Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Weekend


Sebelum subuh bertolak ke kl.
Tujuan nak ziarah uncle ayub.
Since sudah ada di sini, saya attend
seminar kepimpinan pelapis haluan
di kompleks haluan penyayang shah alam.
Di seminar cuba mencari ruang dan peluang
untuk mendekatkan veteran dan pemuda.
Yang pasti orang lama akan pergi dan
yang baru akan mengganti.
Dan yang penting keseninambungan
d&t dapat diteruskan.


Thanks to aida... tumpang tidur
dan tolong tengok anak2.


Kebetulan bonda dan ayahanda ada di rumah umi ah.


Kepada umi ah, banyak2 bersabar,
sakit juga ujian dari Allah,
Doa buat uncle ayub, moga cepat semboh.

On the way back, singgah di paya serai.
Huhu... boleh tahan juga mahalnya...

Malam jumaat


Ke Seria menjenguk2 anak2 seria sedang buat ldk.
Malam ini anak2 tahap dua ada qiam.


Lepas tu jenguk2 smkpb pulak.
Anak2 smkpb sedang mengikuti
kursus imam dan bilal muda.

Majlis Perpisahan


Hari ini jamuan perpisahan untuk boss lama.
Buat kat dewan multaqa' je.
Maka sekelip mata, dewan bertukar wajah...

Majlis hari ini juga meraikan pertukaran
en jusuh, bekas hem, dan ustazah ariza,
yang akan berpindah ke pp.
Hari ini dalam ucapan pn hjh pesan lagi...
"Seorang doktor tersalah beri ubat, sorang je mati.
Seorang guru tersalah ubat, rosak satu generasi..."

Pantai Bacok melambai...

Ramai orang tanya sebab saya jarang
ambil cuti kecuali kalau anak2 tak sihat.
Tetiba awal2 minggu ambil crk.
Rupa2 mengundang kehairanan dari rakan2.
"Kenapa pah ambik crk?, nak gi mane ni?"
Bertubi2 kawan2 bertanya.
Saya cuma tersenyum dan menjawab, "Adalah..."
Terima kasih, saya hargai
kerana rakan2 ambil hal juga tentang saya...
Ha'ah... ke mana saya menghilang?


Saya ke pantai bacok... bersama anak2 haluan
yang sedang mengikuti kem jati diri.
Sukarela menyumbang bakti.
Kebetulan kak long pun sedang mengikuti kem ini.
Kesempatan yang ada saya melepaskan
rindu buat anakanda tersayang...


Alhamdulillah, saya sempat bersama
kak sarah & dr salwana mengendalikan
modul belaian suci.
Tengok apa anak2 remaja tu buat?
Menguruskan baby...
Anak patung je tu, kalau baby betul2 baru real...
Itu yang tersurat, tapi yang tersirat....
"tangan yang mengayun buai
akan menggoncang dunia..."


Walaupun hanya bersama dengan anak2 haluan
dalam tempoh yang singkat,
namun dapat dirasa syu'ur dan
kesungguhan mereka tertingkat.
Maka anak2ku... pesan bonda
kutiplah seberapa banyak mutiara2 yang ada.
Jadikan ia sebagai pedoman dan perisai
buat bekalan memburu liku2 hidup yang mendatang.
Kerana anda semua
adalah generasi pewaris....
penerus d& t tak kala
bonda dan ayahanda tiada lagi.....

Maka terjawablah ke mana saya menghilang...
menyambut lambaian pantai bacok...

Kacau sura lagi...

Walau bulan orang kacau sura sudah tamat,
tapi tak menghalang cikgu2 smkpb
kacau sura kat sekolah.


Memang rumit, daging2 kena siat dulu.
Tapi bila buat ramai2 tak terasa banyaknya.
Namun kenangan lalu mengimbau kembali....
Masih saya ingat dulu2
keringat bondalah menyiat2 daging
untuk di buat sambal daging tiap kali cuti sekolah
untuk bekalan bila abang & kakak2 saya
pulang ke universiti atau asrama...
Masa tu saya saya kecik lagi,
bukan tahu nak menolong...
tukang seronok & tumpang menyibuk.
Huhu... tak rasa pun kepenatan bonda.
Sedangkan bonda dengan sabar
menunggu mengacau sambal daging
berjam2 dalam kuali tembaga...
Begitu kasih bonda pada anak2...
Sentuhan bonda tak sama dengan
dengan hari ini.
Sekarang kalau nak sambal daging beli je...

Kemudian daun pisang disiat2 buat alas
bekas bila nak bubuh sura.
Huhu... tengok daun pisang pun nostalgia...
Ini lah mainan saya waktu kecik2.
Dulu mana ada puzzle atau mainan bermacam2.
Ingat lagi, masa bonda melahirkan
adik saya yang bongsu.
Sedang bonda duduk atas 'salaian' menunggu
barut perut kering...
bonda akan anyam daun2 pisang jadi tikar.
Maka tikarlah itu jadi mainan saya
dan melegakan kenakalan saya dari
mengganggu bonda...
Hari ini sentuhan alam jarang2 menjadi
mainan anak2...

Ha'ah... lamelah juga mengacaunye....

Tengahari orang kuat kita
pah, kak ti n the gangs masakkan lunch.
Bebanyak terima kasih,
kalu tak lapar lah orang2 yang kacau sura tu...

Hampir lewat petang baru siap.
Alhamdulillah, masing2 pulang
tidak dengan tangan kosong....

Boss baru

Patah tumbuh hilang berganti...
Hari ini tiba boss baru kat smkpb
tn hj karim b man.
Jangan main2 dia ni memang pure guru add maths..
Huhu.... menarik lafas lega...
sebab tahun ini tak pegang
ketua panita add maths!

Salam perpisahan

Hari ini majlis salam perpisahan.
Tahniah kepada boss saya,
hjh hatijah gan abdullah, aap.,
kerana telah dilantik menjadi pengetua
di sekolah yang lebih elit dari smkpb.
Maka tadi ada majlis perpisahan bersama pelajar.
Terima kasih pn hajjah banyak mengajar saya.
Tadi masa ucapan terakhir pun pesan lagi...
"jangan tangguh2 kerja..."

Selepas salam2 tadi...
tangkap gambar terakhir
gambar kenang2an bersama guru2 smkpb....

Gotong royoung bubur syura SID


Hujung minggu ini giliran krt SID zone B
buat aktiviti kacau bubur asyura.


Seperti biasa ibu2 sibuk di dapur.


Ayah2 apa lagi... kacau jangan tak kacau...

Mesyuarat lagi...


Seminggu dua ini memang sibuk dengan mesyuarat.
Ha'ah... hari ini ada satu lagi mesyuarat.
Pn Hjh Kam pengerusinya.
Hujung minggu ini nak gotong royong
masak bubur asyura.
Sudah lama tak buat aktiviti sebegini.
Seingat2 masa Pn Hjh Rakiah jadi GPK
5 /6 tahun yang lalu.
Kadang2 guru2 pun perlu suasana
untuk berukhwah diluar waktu mengajar.

My ex student


Begitu jauh masa berlalu...
Hari ini Kun Yun datang singgah,
mencari guru2 lamanya.
"Cikgu masih di sini?", soalan cepumas darinya.
"Ya di sinilah cikgu tidak jemu2
mendidik anak bangsa...".
Sudah hampir 10 tahun beliau meninggalkan sekolah.
Sekarang sudah ada master... hehe... kalah cikgu...
Congratulation kerana sudah dapat
kerjaya baru di Cyberjaya.

Anak-anak ku...


Sekolah sudah seminggu...
Pagi2 kalut ke sekolah
sampai tak sempat2 nak snap2 gambar
muhammad sa'id ramadhan.
Alhamdulillah, sa'id sudah pergi pasti 5 tahun.
Hari pertama walidnya ambil cuti half day,
hantar sai'd ke sekolah.
Pagi okay lagi tapi bila walidnya datang
jenguk2 jam 11:30 am, dia menangis...
Memujuklah walidnya...
Second & third day, buat alasan tak nak gi pasti,
kata sa'id, "Esok aa'd tak nak gi sekolah,
nanti aa'id nangkis kan....".
Huhu... anakandaku.. minggu pertama
memang kerja memujuk jelah...
Pagi ini alhamdulillah, pujukan bonda,
"Sa'id, seminggu dah sa'id gi sekolah,
mama tak ambil gambar lagi..."
Lalu bergambarlah...
huhu... botol susu masih tak leh tinggal juga...


Aaaha... sejak pegi sekolah memang kreatif.
Hari ini 2 biji kereta control dikerjakannya.
Dileraikan satu persatu,
bercerai nyawa dari badan...
tapi bila nak sambung balik...
memang tak tersambung pun...

Nazirah tahun ini masuk tahun 2.
Alhamdulillah, sudah boleh diharap,.
Pagi2 dialah bersama abbas memujuk sa'id
kalau tiba2 mood sa'id berubah tak nak gi sekolah....

Tetamu


Semalam, mok long tumpang balik dari kl
bersama ayu dan cucunya.
Mereka bermalam di Kuantan.
Pagi tadi suami saya
menghantar mereka balik kemaman.


Petang, menerima tamu dari adik2 uia.
Alhamdulillah, merekalah anak2 muda generasi pewaris.
Sempat masak spagetthi....
Jazakumullah khairan kerana ziarah ukhwah.

Saturday's journey


Huhu... telah sekian lama,
pagi breakfast berdua je,
(cause the hotel provides only 2 coupons)
so anak2 tapau roti canai dari kedai mamak
makan kat bilik...


11:00 am kami check-out,
round2 tengok kolam...
huhu... ada permintaan nak mandi,
tapi saya beri alasan kena pakai
kat sini kena pakai swim suit,
abang mi sanggup tak???
So, saya layan anak2 mandi bathtub je...
kolam lah jugak tu, cuma kecik sikt je...


Sambil menunggu walid bayar...,
tengok masing2 tak senang duduk,
lompat sana sini...
betul2 macam rusa masuk kampung....

Kemudian ziarah fajri dan aida di sg merab.
Kebetulan mok long dan ayu ada disana.
Then pergi rumah suhaila pulak,
dia pindah rumah baru di kg limau manis.
Sibuk2 lupa nak snap gambor...


Before balik kuantan ziarah umi yah di usj.
Umi su pun datang juga.
Hahh.. ni cousins get together...
boys... riuh rendah....


girls... kut kit kut kit dekat kerusi....

Dan ni ayah2... walid, uncle ezanee & ayah su...


Ibu2... umi su dan umi yah....
Doa umi su selamat nak bersalin nanti,
dan umi yah diberi kesihatan yang baik....

Hampir jam 9:00 pm bertolak balik ke kuantan
Reached kuantan just after midnight.
Speacial thanks for the beloved driver
for such a meaningful weekend.

Ex-USC Get Together Dinner


Selepas zohor saya sekeluarga bertolak ke kl.
Kali ini pertemuan telah diatur untuk
bertemu dengan sahabat2 yang pernah
bersama ketika menuntut di usc.
Menjelang 6:30 PM kami tiba di pwtc
setelah sesat sekali sahaja...
Bermalam di puteri pacific hotel.
Excited juga nak bertemu setelah 20 tahun...
Of course yang paling excited suami saya,
nak jumpa dr maamoun badr & dr ghaz.,
dan kawan2 lama dia, azizi, jai, dr. syed dll.
Saya juga menghitung rakan2 saya,
kak fouziah, kak ramlah, kak siti & kak masyi....


Dan kebetulan allah izin, masa nak turun lif,
dr maamoun badr yang kami temui dulu.
Saya hampir tidak mengenalinya.

Jam 8:00 pm ramai tetamu yang hadir
disamping ahli2 musca (malaysian usc alumni).
Pertemuan antara ahli2 veteran dan generasi muda...
And among the speacial guests are dr zaini ujang, nc utm
and bro karim from iraq, and now he's staying in jordan.
He comes to malaysia very often for bussines.


A Welcome speech by the president,
tan sri dato dr johari mat.
Menang veteran sungguh kalau tak silap grad tahun 1979,
huhu... masa tu saya baru nak masuk darjah 6...

Then a talk by dato dr ghazali mohd noor.
Dulu kami lebih mesra dengan panggilan
en ghaz and now dr ghaz lah pulak...
Beliau baru balik dari jeddah for good,
after many years berkhidmat dengan
islamic development bank.
His speech about muslim world today.
Huhu... tak boleh dengar sangat
sebab masa nilah said mula meragam,
sudah makan nak balik bilik ....


Lepas hantar anak2 balik bilik,
turun dewan sempat dengar
dr mamoun badr's talk
regarding palestinian issues
& muslim in america.
Sekarang ni beliau sebagai associate professor of chemistry
di pennsylvania state university.
Satu yang menyentuh hati, beliau memulakan
ucapan dengan mengingatkan hadirin agar
menghargai ibu... he said, lebih kurang lah...
"Every year I'll visit my mother in palestine.
She's very humble.
But she passed away three years ago.

Now I feel half of my life is gone....
So if you still have a mother,

please take care and respect them....
"
Kemudian, banyaklah isu2 palestine
yang di kongsi termasuk kisah
semangat anak2 kecil generasi pewaris di sana...


hah... lepas tu, self introduction by members...
Ni yang lemah nak kena berucap pulak,
tadi dalam kereta saya sudah pesan awal2
kat suami kalau ada nak kena buat speech,
awak introducelah saya, talk on my behalf...
Tapi tiba masa... cik abang cakap panjang pulak...
He said, "After dr judin left usc, dr mamoun became
a president of msa (muslim student association),
dr ghaz was the vice president and I was the secretary.
So when fauzi told me that both of you
are coming,
I informed my boss that
I will take a day off,
just to come
here and meet both of you and the others..."
Maka dengan ucapan penuh bersemangat
hingga lupa to indroduce me...
Huhu... terbalik pulak jadinya,
I have to introduce myself and him as my husband...

And lastly closing remarks by
dato sri prof ir dr judin karim.
I've never met him, sebab masa saya sampai usc,
dia sudah balik malaysia.
His brief speech reminds us to evaluate
our quality time, he said lebih kurang lah...
"I talked to my wife, we've been married for 17 years.
But it seems like yesterday...
Times goes so fast...
If I were to live 17 more years,
I'll be 71 years old by that time.
So if I don't plan my next 17 years,
then it will just goes like that..."
So I got his point, and it reminds me surah al-asr,
"Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian,
kecuali mereka yang beriman,
dan berpesan dengan kebenaran
dan berpesan dengan kesabaran..."


Kemudian tangkap gambar ramai2.
Mula2 lelaki dulu, huhu... ni pun satu...
tangkaplah saya gambar suami beramai2.
Tiba giliran perempuan bergambar beramai2
cik abang lupa lagi nak tangkap gambar saya
dek dok bersembang sakan dengan dr mamoun dll ...


Maka ini je kenangan yang sempat dilakar.
Bersama kak siti rohani, kak fouziah & kak sh masliza.
Dengan kak masyi tak sempat bergambar
& kak siti ramlah tak datang...
Yang lain2 kak hani pun datang.
Dan jumpa dengan ibu2 yang duduk kg kelantan...
Saya bawa album gambar lama2,
ada gambar fathi masa baby (kak siti's son),
gambar umair (kak masyi's son),
dan gambar muaz & taqiuddin (kak fouziah's sons).
Masa tu both kids baru 5 & 3 years old.
Sekarang sudah besar panjang,
muaz sudah anak satu...

Begitulah pertemuan mengeratkan
silaturahim yang lama terputus...
Masa bisa saya melupakan
cebisan kenangan bersama mereka...
dulu merekalah kakak2 yang membimbing saya
ketika saya meniti usia remaja
ketika saya mula mengenali & melalui liku2 d&t...
namun masa berlalu begitu pantas
sedetik bersama mereka
menyenyedarkan saya bahawa
saya sudah lama meninggalkan usia muda saya...

Ragam anak2 pelajar


Pelajar rajin, tulis semula jawapan
walaupun soalan sama....


Pelajar kurang rajin....
ada ke tulis SDA (seperti di atas) je...
macam2 ragam...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu