Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Pengalaman Pak Bashir

Relawan HALUAN Pulang Berbakti Dengan Penuh Izzah

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya Pasukan Ketiga Misi Kemanusiaan Padang yang dianggotai seramai 11 orang relawan HALUAN selamat pulang daripada berkhidmat dan menyumbangkan bakti di Padang, Sumatera dari 25 Oktober hingga 1 November 2009.

Pasukan yang terdiri daripada doktor, paramedik, kaunselor, ustazah, usahawan dan pemuda ini telah dibantu oleh NGO tempatan, antaranya Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI.) Mereka berkhidmat di daerah Pariaman dan beberapa kawasan-kawasan pendalaman di sana.

Ketua misi Sdr Abd Bashir Abd. Ghani merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Saketariat HALUAN Malaysia yang telah berjaya menguruskan pemergian relawan ke sana dengan lancar, di samping mempunyai hubungan erat serta mendapat kerjasama yang baik dengan wakil NGO di Padang, Sumatera.

Menceritakan pengalaman berkhidmat di sana, relawan-relawan dari Pasukan Ketiga merasa sungguh berpuas-hati atas khidmat yang telah diberikan di sana. Kami merasakan tempoh satu minggu berkhidmat terlalu pendek, sedangkan mereka yang mengharapkan khidmat dan sentuhan kami masih tidak terhitung ramainya. Hanya beberapa buah kampung dan sekolah yang dapat disentuh dan dikunjungi.

Ketika di sana, profesion relawan sudah tidak menjadi keutamaan. Semua bertindak sebagai doktor, ustaz dan kaunselor merawat bukan sakit fizikal tetapi sakit emosi (trauma) dan ingatkan mereka agar bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk terus hidup dengan meminta pertolongan dengan sabar dan solat. Ada yang terpaksa menjadi pelawak tarbawi untuk gembirakan mereka. Bukan jutaan rupiah yg kami bawa dan tabur, tetapi hanya ole-ole kecil dan gula gula sebagai hadiah. Bukan juga seperti ‘santa claus’ yang membawa hadiah besar-besar dan mahal, tetapi hanya sekeping hati yang ikhlas dan tautan kasih yang kami taburkan. Kami datang dengan bermodalkan 5S; iaitu Senyum, Salam, Sapa, Sembang dan Simpati. Kami turut tinggalkan juga kepada mereka 5S; iaitu Sabar, Syukur, Solat, Sayang dan Silaturahim.

Abd Bashir beramah mesra dengan guru dan anak yatim

Abd Bashir beramah mesra dengan guru dan anak yatim

Anak-anak ceria dan gembira menerima ole-ole

Anak-anak ceria dan gembira menerima ole-ole


Tragedi gempa dan gegaran selama 40 saat yang berlaku pada petang hari yang masih cerah, 30 September. Ketika itu ramai penduduk yang masih berada di luar rumah. Bayangkan jika ianya berlaku pada malam sewaktu gelap gelita ketika penghuni berada di dalam rumah dan bangunan sedang nyenyak tidur. Tetapi Allah Maha Pengasih pada hambaNya, masih belum diuji dengan musibah yang lebih hebat dan dahsyat. Inilah satu peringatan kepada hambaNya agar bersegara kembali mengingati Allah dengan sujud dan imarahkan rumahNya di masa senang dan di masa susah.

Kami berpeluang mengunjungi beberapa buah sekolah rendah (SD) untuk menemui murid murid yang masih lagi trauma ketakutan. Ada sekolah yang ranap di mana anak-anak terpaksa belajar di bawah atap yang panas. Keadaan bilik darjah dan pakaian tidak terurus. Namun mereka tetap bersungguh hadir untuk belajar. Guru-guru pun seakan kurang semangat kerana mereka juga turut menjadi mangsa gempa, dan rumah-rumah mereka juga turut musnah.

Mangsa gempa di khemah pemindahan

Mangsa gempa di khemah pemindahan

Menyampaikan sumbangan untuk anak yatim melalui guru besar sekolah

Menyampaikan sumbangan untuk anak yatim melalui guru besar sekolah


Kehadiran kami yang hanya membawa hati dan semangat telah sedikit sebanyak berjaya mengembirakan mereka. Tampak pada wajah mereka keriangan yang amat sangat dengan sentuhan kami. Modal dan modul kami hanya ingatkan mereka agar bersyukur kepada Allah yang Maha Penyayang, ingatkan agar jangan tinggalkan solat dan sentiasalah berbuat baik kepada semua orang. Modul ini kami susuli dengan game minda sambil menyanyi, membesarkan Allah dengan Asma al HusnaNya. Kami kagum dengan kebolehan mereka menyanyikan Asma Al Husna hingga habis mengikut alunan Indonesianya. Lagu `sepohon kayu` mengembirakan mereka. Walaupun hidup 1000 tahun kalau tak solat apa gunanya. Kemudian kami ajar mereka lagu yang senikatanya berbunyi , satu satu saya sayang Allah, dua dua sayang Rasulullah, tiga tiga sayang ibu ayah, 1, 2, 3 sayang semuanya. Seronok dan terhibur mereka.

Relawan muda HALUAN memberi kaunseling

Relawan muda HALUAN memberi kaunseling

Anak-anak gembira dan dapt melupakan trauma

Anak-anak gembira dan dapt melupakan trauma


Kepala sekolah (guru besar) dan guru-guru melahirkan rasa amat terhutang budi dengan kami. Kalau boleh mereka mahu kami datang lagi menghiburkan anak murid mereka. Oh! sedih juga untuk meninggalkan mereka. Sebelum balik, ada murid perempuan yang datang bertanya... bapak datang lagi ke esok? Dari raut wajah anak itu mengharapkan sesuatu dari kami. Namun apakan daya, kami terpaksa pergi dengan seribu kenangan dan harapan. Ada kemampuan sempat juga kami sumbangkan wang kepada anak-anak yatim yang ada di sekolah itu. Bilangannya tidak sedikit juga.

Pengalaman berharga ini tidak boleh dikongsi dengan orang yang tidak merasainya dengan realiti. Ayat ayat Allah yang dibaca tidak sama dengan ayat ayat Allah yang dibaca bersama iringan amalannya. Inilah hebatnya Allah SWT yang menukil dan mentafsirkan kalamNya dengan kejadian demi kejadian, peristiwa demi peristiwa untuk mengingatkan dan menginsafkan manusia.

Ayuh! Marilah kita menginsafi diri kita. Apakah peranan dan sumbangan kita bagi membantu meringankan penderitaan mereka. Mereka adalah saudara kita. Mereka sedang diuji oleh Allah dengan ujian yang berat. Bersediakah kita untuk berjawab di hadapan Allah SWT kelak? Suatu masa nanti mungkin Allah akan uji kita pula. Bersediakah kita untuk mengalaminya.

Sekadar catatan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.

'teraso minangnya'....

Pak Bashir.

Sumber : http://www.haluan.org.my/

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu