Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Majlis Ilmu


After almost 14 days of hibernation...
Malam ini keluar ke Masjid Lama PB,
mengikuti ijtima' am yang disampaikan
oleh Dr Johari Mat.
Ramai yang tanya, "Dah sihat ke?"
Alhamdulillah... nak kena kuatkan semangat sikit...
Syukur dapat mengikuti penyampaian yang agak santai
kerana mengikut tune orang kampung...

"Hidup ni Allah bagi free belako,
pancaindera... udara... semua tak payoh bayor.
Tapi cubo tengok kalu masuk spital
sebab asma sikit jo, doh kena bayor..."
ujarnya dalam loghat kelate walaupun berpangkat doktor...

Tersentuh saya mendengarnya almaklumlah
baru saja sembuh dari sakit,
betapa selama ini besar nikmat sihat yang Allah beri... free...
Maka tidak sia2 kedatangan saya malam ini,
banyak ilmu yang menyedarkan.

"Hidup di dunia bahagia, tetapi kebahagiaan
yang sebenar bila kita berjaya memasukkan
kedua2 kaki kita ke syurga..." rumus doktor.
Sungguh mendalam... matlamat abadi kita bukan disini
tapi di alam sana... maka setiap amal di dunia ini
akan disempurnakan di akhirat nanti.
Maka yang kita nak kejar ialah selamat di akhirat.
Sesiapa yang masuk syurga dialah yang berjaya!

Follow up.

Alhamdulillah, hari ini follow up dengan doktor.
Doktor kata ok, you can start eating your regular food.
Pathology Report records as
acute appedincitis with periappedicitis,

signatured by ukht dr wan muhaizan...
Huhu... jauh appendix saya berjalan sampai kl...
Thanxs kak wan for the report.
Insya'Allah lepas sihat nanti bolehlah
nak proceed dengan kem pesona peringkat pahang lak...
What ever it is, alhamdulillah...
semua selamat... syukur2 sangat pada Allah.
Ujian kadang2 mengertak sejenak
hati kita yang kadang2 terleka
dengan nikmat yang tidak terhingga
yang selama ini Allah swt telah berikan.

Sebelum balik doktor hulur CD.
"Nanti saya nak bagi awak CD." kata doktor.
"CD apa pulak?" tanya saya.
"CD pembedahan awaklah... nanti kan tanya pulak,
doktor buat apa kat dalam perut saya..." celoteh doktor lagi.
Saya tersenyum, dalam hati saya berkata,
"dok lihat surgery kat youtube orang punya,
huhu... hari ni boleh tengok yang sendiri
punya,
rasa macam tak percaya.
"

Balik rumah terus pasang kat laptop.
Masing2 tak berkelip mata tengok.
Cuma satu je, rasa kes appendix sudah selesai.
I saw something else, make me scary...
yellowish fat attach all long my intestine...
macam lomak di leher ayam...
Huhu... what next?
Nak tak nak, memang kena excercise & jaga diet.
Tu pun tak pastilah boleh cair ke lemak tu...

Semua mengingatkan...
kudrat fizikal ku sudah di mamah usia.
Maka seharusnya aku perlu leka lagi
untuk membuat persiapan
untuk bertemu dengan Mu ya Allah...

Pemulihan


Alhamdulillah... proses pemulihan 'recovering' ok.
Doktor bagi mc 15 hari je, 5 hari dok hospital,
10 hari rehat kat rumah,
sat2 jumaat ni dah nak kena gi sekolah.
Mengapalah doktor tak sambung terus...
satu hari je lagi untuk minggu ni....


Balik rumah doktor bekalkan taklah banyak ubat,
2 jenis ubat antibiotik dan 1 ubat gastrik.
Ubat antibiotik tu sudah habis pun makan
tapi ubat gastrik tu ada dua tiga biji lagi.
Kira halal... sebab perut sudah tak berangin...

Kawan2 ramai datang ziarah.
Tapi dok sibuk2 melayan lupa nak snap2 foto.
Terimakasih semua sudi hadir menziarah.
Dan betullah... kalau orang sakit,
memang patut kita gi ziarah
sebabnya saya boleh rasa...
bila lihat wajah sahabat2 yang datang,
bersalaman, di peluk erat...
Allah bagi rasa kuat, gembira dan ceria...
hilang sakit seketika...


Ada yang tegur, "Kurus nampak kak pah..."
Alhamdulillah.... kalau betul2 kurus.
Hari tu, 1 hari kat hospital turun 1 kilo je.
Tapi apa tidaknya sepanjang proses pemulihan
breakfast pagi2 two slices of bread je,
kalau biasa2 kat sekolah mesti a plate of rice.
Tapi kira 'brunch' tu cover breakfast and lunch.
Tapi tulah... bila sudah di gertak oleh Allah
dengan sedikit ujian...
boleh pulak makan ala sekadarnya.
Balik2... nafsu itu mesti dikawal...


Bila lapar sikit, biskut2 je...
Waktu lunch and dinner buah2 sikit
dengan hanya semangkuk bubur.
Huhu... itu lah diet saya sepanjang pemulihan.


Ramai yang saran makan ikan haruan
sebab boleh sembuh luka cepat.
Huhu... tapi hari ke 10 baru jumpa ikan haruan.
Alhamdulillah dapatlah juga, pada tak dapat langsung.
Sebab susah nak cari, bukannya duduk kampung...

"Ummi, lokman selalu tangkap ikan haruan
dekat longkang rumah dia..." cerita 'Abbas pada saya.
"Lepas tu dia goreng... sedap..." ceritanya lagi.
Huhu... anakanda ku... pecah rahsia aktiviti dia
dok buat bila hujung minggu di rumah lokman...
"Ummi suruhlah lokman cari", cadang 'abbas selepas
mendengar saya merungut bila boleh dapat ikan haruan.
"Hari sekolah... mana ummi dia beri tangkap ikan..." ujar s aya.

Tunggu pasar tani hari ahad baru ada,
RM 20 sekilo, Dapatlah dalam 5 ekor,
cukup untuk 5 hari...
Huhu... berlendir2... tapi orang kata itulah penawarnya.
Saya basuh2, gaul garam & kunyit,
panggang dalam daun pisang.
macam dalam pantang beranak pulak...

So sehari dua ini, bubur saya berlaukkan ikan haruan.
Alhamdulillah... semua di nikmati dengan penuh kesyukuran...
Allah masih kasih memberi peluang untuk
menikmati rezkinya...


Dan yang paling utama, proses pemulihan
mesti ada hubungan yang kuat dengan Allah...
Setiap yang berlaku adalah hikmah yang tersembunyi
menguji hati2 mereka yang ingin kembali kepadaNya.
Dan mungkin tak seberapa berbanding dengan
mereka yang terdahulu diuji Allah....


On Sunday, halaqah sudah berjalan macam biasa...
Last day for dr siti hajar and his son yusri.
She's going to tranfer to Tg Karang Selangor.
Walau sebentar bersama,
moga ukhwah terus berpanjangan.
Ingat kat mana2, d&t mesti diteruskan...

Some info... sudah kena baru tahu....

Bila sihat sikit, sambil2 berehat di rumah, dok cari2
how laparooscopic appendictomy is done.
Curious juga apalah doktor buat
kat perut ni sampai 3 holes.
Rupa2nya, cari2 & baca2
huhu... macam2 explaination...
siap dengan real surgery dan 3D animation.
So ini perkongsian sikit untuk cikgu2 sains
Hari tu cikgu noorizam ada tanya masa datang rumah,
kak pah nak explain pun tak tahu...
cari2 dalam youtube ada
so hopefully you got some ideas how its works.



Bila lihat yang real surgery pulak... huhu... ngilu rasanya.
walau bagaimana pun, jangan kita lupa
sehebat mana manusia...
Allah swt lagi maha hebat...
Melihat organ2 yang Allah susun dalam badan manusia...
Subhanallah... manusia tidak mampu menandingini.
Lemahnya manusia... rosak satu organ...
kita sudah sakit dan tak berdaya mengatasinya....
Allahurahman... Allahurahim...
Allahu ya Ghafar ya Nur Qalbi....

KSH... 4th day


Alhamdulillah.... pagi ni menikmati makan pagi
menghadap ciptaan Allah bukit pelindung
2 pieces of bread and a drink. enough...
setelah selama ini tak makan
bergantung kepada water dripped je...
Rasa lebih bertenaga...
Syukur... sikit2 nikmat Allah yang dipinjamkan,
yang diambil sekejap,
dan dikembalikan sikit2...
alhamdulillah....

Pagi ini juga suami saya menguruskan
borang permohonan kak long untuk mohon
pengajian ke jordan melalui progam berkembar ikip.
Moga Allah permudahkan....

Berita gembira... doktor check pagi ini,
"Bagus... semua elok, beritahu kat suami,
petang sikitlah, baru boleh keluar..."
"Alhamdulillah... terima kasih doktor..." itu je yang
ucapan yang mampu terucap.


Sejurus kemudian, nurse datang lagi...
Nak cabut jarum kat tangan.
Huhu... tengok tu... panjang juga tiub tu
melekat kat urat tangan...
Alah tegal jadi biasa...
tahap ngilu kurang dah sikit...
Hati memang tak sabar bila tahu boleh keluar....


Last meal before going home,
some biscuits and a drink.


Petang sambil nak tunggu discharge...
posing2 dulu... kenangan di ward room 223A.
Jazakillah
buat kak long...
ambil tugas umi jaga adik2, jaga walid, jaga ummi...
Ingat setiap pengalaman itu
tarbiyah untuk kak long menjadi
tabah, sabar dan kuat....


Huhu... cuba teka siapa yang teringin nak masuk wad...


Maka tiada seindah ucapan buat suami tersayang...
Jazakumullah khairan kathira...
Susah, senang, gembira, suka dan duka...
with full support and effort...
mengharungi ujian kecil Allah
yang merentap baitul dakwah kita...
Alhamdulillah... semua sudah dapat kita lalui
dengan tenang dan tabah...


Selesai semua proses2 discharge.
Terimakasih kepada dr huzaimi & his teams di ksh.
Merawat dan membantu proses pemulihan
ujian kecil dari Allah ini...

Alhamdulillah... sejurus selepas maghrib
sampai rumah di sid....

KSH... 3rd day

Alhamdulillah... hari ini rasa lebih bertenaga & ceria. Pagi pun aman sikit, kurang riuh2 anakanda2ku. Sa'id, nazirah dan 'abbas di bawa sama2 oleh walidnya ke karnival pengajian tinggi di ump melihat2 peluang untuk kak long, nak sambung mana lepas spm ni.

Sambil2 tu rasa kuat sikit, buka komputer, huhu... buka google cari2 apalah penyakit ku ini.....


The appendix sits at the junction of the small intestine and large intestine. It’s a thin tube about four inches long. Normally, the appendix sits in the lower right abdomen.


The function of the appendix is unknown. One theory is that the appendix acts as a storehouse for good bacteria, “rebooting” the digestive system after diarrheal illnesses. Other experts believe the appendix is just a useless remnant from our evolutionary past. Surgical removal of the appendix causes no observable health problems.

Appendix conditions:

1. Appendicitis:
For unclear reasons, the appendix often becomes inflamed, infected, and can rupture. This causes severe pain in the right lower part of the belly, along with nausea and vomiting.

2. Tumors of the appendix: Carcinoid tumors secrete chemicals that cause periodic flushing, wheezing, and diarrhea. Epithelial tumors are growths in the appendix that can be benign or cancerous. Appendix tumors are rare. (baru ku tahu ada juga ...)

Appendix Treatment.

1. Appendictomy : Surgery is the only treatment for appendicitis. The doctor may use the traditional technique (one large cut) or laparoscopy (several small cuts and using a camera to see inside) (huhu... baru clear sikit apa yang doktor sudah buat kat perut ku...). Surgery is also needed to remove tumors of the appendix. If the tumor is large, it may require more aggressive surgery with removal of part of the colon.

2. Antibiotics : While the diagnosis is in question, antibiotics treat any potential infection that might be causing the symptoms. In general, antibiotics alone cannot effectively treat appendicitis.

Alhamdulillah, some reading gives me some ideas what is appendix and laparoscopic appendictomy tu... Selama ni dengarlah orang kena appendixlah, kena tebuk appendixlah dan macam2 lagi tapi taklah aware mana. Bila kena diri sendiri barulah tahu.... Huhu... hidup... ingat... kisah jangan tak kisah pasal apa2 penyakit.....

Sebentar kemudian, anak2 halaqah sampai, dr lela, dr linda dan dr hajar... Huhu.... semua doktor2 belaka... Dapatlah free consultation dari 3 orang doktor lagi... Dr hajar kongsi pengalamannya sebab dia pun pernah kena appendix dulu seminggu sebelum kahwin, huhu... lagi mencabar...

Menghampiri tengahari kak zaini datang dengan adiknya, yah. Alhamdulillah dan terima kasih kerana kesudian menziarahi saya. Sedang2 rancak bercerita, nurse datang.

"Kak ganggu kejap, saya nak cabut botol nanah tu..." kata nurse dengan lembut.

Huhu... naik ngilu saya mendengarnya... Alhamdulillah proses mencabut berjalan lancar. Nak kata sakit? Huhu... rasa sudah mangli dengan sakit... Setelah selesai.

"Dik boleh kak tengok panjang mana tiub yang cabut tu?" tanya saya memberanikan diri.

"Boleh..." jawab nurse lalu mengangkat dan menunjukkan tiub tu kepada saya.


Ha'ah... tengok... lebih 12 inci... Saya sendiri terkejut.

"Panjangnya dik...." jawab saya spontan,
mula rasa ngilu dalam perut.
Nurse senyum saja. Aah... bagi dia ini kerja biasa...

Dan untuk tengahari alhamdulillah
saya sudah boleh makan soft food, bubur...


Lepas lunch, nurse datang lagi
bukak drip saya pulak.
Alhamdulillah... keadaan sudah beransur pulih
kedua2 botol sudah di cabut.
Syukur sangat2 dengan Allah.
Untuk pertama kali saya solat zohor
sambil duduk setelah sekian lama solat baring....

Untuk 3 hari ni, memang bergantung kepada antiobiotik.
Tangan pun sudah tak rasa apa lagi bila
ubat di suntik.
Ah... bila di fikir2kan ujian Allah untuk saya kecik je...
Sekurang2 sakit saya sudah makin sembuh.
Apa nasib umat islam di palestine... di iraq...
Sekatan yang dikenakan ke atas mereka
ubat2an tak sampai...
hospital2 di bom... tiada peluang langsung...

Malam... haniliza pulak datang.
Dia terkejut mendapat berita.
Apa taknya, saya juga terkejut...
Diri kita milik Allah belaka,
dari segar dan sihat sekejab aje
Dia nak beri sakit, "kun faya kun..."
Thanks ja for coming...

Malam ini giliran suami saya menemankan saya.
Dua malam yang lalu kak long dan sebelum tu naemah.
Esok2 pagi2 kak long kena uruskan adik2
nak ke sekolah sebab cuti sudah tamat.
Tiada yang boleh ummi ucapkan...
jazakumullah khairan kathira
atas pengorbanan suami dan anak2
menjaga ummi di hospital.....

KSH... 2nd day

Pagi2 naemah dan sakinah pulang ke smakl menumpang mok ngah dan pok ngoh. Nak naik bas tiket memang tak booking sebab kebiasaan balik dari bercuti panjang saya dan suami akan hantar anak2 balik ke asrama sambil2 tu menjenguk ayahbonda di kampung. Tapi kali ini penyusunan Allah merubah segala2nya.


Alhamdulillah, hari ini saya lebih bertenaga. Nak bangun pun tak perlu di bantu. Anak2 nazirah dan sa'id riuh nak duduk hospital juga, jaga ummi dia.

Pagi kak eda datang, baru dapat berita katanya. Susah2 je kak eda. Saya sudah segar pun hari ini. Walaupun pergerakan terbatas, tapi rasa lebih bertenaga. Teringat kata2 dr sufian, suami kak eda, Allah jadikan organ appendix yang mana saintis belum temui apa fungsi dia dalam badan manusia. Huhu... hikmahnya Allah nak beri rasa sakit untuk orang yang tak pernah sakit macam saya...

Hari ini doktor check macam biasa. Dan dia masih mengulang kata2 yang sama,"Kes you serius sikit. Disebabkan oleh sudah bernanah jadi ia makan masa sikit untuk sembuh. Kita sudah buang appendix tu, tapi kawasan yang di jahit tu masih belum kuat. Saya cuma bimbang jahitannya akan terbuka balik. Jika terbuka maka ia akan merebak ke kawasan lain. Jadi kita masih membuat pengawasan". Saya hanya mengangguk, pasrah dengan ketentuan Illahi. Alhamdulillah, saya sudah lalui ujian surgery, saya berdoa dalam hati moga Allah permudahkan pula proses penyembuhan saya.

Dan yang mengembirakan, selepas 2 hari tak makan, hanya bergantung pada dripped water , doktor memberi tahu. "Awak sudah boleh minum air manis2, seperti milo ke....". Lega saya mendengarnya.

Setiap pagi, petang dan malam nurse datang check suhu dan bp. Setakat ni bp ok tapi suhu badan tak ok, nurse kata "demam". Hairan juga, saya tak rasa badan panas. Tapi suhu badan yang di catit oleh nurse naik turun... Malam tu saya di cucuk untuk menurunkan suhu badan.

Lewat petang, hanisah dan siti nur hidayah datang. Terima kasih anak2 murid ku. Cikgu sudah bilang, doa sudah cukup untuk cikgu, tapi nak datang jugak.... Kemudian sh iffa pula datang dengan maknya, nama kamisah. (hehe... sama dengan adik ku cikgu kamisah) Sembang2 rupa2 saya ada bau2 bacang dengan ayah iffa.

"Cikgu, ayah suruh tanya ada saudara tak kat kota istana maziah" tanya iffa.

"Iffa... apa taknya, cikgu lahir kat situ." jawab saya.

"Cikgu sedara dengan sultan terengganu, agong?" tanya mak iffa.

"Ya... pangkat pupu2 tapi saya tak aware mana, we share the great2 grandfather sultan zainal abidin ke 3." jawab saya. What a small world.

Malam mendapat kunjungan dari bonda. Bonda singgah bersama ayah mood dan zaidi, on the way back to kerteh. Kata bonda, "Stok ubat sudah habis, kena balik cepat jumpa doktor." Huhu... memang nak ke kl tempoh hari bonda dengan bekalan ubat2nya sebab maklumlah, usia warga emas macam2 bekalan. So macam2 nasihat dari bonda, memang wajahnya nampak risau sebab maklumlah bila dengan operate, tengok botol terikat sana sini... Tapi saya cuba tenangkan bonda, "Jangan risau insya' Allah tak de ape2. Sihat ni... Boleh bangun jalan gi bilik air..." Tapi alhamdulillah... melihat wajah bonda memberi satu kekuatan. "Ya Allah, ampuniku dan ke dua ibu bapa ku, dan kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihaniku semenjak dari kecil lagi..." hati saya berdoa.

Namun yang penting alhamdulillah syukur pada Allah, saya dapat lalui hari ini dengan baik....

KSH... 1st day


Seawal 6 pagi nurse sudah datang. Diambil suhu badan dan bp. "Kak demam sikit tapi bp ok." kata nurse ringkas bila di tanya. Kemudian pelan2 jarum di cucuk di jari, "Tahan sikit ye kak, saya masukkan antibiotik." kata nurse yang ke dua.

"Tak pe dik... sakit semalam lagi sakit." bisik hati saya.

Tubuh saya rasa tak bermaya, tekak saya kering teramat sangat.

"Dik... boleh minum air? Dahagalah. " tanya saya.

"Tak bolehlah kak... doktor sudah beritahu kak tak boleh minum lagi." jawab nurse.

"Aduh...." bisik hati saya. Akur dengan arahan saya bermuhasabah...

Terima kasih saudara2 dekat datang ziarah. Fadhil & nadia datang dari kemaman, ayah chik & mek ani dari chini dan mok ngah & pok ngah jauh datang dari kt.

Dr Amir, my niece, pun datang. Bila tengok perut saya Amir kata, "okey la tu... ingatkan umi dah kena buat 'open appendictomy' ie one large cut". Amir cerita usually, kalau pecah doktor akan basuh usus tu... rasa ngilu saya mendengarnya. Kalau buat laparoscopy cepat recover. Rasa teramat syukur dengan apa yang sudah saya lalui.

Untuk hari ini segala pergerakan perlu di bantu. Nak ambik wudhu pun perlu di bantu. Solat saya masih berbaring di katil. Tapi alhamdulillah yang paling berharga Allah masih memberi nyawa untuk bernafas... Betapa perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan selama ini...

Dan dari pagi perut memang tak selesa. Terasa angin berputar2 tapi taklah sampai sakit. Tapi ada waktu rasa tak terkawal untuk membuang. Bila petang barulah rasa segar sikit. Baru saya membuka hp dan menghantar sms kepada saudara dan sahabat terdekat, termasuk anak2 murid saya, alhamdulillah saya selamat.

Dan bila doktor datang check pada sebelah malam.

"Awak sudah boleh minum untuk 1 @ 2 sudu...." kata doktor.

"Alhamdulillah.... itulah yang saya nak dengar." jawab saya dengan senyum lebar kerana saya rasa tengkuk saya dahaga teramat sangat.

Doktor pergi segera saya menyuruh kak long berikan saya seteguk air.

"Subhanallah.... nikmatnya walau hanya seteguk." bisik hati saya.....

Allah uji sikit je....

Di rumah.

Tiba2 saya terkejut dari tidur. Dalam kelam2 saya melihat jam baru pukul 3 pagi. Perut saya sakit teramat sangat.

"Nak kena lagi ke?" hati saya berbisik.

Dua bulan lepas sakit perut sebegini. Tapi lepas itu tak ada sakit lagi. Cepat2 saya ke tandas. Selesai berurusan saya baring semula. Namun mata saya terkebil2. Kesakitan masih tidak reda. Memulas2 angin bergelora dalam perut tapi tak nak keluar. Pusing ke kanan tak kena, pusing kiri tak kena. Nak mengadu, suami saya tak ada kerana bermalam di seria untuk kem mini hafazan. Pelan2 saya membaca al-ma'thurat dan lama2 tertidur juga.

Alhamdulillah, bangun pagi perut saya tidaklah sesakit malam tadi. Terus bersiap2 untuk ke sekolah, hari ini hari ke 2 bengkel add maths.

Di makmal ict.

Bengkel jalan okey. Kedatangan 80%. Tiba2 9.30 pagi sakit perut lagi. Selesai berurusan, rasa sangat2 tak selesa.

"Kamu semua boleh break makan, lepas tu masuk balik sambung dulu latihan, cikgu nak rehat jap..." pesan saya pada pelajar setelah melihat jam hampir 10.00 pagi.

Terus saya terbaring di bilik pengurusan ict. Sakit Allah saja yang tahu. Lebih dari semalam. Pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena, dok terlentang pun lagi tak kena... Angin memulas2 perut saya. Tak pulak rasa nak kentut. Berfikir2 juga tersalah makan apalah saya ni. Sambil tu dok memikir juga, ujian apa pulak yang Allah nak beri. Saya cuba pejam mata, berzikir pelan2. Terlelap.... Tapi bila terkejut tengok jam sudah 11.15 pagi.

"Huhu... sudah lama tinggal budak2 kat luar. Apa dibuat mereka???" bisik hati kecil saya.

Dalam kesakitan saya cuba bangun, tapi mata rasa berpinar-pinar. Pelan2 saya jalan ke luar.

"Cikgu sakit?", tanya anak murid ku. Saya hanya sekadar mengangguk sambil pelan2 mengatur langkah takut2 tumbang.

Sampai depan saya membuat pengumuman, "Cikgu minta maaf, cikgu rasa cikgu tak boleh teruskan bengkel ni. Cikgu sakit sangat ni. Kalau kamu nak balik pun boleh, tapi hati2 dan jaga keselamatan pulang. Kalau nak stay pun tak pe, nanti abang firdaus technician boleh kunci makmal ni." Terus saya terduduk di lantai belakang main table tak tertahan menahan sakit.

Pelan2 cuba cari hp, saya call suami.

"Abang... datang ambik Dah sakit perut tak tahan ni., rasa2 nak drive tak daya." ucap saya.

Dengar suara suami agak terkejut dan risau. Saya dapat agak tentu ujian hafazan masih belum selesai lagi.

"Tak pe, abang selesai dulu ujian hafazan tu, Dah tunggu sini...".

Pelajar2 sudah mula meninggalkan makmal walaupun masih belum jam 12.00. Mereka memang sure happy boleh balik awal. Ada yang datang bersalaman dengan saya, "Cikgu jaga diri baik2 ye...". Saya sekadar senyum dan mengangguk. Hati saya tak berhenti beristihgfar. Saya rasa itu je yang boleh menguatkan dan meredakan kesakitan saya. Sambil memikir, ya Allah... beri ku kesabaran melalui ujian mu....

12.15 tengahari suami tiba menjemput saya. "Nak pergi klinik?".

Saya tahu suami saya mesti tanya saya dulu, sebab saya memang jenis tak suka pergi klinik. Kalau sakit perut salah makan, ubat saya minum air masak banyak2, cuci perut. Tapi kali ini saya pun tak tahan, dok2 fikir juga salah makan apa sampai sebegini sakitnya.

"Ikutlah..." jawab saya ringkas.

Di Klinik Sakinah.

Sampai klinik, alhamdulillah tak ada orang. Saya terus masuk jumpa doktor. Selepas ditanya2 punca sakit, dr sakinah berkata, "Naik katil, saya check perut."

"Awak mengandung ke?" spontan dr sakinah menegur bila lihat perut saya.

"Tak de lah...." jawab saya ringkas.

"Sakit?" tanya dr sakinah bila menekan perut saya.

"Memang teramat sakit..." jawab saya.

"Saya rasa awak perlu buat scan ni, tapi scan saya rosak. Saya nak awak pergi klinik faezah sekarang." terang dr sakinah tapi nampak raut wajahnya panik sikit.

"Klinik bukan dah nak tutup ni.", kata suami saya.

"Tak pa awak pergi, saya akan telefon doktor suruh tunggu." jawabnya pantas.

Di Klinik Faezah.

Selepas selesai scan, "Awak kena masuk wad sekarang juga..." kata doktor dengan tegas.

"Tak kan salah makan nak masuk wad juga?" suami saya bertanya balik.

Saya sekadar senyum dan diam, tak mampu rasa nak bertanya apa2 lagi.

"Sakit isteri encik ni lain, sudah lama... tengok dia demam, lagi pun bp nya rendah, kalau sakit perut biasa tak jadi begini. Jangan risau saya akan reference letter. Hospital mana nak pergi." terang doktor lagi.

Saya tersentak. "Demam ke? Tak rasa pun menggigil." bisik hati saya.

"bp rendah?" hati saya menghitung lagi. Terlintas peristiwa lalu ketika, umi yah pernah cerita, masa mengiringgi arwah tok'ki, bp arwah rendah, padahal fizikal nampak sihat boleh bercakap lagi. Tapi tak sampai 10 minit lepas tu, beliau meninggalkan kami buat selama-lamanya.

"Nak mati ke saya? Ya Allah... sudah dekat ke?" hati saya berbicara.

Di rumah.

"Kita solat zohor dulu, kemas2lah beg, lepas tu kita pergi hospital." ujar suami saya.

Sampai rumah saya meminta sakinah mengemaskan beg saya. Saya rasa saya sudah tak larat perlu berbaring seketika sambil menunggu masuknya waktu zohor. Sambil tu saya jeling2 surat doktor tadi, envelope tak diseal, apa lagi saya imbas lihat. Ada gambar hexagon. kemudian some explaination saya pun tak faham tapi ada perkataan fibroid.

"Masya'Allah ini ke penyakit saya?" bisik hati kecil.

Surat saya simpan kembali sambil tidak mahu melayan macam2 persoalan yang bermain difikiran.

"Saya mesti urus sakit saya dulu," bisik hati kecil saya lagi.

Saya terbaring dan beristighfar untuk meredakan kesakitan. Nazirah & Sa'id sudah mula sibuk, "Umi nak gi mana ni? Nak ikut..." renget mereka.

Di KMC.

Menghampiri jam 3.00 petang sampai ke kmc. Naemah menemani saya sementara suami saya parking kereta. Sampai di kaunter saya menghulurkan kad dan envelope dari doktor di klinik.

"Puan pernah datang sini?" spontan dari receptionist yang bertugas.

"Ya, waktu bersalin dulu, lama dah... 5 tahun dulu..." jawab saya sambil menahan kesakitan.

"Puan nak jumpa doktor mana?" tanyanya lagi.

"Tak baca nama atas envelope ke?" hati saya berbisik. Walaubagaimanapun saya menunjukkan balik envelope tadi.

"Dr Suriati." jawab saya ringkas. Dr suriati yang menyambut kelahiran sa'id ramadhan 5 tahun dulu.

"Maaf puan, dr suriati on leave. Puan boleh datang hari isnin kalau nak jumpa dengan dia." terang beliau.

Saya tersenyap tapi masih boleh lagi senyum... Namun saya tak kuasa untuk memikir lagi. Saya biarkan suami saya berurusan. Pelan2 saya mengambil tempat di sofa yang ada, cuba untuk rehat, cuba untuk tahan sakit sambil membaca al-ma'thurat...

"Jom kita pergi ksh." bisik suami. Saya akur mengikutinya ke kereta menuju ksh.

Di KSH.

Jam menghampiri 3.30 petang.

"Ya puan boleh saya bantu?" dengan senyuman receptionist menyambut saya.

Segera saya menghulurkan surat. "Tapi ini untuk doktor kmc?" katanya. Saya hanya diam, membiarkan suami saya menerangkan .

"Baiklah puan boleh berjumpa dengan dr suraya di bilik no 6." arahnya kepada saya.

Perlahan2 saya berjalan menuju ke bilik 6. Sebelum tu ada satu lagi kaunter kena jumpa. Serahkan surat, isi borang dan tandatangan beberapa surat.

"Puan boleh duduk, nanti kita akan panggil masuk jumpa doktor." beritahu receptionist yang ke 2.

Saya mencari kerusi yang paling dekat dengan bilik. Memang dr suraya tak ada, mungkin sedang rehat atau melawat wad. Ada seorang lagi patient sebelum saya. Namun bagi saya waktu menunggu telalu lama, maklumlah sedang sakit... Saya cuba menguatkan diri saya. Semalam masa sesi motivasi saya berzikir bersama pelajar saya. "Laailahaillaanta... ya hayyu ya qayyum... Subhanallah wabihamdihi... subhanallah hil a'zim.. ". Saya cuba berzikir sendiri dengan nada merayu kepada Allah... Alhamdulillah, walaupun sakit tak hilang tapi saya dapat melupakannya sejenak.

Di bilik O&G.

Wajah dr suraya tenang sahaja. Tanpa melihat perut saya, hanya interview saya je dr suraya memberitahu, "Saya rasa ini bukan fibroid. Tapi untuk pengesahan saya akan buat scan."

"Alhamdulillah..." itu yang mampu saya ucapkan setelah sekian lama menunggu dan menahan kesakitan.

Dr suraya memeriksa saya. Setelah membuat 2 jenis scanning, beliau mengesahkan rahim saya elok, maka sakit perut saya tiada kaitan dengan fibroid atau what so ever...

"Oleh kerana puan tak ada apa2 sakit berkaitan rahim, saya akan refer pada pada doktor pakar lain pulak... ehm... dr huzaimi boleh, maaflah memang tiada doktor perempuan..." terang doktor kepada saya.

Saya memandang suami saya. Dia menganggukkan kepalanya maka saya tahu, tak ada masalah. "Terpulanglah kerana itu je pilihan yang ada sekarang ini." jawab saya.

Di luar bilik O&G.

Saya menunggu lagi untuk menandatangani beberapa surat. Salah satunya tertera bill RM.

"Mahalnya..." bisik hati saya sambil menunjukkannya kepada suami.

"Kalau tak sakit apa2 kena bayar sendiri....", kata suami.

"So, baik balik jelah, sakit perut salah makan ni. Dr suraya pun kata ok." saya membalas.

"Tak pe lah... sudah sampai sini. Kita check sampai habis." pujuk suami saya.

Kemudian saya berjalan perlahan2 menuju ke bilik dr huzaimi di tingkat atas.

Di luar bilik Surgeon.

Jam menghampiri 4 petang. Saya masih menunggu di luar bilik.

"Puan boleh tunggu lagi ke, doktor sedang melawat wad." tegur salah seorang jururawat yang menghampiri saya.

"Lama lagi ke?" tanya saya.

"Mungkin 10 hingga 15 minit lagi." jawabnya.

"Tak pe kami tunggu." suami saya menjawab bagi pihak saya.

Beliau beredar. Saya masih menetap di kerusi. Aduh... penantian satu penyeksaan... Ye ke, tak lah... penantian dalam kesakitan rupa2 satu muhasabah. Satu medan untuk dekat dengan Allah. Bibir saya tidak lepas berzikir, "Lailahaillallah... lailahaillallah... lailahaillallah... lailahaillallah...".
Nada mendayu mengikut alunan nasyeed opick. Dan bila sesuatu dilakukan ikhlas dari hati, rupa2nya Allah beri rasa kuat.... Saya dapat melupakan sakit perut saya seketika....

"Puan doktor sudah sampai, puan boleh masuk sekarang..." Jururawat mematahkan konsentrasi saya yang sedang berzikir.

Di bilik Surgeon.

Saya tiada pilihan. Ini je doktor yang ada boleh rawat saya di saat ini. Setelah memberi salam, duduk dan menerangkan sakit saya, tanpa banyak soal, dr huzaimi membuat peperiksaan perut saya.

"Sakit?" tanya dr khuzaimi.

"Sakit..." jawab saya ringkas. Tapi saya memang teramat sakit bila di tekan hingga terangkat kaki.

Setelah menekan kali kedua perut saya, dia meletakkan pula stethoscopenya.

Setelah selesai, dia duduk, "Okay sharifah, it's worse, your appendix pecah dan sudah bernanah" kata dr huzaimi.

Saya yang tak sempat2 bangun lagi dari katil terkejut. "Ye ke..." bisik hati saya. "Tak scan pun, tekan2 dan dengar je sudah kata pecah..." hati saya berkata2 lagi sambil melihat suami saya antara percaya atau tidak...

"Kenapa kamu tahan sakit? Masuk tak pakai wheelchair? Kamu boleh jatuh bila2 masa..." sambung doktor lagi kepada saya ketika belum sempat saya respon kepada penerangannya tadi.

"Tahan sakit?" balas saya. Sambil tersenyum saya teringat, masa nak bersalinkan kak long, nurse yang bertugas pun kata saya tahan sakit. Nak buat mcam mana saya tak ada pengalaman, pesan dari ibu, kakak2 dan ipar, "Kalau sakit tak boleh tahan tu tanda nak beranaklah... cepat2 jangan tahan..." Jadi saya tak tahu tahap tak boleh tahan sampai mana, maka selagi saya boleh tahan saya tahan... Ini sekali lagi doktor kata saya menahan sakit... Ye lah, dalam minda saya, saya sakit perut salah makan... maka tak kan nak tunjuk lebih2 selagi saya boleh tahan, saya tahan lah...

Saya duduk kembali di kerusi sisi meja doktor.

"Saya akan buat laparoscopy untuk puan." terang doktor lagi.

Saya mengangguk. "Laparoscopy tu apa?" bisik hati saya, tapi saya terkedu dah nak tanya. "Mungkin tebuk kot..." saya ingat2 sebab umi 'ah pun beberapa bulan lalu juga kena appendix dan ada sebut that word. Sebenarnya saya tergamam. Suami saya juga tidak terkata. Saya tak tahu apa lagi nak cakap.

Seketika saya mencari kekuatan untuk bertanya "Are you sure what you have said?"

Nampak wajahnya macam kurang senang dengan soalan saya. Ye lah siapa saya nak pertikaikan diagnosisnya.

Sambil tersenyum dia menjawab, "Ye lah I tak leh kata 100% sure but as a doctor I know..." tapi cepat2 saya potong sebab saya tak nak pulak jadi pesakit yang degil dan melawan. "Tak pe.. tak pe... it's okay. "

"Baiklah sekarang puan warded, kemudian nurse akan bawa puan ambil darah." sambungnya lagi.

Huhu... no more question. Bila dengar doktor kata pecah dan bernanah, rasa no more pain....

Di Makmal.
ItalicMaka bermulalah episod... I was admitted to hospital. First thing, sure your hand got tagged...

Nurse
menyorong saya atas wheel chair menuju ke makmal ambik darah.

"Ada lelah? Ada allegic? Ada penyakit darahtinggi ke, kencing manis ke?" tanya nurse.

Saya menggilingkan kepala, "Tidak" jawab saya ringkas.

"Ada pernah masuk hospital buat opreration ke?" tanyanya lagi.

"Tak ada." jawab saya.

"Kak tahan sikit ye sakit." kata nurse bila nak masukkan jarum mencari urat ditangan saya.

"Tak apa dik... sakit perut kak ni lagi sakit...." jawab saya sambil tersenyum.

Di wad bilik 223.

Jam menunjukkan hampir jam 5.oo petang. Saya ditempatkan di katil 223B. Katil 223A sudah ada pesakit. Suami saya segera mengambil beg di kereta.

"Kita solat asar dulu." beritahu suami saya. Saya segera berwudhu. Seperti biasa kami solah asar berjamaah bersama. Selesai solat saya mencapai hp. Orang pertama saya call ialah bonda, "harap2 bonda tak terkejut dgn berita ni..." doa hati saya. Sebenarnya sebelum pergi kmc lagi nak telefon bonda tapi teragak2 pulak, kan sakit perut biasa je. Saya tangguh dulu niat saya tadi hingga betul2 confirm. Bonda masih di KL menunggu umi su yang masih berpantang.

Sedang elok selesai bercakap nurse datang. Soalan yang sama diulang. "Ada lelah? Ada allegic? Ada penyakit darah tinggi ke, kencing manis ke? Ada pernah masuk hospital buat opreration ke? Bersalin normal ke?"

"Tak ada adik, tak pernah, ini baru pertama kali masuk sebab sebab sakit, kalau masuk hospital kerana bersalin, tu pun normal." terang saya.

Nurse minta saya menyalin baju hospital. Ambil bp saya, check suhu badan saya dan akhirnya memasang drip di tangan kiri saya.

Bagi saya semua berlaku dalam sekelip masa. Rasa sakit perut saya yang bergelora macam hilang. "Betul ke saya nak operate ni?" bisik hati kecil saya.

Tak sampai setengah jam, nurse datang lagi. "Kak kita nak bawa kak ke bilik ot. Kalau ada apa2 di badan seperti cincin, rantai dan sebagainya minta simpan ye." arah adik2 nurse.

Huhu... so soon, saya sudah nak di bawa ke operation theatre (ot). Mungkin kalau doktor atau nurse2 kat sini ini perkara biasa je. Tapi bagi saya yang pertama kali, berdebar ada, takut pun ada tapi tak lah sampai menggigil. Barulah saya amat merasa hidup saya bukan milik saya, tapi milik Allah. Allah boleh ambil saya bila2 masa. Mungkin ini lah hikmah.. Allah beri saya sakit, untuk membersih dosa2 saya. Untuk menguji dekat atau jauhnya saya denganNya. Mungkin selama ini saya banyak lalai. sedetik Allah tarik nikmat sihat saya baru saya merasa pergantungan saya hanya kepadaNya...

Nurse mula menyorong katil saya menuju bilik ot. Sebelum tu saya sempat menjeling jam di dinding menunjukkan jarumnya menghampiri jam 6.00 petang. Sepanjang perjalanan, saya hanya memejamkan mata saya dan cuba mencari kekuatan diri dengan berzikir "Laillahaillallah..." Saya hanya sempat bercakap dengan bonda tak sempat pun nak maklum pada ayahanda. Bersalam dengan suami saya dan neamah saja. Tak sempat nak telefon sahabat2 atau adik beradik dan ipai duai saya. Tak sempat nak jumpa dengan kak long yang masih di kt dan sakinah yang sedang menjaga adik2 'abbas, nazirah dan sa'id di rumah. Malah tak sempat nak minta maaf dengan sesiapa pun. "Ya Allah, beri aku kesempatan untuk bertemu dengan mereka2 yang saya sayangi dan memohon maaf dari mereka yang saya kenali..." hati saya berdoa.

Di bilik OT.

Saya diserahkan kepada nurse yang bertugas di bilik ot. Seorang saja. Huhu... mula saya teringat cerita pengalaman kak ani jalil. Saya akan turut mengalami pengalaman yang sama. Saya ditanya sekali lagi tentang penyakit, allegic dan sebagainya. Kemudian datang doktor pakar bius.

"Saya dr nordin, sebagai doktor bius." kata dr nordin sambil menerangkan prosedure macam mana beliau akan membius saya. Saya hanya diam dan dengar. Dalam hati saya cuma terdetik. "Ya Allah... doktor lelaki lagi...." Memang dharurah, saya tiada pilihan, dari segi syara' tidak mengapa, namun jika saya ada pilihan seorang doktor wanita.... Malu, fitrah yang kalau selagi dapat dipelihara dan dijaga alangkah cantiknya.... Wanita perlu bukan untuk o&g je, pakar sakit2 puan atau menyambut kelahiran. Rupa2nya kita tak tahu Allah nak beri kita pelbagai sakit lain. Maka bidang lain juga perlu wanita. Saya menyeru anak2 pewaris diluar sana, selagi ada peluang, ceburilah bidang ini surgoen ke, bius ke bukan setakat o&g je...

"Ada apa2 lagi nak tanya?" tanya dr nordin kepada saya.

"Tak ada doktor. Actually I'm speechless... seperti tak percaya, it happened sekelip mata." saya mengadu cambur blurr sebab saya tidak memakai cermin mata. Doktor dan nurse hanya tersenyum. Memang sekelip mata. Dari sihat2 tiba2 Allah tarik nikmat sihat saya, beri saya sakit tiba2 kemudian terus kena operate, tak ada warning2....

Saya disorong lagi ke bilik bedah yang sebenar. Dan saya mula rasa saya tiada siapa kecuali Allah.... Mereka menarik saya ke atas katil yang sebenar. Huhu... saya tidak mengenali mereka, sebab masing memakai baju khas di bilik bedah dan menutup kepala.

"Kak tangan bubuh atas ni. " seorang nurse mengarahkan saya meletakkan tangan saya di atas alas tangan disisi katil.

"Sharifah sebentar lagi kita akan buat pembedahan, puan jangan risau, baca bismillah, mengucap kemudian bernafas macam biasa." ujar doktor sekali lagi. Saya hanya menurut. Cuma doa akhir saya "Ya Allah... jangan kau ambil nyawa ku...".

"Sharifah2x... tengok ni nanah yang telah saya keluarkan..." saya tak pasti itu suara doktor atau nurse. Saya hanya menganggukkan kepala sebab mata saya masih lali untuk mencelik. Namun hati saya berbisik, "Alhamdulillah...." Itu yang mampu saya ucap, dengan ihsan Allah masih memanjangkan usia saya dan semua selamat.

Di wad bilik 223.

"Pukul berapa?" tanya saya pada suami walaupun kepala saya masih berat, tapi masih mampu untuk memberi sebuah senyuman.

"Pukul 8.00. Alhamdulillah... semua selamat. Dah rehat dulu." ujar suami saya sambil mengusap ubun2 rambut saya.

"Belum solat lagi..." kata saya.

"Tak pe Dah rehat dulu, nanti abang ambil botol spray untuk ambil wudhu." tenangkan suami saya kepada saya.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur semua berjalan baik. Ujian kecil yang Allah beri rasa memberi peluang saya bermuhasabah diri.

Sebentar kemudian sahabat saya zah dan kak midah datang ziarah. Mereka agak terkejut mendengar berita saya tiba2 sakit.

"Kak midah, bukan kak midah je... saya pun terkejut jugak. Dari sihat tiba2 Allah nak beri sakit sekelip mata je..." ujar saya.

"Itulah Dah... ada hikmah Allah nak beri, sabar je dengan ujian Allah ni..." nasihat kak midah pada saya.


Alhamdulillah Allah masih beri sahabat2 di sekelililing saya yang memberi kekuatan kepada saya. Cuma maaf saya tak berapa nak boleh layan sepenuhnya. Pergerakan saya terbatas. Tangan kiri saya memang kena bersambung wayar drip. Saya berbaring nak berpusing rasa masih kaku. Baru saya perasan, ada satu lagi saluran wayar bersambung dengan botol di bawah perut saya. Dan baru saya rasa.... betapa berharganya nikmat sihat...

Sebentar selepas sahabat2 saya pulang, doktor datang menjenguk.

"Sakit lagi..." sambil memeriksa perut saya.

"Ada lah sikit2." jawab saya. Memang pun walau sakit tapi tak lah sesakit seperti pagi tadi. Rasanya sakit pagi tadi sampai nak terguling2 (huhu... istilah exageratelah...)

Kemudian baru saya perasan, ada 2 plaster di perut saya. Dari tadi saya tak berani nak tengok apa doktor sudah buat kat perut saya. Melihat kesan tampalan plaster yang kecil di pusat dan bahagian kanan perut saya. Saya bersyukur lagi... Nampaknya pembedahan tak besar mana, "Betullah tu tebuk je... " bisik hati saya.

"Untuk malam ini, you tak boleh minum lagi." terang doktor. Saya hanya menganggukkan kepala.

"Kes you serius sikit. Disebabkan oleh sudah bernanah jadi ia makan masa sikit untuk sembuh. Kita sudah buang appendix tu, tapi kawasan yang di jahit tu masih belum kuat. Saya cuma bimbang jahitannya akan terbuka balik. Jika terbuka maka ia akan merebak ke kawasan lain. Jadi kita kena buat pengawasan." terang doktor lagi dengan wajah yang turut serius.

Saya sekadar senyum dan mengucapkan terima kasih. Memang gerun juga mendengar penerangannya. Perut saya tiba2 rasa ngilu... Doktor tak cakap kenapa jahit boleh terbuka balik, tapi saya agak, mungkin appendix saya pecah teruk... Aduh nak bayang pun tahu tahu sebab saya tak nampak apa yang berlaku dalam perut saya. Namun sekali lagi saya amat bersyukur, "Alhamdulillah... what ever happen, dah pecah, sudah jahit balik, nak tercabut lagi jahitan lepas ni ... saya tak larat nak fikir lagi.... Alhamdulillah, sekarang ini saya syukur sangat2 saya masih diberi pinjam nyawa oleh Nya..." hati saya berbicara.

Kemudian kak nor jiran saya sampai. "Kak nor, boleh tolong, ana belum solat nak solat." ngadu saya pada kak nor.

Sudah masuk waktu isya'. Tadi saya sudah niat jama'. "Ya Allah, ada hikmah mu... memberi aku merasa beribadah di waktu rukhsah..." bisik hati saya lagi.

Kak nor mengalas tangan saya di atas tuala. Kemudian kak nor menyembur air menggunakan spray meratakan air di tangan saya. Tangan kiri saya memang berplaster kerana jarum mencucuk untuk dripping, maka air diratakan di kawasan luar. Kemudian kak nor membantu menyapu air ke muka, rambut, ke dua tangan dan kaki. Huhu... sekali lagi rasa.... bersyukurlah kita dengan nikmat sihat.... bila sakit, nak buat sendiri tak dapat, semua kena dibantu.

Hanya mengenakan tudung, tubuh saya diselimutkan, saya bersolat jama' ta'khir di atas katil. Ruku' dan sujud sekadar memberi isyarat tunduk kepala... Sekali lagi saya rasa... "Ya Allah, apakah hikmah mu di sebalik apa yang terjadi keatas diri ku. Tak pernah hayat melakukan solat secara berbaring, kali ini Allah beri rasa... Ya Allah... Aku bersyukur... Allah masih memberi kesempatan untuk aku menikmati hidup ini walau pun dalam keadaan yang cukup sukar.... Ya Allah... aku bersyukur...." tidak henti2 hati saya berbisik dan bermuhasabah dengan Allah.

Jam 2.00 pagi saya terkejut. Bahagian bawah perut saya rasa sebu. Memang semenjak keluar dari bilik ot jam 8.00 malam tadi saya tak membuang air kecil. Sebelum tidur tadi nurse membantu saya untuk membuang sambil berbaring, tapi tak menjadi. Saya memicit loceng. Walau pun naemah ada menemankan saya, tapi tak sampai hati pula saya nak ganggu anakanda saya. Sejak dari petang menunggu saya tentu dia penat.

2 nurse datang. "Kenapa kak?". tanya nurse.

"Rasa macam nak kena ke tandas, boleh saya bangun tak?" beritahu saya.

"Oh... boleh tak pe, saya bantu kak, tapi kak kena kuat sikit, tahan sakit" ujar nya.

"Boleh..." jawab saya ringkas. Sejak dari pagi saya sakit, setakat nak bangun sakit sikit takkan saya tak boleh tahan. Perlahan-lahan saya cuba bangun. Huhu... mula rasa sakit dan dengan berbagai halangan... tangan kiri dengan botol drip dan bahagian bawah dengan botol yang mengeluarkan nanah di perut saya.... Tapi alhamdulillah dengan bantuan adik2 nurse semua beres... Sekali lagi cukup terasa... "Ya Allah... bersyukurlah dengan nikmat sihat yang Allah beri..."

Setelah adik2 nurse beredar... saya tak dapat melelapkan mata. Terkebil2 mata saya terbuka. Posisi saya pun terlentang, nak menggiring memang rasa tak selesa. Sekali lagi Allah memberi peluang untuk saya bermuhasabah lagi....

Cukup pantas peristiwa ini berlaku. Walaupun mungkin bagi orang lain, ia kecil, tapi bagi saya ia menjadi hari yang penuh bersejarah....

Syukur dengan kebetulan2 yang Allah susun... Kebetulan suami saya cuti, kalau dia kerja tentu saya tak ke klinik terus balik rumah... Kebetulan saya tak makan dari pagi, sebab tak berselera nak makan, maka perut saya memang sudah berpuasa. Bila saya warded, doktor terus boleh operate saya dengan kadar segera.

Syukur Allah beri semua selamat. Saya pernah dengar kalau appendix pecah, boleh bawa maut.... Saya bersyukur lagi saya selamat... Allah masih meminjamkan nyawa untuk saya.

Syukur Allah beri saya sakit sikit je... appendix je orang lain Allah uji dengan sakit yang lebih berat macam cancer ke dan sebagainya.

Syukur Allah bagi saya kuat. Dari pagi sampai petang saya masih dapat menahan sakit saya, tiada setitik air mata.... Masih terngiang2 doktor kata saya menahan sakit. Bukan saya sengaja tahan, tapi Allah bagi kuat kerana tak kala saya sakit, saya hanya berzikir, baca ma'thurat dan ingat Allah... Saya syukur, Allah beri rasa lupa sakit saya seketika....

Syukur bila saya sakit Allah beri saya peluang membaiki hubungan saya dengan Allah.
Syukur bila saya sakit Allah beri saya peluang untuk saya bermuhasabah dan membersihkan dosa2 saya.
Syukur bila saya sakit Allah beri saya peluang membaiki kelalaian dalam hidup saya.
Syukur bila saya sakit Allah beri saya rasa hidup saya bukan milik saya, tapi milik Allah.
Syukur bila saya sakit baru saya rasa betullah kata2 hadis "Dua kenikmatan yang kebanyakkan orang terlupa darinya, yaitu nikmat kesihatan dan waktu lapang....” (HR. Al-Bukhari)

Alhamdulillah.... moga perkongsian membawa iktibar buat yang membaca....

Bengkel Day 2


Thanxs to all my students... 2nd day
ramai juga datang almost 80%.
Usaha kamu Allah akan balas
dengan keputusan yang cemerlang.


Bengkel berjalan lancar...
Tapi tiba2 bermula jam 9.30 am
perut saya sakit lagi seperti malam tadi...
Selepas break saya tinggalkan pelajar2
meneruskan latihan sementara saya cuba
untuk berehat untuk meredakan kesakitan.
Tapi Allah izin sakitnya tidak berkurangan.
So what's happened???
Next post okey...

Bengkel Yes We Can From Zero to Hero...

Hari ini semua pelajar2 dari kelas
5 saksama dan 5 syumul saya kerah mengikuti
bengkel yes we can from zero to hero...
Huhu... nama je canggih, sebenarnya
kelas tambahan add maths je...
Tahun ini semua 60 calon2 add maths
berada di tangan saya,
gentar juga maka persediaan awal perlu dibuat.
So ulangkaji topik2 tingkatan 4 tu kena awal sikit.
Maka hari pertama ini mula dengan slot motivasi dulu.
Lepas rehat baru mula dengan topic quadratic equations.
Nanti anak2 murid mesti tanya
mana gambar tangkap banyak2 tu.
Huhu... 2 keping tu je elok yang lain semua gelap!
Cikgu doa moga bermanafaat.
Allah akan beri kalau kita cari...

Rehlah


Rehlah di taman gelora.
Temujanji telah dibuat dengan
kawan lama lidza sulaiman.
Kami sama2 buat english course masa di azusa.
Sama2 duduk kuantan tapi
masing2 sibuk untuk untuk berjumpa.
Maka sempena cuti kami set juga satu hari untuk bertemu...


Hish2x... sa'id n nazirah memang pantang tengok air...


Lidza with 5 boys 1 girl,
me... 4 girls 2 boys.
Moga pertemuan berputik
menyegarkan ukhwah yang telah lama terputus...

Di Bangi & Temerloh


Bermalam di rumah umi 'ah di bangi.
Makan pagi dekat kedai lengkuas.
Macam2 ada termasuk laksam,
ape lagi lama tak makan walau pun duduk di pantai timur.
Sa'id punya minat roti canai sampai
tak nak makan dok asyik tengok abang tebar roti canai...


Ziarah uncle ayub, he looked happy,
smiling tiap kali lihat telatah sa'id n 'abbas.
Well, moga Allah beri cepat sembuh,
banayk doa dan beristighfar.


Jam 10.30 pagi bertolak balik ke kuantan.
Ada banyak tempat nak singgah.


Rumah satu singgah di temeloh,
hadir walimah aisyhah n abu fida.
Moga Allah mengurniakan keberkatan
rumah tangga yang dibina.... mabrook...

Rumah dua singgah di kg sri damai,
juga kenduri kahwin rakan sepejabat suami.

Rumah ke tiga di sg isap damai,
tapi... Allah izin tak sempat
orang sudah kemas khemah....
Nak buat macam mana...
Namun doa kami moga diberkati Allah....

Bermusafir


Pagi2 sebelum subuh sudah bertolak.
Bermusafir lagi sambil berziarah.
Mula-mula ke sg merab,
tinggalkan anak2 kat ruumah kak su.
Saya dan suami ke shah alam
briefing from akh tn hj norazman
berkaitan dengan lifeline4gaza.
Kemudian dengar pulak projek dari haluanita
untuk membatu gaza.
Nampak gaya kena buat gerak besar2an lepas ini.
Cuma doa moga Allah beri kekuatan
untuk melaksanakannya.


Ha'ah... ini baby baru kak su dan mus,
nur husna maisarah.
Seronok baru sudah mandi,
toknya tungkukan dengan batu sungai...
Tahniah su, moga jadi anak yang solehah...


Huhu... anak2 tak sah kalau tak bergaya...

Kemudian kami sekeluarga
berjamak maghrib & isya'
di masjid putrajaya.


Makan malam di ....
alahai lupa pula nama tempat tu
tapi somewhere around putrajayalah.
famous dengan sataynya.
Habis licin...


Selesai singgah lagi rumah fajri dan aida.
Sudah jauh malam barulah sampai rumah umi 'ah....

Last day of school....

Hari last day of school, so boss baru kata tak payah p&p,
kalau kelas pun ramai tak hadir,
kita berarak maulidur rasul....
what happened??? ramai pulak mari nya
bila dengar nak berarak...
lebih2 lagi mari sekolah pakai baju raya...
bergaya sakanlah anak2 murid ku hari ini....


Tengok tu afiefah and the gangs pun cantik2
dihias oleh cikgu2nya...


Kat mana ni??? macam winter je...
pokok2 gondol & cuaca pun redup
Huhu... keliling taman guru & sekolah je lah...
dalam 2.5 km. Tapi mengah juga dibuatnya...


Selesai berarak berkumpul kat dewan dengar
alfadhil ustas badlishah berceramah.
Good example and points,
can control the audience especially budak2.
Tahu2 jelah budak2 zaman sekarang
bukan boleh duduk dengar ceramah lama2....

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu