Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Salam rindu untuk semua....

Assalamu'alaikum wrt....

Alhamdulillah sudah hampir sebulan ummi di bumi Jubail.
Syukur Allah swt masih memberi ruang dan peluang.
Menguruskan kehidupan baru 360 darjah
berbeza dari sebelum ini...
Hingga nak coret2 kat sini pun x menyempat lagi.... 
  
Semalam umi su ada tulis kat FB :
"Umi Dah dah full time house wife... 
bila nak sambung berblogging lagi... 
blog dah berabuk... hahaha"

Ummi balas :
"sabar2x... umi su, sedang2 edit gambar... 
rupe2nye full time lagi bizi, jadi macam tok... 
umi mana? umi dok dapor... tok tek... tok tek...." 

Firstly for ayahbonda... rindu...
 
Walaupun sudah bersama suami dan anak2 tersayang
Ummi mohon redha ayahbonda...
Meninggalkan mereka dipenghujung usia,
menjadikan hati ini sayu...
Semoga Allah swt sentiasa memelihara mereka.... 
 
Nanti di kesempatan lain ummi akan menulis lagi.
Mohon kemaafan dan doa dari semua.
Petang ini ummi dan keluarga akan 
memulakan musafir umrah ke Mekah....

jalan-jalan ls


baru seminggu datang sudah jalan2...
ls tu ladies street, ala2 macam chow kit road...
macam2 ada.... kedai mydin pun ada...


selesai jalan isi perut sekejap.
sini nak makan bukan sebarangan kedai.
jika perempuan kena pilih kedai yang ada family section.
huhu... wanita & lelaki diasingkan


jumpalah cik tom n cik yam di pataya restaurant....

kemas rumah


mengemas bekalan2 yg dibawa dari mesia...
maka menurun ilmu dari tok...
melabel semua bahan untuk disimpan dalam 
tempat sejuk beku.
cuma beza sikit tok tulis kot jawi, ummi dah tulis rumi....


sa'id pun menyibuk gak nak masak pop corn dia...


the yellowish corn...


huhu.... siap! boleh ngap dah tu....

to khobar


ke khobar untuk membeli belah barang dapur.
di sini en gps banyak membantu....


jubail - dammam highway...
jalan highway cukup bagus 3 lanes.
tapi tiba2 je ada yang buat 4 lanes...
huhu... baru tahu macam mana orang sini bawa kereta
itulah hikmah agaknya orang pompuan tak bawa kereta kat sini...


lepas lebih kurang sejam, sampai groceries...


lepas beli2... makan di corniche.


huhu.... 1st picture taken by ummi's new gadget.
thanxs so much walid......

jom jalan2....


j

huhu.... STOP!


dragon ballz...


rasa2 ingtkan masa dok us dulu jumpa bas gini
ingatkan tak de orang pakai doh bas macam ini
rupa2 ada lagi kata arab ni....


very well trimmed trees


the blue skies....


don't be surprised.... this is atm machine
drive thru punya....
aha.... kalau kat mesia tak pasti boleh buat tak
kat bangunan pun boleh hantar bulldozer sodok....


the gas station.


the water tank. huhu... ini mercu tanda jubail balad.


my teratak jubail... near the water tank....

rehlah di darren beach


hari ini keluar dari kepompong rumah
 ummi dan anak2 berehlah di darren beach
lebih kurang 15 minit dari rumah.


beberapa perkara menarik... 
 sini wanita tak dibenarkan memandu kereta
jadi ummi jadi memm besar....
nak mana2 walid akan bawakan.... hehe...


mula2 ummi datang sini ingatkan padang pasir
tentu tak ada pokok2.... tapi ummi silap.
rupa2nya penuh juga pokok2 hijau terutama 
di kawasan royal commisionner.


boleh dikatakan setiap simpang traffic light
ada monumen2 yang menarik....


this one is colorful...


huhu.... traffic light pun nak ambik gambar.


sampai2 semua terus jemba nasi lemak ummi.....


lepas tu bebudak main lelayang.
winter is arround the conner so
anginnya boleh tahan kencang dan menusuk tulang...


pantainya tenang tidak berombak.


pulang, walid singgah di pasar ikan.
berlonggok2....


satu yang best... ikan dibeli siap dicuci perutnya
lega satu kerja, so ummi balik basuh dan simpan dalam peti....

sahabat baru


alhamdulillah semalam sahabat2 jiran
yang tinggal berhampiran
datang ziarah rumah.


malam ini selepas solah isya' 
ummi ke jubail dakwah center
untuk mendengar kuliah.
alhamdulillah bertemu lagi sahabat2 baru
yang tinggal di persekitaran jubail ini.
suatu yang cukup menarik
teknikal setup menggamit kenangan2
lalu semasa mendengar kuliah suatu masa dulu
ketika zaman2 di universiti....
akhawat terpisah dengan ikhwah dan
kuliah didengar melalui speaker yang dipasang.
di sini terutama tempat2 awam
amat particular berkait wanita. 
mereka seboleh2nya dijaga tidak 
terdedah kepada umum.


alhamdulillah pengisian mampu mengisi
kekosongan aqal dan roh. 
ya Allah berikan ummi kekuatan 
untuk meneruskan d&t di tempat baru.....

First tetamu...


hari ini ummi menanti kunjungan
tetamu yang pertama...
excited dan berdebar almaklum
untuk memulakan sillatularahim
di tempat baru....


syukran imah, iman, shima & kak milah
datang menjenguk.
baru bertemu tapi alhamdulilah
mesranya bagai sudah lama berkenalan....
moga Allah tautkan ukhwah fillah
antara kami....

Medical Checkup


hari ini ummi ke kims medical center
untuk medical checkup.
haritu masa nak datang kat kuantan
sudah buat medical checkup.
sampai sini kena buat lagi...
ini adalah untuk urusan mendapatkan iqama.
iqama ini seperti kad pengenalan
tapi bukan sebagai warganegara.
arab saudi bukan sebuah negara yang mudah
untuk memohon kerakyatan.
iqama lebih kurang kebenaran untuk 
tinggal di saudi dan bekerja di sini.
ia mesti dipohon oleh pekerja, isteri 
dan anak2 mereka.
kalau sudah ada iqama nanti tak lah
digelar PATI... he2x...
moga Allah permudahkan semua urusan.

Teratak Jubail


teratak baru ummi di jubail.
atasnya tempat tinggal tuan rumah.
kami menyewa di bawah.
begini keadaan rumah2 di sini
yang biasanya dikelilingi oleh tembok
atau pagar batu.  kenapa ye....
ini kebiasaan mereka agar wanita terlindung
di dalam.....
banyak perkara yang perlu ummi 
pelajari cara hidup di sini
yang memang budayanya cukup berbeza
dengan negara kita malaysia.
insya'Allah jika berpeluang lagi
nanti ummi kongsikan.


the porch area. adalah ruang untuk
said melompat2 main bola...


ini pintu perang....
at least itu gelaran yang diberi oleh
rakan2 di sini...
kenapa ye... huhu... rata2 pintu masuk
semuanya dibuat dari besi dan tebal2 belaka.....

Musafir hijrah ummi


jumaat 9 november 2012 mencatat
sejarah yang tersendiri buat ummi.
hari ini ummi bermusafir hijrah
bersama anak2 untuk menemani walid
di jubail bumi saudi arabia.
moga Allah sediakan yang terbaik
buat kami sekeluarga.
dari klia menaiki saudi airlines
kira2 jam 3.00 pm.


tiba di king khaled international airport di riyard.
menunggu connecting flight ke dammam.



alhamdulillah tiba di king fahd international airport
di dammam.  perjalanan diteruskan 
menaiki kereta ke jubail lebih kurang
memakan masa selama 50 minit.

Rindu...

tet...tet... mms dari walid...
"pagi ni di depan ka'abah."
ummi balas...
"subhanallah... don't make me weep tears..."

Masa untuk berubah

Tadi ummi didatangi dengan kehadiran
mantan anak murid... afiq amsyar.
Dolu2 bukan main nakal awak ye...
Alhamdulillah kedatangan kali ini nampak kematangan.
Tahniah dapat sambung belajar 
dan nanti akan bergelar sebagai ustaz.
Siapa kata kita tidak boleh berubah....
 Allah ciptakan kita sebagai makluk 
yang sempurna ciptaannya.
Allah beri kita akal agar kita boleh berfikir
dan sentiasa melakukan kebaikan 
dalam kehidupan kini atau masa akan datang.
Untuk itu kita harus sentiasa 
memperbaiki kehidupan kita.
Hari ini lebih baik dari semalam.
Oleh tu yakin diri bahawa kita boleh berubah.
Jika kita positif kesulitan tidak menjadi penghalang
kerana kita yakin, kita ada Allah membantu.
"sesungguhnya Allah tidak akan merubah
keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah
keadaan  diri mereka sendiri."
(surah ar-ra'd : 11)
Allah beri kita akal untuk kita memilih.
Allah beri kita hati untuk kita membuat keputusan.
Juga Allah beri kudrat fizikal untuk kita bertindak.
Setiap apa yang Allah beri yang ada pada kita
menjadi medan untuk kita berubah ke arah kebaikan.
Lalu kenapa harus kita tangguh2 lagi....

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu