Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Father's day weekend...


Huhu... minggu ini weekend anak2 menjadi
father's day lagi... maksudnya...
walidnya kena take care anak2 di rumah lagi
sebab uminya berseminar pulak di temerloh.
2 hari kami memikirkan dan menyusun
strategi langkah2 untuk mengerakkan
halaqah agar ia hidup, bermakna
dan memberi manafaat buat ahli2...
"Ya Allah... tunjukkan kami jalan..."

Program Permata Hati.


"Pah... saya nampak muka awak sesuai benar
jadi mak angkat... nak tak?"
tanya pah radziah pada saya tempoh hari.
"Insya'Allah... tak de masalahnya..." jawab saya.
Maka pada hari yang ditetapkan
menerimalah saya 5 orang anak angkat,
pelajar2 anak yatim dari tingkatan 5
di bawah program permata hati peringkat sekolah.
Insya'allah, peluang yang diberikan tidak
akan ku persiakan untuk membantu
dan membentuk mereka menjadi
pelajar2 yang soleh & solehah...

Porgam Aulad

Alhamdulillah malam ini anak2 lelaki berhalaqat
di masjid lama pb.

Tot Motivator.


"Sudah cukup orang..." itu jawapan ringkas saya.
"Tapi awak tu cikgu,
kena gerakkan program remaja,
mana boleh tak pergi...", kata suami lagi.
"Tak pe, saya hantar awak ke zaaba tu..." sambungnya lagi.
Itulah sokongan dari suami tersayang...


Dan alhamdulillah... banyak ilmu2
yang dikutip dari motivator yang tak asing
lagi dr azizan & sdr mustafa serta adik tasneem.

Selesai sudah kursus.
Maka yang menanti tangan2 daie'
akan akan menyelamat umat ini....

Salam Perpisahan


"Pah... macam mana, nak tanya pendapat pah ni,
nak terima tak?" tanya datin dengan suara
yang sentiasa merendah diri.
Saya hanya tersenyum, ya pun tidak,
tidak pun tidak...
"Tak tahu apa nak jawab, sebab saya
tidak berada di tempat datin,
tapi apa2 saya rasa ada hikmah di sebalik
apa yang Allah susun untuk kita....", ujar saya.
Itulah antara beberapa perbualan antara saya
dengan gpk pentadbiran sekolah saya
beberapa hari yang lalu.
Dan saat-sati perpisahan tiba jua...
Hari ini hari terakhir,
datin hjh fauziah ismail
gpk pentadbiran berkhidmat di smkpb.
Tahniah kerana perlantikan sebagai
pengetua di smk lepar.
Walau pun sekolah baru itu jauh sikit
dari kuantan, mungkin ada hikmah disebalik.


Dan itulah datin...
hari terakhir di smkpb
masih tidak miss majlis ilmu
yang di adakan di surau al-hikmah
pada setiap hati jumaat selepas sekolah...

exam

Hari ini exam....

Aqiqah Day...


Cuti CNY ada sehari lagi.
Hari ini ada majlis aqiqah cucu dr abu di seria.
Sepeti biasa ibu2 akan menyediakan
bahan2 untuk mesak.


Ayah2 sibuk membasuh daging kambing.


Menu hari ini...
Gulai daging kambing,
sup tulang kambing,
goreng telempung kambing...

Mengacau gulai...


Alhamdulillah semua selesai
dan menikmati hidangan
dalam suasana hati terikat ukhwah terjalin...


Selesai aqiqah di seria,
sempat ziarah cucu datin hjh fauziah
yang juga buat aqiqah hari ini.
Kemudian ziarah baby ukht sara di htaa,
walaupun dapat tengok kat cermin wad je.
Kemudian terakhir ziarah cucu dr abu
di taman putera puteri.

Huhu... hari ini berlalu
walau penat tapi penuh bermakna...

Bermusafir lagi...


Balik dari KTD, jalan lagi...
Pagi2 ahad bertolak ke kl pulak...


Ziarah baby umi su...
(sorry umi su... lambat benor cerita nok keluar...)


As usual, kids met their cousins, happy2 belaka....
(fyi, gambar dengan nyang lok dok jadi gelap.
huhu... tukang gambar tak khatam lagi
belajar bab2 tangkap gamabr...)

Lewat petang gi ziarah umi ah & uncle ayub.
Hari tu datang tak bawa 'abbas.
Ada perkembangan +ve dari uncle ayub.
Sabor2 & banyak2 doa.
Ujian Allah ada berbagai untuk kita....


Malam bermalam di rumah su + mus.
Thanx su, tengah sarat2 tu boleh lagi
entertain che dah, pok li + anak2...


Huhu... balik dari kl, ngam2 je masa
menghantar pula puteri ku berdua
balik smakl... nyaris2 di tinggalkan bas....

ke KTD


Malam selepas maghrib saya bersama
sahabat2 saya bertolak ke KTD untuk menghadiri
pertemuan ahli guru HALUAN dan
pihak pemasaran KTD.
Setelah sekian lama KTD dibuka
inilah pertama kali menjejakkan kaki ke sana.
Kami singgah di bb, menumpang tidur
di rumah ayahanda sebelum meneruskan
perjalanan sebelum subuh ke KTD.

On the way back singgah di pantai
makang kepok dan ikang celuk tepong....

Busy Friday...


Terkejar2 kat sekolah hari ini.
Tiba2 dilantik sebagai ajk persiapan tempat
So pagi2 kena settle dewan sebab ada program
gerak menangani gejala sosial anjuran ppd.


Lepas tu ada jamuan 'pot luck' untuk
yg bhg datin hjh fauziah ismail, gpk pentadbiran
yang akan ke smk lepas sebagai pengetua.
Lepas sorang2 pentadbir meninggalkan smkpb.
Huhu... tinggal tn hj nazli je lagi gpk koku.
Katanya waiting list juga tu...
Bermulalah tahun 2010 dengan smkpb
diterajui oleh pentadbir2 baru.
Dan saya... masih di sini...
bila nak isi borang tukar ye...

Dan sebelum balik jam 12:00 giliran saya pulak
memberi sedikit nasihat dan pesanan
kepada pelajar2 perempuan dalam majlis ilmu.
Berkongi dengan pelajar tentang
nilai hidup menurut pandangan islam
seperti yang diceritakan dalam al-quran.
Sesungguhnya kita lah yang akan mencorak
kehidupan mana yang ingin kita pilih....

Ziarah Riza


Lepas sekolah, ramai2 pergi ziarah riza.
Tengok babynya yang baru lahir.
Huhu... kecik comel macam maknya juga...
Anak2 dilahirkan bersih seperti kain putih,
ibu bapalah yang akan mencorakkan
kain itu.... moga menjadi anak yang soleh....

Dialog ALP & Ibu bapa. SeRIA

Hari ini menghadiri perjumpaan antara
ALP, guru2 dan ibu bapa murid2 SeRIA.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran dari
ustaz Wan Azim al-hafiz. Alhamdulillah sampailah
juga ustaz al-hafiz yang ditunggu2 untuk
memberi momentum alhafiz untuk murid2 SeRIA.
Kemudian ucapan guru besar baru,
Pn Hjh Zaini Musa berkongsi perkembangan
terkini akademik dan sahsiah murid2 SeRIA.
Seterusnya pengerusi ALP SeRIA,
Tn Hj Ramli Ngah berucap.
Harapan ALP untuk menjadikan SeRIA
sebagai pusat pendidikan unggul setempat.
Mampu melahirkan pewaris al-quran.


Akhirnya sesi dialog dengan ibu bapa.
Alhamdulillah mendapat respon yang baik dari mereka.


Sambil tu kat surau ada motivasi untuk
murid2 tahun 6 SeRIA.
Insya'Allah cemerlang UPSR & UPSRI nanti...

Bacaan Yaasin


Aktiviti pertama membaca Yaasin buat tahun ini...
Moga Allah melembutkan hati2 kamu
wahai anak2 murid ku...

Latihan sukan


Hari ini lepas sekolah sambung terus
tunggun budak2 dok berlatih untuk merentas desa.
Tapi tiap2 tahun macam ni lah,
bilangan pelajar yang hadir tak pernah tambah2...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu