Pagi ini keluarga saya berpecah 3...
Aulad banat & remaja bawah 15 tahun
ada aktiviti di Kolej Za'aba.
Saya, suami dan kak long menghadiri
majlis perasmian mesyuarat perwakilan
di Dewan Anwar Mahmud, UKM
yang dirasmikan oleh
YBhg Dato' Ketua Pengarah JAKIM.
Sebelum tu ucapan aluan dari Dr Abdullah Sudin.
Antara peringatan beliau kehadiran ahli pada hari ini
bukan sekadar memenuhi masa lapang
tapi tuntutan d&t dalam realiti sekarang
dimana keruntuhan akhlak begitu berleluasa
dan jauhnya insan2 dari cara hidup islam,
menuntut untuk mengajak masyarakat kepada
cara hidup islam yang sebenar.
Perlu sangat melengkap diri dengan ilmu, kemahiran
dan persedian untuk merubah sikap bila terjun
dalam masyarakat untuk melakukan pengislahan.
Kemudian YBhg Dato' membuat ucapan perasmian.
Bertemakan mendidik dan berbakti beliau
menyarankan agar ahli HALUAN dapat memberi impak
dengan khidmat yang bermanafaat kepada masyarakat.
Bertemakan mendidik dan berbakti beliau
menyarankan agar ahli HALUAN dapat memberi impak
dengan khidmat yang bermanafaat kepada masyarakat.
Selepas rehat ucapan dasar yang dari presiden HALUAN
Dr Abdullah Sudin b Abd Rahman.
Begitu banyak saranan dan peringatan beliau.
Yang boleh saya ucap moga Allah memberi kekuatan
untuk terus bergerak selepas ni.
Sebelah petang, ketika para perwakilan bermesyuarat,
saya di dewan DKG11F mengikuti program ibu bapa.
Sehari ini berlalu dengan pengisian yang amat bermakna.
Dan yang mengembirakan saya dapat bertemu ramai sahabat2
lama saya yang telah terputus hubungan dek berpindah dsbnya.
Antaranya, Dr. Saedah Ali, ukhwah kami berputik
ketika di MRSMKT. Kami berpisah selepas maktab dan
tak bertemu dalam jangka waktu yang lama.
Sekarang ukht di HUSM Kubang Kerian.
Sahabat saya ukht Min... (sh aminah).
Kami sama2 buat KPLI di MKPTBR.
Berpisah selepas posting, beliau di Sarawak & saya di Pahang.
Ukht kak Waheeda dari PP, siap cakap cakap arab lagi...
maaf, ana hampir terlupa (sebab wajah kak makin muda...)
yang kita pernah bersama menziarah madinah
dalam musim haji 2005 yang lalu.
Ukht Kak Khairiyah dari perlis,
yang saya hampir bertukar dengan kakaknya...
Kami berukhwah ketika memberi khidmat
bantuan banjir di pekan pada tahun 2007.
Ukht Kak Wana, dari trg tapi berkhijrah ke banyak tempat,
ingatkan di kelantan , rupa2nya sekarang kat johor lak.
Saya bersamanya masa mula2 balik dari US.
She's a good mentor dalam kerja d&t ni.
Dan yang lain2 tak tertulis saya,
tapi mereka semua di hati saya...
Itulah nikmat ukhwah yang Allah beri,
nikmat dan gembira sekadar melihat wajah
sudah dapat memberi kekuatan....
Dan malamnya Bicara Ad-Deen di Masjid Hasanah
Sek. 9 Bandar Baru Bangi.
0 comments:
Post a Comment