Sunday, January 31, 2010

Weekend


Sebelum subuh bertolak ke kl.
Tujuan nak ziarah uncle ayub.
Since sudah ada di sini, saya attend
seminar kepimpinan pelapis haluan
di kompleks haluan penyayang shah alam.
Di seminar cuba mencari ruang dan peluang
untuk mendekatkan veteran dan pemuda.
Yang pasti orang lama akan pergi dan
yang baru akan mengganti.
Dan yang penting keseninambungan
d&t dapat diteruskan.


Thanks to aida... tumpang tidur
dan tolong tengok anak2.


Kebetulan bonda dan ayahanda ada di rumah umi ah.


Kepada umi ah, banyak2 bersabar,
sakit juga ujian dari Allah,
Doa buat uncle ayub, moga cepat semboh.

On the way back, singgah di paya serai.
Huhu... boleh tahan juga mahalnya...

Friday, January 29, 2010

Malam jumaat


Ke Seria menjenguk2 anak2 seria sedang buat ldk.
Malam ini anak2 tahap dua ada qiam.


Lepas tu jenguk2 smkpb pulak.
Anak2 smkpb sedang mengikuti
kursus imam dan bilal muda.

Thursday, January 28, 2010

Majlis Perpisahan


Hari ini jamuan perpisahan untuk boss lama.
Buat kat dewan multaqa' je.
Maka sekelip mata, dewan bertukar wajah...

Majlis hari ini juga meraikan pertukaran
en jusuh, bekas hem, dan ustazah ariza,
yang akan berpindah ke pp.
Hari ini dalam ucapan pn hjh pesan lagi...
"Seorang doktor tersalah beri ubat, sorang je mati.
Seorang guru tersalah ubat, rosak satu generasi..."

Monday, January 25, 2010

Pantai Bacok melambai...

Ramai orang tanya sebab saya jarang
ambil cuti kecuali kalau anak2 tak sihat.
Tetiba awal2 minggu ambil crk.
Rupa2 mengundang kehairanan dari rakan2.
"Kenapa pah ambik crk?, nak gi mane ni?"
Bertubi2 kawan2 bertanya.
Saya cuma tersenyum dan menjawab, "Adalah..."
Terima kasih, saya hargai
kerana rakan2 ambil hal juga tentang saya...
Ha'ah... ke mana saya menghilang?


Saya ke pantai bacok... bersama anak2 haluan
yang sedang mengikuti kem jati diri.
Sukarela menyumbang bakti.
Kebetulan kak long pun sedang mengikuti kem ini.
Kesempatan yang ada saya melepaskan
rindu buat anakanda tersayang...


Alhamdulillah, saya sempat bersama
kak sarah & dr salwana mengendalikan
modul belaian suci.
Tengok apa anak2 remaja tu buat?
Menguruskan baby...
Anak patung je tu, kalau baby betul2 baru real...
Itu yang tersurat, tapi yang tersirat....
"tangan yang mengayun buai
akan menggoncang dunia..."


Walaupun hanya bersama dengan anak2 haluan
dalam tempoh yang singkat,
namun dapat dirasa syu'ur dan
kesungguhan mereka tertingkat.
Maka anak2ku... pesan bonda
kutiplah seberapa banyak mutiara2 yang ada.
Jadikan ia sebagai pedoman dan perisai
buat bekalan memburu liku2 hidup yang mendatang.
Kerana anda semua
adalah generasi pewaris....
penerus d& t tak kala
bonda dan ayahanda tiada lagi.....

Maka terjawablah ke mana saya menghilang...
menyambut lambaian pantai bacok...

Saturday, January 23, 2010

Kacau sura lagi...

Walau bulan orang kacau sura sudah tamat,
tapi tak menghalang cikgu2 smkpb
kacau sura kat sekolah.


Memang rumit, daging2 kena siat dulu.
Tapi bila buat ramai2 tak terasa banyaknya.
Namun kenangan lalu mengimbau kembali....
Masih saya ingat dulu2
keringat bondalah menyiat2 daging
untuk di buat sambal daging tiap kali cuti sekolah
untuk bekalan bila abang & kakak2 saya
pulang ke universiti atau asrama...
Masa tu saya saya kecik lagi,
bukan tahu nak menolong...
tukang seronok & tumpang menyibuk.
Huhu... tak rasa pun kepenatan bonda.
Sedangkan bonda dengan sabar
menunggu mengacau sambal daging
berjam2 dalam kuali tembaga...
Begitu kasih bonda pada anak2...
Sentuhan bonda tak sama dengan
dengan hari ini.
Sekarang kalau nak sambal daging beli je...

Kemudian daun pisang disiat2 buat alas
bekas bila nak bubuh sura.
Huhu... tengok daun pisang pun nostalgia...
Ini lah mainan saya waktu kecik2.
Dulu mana ada puzzle atau mainan bermacam2.
Ingat lagi, masa bonda melahirkan
adik saya yang bongsu.
Sedang bonda duduk atas 'salaian' menunggu
barut perut kering...
bonda akan anyam daun2 pisang jadi tikar.
Maka tikarlah itu jadi mainan saya
dan melegakan kenakalan saya dari
mengganggu bonda...
Hari ini sentuhan alam jarang2 menjadi
mainan anak2...

Ha'ah... lamelah juga mengacaunye....

Tengahari orang kuat kita
pah, kak ti n the gangs masakkan lunch.
Bebanyak terima kasih,
kalu tak lapar lah orang2 yang kacau sura tu...

Hampir lewat petang baru siap.
Alhamdulillah, masing2 pulang
tidak dengan tangan kosong....

Thursday, January 21, 2010

Boss baru

Patah tumbuh hilang berganti...
Hari ini tiba boss baru kat smkpb
tn hj karim b man.
Jangan main2 dia ni memang pure guru add maths..
Huhu.... menarik lafas lega...
sebab tahun ini tak pegang
ketua panita add maths!

Wednesday, January 20, 2010

Salam perpisahan

Hari ini majlis salam perpisahan.
Tahniah kepada boss saya,
hjh hatijah gan abdullah, aap.,
kerana telah dilantik menjadi pengetua
di sekolah yang lebih elit dari smkpb.
Maka tadi ada majlis perpisahan bersama pelajar.
Terima kasih pn hajjah banyak mengajar saya.
Tadi masa ucapan terakhir pun pesan lagi...
"jangan tangguh2 kerja..."

Selepas salam2 tadi...
tangkap gambar terakhir
gambar kenang2an bersama guru2 smkpb....