Dan pagi ini saya menikmati
ketenangan dan keindahan ciptaan Allah...
Suasana cukup tenang
dan saya cuba bertafakur
bagaimana kehebatan mu yang Allah
di lautan itulah
nabi yunus ditelan ikan nuh
dan kau belah lautan ini
buat laluan musa ketika di kejar firaun
ketenangan dan keindahan ciptaan Allah...
Suasana cukup tenang
dan saya cuba bertafakur
bagaimana kehebatan mu yang Allah
di lautan itulah
nabi yunus ditelan ikan nuh
dan kau belah lautan ini
buat laluan musa ketika di kejar firaun
Seluas mata memandang
kau bentangkan di hadapan ku
lautan mu yang luas dan dalam
maka seluas dan dalam itulah ilmu mu ya Allah
tak terjangkau oleh hambamu yang kerdil ini
Allah maha hebat...
dan ketenangan itu pasti
milik hati orang-orang yang beriman..
Dan... pokok pandan depan rumah ini menyimpan
rahsianya yang tersendiri...
Dulu2 masa saya kanak2
(masa di sekolah rendah)
saya memang nakal...
Suatu hari arwah nenda ku chik
pulang dari menyelam
bawa balik ikan pari yang cukup besar.
Lalu di potong ekornya dan diberitahu,
ekor ikan pari ini elok digunakan
untuk merotan orang nakal...
Apa saya buat???
Kerana takut saya akan di rotan
lalu saya ambil ekor tu
dan buang dalam 'rok pandan ini.
(dulu2 pokok pandan ini belum meninggi)
Bila nenda tanya mana hilang ekor ikan pari tu,
saya buat senyap je.
Sampai ke sudah
saya tak pernah cerita kat orang
sehinggalah cerita ini tertulis di sini....
2 comments:
1st photo...cantek
;)
10-q
Post a Comment