Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Anugerah Maal Hijrah

HALUAN Pahang Terima Anugerah Khas Maal Hijrah 1431H

17 Disember 2009, Kuantan -- Alhamdulillah, HALUAN Pahang telah terpilih menerima anugerah khas Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbaik sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang yang telah diadakan pada 17 Disember 2009 di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan. Majlis ini telah disempurnakan oleh KDYTAM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah dalam satu majlis yang dihadiri oleh 800 orang ahli jemaah dan para jemputan khas.

Majlis bermula jam 6 petang dengan pengisian aktiviti termasuklah bacaan Al–Quran, tahlil, doa penutup dan pembuka tahun baru, ucapan dan penyampaian anugerah kepada penerima khas.

Penganugerahan ini disediakan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada Agensi Kerajaan, NGO, individu yang aktif membantu kerajaan dalam terlibat dan mengembangkan aktiviti dakwah di negeri Pahang kebelakangan ini. Difahamkan penganugerahan khas untuk kategori NGO ini adalah merupakan julung kalinya diadakan oleh Kerajaan Negeri.

Alhamdulillah, panel penilai peringkat negeri telah bersetuju memilih HALUAN untuk menerima anugerah khas ini. Berikutan dengan itu, HALUAN telah dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5000.00, sijil dan cenderahati. Hadiah telah disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang yang telah diterima oleh Naib Yang Di Pertua HALUAN Pahang, Tn Hj Ramli b. Ngah.

Hj Ramli Ngah (kanan) terima anugerah dari TM Pahang


Tn Hj Ramli b. Ngah, yang mewakili HALUAN Pahang menyatakan setinggi kesyukuran di atas anugerah yang diterima ini dan mengucapkan terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Pahang amnya dan Jabatan Agama Islam Pahang khususnya yang telah memberi pengiktirafan kepada HALUAN. Beliau mewakili ahli-ahli HALUAN Pahang turut mengucapkan terima kasih kepada HALUAN Pusat yang telah banyak membantu HALUAN Pahang bagi menggerak dan menjayakan program dakwah, kebajikan dan pendidikan di Negeri Pahang ini.

Menurut beliau lagi, anugerah ini merupakan satu permulaan dan pemangkin bagi HALUAN Pahang untuk meneruskan dan mempergiatkan lagi usaha dakwah dan pendidikan di masa akan datang. Beliau menegaskan bahawa usaha yang dilakukan oleh HALUAN dan ahli-ahlinya selama ini adalah semata mata untuk mengharapkan keredhaan Allah SWT, sesuai dengan moto HALUAN, berakhlak, mendidik dan berbakti.

Melalui program dan aktiviti dakwah, kebaikan dan pendidikan ini ahli-ahli HALUAN akan dapat menimba pengetahuan dan pengalaman serta merasai kenikmatan berbakti dan berdakwah kepada masyarakat. Beliau mengganggap bahawa aktiviti yang telah dijalankan oleh HALUAN selama ini masih kecil berbanding dengan keinginan masyarakat yang masih ramai lagi memerlukan sentuhan dakwah dan islah bagi mengajak mereka kembali kepada Islam sebagai suatu cara hidup yang unggul dan sejahtera.

Diharap dengan pengiktirafan ini, HALUAN Pahang akan dapat membuka lebih luas lagi bentuk dan peluang kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta, NGO, institusi pendidikan, masjid, dan kampung-kampung bagi menjalankan kerja dakwah dan pendidikan ini. Anugerah ini merupakan cabaran bagi HALUAN Pahang untuk berusaha dengan lebih gigih lagi untuk meneruskan kerja yang mulia ini. Semoga Allah SWT merahmati anugerah ini.

(sumber: http://www.haluan.org.my/)

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu