Seawal 6 pagi nurse sudah datang. Diambil suhu badan dan bp. "Kak demam sikit tapi bp ok." kata nurse ringkas bila di tanya. Kemudian pelan2 jarum di cucuk di jari, "Tahan sikit ye kak, saya masukkan antibiotik." kata nurse yang ke dua.
"Tak pe dik... sakit semalam lagi sakit." bisik hati saya.
Tubuh saya rasa tak bermaya, tekak saya kering teramat sangat.
"Dik... boleh minum air? Dahagalah. " tanya saya.
"Tak bolehlah kak... doktor sudah beritahu kak tak boleh minum lagi." jawab nurse.
"Aduh...." bisik hati saya. Akur dengan arahan saya bermuhasabah...
Untuk hari ini segala pergerakan perlu di bantu. Nak ambik wudhu pun perlu di bantu. Solat saya masih berbaring di katil. Tapi alhamdulillah yang paling berharga Allah masih memberi nyawa untuk bernafas... Betapa perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan selama ini...
Dan dari pagi perut memang tak selesa. Terasa angin berputar2 tapi taklah sampai sakit. Tapi ada waktu rasa tak terkawal untuk membuang. Bila petang barulah rasa segar sikit. Baru saya membuka hp dan menghantar sms kepada saudara dan sahabat terdekat, termasuk anak2 murid saya, alhamdulillah saya selamat.
Dan bila doktor datang check pada sebelah malam.
"Awak sudah boleh minum untuk 1 @ 2 sudu...." kata doktor.
"Alhamdulillah.... itulah yang saya nak dengar." jawab saya dengan senyum lebar kerana saya rasa tengkuk saya dahaga teramat sangat.
Doktor pergi segera saya menyuruh kak long berikan saya seteguk air.
"Subhanallah.... nikmatnya walau hanya seteguk." bisik hati saya.....

Terima kasih saudara2 dekat datang ziarah. Fadhil & nadia datang dari kemaman, ayah chik & mek ani dari chini dan mok ngah & pok ngah jauh datang dari kt.
Dr Amir, my niece, pun datang. Bila tengok perut saya Amir kata, "okey la tu... ingatkan umi dah kena buat 'open appendictomy' ie one large cut". Amir cerita usually, kalau pecah doktor akan basuh usus tu... rasa ngilu saya mendengarnya. Kalau buat laparoscopy cepat recover. Rasa teramat syukur dengan apa yang sudah saya lalui.
Dr Amir, my niece, pun datang. Bila tengok perut saya Amir kata, "okey la tu... ingatkan umi dah kena buat 'open appendictomy' ie one large cut". Amir cerita usually, kalau pecah doktor akan basuh usus tu... rasa ngilu saya mendengarnya. Kalau buat laparoscopy cepat recover. Rasa teramat syukur dengan apa yang sudah saya lalui.
Untuk hari ini segala pergerakan perlu di bantu. Nak ambik wudhu pun perlu di bantu. Solat saya masih berbaring di katil. Tapi alhamdulillah yang paling berharga Allah masih memberi nyawa untuk bernafas... Betapa perlu bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan selama ini...
Dan dari pagi perut memang tak selesa. Terasa angin berputar2 tapi taklah sampai sakit. Tapi ada waktu rasa tak terkawal untuk membuang. Bila petang barulah rasa segar sikit. Baru saya membuka hp dan menghantar sms kepada saudara dan sahabat terdekat, termasuk anak2 murid saya, alhamdulillah saya selamat.
Dan bila doktor datang check pada sebelah malam.
"Awak sudah boleh minum untuk 1 @ 2 sudu...." kata doktor.
"Alhamdulillah.... itulah yang saya nak dengar." jawab saya dengan senyum lebar kerana saya rasa tengkuk saya dahaga teramat sangat.
Doktor pergi segera saya menyuruh kak long berikan saya seteguk air.
"Subhanallah.... nikmatnya walau hanya seteguk." bisik hati saya.....
0 comments:
Post a Comment