Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Hari Keluarga KOBI

Pagi2 lagi sudah bertolak ke pantai balok
kerana perjumpaan hari keluarga kobi.
Baru baca buku pemilik cintaku selepas allah dan rasul,
malam tadi. Ada cerita pasal lumba lari
saya?? teka lumba apa...??
Hehe... lumba kereta... nak buat macam mana
zaman sudah berubah...
(jangan salah faham lak ye, tak lah laju macam F1 tu...)
Hanya sekadar kejar mengejar.
Tapi sudah tentu saya tak dapat potong dia
sebab orang lelaki kalau pandu kereta
faham2 lah, so tak de chance saya nak menang...
Saya memandu unser ikut belakang kereta suami kerana
membawa bersama 5 cikgu seria.
Suami saya memandu didepan bawa anak2 lelaki.

Sampai di pantai banyak aktiviti yang dijalankan.



Anak2 puteri ada sukaneka.



Anak2 putera lawan bola sepak.



Ayah2 lawan volley ball. (huhu.. VT!)



Ibu2 pun ada sukaneka juga.
Siap rekacipta dari barang terpakai.



Lepas main, apa lagi kalau tak mandi pantai.
Anak2 semua serbu laut.
Saya perhati dari jauh je,
sebab2 sudah ramai yang nolong nengoknya.
Sambil tu sempat juga anggota wanita
nak cuba main volley ball jugak...



Aktiviti pantai tak lengkap kalau
tak bakar ayam dan ikan.
Ini hidangan tengahari
bersama dengan tomyam...



Namun sebenarnya yang tersirat
membina jambatan ukhwah.
Batu bata yang dibina
ini lah sebahagian dari kekuatan DnT.



Kemudian penyampaian hadiah
buat pemenang dan cabutan bertuah.
Majlis berakhir dengan ucapan
kalimah akhirah dari pengerusi kobi.
Moga dipanjangkan umur untuk bertemu
di tahun hadapan, insya'Allah....

Hari Koperasi & Mesyuarat Agong KOBI

Hari ini betul2 sebagai ahli koperasi yang berkomited...
Pagi sambut Hari Koperasi Sekolah.
Petang pulak hadir Mesyuarat Agong
Koperasi Bimbingan Insan Berhad(KOBI).
Hah... esok nak hadir Hari Keluarga KOBI.
Pendek kata hujung minggu ini
aktiviti padat. Moga semua amal diterima Allah...



Selepas perasmian Hari Koperasi Sekolah
seperti biasa upacara menanam pokok.
Kemudian lawat2 gerai jualan.
Ada pemeriksaan kesihatan,
check BP, gula, kolesterol dan BMI.
Saya dan rakan2 berdebar2 juga menunggu keputusan.
As for me, BP - OK,
gula - huhu 8.6! tinggi juga,
tapi turun lah juga sebab last 2 weeks 11!
(2 all my sisters, please... don't tell bonda ye
nanti risau tak sudah...)
kolesterol - OK,
and BMI - Obese I....
Memang lepas ni kena buat penjagaan kesihatan
lebih serius lagi. Pah Radziah ajak
pi gym, huhu... nantilah saya kata fikir2 dulu.
Setakat nak jogging keliling taman depan rumah ini
memang boleh sangat, cuma nak dengan tak nak je...



Petang menghadiri Mesyuarat Agong KOBI di SeRIA.
Dalam ucapan aluan Pengerusi KOBI
Hj Sabaruddin Alias menjelaskan moto KOBI.
Pendidikan Terancang - KOBI berusaha membimbing
anggota agar mempunyai fokus dalam hidup
berpaksikan Islam agar seimbang akal, roh, jiwa & jizikal.
Anggota Berkualiti - kualiti berasaskan iman dan taqwa.
Koperasi Berbakti - anggota dapat hidup dalam realiti
berbakti sesama anggota dan masyarakat.
Majlis perasmian pula telah disempurnakan oleh
Pn Ainiah wakil dari SKM Pahang.
Beliau telah menjadi pemerhati hingga akhir mesyuarat.



Turut di serikan dengan majlis penyampaian hadiah
kepada anak2 anggota yang cemerlang
dalam peperiksaan 2008 dan dapat
melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS.



Tidak ketinggalan anakanda berdua
Kak Long dan Naemah juga menerima hadiah.
Tahniah dari umi dan walid,
moga menjadi dorongan untuk buat yang terbaik
dalam SPM 09 dan PMR o9 nanti.



Sebab mula agak lewat, mesyuarat pun
tamat agak lewat juga.
Tapi sempat lagi ALK bergambar dengan
baju koperat baru mereka...

Malam ada Majlis Dialog Halatuju Koperasi
bersama Pengerusi KOBI.
Penjelasan yang cukup padat dan bermakna
dalam meletakkan halatuju saya sebagai ahli.

Turut hadir ahli dari Sarawak, Kak Shimah
kerana menghantar anaknya mendaftar ke UMP.
Thanks for the kuih lapis sarawak,
sedap sampai Said Ramadhan
dan2 tu juga nak makan.

Malam berakhir dengan taklimat KTD.
Kena kerja keras lagi untuk cari calon.

Ke Airport



Petang jumaat suami saya ke airport
menghantar sahabatnya Johari untuk ke UK
bagi meneruskan pengajian beliau di peringkat PHD.
Moga selamat perjalanan dan
meneruskan DnT di bumi baru.
Maka saya berdoa agar suami saya juga
cepat2 dapat habiskan masternya untuk semester ini.
Huhu... sudah beberapa semester tak siap2 lagi
buat report thesis tu...

Bengkel berakhir



Hari ini bengkel berakhir.
Moga dapat jumpa kawan2 di lain waktu dan ketika.
Banyak juga ilmu yang dapat
walau pun mata berpinar asyik mengadap komputer
dan minda pun letih juga sebab dok
berfikir penambahbaikan yang terbaik
e-bahan yang akan dikeluarkan nanti.



Hah..ini adik2 programmer dari mmu
yang bertungkus lumus menyiapkan software tu.
I know it will be a tedious work,
I used to be a programmer a long-long time ago...
maaflah ye kalau cikgu dok asyik
komen sana sani, and you all kenalah
ubah pulak ikut cita rasa cikgu2 pantai timur ni.



And to Pn Chin, nice to meet you.
Don't worry, next time kalau dipanggil
selagi terdaya kami akan datang lagi...

Comparison

during this bengkel....
7.45 am - bertolak dari sg isap
car pool with kak zainah n sarah
8:10 am - sampai btpnp
ambil sarapan di cafe
8.30 am - mula bengkel
mula duduk di kerusi
(no movement...)
mula menghadap komputer
(eye contact dengan laptop...)
mula komen2 e-bahan yang dibekalkan
10:00 am - kudapan
mula baru je rasa duduk
makan lagi...
10:30 am - sambung bengkel
sambung duduk di kerusi
(no movement...)
sambung menghadap komputer
(jejari je gerak2 ketuk2 keyboard..)

huhu... minda sudah penat
jawab pun dah tak betul...
12:30 pm - lunch
aik... baru je rasa lepas makan
makan lagi...
rehat tengahari
2:00 pm - sambung bengkel
duduk di kerusi
(hu2x.. no movement lagi...)
menghadap komputer

aha... cikgu score 48% je...
4:00 pm - minum petang
makan lagi...
4:30 pm - sambung bengkel
duduk di kerusi
menghadap komputer
mata mula pinar...
6:00 pm - pulang....
sambung esok pulak

compare to during school day...
7:15 am - drive to school
7:30 am - arrive at school
punch id
buka lab
buka air cond
check server
8:00 am - brunch... (breakfast + lunch)
prepare lesson plan

9:00 am - jalan laju2 masuk kelas
mula mengajar
tangan - menulis math problem on the white board
(no computer, chalk n talk jugak...)
mulut - menyampaikan ilmu matematik
diselit ilmu2 allah
nasihat + berleter apa2 yang patut
kaki - puas pusing kelas
depan belakang... depan belakang...
(huhu... tak sempat nak duduk...)
10:20 am - kelas tamat
rehat sat...
10:40 am - jalan laju2 masuk kelas
mula mengajar
tangan - menulis math problem on the white board
(no computer, chalk n talk jugak...)
mulut - menyampaikan ilmu matematik
diselit ilmu2 allah
nasihat + berleter apa2 yang patut
kaki - puas pusing kelas
depan belakang... depan belakang...
(huhu... tak sempat nak duduk...)
12:00 pm - kelas tamat
go to lab
prepare module add math
prepare lesson plan

update
blog sekolah
1:20 pm - kelas ictl
tangan - all materials in computer
just use fingers to press keyboard

mulut - teach computer in lower form class
ajar ilmu ict
selit dengan ilmu allah
nasihat + berleter apa2 yang patut
kaki - depan belakang... depan belakang...
move from one computer to another
ada masa kena berkejar
dengan students yang nomads
suka sangat bertenggek dekat komputer orang lain
semua kanak2 riang belaka
(huhu... tak sempat nak duduk...)
2:40 pm - kelas tamat....

huhu... mana nak pilih ye?
pi bengkel @ dok sekolah...

Bengkel e-bahan


Untuk 3 hari saya akan berkampung di btpnp berserah
kerana menghadiri bengkel e-bahan add math form 4.
Pemurnian bahan untuk kali ini berjalan lancar.
Tak lah seperti pemurnian yang lalu,
kali ini tahap kesilapan tak lak banyak sangat.
Pn Chin dari btp kpm yang baik hati membenarkan kami
pulang awal setelah menggantikan sesi malam
ke sesi petang. Apa2 sanggup asal malam boleh balik rumah....

Meraikan rakan-rakan



Petang tadi guru2 bidang matematik & sains
makan2 dan sambil2 tu meraikan rakan2
iaitu hjh zainab yang sudah sebulan bersara,
halimah yang akan berctg mengikuti suami
ke doha, qatar minggu depan.
Juga cik aqilah, gstt, yang akan menamatkan
perkhidmatan dan melanjutkan pelajaran ke upsi.
Turut hadir haniliza yang baru pulang dari umrah
pada cuti yang lalu.
Apa2 pun moga persahabatan kita
melahirkan kasih sayang yang berpanjangan...

Umi Na's car



Petang ahad musibah kereta umi na mati di r&r kuantan.
Bonda dan ayahanda ada bersama
sebab mereka on the way to KL untuk ziarah umi yah.
Kereta di tow, dan bonda, ayahanda dan umi na
dibawa pulang ke rumah saya
untuk berehat seketika
sebelum mereka meneruskan perjalanan ke KL.

Daurah siri 2



Hujung minggu saya di SeRIA mengikuti
seminar Daurah Ulum Syar'iyyah.
Bermula Sabtu pagi tamat tengahari Ahad.
Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat
memantapkan ilmu tentang syara'.
Namun makin dipelajari terasa
masih banyak ilmu yang tak diketahui.

Sorotan seminggu

Seminggu berlalu mencatat seribu makna tersendiri.

Walaupun hampir seminggu berita pemergian
seorang mujahid muda allayarham Ammar Zulkifli
menghadap Illahi berlalu, namun saya masih
merasai aura pemergiannya.
Membaca lembaran2 kenangan
yang dicatat oleh sahabat2 arwah
amat terasa dunia dakwah kehilangan
seorang kader yang cukup berpotensi.
Dan saya kagumi keluarga arwah,tabah, tenang dan sabar
menghadapinya. Itulah buah2 dari proses DnT.

Kemudian beberapa hari kemudian
berita pemergian seorang ulama' muktabar,
Dr. Fathi Yakan. Penulis buku terkenal
'Apa erti saya menganut Islam'.
Buku yang manjadi rujukan dan dikelek
ke hulu dan ke hilir bila saya mula2
menjinakkan diri dengan DnT.

Moga mereka menjadi tetamu istimewa Allah di syurga....

Muda dan tua semua akan di panggil pulang.
Cuma cepat atau lambat kita tidak pasti perhitungannya.
Maka dalam usia yang masih berbaki ini,
bersiap sedialah kita membuat bekalan....

**********&&&&&&*********

STUDY CASE????


Seminggu sekolah di buka Allah mula menguji saya...
Mereka2 inilah hero yang kadang2 hilang
akal saya memikirkan bagaimana nak approach.
Hilang semangat saya nak guna kaedah
penceramah dalam seminar2 saya ikuti,
dekati mereka dengan penuh kasih sayang...

Hari isnin kelas saya mereka seperti chipsmore,
kejap ada kejap tiada. Mereka nak masuk kelas
atau nak keluar kelas, ikut suka mereka.
Makna kata saya kat dalam kelas tu macam tak ada,
nak keluar masuk tak minta izin pun.

Hari rabu saya masuk kelas mereka sudah
siap2 keluar kelas, terus tak masuk2.

Hari khamis hanya seorang masuk kelas,
lagi dua memang keluar tak masuk2.
Saya cuba ekori mereka nak tahu juga
ke mana mereka bersembunyi,
alih2 saya yang penat tawaf sekolah...

Hari jumaat selepas majlis ilmu
saya berbicara dengan ustazah ct arija n kak eda.
Apa nak buat dengan anak2 pelajar hari ini.
Seolah tidak makan di pujuk,
dimarah mereka lari, dilembut mereka naik kepala.
cukupkah hanya sekadar berdoa....

Huhu... ada rakan2 di alam maya boleh kongsi pengalaman????

Cuti-cuti Terengganu



Cuti2 terengganu, bertemu bonda dan ayahanda
bersama mereka dalam usia bonda dan ayahanda
melalui usia senja amat mendamaikan hati.
Lebih2 lagi berjauhan memang dirasakan
bonda dan ayahanda merindui anak2nya
cuma style orang tua2 mana pandai nak tunjuk2.



Pagi ini ke pantai lagi.
Air laut setenang2nya macam kolam mandi.
Ombak2 kecil je menghempas pantai.
2 jam anak2 mandi dan berendam dalam air.
Sambil tu bersama walidnya cari ketam.
Suami saya siap pergi pasar cari kepala ayam
buat umpan tahan ketam.



Hari ini breakfast di tepi pantai
Di pondok kecil....



Dari kejauhan itulah batu buruk...
Sebab tu pantai ni di panggil pantai batu buruk



Dalam keperitan panas pagi
brother n sister...



Tengok wajah2 anak2 yang seronok.
Said main pasir, kutip ketam dan siput sepuas2nya.
Kemudian kami bersarapan di pondok kecil di tepi pantai.
Kopi susu kaw + nasi lemak kuning ikan aya
+ kayu keramat....



Sudah mandi, ini hasil tangkapan said ramadhan.
Berjam2 pula menirap di 'kuda depan rumah
menilik hasil2 tangkapannya....



Yang ini hasil tangkapan 'abbas dan walidnya.
Dapat 2 bekas ketam.
Terus dimasak oleh bonda.
Menu tengahari gulai lemak ketam fresh dari pantai.
(umi su jangan jelous ye...
siapa balik awal tak merasa...)



Selepas zohor saya bertolak balik ke kuantan.
Cucunda2 tak puas nak pelok nenda berdua.
Said ramadhan mana????
Giliran dia pulak merajok....
sudah tunggu dalam unser tak mahu turun.
Bila lagi boleh pulang bercuti tak tahulah.



Sebelum balik singgah dulu ke bukit besar.
Ziarah bonda tg hailani (adik bonda saya).
Beliau masuk hospial baru2 ni 10 days.
Saya tak sempat nak balik ziarah beliau.
Sampai sana said bermesra dengan 2 sepupunya
tg yusri, siap minum susu sama2...



Pukul 3 lebih baru bertolak balik.
Jalan smooth je tapi sampai merchang jam.
Sudah agak mesti ada accident.
Beberapa kereta terbabas masuk parit.
Bomba sedang potong nak keluarkan
saya tak pasti orang atau mayat sebab
orang ramai penuh jalan.
Saya rasa keparahan yang serius.
Satu kereta remuk atas jalan.
Ahai macam reporter pula buat laporan....
Bukan apa cuma mengingatkan kita semua agar berhati2.
Walaupun kita sedar takdir nak berlaku
kehendak Allah belaka.



Sampai kerteh terserempak dengan bomba
yang berbunyi siren dari belakang.
Ini pun satu sivik orang sini,
tak mahu beri laluan langsung
buat bomba yang kecemasan tu...

Di kijal kemaman hujan lebat pulak.
Maka perjalanan jadi perlahan.
Cuma kali ini alhamdulillah, said ramadhan
tidor sepanjang perjalanan. Lega sikit rasanya.

Menghampiri 6.40 PM sampai rumah sg isap.
Dan rumah sunyi sebentar.
Hanya keriuhan anak2 kecil je.
Tiada lagi gelekek kak long dengan nazirah,
suara2 naemah yang bertegang urat dengan 'abbas,
juga gurauan sakinah dengan adik manjanya said.
Rindu saya pada keriuhan itu
walau pun dok berleter juga
dengan karenah anak2 remaja ni.
Dan saya amat merasa tadi masa
bersalam dengan bonda dan ayahanda
mereka juga merindui agar
anak2 dan cucu dapat bersama mereka
lebih2 lagi dalam usia meniti penghujung itu.
Pasti mereka kerinduan dan kesunyian seperti saya...
Tapi apa kan daya masing2 masing ada tanggungjawab.
Doa saja mengiringi agar bonda dan ayahanda
diberi kesihatan yang baik dan dipelihara Allah.
Ya Allah, kasihanilah mereka sebagaimana
mereka mengasihani ku sejak dari kecil lagi....
Juga doa buat anak2 saya, Ya Allah jadikan mereka
anak2 yang soleh dan solehah....

Tranquility

Dan pagi ini saya menikmati
ketenangan dan keindahan ciptaan Allah...



Suasana cukup tenang
dan saya cuba bertafakur
bagaimana kehebatan mu yang Allah
di lautan itulah
nabi yunus ditelan ikan nuh
dan kau belah lautan ini
buat laluan musa ketika di kejar firaun



Allah maha agong...


.
Jauh disudut hati, rasa kekerdilan...



Seluas mata memandang
kau bentangkan di hadapan ku
lautan mu yang luas dan dalam
maka seluas dan dalam itulah ilmu mu ya Allah
tak terjangkau oleh hambamu yang kerdil ini
Allah maha hebat...



dan ketenangan itu pasti
milik hati orang-orang yang beriman..



Dan... pokok pandan depan rumah ini menyimpan
rahsianya yang tersendiri...
Dulu2 masa saya kanak2
(masa di sekolah rendah)
saya memang nakal...
Suatu hari arwah nenda ku chik
pulang dari menyelam
bawa balik ikan pari yang cukup besar.
Lalu di potong ekornya dan diberitahu,
ekor ikan pari ini elok digunakan
untuk merotan orang nakal...
Apa saya buat???
Kerana takut saya akan di rotan
lalu saya ambil ekor tu
dan buang dalam 'rok pandan ini.
(dulu2 pokok pandan ini belum meninggi)
Bila nenda tanya mana hilang ekor ikan pari tu,
saya buat senyap je.
Sampai ke sudah
saya tak pernah cerita kat orang
sehinggalah cerita ini tertulis di sini....



Dan ini bunga seri pagi pantai, cantik...
Masa kecil2 dulu inilah permainan jual2 saya...

Semalam di Kuala Terengganu...



Alhamdulillah, malam tadi sampai rumah bonda jam 12:30 AM.



Pagi2 lagi ayahanda mencangkul.
Katanya kalau balik ramai2 nanti boleh parking kereta.
"Tokki, tokki..., tokki buat ape?" tanya said ramadhan.
"Tokki perata bumi..."
Said diam aje... saya tahu dia
mungkin tak faham bahasa orang tua lama...



Aktiviti pagi ni mandi pantai.
Apa lagi maryam, syamirah, shukri dan syafie pun ada.
Air memang cukup tenang tak ada ombak langsung.



Breakfast pagi ni nasi dagang, nasi kunyit dan kayu keramat!



Dan... pulut cawan + ikan kering
juga nasi lemak kuning kuah ikan aya...
(kat kuantan memang tak de...)



These are cousins... kemesraan terjalin.
Bukan selalu boleh jumpa masing2 duduk jauh.



Petang, umi pah balik dulu.
Maryam... umi dah got ur picture, belakang pun tak apa...
Kemudian umi su pulak...



Lewat petang, menghantar puteri2 pulang ke SMASKL.
Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara.
Salah satunya, muda sebelum tua.
Maka penuhi usia muda mu
dengan dakwah dan tarbiyah.
Umi sentiasa mendoakan anak2 semua
menjadi puteri solehah, antunna pewaris umi dan walid...



Kemudian singgah di bukit depu.
Kak Zah (my husband's second sister) jadi agen HPA.
Makan di kedai suda pekena char kuey teow.
Suda kata "dia senyum dalam tangis".
Saya jawab "bersabar di atas ujian dari Allah swt"

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu