Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Hari Koperasi & Mesyuarat Agong KOBI

Hari ini betul2 sebagai ahli koperasi yang berkomited...
Pagi sambut Hari Koperasi Sekolah.
Petang pulak hadir Mesyuarat Agong
Koperasi Bimbingan Insan Berhad(KOBI).
Hah... esok nak hadir Hari Keluarga KOBI.
Pendek kata hujung minggu ini
aktiviti padat. Moga semua amal diterima Allah...



Selepas perasmian Hari Koperasi Sekolah
seperti biasa upacara menanam pokok.
Kemudian lawat2 gerai jualan.
Ada pemeriksaan kesihatan,
check BP, gula, kolesterol dan BMI.
Saya dan rakan2 berdebar2 juga menunggu keputusan.
As for me, BP - OK,
gula - huhu 8.6! tinggi juga,
tapi turun lah juga sebab last 2 weeks 11!
(2 all my sisters, please... don't tell bonda ye
nanti risau tak sudah...)
kolesterol - OK,
and BMI - Obese I....
Memang lepas ni kena buat penjagaan kesihatan
lebih serius lagi. Pah Radziah ajak
pi gym, huhu... nantilah saya kata fikir2 dulu.
Setakat nak jogging keliling taman depan rumah ini
memang boleh sangat, cuma nak dengan tak nak je...



Petang menghadiri Mesyuarat Agong KOBI di SeRIA.
Dalam ucapan aluan Pengerusi KOBI
Hj Sabaruddin Alias menjelaskan moto KOBI.
Pendidikan Terancang - KOBI berusaha membimbing
anggota agar mempunyai fokus dalam hidup
berpaksikan Islam agar seimbang akal, roh, jiwa & jizikal.
Anggota Berkualiti - kualiti berasaskan iman dan taqwa.
Koperasi Berbakti - anggota dapat hidup dalam realiti
berbakti sesama anggota dan masyarakat.
Majlis perasmian pula telah disempurnakan oleh
Pn Ainiah wakil dari SKM Pahang.
Beliau telah menjadi pemerhati hingga akhir mesyuarat.



Turut di serikan dengan majlis penyampaian hadiah
kepada anak2 anggota yang cemerlang
dalam peperiksaan 2008 dan dapat
melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS.



Tidak ketinggalan anakanda berdua
Kak Long dan Naemah juga menerima hadiah.
Tahniah dari umi dan walid,
moga menjadi dorongan untuk buat yang terbaik
dalam SPM 09 dan PMR o9 nanti.



Sebab mula agak lewat, mesyuarat pun
tamat agak lewat juga.
Tapi sempat lagi ALK bergambar dengan
baju koperat baru mereka...

Malam ada Majlis Dialog Halatuju Koperasi
bersama Pengerusi KOBI.
Penjelasan yang cukup padat dan bermakna
dalam meletakkan halatuju saya sebagai ahli.

Turut hadir ahli dari Sarawak, Kak Shimah
kerana menghantar anaknya mendaftar ke UMP.
Thanks for the kuih lapis sarawak,
sedap sampai Said Ramadhan
dan2 tu juga nak makan.

Malam berakhir dengan taklimat KTD.
Kena kerja keras lagi untuk cari calon.

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu