Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Kem Jatidiri

Lebih 180 Pelajar Ikuti Kem Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja 2009

alt
PENGKALAN CHEPA, 25 Disember 2009 -- Seramai lebih 180 orang pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti program Kem Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja 2009 yang dianjurkan bersama oleh HALUAN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD.) Upacara perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga dan Pembangunan Masjid (KESUMA) JAKIM, Tuan Haji Ghafani Awang Teh, dalam satu acara penuh kenangan di Dewan Utama KTD, Pengkalan Chepa.

Turut bersama di majlis tersebut adalah Presiden HALUAN yang juga merangkap Ketua Eksekutif KTD, Dr Haji Abdullah Sudin Abd Rahman, dan juga barisan kepimpinan HALUAN Pusat.

Tuan Haji Ghafani merasmikan program

Melalui penyampaian ucaptamanya, Tuan Haji Ghani telah menekankan tentang isu gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja. Beliau menegaskan tentang peranan setiap individu dalam menangani masalah tersebut, di samping program-program yang telah dijalankan kerajaan sebagai inisiatif penyelesaian. Beliau turut berterima kasih dan memuji usaha mulia yang dilakukan oleh HALUAN dengan kerjasama JAKIM dalam menjalankan program seumpama Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ini bagi mereka yang tidak berkesempatan atau tidak berpeluang mengikutinya.

Manakala Dr Haji Abdullah Sudin pula menegaskan tentang kepentingan pembentukan remaja masa kini selaku bakal pemimpin pada masa hadapan. Menurut beliau, keseimbangan yang menitikberatkan aspek aqidah, syakhsiah, ilmu dan kemahiran menjadi teras kejayaan bagi sesebuah bangsa dan negara. Dr Haji Abdullah Sudin turut berterima kasih kepada pihak JAKIM di atas sokongan yang diberikan sepanjang menjalankan program yang julung kali diadakan ini.

Terdahulu, para peserta telah berjaya mengikuti sesi orientasi sejak 22hb Disember. Melalui sesi orientasi ini, para peserta telah dilatih dengan persiapan minda untuk mengikuti program intensif sepanjang 47 hari ini, di samping berkenalan dan membina persahabatan sesama mereka.

Peserta puteri menghayati kuliah menyentuh adab seorang anak kepada ibubapa

Peserta puteri menghayati kuliah menyentuh adab seorang anak kepada ibubapa

Peserta putera turut tersentuh...

Peserta putera turut tersentuh...


Menurut Pengarah Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja 2009 yang juga merupakan Setiausaha Agung HALUAN, Tuan Haji Mohd Ghani bin Salleh, progam ini akan berlansung sehingga 7hb Februari 2010. Antara tujuan utama program ini adalah untuk membina jatidiri peserta dengan pendedahan kepada ilmu kemahiran pengurusan, komunikasi dan berorganisasi. Diharapkan dengan jatidiri yang terbina dari program ini dapat membina kepimpinan pewaris di kalangan pelajar.

alt alt

Terdapat sembilan modul yang dirancang untuk kursus ini, antaranya ialah modul anjakan paradigma, kemahiran insan dan profesional, kemahiran kepimpinan kemasyarakatan, kemahiran khidmat masyarakat, keusahawanan, penulisan, pertanian, perikanan dan bengkel, kemahiran asas kewanitaan, celik komputer dan kecergasan fizikal dan rekreasi.

(sumber : http://www.haluan.org.my/)

Makan-makan...


Makan2 bersama anak2.
Beberapa hari lagi nak balik asrama.
Rumah ku akan sunyi kembali....

First Meeting


Alhamdulillah... selepas 2 minggu bertungkus lumus
membuat jadual, siap juga akhirnya
untuk diedarkan dalam first meeting.
So... ada yang happy & ada yang sebaliknya...
What can I say... I've tried my best....
the rest leaves to Allah...

Tetamu


Jazakallah... kak la dan keluarga datang ziarah
dari kuala terengganu...
Nanti datang lagi tau,
nanti cik dah masak best2 utk kak la...

Berbengkel....

Hari ini berada di bangi kerana
menghadiri bengkel haluanita.
Saya drive bersama sahabat2 saya...
Kalau dulu pergi berhantar balik berjemput....
Sekarang ini tak main dah...
Semua kena independant...
Alhamdulillah sampai jugak ke destinasinya.
Balik berat pula dengan saranan
dan tanggungjawab yang nak kena laksana....
Berakhlak, mendidik dan berbakti....

PMR result

Ke sekolah hari ini merakam detik2
kegembiraan mereka2 yang berjaya dalam PMR 2009.
Tahniah dari cikgu buat anak2 pelajar.

Juga buat anakanda ku naemah.
Tahniah & umi redha.... 3As, 3Bs, 2Cs 1D.
Moga menjadi dorongan untuk mengatur langkah
lebih cemerlang dalam peperiksaan mendatang.

Aduh!


Lewat petang, ke klinik gigi,
aduh!... ada orang sakit gigi...
siapa tu..????


Abbas salimi begitu gembira dapat bertemu
sahabat2nya di stesyen bas.
Maklumlah cuti sekolah,
lama tak berjumpa...


Sebenarnya, menghantar kak long
yang akan menghadiri
kem jatidiri & kesukarelawan remaja di ktd.
Baru 3 hari bertemu belum
lepas rindu lagi...

Back 2 Kuantan


Jam 10:16 AM memulankan perjalanan balik ke kuantan.


Alhamdulillah, cuaca cerah...


Singgah di dungun menziarahi cik de' & ayah de'.

Jalan-jalan


Menemani kak long mencari baju batik
di ttc, ada expo batik rupanya...


Kemudian singgah ziarah di rumah kak la.

Anugerah Maal Hijrah

HALUAN Pahang Terima Anugerah Khas Maal Hijrah 1431H

17 Disember 2009, Kuantan -- Alhamdulillah, HALUAN Pahang telah terpilih menerima anugerah khas Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang yang telah diadakan pada 17 Disember 2009 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan. Majlis ini telah disempurnakan oleh KDYTAM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis yang dihadiri oleh 800 orang ahli jemaah dan para jemputan khas.

Majlis bermula jam 6 petang dengan pengisian aktiviti termasuklah bacaan Al–Quran, tahlil, doa penutup dan pembuka tahun baru, ucapan dan penyampaian anugerah kepada penerima khas.

Penganugerahan ini disediakan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada Agensi Kerajaan, NGO, individu yang aktif membantu kerajaan dalam terlibat dan mengembangkan aktiviti dakwah di negeri Pahang kebelakangan ini. Difahamkan penganugerahan khas untuk kategori NGO ini adalah merupakan julung kalinya diadakan oleh Kerajaan Negeri.

Alhamdulillah, panel penilai peringkat negeri telah bersetuju memilih HALUAN untuk menerima anugerah khas ini. Berikutan dengan itu, HALUAN telah dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5000.00, sijil dan cenderahati. Hadiah telah disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang yang telah diterima oleh Naib Yang Di Pertua HALUAN Pahang, Tn Hj Ramli b. Ngah.

Hj Ramli Ngah (kanan) terima anugerah dari TM Pahang


Tn Hj Ramli b. Ngah, yang mewakili HALUAN Pahang menyatakan setinggi kesyukuran di atas anugerah yang diterima ini dan mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Pahang amnya dan Jabatan Agama Islam Pahang khususnya yang telah memberi pengiktirafan kepada HALUAN. Beliau mewakili ahli-ahli HALUAN Pahang turut mengucapkan terima kasih kepada HALUAN Pusat yang telah banyak membantu HALUAN Pahang bagi menggerak dan menjayakan program dakwah, kebajikan dan pendidikan di Negeri Pahang ini.

Menurut beliau lagi, anugerah ini merupakan satu permulaan dan pemangkin bagi HALUAN Pahang untuk meneruskan dan mempergiatkan lagi usaha dakwah dan pendidikan di masa akan datang. Beliau menegaskan bahawa usaha yang dilakukan oleh HALUAN dan ahli-ahlinya selama ini adalah semata mata untuk mengharapkan keredhaan Allah SWT, sesuai dengan moto HALUAN, berakhlak, mendidik dan berbakti.

Melalui program dan aktiviti dakwah, kebaikan dan pendidikan ini ahli-ahli HALUAN akan dapat menimba pengetahuan dan pengalaman serta merasai kenikmatan berbakti dan berdakwah kepada masyarakat. Beliau mengganggap bahawa aktiviti yang telah dijalankan oleh HALUAN selama ini masih kecil berbanding dengan keinginan masyarakat yang masih ramai lagi memerlukan sentuhan dakwah dan islah bagi mengajak mereka kembali kepada Islam sebagai suatu cara hidup yang unggul dan sejahtera.

Diharap dengan pengiktirafan ini, HALUAN Pahang akan dapat membuka lebih luas lagi bentuk dan peluang kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta, NGO, institusi pendidikan, masjid, dan kampung-kampung bagi menjalankan kerja dakwah dan pendidikan ini. Anugerah ini merupakan cabaran bagi HALUAN Pahang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk meneruskan kerja yang mulia ini. Semoga Allah SWT merahmati anugerah ini.

(sumber: http://www.haluan.org.my/)

Back to KT


Selepas zohor, dalam hujai renyai2
pulang ke kuala terengganu
untuk menjemput kak long yang
tamat sudah menghadapi peperriksaan SPM.
Sambil itu menjenguk ayahbonda
melepaskan rindu buat mereka....


Nice spot at Marang,
menarik minat anak2,
"umi... besarnya sotong..."


Late evening reached batu buruk beach.
Laut bergelora....

Salam Maal Hijrah 1431H

Maal Hijrah 1431 H


Alhamdulillah, tahun ini dapat menghadiri
Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431 peringkat negeri Pahang.


Dan dalam majlis ini HALUAN Pahang telah
menerima Anugerah NGO terbaik
sempena Maal Hijrah perigkat negeri Pahang.
Semoga pengiktirafan memberi dorongan
lebih untuk terus berdakwah mendidik & berbakti.



Tak sangka pulak disini si pertemukan
Ustazah Norihan dan Ukht Kak Norehan.

Kelas masa cuti


Bersama anak2 SeRIA untuk
pada minggu ke-3 cuti sekolah.
Menyumbang tenaga mengajar mereka
di kelas tambahan.
Walaupun bilangan sikit,
jenuh juga nak menghafal nama mereka.
Doa semoga dapat menempuh UPSR 2010
dengan jayanya..

Forum Maal Hijrah

Forum Maal Hijrah Bersama Presiden HALUAN di Kuantan

Menjelang tibanya tahun baru Hijrah 1431H, pihak Ahli Jawatankuasa Masjid Lama Permatang Badak di Kuantan dengan kerjasama HALUAN Pahang telah mengambil inisiatif menganjurkan Forum Maal Hijrah yang diadakan pada 11hb Disember 2009 bermula jam 7.45 malam.

Sambutan majlis Forum Maal Hijrah ini lebih bermakna dan meriah kerana ahli-ahli panelnya dibarisi oleh kepimpinan tertinggi HALUAN iaitu Presidennya sendiri, Dr. Hj Abdullah Sudin b Abd. Rahman dan Setiausaha Agung HALUAN, Tn. Hj. Mohd Ghani b. Salleh. Ahli panel lain termasuklah Ustaz Hj Mohd Helmi b Mohd Said yang merupakan pengerusi AJK Masjid tersebut. Forum dipengerusikan oleh YDP Haluan Pahang, Tn Hj. Tg. Abd. Rashid b. Tg. Othman.

Forum yang bertajuk Hijrah dan Dakwah telah berjaya menengahkan ilmu berkaitan konsep dan tasawur hijrah yang sebenarnya, apakah peranan hijrah dalam memacu dakwah kepada masyarakat dan ibrah yakni pengajaran yang perlu diambil. Fokus pembentangan Tn Hj Mohd Ghani Salleh menjuruskan kepada kefahaman apakah peranan hijrah dalam memacu dakwah berdasarkan seerah Nabi SAW dan kaedah pendekatan yang seharusnya dilakukan oleh umat Islam bagi menjana ummah mencapai darjat `kuntum khaira ummah` iaitu ummat terbaik yang telah dilahirkan oleh generasi sahabat terdahulu hasil didikan Baginda Nabi SAW.

Alhamdulillah, sambutan masyarakat setempat dan ahli HALUAN amat menggalakkan. Mereka tertarik mendengar penjelasan yang telah disampaikan oleh semua ahli panel khususnya dari Presiden HALUAN sendiri yang julung kalinya tampil dalam program umum di daerah Kuantan dan Negeri Pahang. Beliau telah dapat berkongsi ilmu dan pengalaman yang sangat berharga melalui forum ini. Antara lain, beliau menjelaskan bahawa dakwah ini adalah garis pemisah antara iman dan kufur di mana orang yang beriman akan pasti melaksanakan tugas dakwah ini termasuklah mengamalkan amal maaruf nahi mungkar dalam kehidupan mereka sebagai bukti perhambaan kepada Allah SWT. Tuntutan berhijrah dan berdakwah memerlukan perancangan dan persiapan yang rapi khususnya persiapan keilmuan dan kesediaan hati yang ikhlas dimulai dengan pembentukan pribadi dan pembinaan keluarga seterusnya digembelingkan melalui organisasi yang mantap.

Dakwah perlu dijalankan dan digerakkan melalui organisasi sepertimana yang telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW dengan proses membina iman generasi sahabat dalam tempoh 23 tahun berpandukan sumber wahyu Ilahi. Sebagai hasilnya, Islam telah berjaya menguasai dunia dan terbukti bertahan sehingga ke 1300 tahun lamanya. Namun Islam kini kembali menjadi dagang dan asing. Inilah tuntutan sebenar hijrah dan dakwah, iaitu bagi mengembalikan semula kegemilangan Islam yang telah luput.

Justify Full

Alhamdulillah, forum dapat berjalan dengan baik dan berakhir dengan jamuan makan malam seadanya oleh pihak HALUAN Pahang kepada semua ahli jemaah yang hadir. Pihak masjid merakamkan ucapan penghargaan kepada HALUAN yang berjaya mengadakan majlis khas forum Maal Hijrah ini di masjid mereka lebih-lebih lagi dengan kesudian hadirnya Presiden HALUAN Malaysia sendiri.

Urusetia HALUAN Negeri juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden dan urusetia induk yang telah hadir membuat lawatan rasmi ke Negeri Pahang seterusnya memberi suntikan motivasi kepada ahli-ahli HALUAN untuk meneruskan kerja mendidik dan berbakti kepada masyarakat dengan lebih gigih dan produktif lagi.

(sumber : http://www.haluan.org.my/)

Puteriku nazirah....


Dalam keseronokkan bermain,
Allah menimpa musibah buat anaknda ku.


Wajah menahan kesakitan, sambil tu,
saya memujuknya, 'sikit je Allah uji...'.
Namun suara tangisannya tidak dapat ditahan lagi...


Selesai 2 jahitan.
Yang pasti satu pengalaman
yang bermakna buat nazirah...

Forum Maal Hijrah

Menghadiri Forum Maal Hijrah
di Masjid Lama Permatang Badak.
Ahli panel terdiri dari Prof Madya Dr Abdullah Sudin,
Presiden HALUAN Malaysia yang
datang bertandang ke Pahang.
Turut menjadi panel,
Tn Hj Mohd Ghani dan pengerusi masjid.


Ramai yang hadir kusyuk mendengar....

Hijrah II


Yang Mulia Syaikh Al-Azhar,
ketika berbicara tentang hijrah mengatakan,
"Ketika teringat tentang keistimewaan2 hijrah,
saya ingin menyampaikan kepada masyarakat
apa yang seharusnya mereka ketahui

iaitu hakikat kesabaran,

pengorbanan,

keteguhan memegang
prinsip
kehidupan yang mulia,
atau mati membela prinsip tersebut."

Maka mimpi di masa lalu
adalah kenyataan pada hari ini
apabila para elit bangsa,
tokoh2 masyarakat,
dan orang2 yang berpengaruh
menyuarakannya...

"Dan di hari itu
bergembiralah orang2 beriman.

Kerana pertolongan Allah.

Dia menolong siapa yang dikehendakiNya.

Dan Dialah Yang Maha Perkasa

lagi Maha Penyayang.
"
(Ar-Rum: 4-5)

(sumber : ceramah2 SHAB)

Hijrah I


Kata2 seorang ketua negara
takkala membangkitkan motivasi kaum muslimim
ketika berbicara tengang hijrah,

"Kehidupan menjadi remeh
ketika aqidah dihargai.
Dunia menjadi kecil
ketika mendapat tujuan yang besar dan luhur.
Apakah erti kehidupan jika tidak diisi
dengan hakikat hidup itu sendiri?
Bahkan, apa erti kekayaan di dunia ini
tanpa kemuliaan?
Keperluan hidup adalah aqidah,
jika kehidupan telah terlepas dari aqidah,
maka ia menjadi kehidupan yang hina dan rendah.
Kemulian dunia adalah apabila seseorang
berjuang
memperbaiki kesalahan dan
membantu para penegak kebenaran.
Jika seseorang tetap terlelap menyaksikan kebatilan,
maka ia tidak mendapat apa2 didunia ini
selain malam dan siang,
sedangkan di antara keduanya
yang berjalan adalah khayalan belaka."

(Sumber: Ceramah2 HAB)

Ayuh anak2 ku...
bangkitkan roh hijrah mu
dengan memperbaiki aqidah mu...

Menyingkap risalah Ibrahim AS (siri 4)

Kepatuhan Ibrahim as mempersembahkan segala sesuatu hanya untuk Allah swt dapat dilihat ketika beliau bermimpi menyembelih puteranya. sikap beliau ini tidak ada bandingnya dalam sejarah para nabi. Ini adalah bukti yang nyata mengenai kepatuhan sejati. Kerana itu Allah swt mengabadikan dan menjadikannya sebagai kewajiban bagi umat Muhammad saw untuk melakukannya, sebagaimana Dia telah mewajibkan kita untuk menyebut nama beliau setiap hari.

Seorang lelaki yang telah lanjut usia, isterinya mandul, namun ia sangat merindukan hadirnya anak. Akhirnya, ia pun dikurniakan seorang anak laki2. Ia sorang anak yang penyantun, berilmu, dan cerdas. Kecerdasannya bisa dilihat dari pancaran kedua matanya. Ia tumbuh hingga mencapai usia yang ia sanggup berusaha bersama-sama ayahnya. Dalam usia inii, ia menjadi anak yang paling menyenangkan hati, kerana saat2 ketika seorang anak sudah sanggup berusaha bersama ayahnya adalah saat seorang ayah merasa paling menyayanginya. Ia telah menjadi penyedap mata bagi ayahnya. Anak yang tumbuh sempurna inilah yang diperintahkan kepada ibrahim as untuk disembelih dengan tangannya sendiri. Perhatikan, betapa besarnya ujian ini, Ibrahim as tetap melaksanakan perintah Tuhannya, ketika ia berkata, "Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah, apa pendapatmu?" (Ash-Shaffat: 102)

Ismail as menjawab dengan penuh keyakinan dan kepatuhan, "Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya'Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang2 yang sabar." (Ash-Shaffat : 102)

Seakan2 ia mengatakan bahawa kepatuhan ini merupakan kurnia dari Allah yang diberikan kepada siapa saja di antara para hambaNya yang dikehendakiNya, bukan kerana kelebihan dirinya. Ia mengatakan, 'Insya'Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang2 yang sabar.' Ia tidak mengatakan. 'sebagai orang yang sabar', tetapi mengatakan, 'termasuk orang-orang yang sabar'.

"Takkala keduanya telah berserah diri dan ibrahim membaringkan anaknya atas pahanya", ketika itulah ibrahim as telah berjaya menempuh ujian. Pengorbanan ini tidak lain adalah buah keyakinan yang telah di isyaratkan dalam firman Allah, "Dan demikianlah Kami memperlihatkan kepada ibrahim tanda2 keagungannya (Kami yang terdapat) di langit dan di bumi, dan (Kami memperlihatkannya) agar ibrahim itu termasuk orang-orang yang yakin." (Al-An'am: 75).

Dan inilah kepatuhan ibrahim as....

nota : walaupun artikel ini lambat di taip, tapi keberkesannya menyentuh hati. Siang tadi sewaktu ke sekolah menyiapkan urusan2 jadual waktu 2010, kak eda membuka ceritanya...."Ingat tak jiran akak, yang akak cerita dulu tu, yang nak sangat anak perempuan perempuan..."

"Ya, ingat.. kenapa?" tanya saya kehairanan.

"Anak itu meninggal baru-baru ini..." sambung kak eda.

"Innalillahhi wainnailaihirajiuun.... sakit apa?", ujar saya serentak dengan pah radziah.

"Tak ada sakit apa2, meninggal dalam tidur..." cerita kak eda lagi.

"Habis tu... masya'Allah macam mana mak ayah dia kak eda?" kami bertanya lagi.

"Tulah ayah dan ibunya tak ada masa tu, mereka berdua sedang menunaikan haji di Makkah......" hingga akhir cerita....

Saya dan pah radziah mendengar dengan sayu. Bukan mudah untuk melalui ujian kehilangan anak disaat2 anak yang memang diharap2kan untuk hadir. Dan kehilangan itu berlaku ketika beribu batu jauh dibumi makkah, disaat selesai menunaikan ibadah haji. Begitu besar hikmah Allah, hanya Dia yang mengetahui rahsianya. Walau pun saya tidak mengenali jiran kak eda, tapi cerita2 ujian Allah untuk hamba2Nya menjadi iktibar bagi kita. Doa saya semoga kedua ibubapa itu tabah menghadapi ujianNya. Ketika mendengar cerita kak eda saya merasakan seolah2 kisah pengorbanan ibrahim diulang kembali....

Tetamu

Alhamdulillah, malam ini berlalu dengan tenang.
Perkampungan sg. isap kali ini tidak banjir,
walaupun berita di radio 3 memberi amaran berjaga2.
Semua penyusunan Allah swt belaka.
Cuma dengar2 dari jauh smk mat kilau
sudah dibuka sebagai pusat banjir.
Ha'ah... smk paya besar belum lagi diberitakan.
Tahun ini kena ajk makanan.
Jadual telah disusun,
kalau sekolah dijadikan pusat banjir,
saya akan bertugas pada hari ke-3.
Tunggulah kalau ada panggilan dari sekolah tu.
Huhu... mangsa banjir juga kena jaga orang banjir...

Menghampiri jam 9 malam,
anak2 saudara ku sampai lagi
bersama bonda dan ayahanda.
Mereka dalam perjalanan pulang ke kerteh dari kl.
Ha'ah... malam ini umi dah jamu dengan
ikan singgang, goreng telor + ulam menyulam...
(no chicken or meat!!!)
Hujang2 ini memang sedap makang ikang singgang...

Sambil makan2 lalu bonda membuka cerita...
"Kecik2 dulu ingat dok, Dah suka sangat ikang singgang?"
Aduh2 bagai menusuk kalbu bila bonda
mula menceritakan kisah2 lama.

Ayahanda menyampuk, "Hu... ingat dok kalu ummi buat
singgang
ikang 'tambang bluru'... lening mana nok cari."

"Kalu ikan hok mal'lang lagi sedap,
esok tu goreng, ingat dok Dah makan krut2..."
sambung bonda lagi.

Zaman anak2 sudah jauh meninggalkan kita.
Tapi dari bait2 ungkapan mereka
rupa2nya ayahbonda tidak pernah lupa
kesukaan anak2nya.
Dapat dirasakan kasih sayang ayahbonda.
Memang tidak berbelah bagi kepada anak2.
Hati jadi sayu kerana disaat2
mereka meniti usia tua
saya pula berjauhan untuk
membalas keringat mereka,
memasak untuk mereka setelah selama ini
air tangan bonda yang mengisi perut saya.
Maafkan anakanda...

"Ya Allah ampuni dosa ku,
dosa ke dua ibu bapa ku,
kasihanilah mereka sebagaimana
mereka mengasihiku semenjak dari kecil...."

Moga Allah permudahkan perjalanan dan
selamat sampai ke kerteh.

Alert 24 hours...

Hujan sepanjang malam...
Pagi ini pun hujan masih belum reda.
Maka malam longkang depan rumah tu
sudah penuh...
Anak2 usah di cerita,
abbas, nazirah, said dan bersama
wasilah dan ainol bermandikan air hujan....

Selepas gelombang ke-3
baru sg lembing naik air...
Ada panggilan kata sg lembing naik air 2 kaki..

Maka tinjau2 live cctv jam 1.00 pm
boleh tahan juga airnya.

Bacaan air sungai kuantan di bukit kenau 21.42 m

Menghampiri paras bahaya 21.50 m.

Tapi bacaan sg kuantan di paya kemudi
2.10 m melebihi paras norma 2.o m,
dan belum mencapai paras berjaga2 dan bahaya lagi
Ini kerana air sg lembing belum turun lagi....


Dan pemantauan jam 2.22 pm tadi,
ramai orang tengok air...

Bacaan air pasang surut dari sailwx.info
Kuantan, Malaysia
3.8333° N, 103.3333° E

2009-12-05 4:31 PM MYT 0.18 meters Low Tide
2009-12-05 6:54 PM MYT Sunset
2009-12-06 12:24 AM MYT 3.42 meters High Tide
2009-12-06 7:00 AM MYT Sunrise
2009-12-06 7:37 AM MYT 1.53 meters Low Tide
2009-12-06 10:49 AM MYT 1.73 meters High Tide
2009-12-06 5:19 PM MYT 0.30 meters Low Tide
2009-12-06 6:54 PM MYT Sunset
Air pasang malam ini jam 12.24 am

Maka saya di sg isap damai...
bersiap siagalah mengemas apa2 yang patut
bimbang malam ini
air sg lembing sudah mula turun
dan bertembung dengan air pasang....

Namun itu jangan kita lupa,
hujan sebenarnya rahmat dan peringatan
dari Allah swt jua...

"Dialah yang meniupkan angin
sebagai pembawa khabar gembira,
mendahului kedatangan rahmatNya (hujan),
sehingga apabila angin itu
membawa awan mendung.
Kami halau ke suatu daerah yang tandus,
lalu Kami turunkan hujan di daerah itu.
Kemudian Kami tumbuhkan dengan hujan itu
berbagai macam buah-buahan.
Seperti itulah Kami membangkitkan
orang yang telah mati,
mudah-mudahan Kamu mengambil pelajaran."
(Surah Al-A'raf:57)

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu