh kesyahduan bermunajat kepada Allah swt.
Ya Allah, moga Engkau menerima
segala taubatku di arafah...

Bersama mu...


An hour before sitting add math's paper.
Sepagi saya bersama kak long
memberi sokongan dan semangat.
Jika ada soalan2 terakhir yang nak ditanya
saya ada disisinya membantu.
Itu je yang boleh umi tolong disaat2 akhir
Walau apa pun bonda doa Allah beri
yang terbaik buat kak long.
Usah digusar keputusannya nanti.
Bonda tahu kak long sudah berusaha sedaya mungkin,
keputusan kita serah kepadaNYA.

To the others...
SMASKLians n SMKPBians
all the best!!!


Hari ini cuaca sudah mula panas.
Apa lagi petangnya,
anak2 turun main pasir di pantai,
nak mandi ombak besar!!!!
Dan Abbas paling gembira
best freindnya dari Sabah,
Hussien datang bercuti ...

Menyingkap risalah Ibrahim AS (siri 2)

Mari kita perhatikan beberapa pandangan yang dikemukakan oleh Al-Quran.

Ibrahim telah mendapat pengetahuan mengenai tanda2 kebesaran Allah di langit dan bumi. Ia mengetahui bahwa benda2 yang ada di langit dan bumi ini merupakan bukti yang nyata mengenai kekuatan Allah yang maha mengetahui. Yang telah menjalankan dan mengatur alam semesta ini.

Beliau mempunyai keyakinan mendalam, tanpa keraguan, kepada tuhan yang maha agung ini. Ia sangat yakin dan sangat percaya, seperti kepercayaan orang yang melihatnya secara nyata, bukan sekadar kepercayaan yang berdasarkan argumen dan dalil.

"Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda2 keagungan (Kami) di langit dan di bumi." (Al-An'am : 75)

"Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata, 'Wahai Tuhanku, perlihatkan kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati.' Allah berfirman, 'Apakah kamu belum percaya?' Ibrahim menjawab. ' Saya telah percaya, akan tetapi agar bertambah tetap hati saya.' Allah berfirman, '(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu jinakkanlah burung2 itu kepadamu, kemudian letakkanlah tiap2 seekor darinya di atas tiap2 bukit. Sesudah itu, panggillah dia, niscaya dia akan segera datang kepadamu.' Dan ketahuilah bahwa Allah maha perkasa lagi maha bijaksana." (Al-Baqarah : 260)

Maka disini dapat kita lihat Ibrahim AS memiliki keimanan yang kuat terhadap Tuhannya dan memiliki keyakinan yang kuat terhadap akidahnya. Pemikiran beliau bukan superfisial semata2, tetapi keyakinan yang menghunjam kuat di dalam hati. Kerana itulah beliau memberikan kepatuhan yang benar, dan kerana itu pula dakwah beliau disebut Islam, begitu juga agama beliau disebut Islam. Beliau adalah peletak batu pertama bangunan tauhid dan imam pada penganut hanafiyah (ajaran agama yang lurus, tidak dicampuri dengan kemusyrikin)

"Ketika Tuhannya berfirman kepadanya, 'Tunduk patuhlah!' Ibrahim menjawab, 'Aku tunduk dan patuh kepada Tuhan semesta alam." (Al-Baqarah : 131)

Wallahu'alam.

Islah nafsaka wad'u ghairuka.

Bersama kak long

Hari ini menjengok kak long lagi
di smaskl tapi lewat petang.

Allah izin sesi jejak kasih...
Siapa sangka dapat bertemu dengan
kawan lama, kak asmalia.
Beliau sedang memberi kelas tambahan
kepada anak2 smaskl.
Kami sama2 buat kpli di mpktbr in 1993/1994 ...
16 tahun berpisah tak pernah bertemu...
Dulu kami pool kereta ulang alik
dari kt ke batu rakit.
Masa tu kak ma anak kecik2 dan
saya sedang mengandung naemah.
Huhu... banyak suka duka,
pahit dan manis dilalui untuk mendapat
sekeping diploma yang melayakkan
kami untuk menjadi guru pada hari ini...

Puteri2 smaskl...
Huhu... sampai2 tadi makcik nampak
sedang rancak belajar.
insya'Allah cemerlang semua...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu