Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

3 sekawan



3 sekawan, dari 5 syumul 2008 satu kelas.
Sekarang ke tiga2 ke matrikulasi n9.
hari ini tiga2 datang smkpb.
"cikgu susahlah belajar kat matrik..." tiga2 mengadu.
Belajar tak ada yang senang.
Dari tak tahu jadi tahu.
Mohon doa pada Allah, moga dipermudahkan....

Sya'ban Menuju Ramadhan (siri 2)



Selain dari berdoa, fikiran kita bersedia untuk melihat kelebihan2 yang ada pada bulan ramadhan. Moga itu akan mencetuskan hati kita untuk rindu bertemu ramadhan seperti sahabat2 rasulullah saw.

Nabi saw menyebut keutamaan Ramadhan sejak bulan rejab dan sya'ban. Bagaimana dengan kita? Minggu ke empat sya'ban beliau naik ke mimbar sampaikan khabar gembira, nyatakan faedah dan anugerah disediakan di dalam bulan dirindui itu

Salman al-Farisi nyatakan khutbah Nabi saw di akhir sya'ban.

"Wahai manusia, telah datang kepada mu bulan agung, penuh barakah, padanya terdapat satu malam lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang hari sebagai wajib, qiamullail (terawih) sebagai sunnah. Siapa bertaqarrud kepadanya dengan satu kebaikan (wajib) ia bagaikan melakukan 70x amalan wajib pada bulan lain. Ianya bulan kesabaran dan pahala sabar adalah syurga. Ia adalah bulan infaq, bulan di dalamnya rezeki orang mukmin ditambah. Barang siapa memberi orang berbuka puasa , ia akan mengampunkan dosa-dosanya, pembebasannya dari neraka dan akan mendapat pahala seperti pahala orang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu."

Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Tidak semua kami mempunyai makanan untuk memberi kepada orang berpuasa."

Rasululah saw menjawab, "Allah akan memberikan pahala kepada orang yang memberi makanan iftar walau pun dengan sebiji kurma atau seteguk air sejuk atau air susu. Bulan ini awalnya rahmah, pertengahannya maghfirah dan akhirnya pembebasan dari api neraka. Oleh itu banyakkanlah melakukan 4 perkara. Dua perkara menyebabkan Robbmu redha kepada kamu dan dua perkara lagi menyebabkan ia mencukupi. Dua perkara pertama ialah kesaksian Tiada Illah selain Allah dan beristighfar kepada Nya. Dua perkara lagi akan mencukupi ialah permohonan syurga dan pembebasan dari api neraka."
(HR Ibnu Khuzzaimah)

Inilah kualiti ramadhan yang hendak kita garap. Moga Allah beri kita kekuatan untuk jalani ramadhan, insya'Allah. Wallahu'alam.

"Islah nafsaka wad'u ghairuka - Islah diri dan ajak orang lain,"

Doa



Doa kepada kawan2 yang memberi hadiah
cenderahati sempena lawatan sekolah.
Moga Allah swt murahkan rezki anda semua.



Doa untuk kak ani, moga tabah menghadapi ujian ALlah swt.
Tadi petang selepas sekolah, saya dan pah radziah
ke htaa untuk menziarahi kak ani.
Wajah kak ani nampak segar sikit,
walaupun pergerakannya terhad atas katil je.
Doktor masih tidak membuang tiup
yang mengeluarkan air dari paru2nya.
Semalam, kak ani sudah buat ct scan.
Alhamdulillah doktor kata tak ada apa2.
Tapi doktor masih tak berpuas hati lagi
kerana punca penyakit kak ani masih belum ditemui.
Esok doktor nak ambil spesimen kelinjar
bahagian belakangnya dan perut.
Doa semoga kak ani bersabar dan diberi kekuatan.
Allah sayang kak ani.

*********************************
KENAPA KITA DIUJI?

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman,’ sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut:2-3)

Hidup kita sentiasa diuji. Setiap masa. Di mana-mana saja selagi masih bernyawa. Di dalam rumah, pejabat, jalan raya atau ketika bermain bola sepak. Seorang diri atau ramai. Berpangkat atau hanya berjawatan pembantu am rendah. Ya, ujian dan cubaan yang menyakitkan.

Ketika resah hati menjadi gelisah, fikiran gundah dan badan menjadi lemah. Tidak ada semangat untuk bekerja, semua serba tidak kena.

Dalam ayat ini Allah swt menyebut bahawa Dia tidak akan membiarkan kita bersenang-senang dengan menyatakan ‘aku orang beriman’ tanpa diberi ujian.

Tanda iman tidak terletak semata-mata pada pakaian, kopiah atau manisnya bahasa. Tidak juga pada kepetahan bercakap atau berdiam diri sahaja.

Iman terletak pada kejayaan setelah diuji dan dicuba dengan pelbagai perkara, dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya sesuai dengan tahap seseorang. Orang yang tinggi ilmunya akan diuji dengan lebih hebat dan berat.

Allah swt menguji kita supaya ada perbezaan mana satu yang benar dan mana satu yang salah. Setiap kali Allah swt memberi ujian sama ada berat atau ringan, tentu akan terasa sakit. Kesannya boleh jadi terbuku pada emosi atau fizikal. Ia boleh jadi salah satu daripadanya ataupun kedua-duanya sekali.

Para nabi dan rasul diuji kedua-duanya sekali khususnya yang digelar ‘ulul azmi’ dan mereka tetap bersabar.

Begitu juga dengan kita, orang biasa. Setiap kali diuji, Allah swt akan menumpahkan sifat sabar ke dalam hati. Sabar adalah anugerah yang sangat hebat. Dengan sabar kita dapat bertahan dan berani menghadapi cabaran, kepayahan, tekanan dan ancaman.

Kerapkali kita berhadapan dengan keadaan-keadaan genting yang perlukan kesabaran. Sebagai contoh, seorang isteri yang dimadukan. Tidak ramai isteri yang ingin berkongsi kasih dengan wanita lain. Apa yang difikirkan ialah minta cerai. Jalan lain sudah tidak nampak.

Wanita yang dimadu sedang diuji kedua-duanya sekali; emosi dan fizikal. Dari segi emosi, dia memikirkan macam-macam perkara dan merasakan suami telah curang kepadanya. Dari segi fizikal pula, barangkali selera makan semakin berkurangan dan mula menunjukkan tanda-tanda kemurungan.

Namun, keadaannya berbeza bagi wanita yang berfikir tentang ujian dan rahmat Allah swt. Jika mereka benar-benar memahami kenapa Allah swt memberi taqdir begitu, tentu mereka berfikir dengan rasional dan redha menerima kenyataan.

Dalam hidup ini, kita wajar melihat kebaikan dalam semua perkara walaupun kita mengalami kesakitan dan kepayahan yang melampau. Biarpun susah, apabila kita merasai ada sesuatu yang tidak kena, itulah cara Allah swt menguatkan semangat diri, mengukuhkan keyakinan dan memperkasa azam yang membara.


(source : petikan dari http://zahirzainudin.blogspot.com/2008/10/kenapa-kita-diuji.html)

Sya'ban Menuju Ramadhan (siri 1)



Bersediakah kita? Ada azam tak dihati kita agar ramadhan kali ini adalah yang terbaik sepanjang hayah yang telah kita lalui sebelum ini? Jika kita nak menghadapi peperiksaan maka sudah tentu kita akan membuat persediaan awal agar keputusan nanti cemerlang. Maka rejab sudah berlalu, sya'ban sudah muncul, dan gamit ramadhan akan menjelma. Sama2 kita buat persediaan agar ramadhan nanti akan membuahkan kecemerlangan taqwa paling manis dalam hidup...

Namun untuk cemerlang mesti ada persiapan dan persediaan yang rapi. Apakah persediaan yang boleh kita mula dari sekarang?

Kita membuat persiapan mental dan jiwa kita akan ketibaan ramadhan dengan berdoa. Doa dari sudut hati yang ikhlas pasti akan didengar dan dimakbul oleh Allah swt.

"Berdoalah kau kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Al-Ghaafir :60)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepada mu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu." (Surah Al-Baqarah: 186)

Maka doa kita kepada Allah swt.

"Ya Allah! Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan berkatilah pula kami di bulan Ramadhan." (HR Ahmad)

Dan contoh yang praktik dari para generasi awal, Al-Ma'ali bin Fadhi, sahabat yang berdoa selama 6 bulan sebelum kedatangannya agar dipanjangkan umurnya sehingga bertemu ramadhan. Saat2 ramadhan datang, bersungguh2 pula meraih kebaikan dan keutamaan ramadhan. Manakala saat2 berpisah dengan ramadhan, berdoa 6 bulan selepas itu supaya diterima amalannya.

"Ya Allah! Selamatkanlah aku ke bulan ramadhan, dan selamatkanlah ramadhan bagi ku, dan terimalah ramadhan itu bagiku..."

Maka suburkan jiwa mu untuk berdoa agar Allah swt memberi kita kesempatan untuk bertemu ramadhan, insya'Allah. Wallahu'alam.

Aina walid???



"walid pergi mana?" tanya said ramadhan bila
kelibat walidnya tidak kelihatan bila bangun dari tidur.
"walid pergi program." ujur saya.
"program kat mana?" petah said bertanya.
"kat pantai" balas saya lagi.
"pantai balok?" tanya lagi.
"ya pantai balok, kat tempat abang mi khemah semalam.
walid ada program dengan abang2 lain pulak"
terang saya.
Itulah keletah anak2.
Cepat benar merasai bila walidnya tiada.
Ibulah terpaksa menerangkan
bahawa masa dakwah akan sentiasa
mencuri masa keluarga....

Momentum Al-Qur'an.



Pernahkah kita merasai momentum Al-Qur’an?

Pernahkah kita bertanya? Mengapa al-qur’anul karim dapat memberikan pengaruh yang besar terhadap salfus shalih? Tidak pada kita? Mengapa ayat2 Al-Qur’an hanya memberi pengaruh yang lemah pada diri kita?

Sesungguhnya Al-Qur’an mempunyai momentumnya pada jiwa manusia.

Apakah momentum Al-Qur’an?

Mari kita perhatikan ayat2 Al-Qur’an berikut.

... Kami menjadikan Al-Qur’an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba Kami.” (Asy-Syura:52)

Dia menurunkan para malaikat dengan membawakan ’ruh’ (wahyu) atas perintahNya, kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya.” (An-Nahl: 2)

Dia mengutuskan jibril dengan membawa perintahNya kepada siapa yang dikehendaki olehNya di antara hamba-hambaNya.” (Al-Hijr: 15)

Nah, inilah momentum Al-Qur’an yang mempengaruhi jiwa orang2 yang dipilihNya. Momentum ini akan terus bergelora dan terserlah pada orang2 yang diberi petunjuk oleh Allah kepada jalanNya yang lurus.

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik, yaitu Al-Qur’an yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, yang dengan itu Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.” (Az-Zumar: 23)

Inilah momentum yang merasuk ke hati mereka yang beriman. Cuba kita bayangkan momentumnya hinggakan nampak nyata sampai ke kulit.

Contoh yang praktik dapat kita lihat momentum ini pada sahabat2 Rasulullah saw.

Suatu ketika Umar ra mendengar firman Allah swt, ”Seseorang telah meminta kedatangan azab yang pasti bakal terjadi, untuk orang-orang kafir, yang tidak seorang pun dapat menolaknya. ” (Al-Ma’arij: 1-2).

Adakah kita merasa apa2? Tahukah apa yang telah terjadi pada Umar bila mendengar ayat ini? Beliau telah jatuh pengsan. Terpaksa diusung dibawa pulang ke rumah dan berbaring selama sebulan. Maka inilah momentum Al-Qur’an.

Bahkan ada momentum Al-Qur’an telah membawa pendengarnya ke liang lahat.

Ada salah seorang di antara kaum shalihin mendengar firman Allah swt, ”Wahai orang berselimut, bangunlah dan berilah peringatan! Dan Tuhanmu, agungkanlah! Dan pakaianmu, bersihkanlah! Dan perbuatan dosa, tinggalkanlah! Dan janganlah kamu memberi dengan maksud memperoleh balasan yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah. Apabila sangkakala telah ditiup; maka itu adalah waktu (datangnya) hari yang sangat sulit.” (Al-Muddatsir: 1-9)

Dengan izin Allah, ia pun pengsan dan mengakibatkan nyawanya berpisah dengan jasadnya dan dibawa ke liang kubur.

Dapatlah kita rumuskan itulah hati yang telah mendapat momentum Al-Qur’an. Momentum Al-Qur’an telah menjadikan rohaninya bergelora. Gelora itu pun telah melenturkan perasaan-perasaannya dan menghaluskan pendengarannya. Justeru menjadikan hati itu gementar ketika mengingat Allah.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila nama Allah disebut, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, maka iman mereka menjadi bertambah kerananya.” (Al-Anfal: 2)

Maka bermuhasabahlah kita. Mengapa kita belum dapat merasakan momentum tersebut seperti mereka? Mengapa momentum Al-Qur’an belum memberi kesan pada diri kita sebagaimana ia telah membawa kesan kepada mereka?

Sedarkah kita bahawa ada penghalang yang menyebabkan kita tidak dapat merasai momentum Al-Qur’an? Sedarkah kita bahawa ada sekatan pada hati kita yang menyebabkan kita tidak dapat merasai kelazatannya? Sedarkah kita akan kelemahan nafs atau jiwa kita? Sedarkah kita bahawa Allah telah menjadikan baiknya seseorang itu bergantung kepada kebaikan jiwanya? Dan sedarkan kita bahawa kerosakan seseorang itu juga bergantung kepada rosaknya jiwanya?

Firman Allah swt, ”Demi jiwa serta penyempurnaannya, Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan. Sungguh, beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya.” (As-Syams: 7 – 10)

Maka jiwa yang kotor inilah yang menghalang kita dari merasai momentum tersebut.

Oleh itu sama2 kita membersihkan jiwa dan hati kita agar momentum Al-Qur’an itu kembali menusuk ke qalbu kita.

Dan langkah mana kita nak bermula? Bermula dari dalam diri kita sendiri kerana Allah swt juga berfirman, ”Sesungguhnya Allah tidak akam mengubah sesuatu yang ada pada suatu kaum sehingga mereka sendiri yang mau mengubah sesuatu yang ada pada dirinya.” (As-Ra’d:11)

Marilah kita fikir2kan dan sama2 bermuhasabah. Wallahu’alam.

Ke Pantai Balok


Petang ke pantai balok kerana menghantar
Muhammad 'Abbas Salimi menghadiri
perkhemahan SeRIA.

Bonda doa satu hari akan menjadi rijalun da'wah...

Demam

DEMAM 1:



Sudah 2 malam badan said ramadhan panas.
Bila pagi ok je. Tapi pagi ini panas agak ketara.
Bimbang takut berlarutan saya mengambil crk.
Bawa said ke klinik dan hari ni batul2 jaga dia di rumah.
Tapi tadi lewat petang panas balik.
Saya mohon pada Allah moga tak berlarutan lagi demamnya.

DEMAM 2 :

Huhu... lap top saya juga demam...
Seminggu lebih tak leh guna broadband.
Gara2 gatal tangan install program percuma dari internet.
Tapi tak percuma pun, habis je scan,
bila nak baiki keluarlah arahan kena beli program tu.
Rentetan dari itu, terus disable broadband saya
keluar error 680 no dail tone!
Seminggu lebih saya memerah otak
cuba nak baiki sendiri.
Akhirnya saya dapat idea dari cuci komputer
bila terkena virus mawar suatu masa dulu.
Saya uninstall vmclite,
run regedit,
find setiap folder vmclite,
then delete.
Alhamdulillah, jadi..,

Maka sehari dua ini saya baru boleh update
peristiwa2 yang lalu.
Moga semua boleh dijadikan iktibar.

Ziarah

Petang saya bersama kak zainah menziarahi kak ani di htaa. Lega lihat wajahnya agak ceria hari ini. Makan pun nampak lalu sikit. Tapi kak ani cerita lagi, seperti dulu, spesimen biopsinya hilang,
kali ini sudah 3 kali cecair paru2 diambil kerana hilang juga! Saya hanya mampu mendengar keluhannya, sambil berkata sabar kak ani, hikmah Allah tidak menjangkau oleh aqal kita...

Aktiviti bersambung



Aktiviti bersambung, ada qiam di surau.
Kemudian kuliah subuh bertajuk
perjalanan yang pasti oleh akh basyir.



Jam 10.00 AM ada penyampaian bantuan
untuk anak2 yatim.



Warga emas juga turut diberi bantuan.



Antara anak2 yatim yang diraikan.



KKH turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma.



Pameran berkait palestin juga dibuka.



Dan kemuncaknya ceramah perdana isu palestin
oleh Tn Hj Noorazman Shamsuddin,
pengerusi HALUAN Palestin.
Ceramah yang menyegarkan dan menginsafkan
serta menyuntik semangat yang tinggi
kepada pendengar. Lebih lagi melihat
paparan gambar fresh lagi kerana
beliau baru saja pulang dari kem pelarian tanaf.

LADAP



Pagi ada LADAP (latihan dalam perkhidmatan) di sekolah.
Guru2 matematik & sains berkumpul di makmal ict
kerana tajuk kami p&p dalam ict.
Terima kasih kepada kak kam kerana
menyediakan makan yang menyelerakan...



Petang ada kem cemerlang solat oleh ustaz sofwan suhadi.
Peserta dari anak2 jemaah surau sg isap 3
dan anak2 yatim yang diraikan.



Maghrib pula sambung dengan ceramah
Marhaban Ya Ramadhan oleh Ustaz Mohd Ghani.
Sebagai persediaan awal perlu bagi
menghadapi ramadhan tidak lama lagi.
Persediaan mental dan amal agar
ramadhan yang akan dilalui dapat meningkat
darjat ketaqwaan kita kepada Allah swt.

My twin sister.



She's my twin sister, itu gelaran semasa
Kak Ani masih berkhidmat di SMKPB.
Memang kalau pelajar2 yang mana kelas mereka
tidak diajar oleh kami berdua, pelajar
akan confuse dengan rupa paras kami.
Kami memang rapat kerana secara kebetulan
kami bekas pelajar mrsm and oversea graduate.
Maka ada modal untul kami bermukhalatoh kisah2 lama.
She's my mentor dalam kepimpinan sekolah,
banyak saya belajar dari kak ani semasa dia menjadi kb.
Namun semenjak dia pindah sekolah baru, Allah mengujinya.
Kesihatannya terganggu. Semalam saya mendapat
perkhabaran yang beliau dimasukkan ke HTAA lagi.
Setelah confirm berita yang diterima,
maka lepas sekolah terus saya dan bersama beberapa
rakan sekolah, kak eda, pah radziah, nita dan datin
menziarahinya di hospital. Dan saya hampir tidak
mengenalinya kerana badannya sudah kurus.
Kak ani masuk hospital kerana paru2nya berair
dan badannya kekurangan zat protien.
Rupa2 bulan2 kebelakangan ini kak ani
sudah tak lalu makan. Beliau makan buah je.
Satu tiub telah di tebuk di tepi tulang rusuknya
untuk membuang air dari paru2nya.
Dan yang paling berat, punca penyakitnya masih
belum dapat disahkan oleh doktor sejak
mula2 beliau jatuh sakit lagi. Berat mata memandang
memang berat lagi bahu memikul. Doa saya agar kak ani
tabah menghadapi ujian Allah ini. Tidak diuji seseorang
melainkan Allah tahu dia mampu menghadapinya.
Moga kedatangan kami memberi sedikit kekuatan
dan semangat untuk kak ani.
Sama2 kita berdoa buat kak ani.



Memang kalau hari jumaat saya agak pack.
Balik hospital cepat2 pulak nak halaqah makcik2 pb.
Alhamdulillah, kak long ada balik, maka saya
tak lah terkejar nak urus abbas dan adik2nya.
Hari ni banyak yang kami mengimbau kembali
peristiwa isra' dan mikraj. Banyak pengiktibarannya.
Sungguh hebat kebesaran dan kekuasaan Allah.
Kalau lah zaman kita dengan teknologi terkini
manusia boleh berkomunikasi antara 2 hujung dunia
melalui internet ni. Itu pun manusia sudah rasa
bangga dan sombong. Allah lagi hebat!
Hebatnya Allah telah meisra'kan junjungan besar
dari baitullah ke tanah aqsa dan memikrajkan
baginda hingga langit ke tujuh, secara fizikal
bukan alam maya... Subhanallah, tidakkah itu
sudah cukup untuk mereka beriman dan berfikir.



Maghrib saya di surau sg isap 3.
Ada sambutan isra' mikraj
anjuran jemaah surau sg isap 3 dan
HALUAN dengan kerjasama JAIP .
Malam ini majlis bermula dengan ucapan
oleh YDP HALUAN dan persamian oleh
Pengerusi surau. Malam pembukaan
dengan ceramah isra' mikraj oleh
Ustaz Aris Jamin dari JAIP. Kupasan ceramah
yang cukup menyedarkan dengan
mengimbau kembali setiap peristiwa yang berlaku
dari mula hingga akhir perjalanan isra' dan mikraj.
Dan antara carita menyentuh hati saya
pengorbanan ummul mukminin, siti khadijah.
Yang sentiasa memberi sokongan dan
dorongan kepada Rasulullah saw dari mula
Rasulullah menerima wahyu dan
ketika berlaku peristiwa isra' dan mikraj.
Dari seorang wanita yang kaya raya,
beliau mengorbankan semua hartanya untuk dakwah.
Ketika hingga hampir wafat beliau masih lagi
hendak berkorban. Wahai kekasihku,
andai kata harta2 ku tidak cukup untuk
biayai dakwah ini, maka ambil lah tulang belulangku
dan juallah dan gunakan untuk dakwah...
Maka bermuhasabahlah saya,
masya'allah masih terlalu jauh...
Hanya Allah saya mohon kekuatan.

Sekali air bah, sekali pantai berubah.

Di pagi jumaat.

"Assalamu'alaikum, Pah kat mana ni? Datang jumpa saya sekejap" detik perbualan saya bermula pada jumaat yang lalu.

"Wa'alaikum salam, saya kat makmal, 10 minit nanti boleh?" ujur saya.

"Tak pa, saya tunggu."

Saya tertanya2 kenapa pagi2 lagi saya dipanggil. Pasal apa ye? Hati saya mula berkira2. Mungkin pasal jadual kot. Tapi kan baru je siap jadual baru minggu lepas. Puan pengetua pun kata ok tak perlu buat apa2 perubahan lagi buat setakat ini.

Di bilik datin.

"Hah... Pah duduk, kita bincang sikit pasal perubahan jadual waktu guru."

"Nak ubah lagi ke?"

"Ya, kita tak dapat guru ganti untuk Aminah, jadi jadual tu perlu di agih2kan sesama guru KH, dan guru tingkatan 6 akademik ... and so on... ", panjang lebar datin menerangkan kepada saya. Saya hanya diam mendengar dan mencatat perubahan2 yang perlu dilaksanakan.

"Boleh buat ke?" tanya datin kepada saya.

"Tak de masalah, saya ikut je", ujur saya lagi, kerana bidang tugas saya hanya masukkan maklumat2 dalam program jadual waktu, then execute, lalu edar pada guru2.

"Boleh siap bila?" datin bertanya lagi.

"Nak cepat hari isnin tak boleh kot, sebab hujung minggu ni saya penuh, nak ke kt dan chini. Paling cepat rabu atau khamis. "

"Tak pe lah, buat setakat mana yang mampu." balas datin.

Maka petang tadi saya pulang lewat sikit, sebab menyudahkan cetakan untuk diedarkan keesokan harinya. Sepanjang proses mencetak, hati saya tak lepas berdoa, moga jadual kali ini diterima oleh semua guru2 dengan senang hati. Kerana penyusunan waktu2 mengajar 79 orang guru bukan saya yang susun tapi diatur oleh program komputer jadual waktu yang digunakan. Adakala dulu cantik sekarang tak cantik dan adakala dulu tak cantik sekarang cantik. Maka terimalah seadanya. Ibarat sekali air bah, sekali pantai berubah....

17 years ago...



Kira2 detik itu berlaku 17 tahun yang lalu.
Kehadiran mu adalah amanah dari Allah swt.
Kak long, selamat ulang tahun ke 17....

ProCAST Felda Chini 5



Program pagi ini diteruskan di dewan felda chini 5.
Baru nampak rupa bangunan,
semalam sampai gelap, tak nampak apa2.



Anak2 chini kyusuk mendengar nasihat demi nasihat
dan peringatan demi peringatan dari
tuan hj rosdi baharum.



Sambil tu di dewan bersebelahan
ada pemeriksaan kesihatan oleh KKH.
Sambutan mengalakkan,
ramai juga ibubapa yang hadir.



Hari terakhir, semua melakar kenangan
bersama-sama.



Putera pun bergambar juga...



Anak2 fasilitator yang gigih berkerja.
Hanya Allah yang mampu membalas
amal yang telah antum curahkan....



Acara terakhir ialah sesi ibubapa bersama pelajar.



Kemudian acara penutup yang ringkas tapi bermakna.



Akhirnya sesi bersalam semut...
Semua anak2 chini menitiskan air mata.
Sesungguhnya ukhwah yang terjalin sungguh manis
jika atas dasar lillah fillah.
Moga pertemuan ini akan menjadi
titik tolak untuk anak2 chini semua
menjadi anak yang soleh,
taat kepada Allah, Rasul dan ibubapa.



Sebelum bersurai semua nak ambil autograf
kakak2 dan abang3 fasi...



Hampir lewat petang baru bertolak alik ke Kuantan.
Terima kasih tidak terhingga kepada
sham gold and mek ani kerana
menumpangkan kami dirumah.

Majlis Talian Kasih

Alhamdulillah, semalam bertolak balik KT
bertemu bonda dan ayahanda.
Sampai agak BB tengah malam.
Pagi ini menziarahi anakanda2 di SMASKL
kerana menghadiri Majlis Talian Kasih.
Perjumpaan ibu bapa dan pelajar
membincangkan prestasi peperiksaan pertengahan
tahun yang berlalu tempoh hari.

Biasalah sebelum perjumpaan ada ucapan dari
Mudir SMASKL Ustaz Rohmat.
Antara kata2 ustaz yang cukup berkesan,
tak susah nak menjadikan air supaya menjadi basah
dan tak susah kalau nak menjadikan api
supaya menjadi terbakar,
tapi bukan mudah nak menjadikan manusia
supaya menjadi manusia.
Cukup berat maksud yang tersirat.
Moga anak2 semua mengerti mengapa
anak2 semua dihantar ke sekolah yang mungkin
tak sebaik prasarana sekolah2 yang lain.
Namun dakwah dan tarbiyah itulah yang diutamakan.
Alhamdulillah buat naemah dan sakinah
tahniah dapatlah hadiah.
Moga menjadi motivasi untuk lebih cemerlang
di masa2 akan datang.
Buat kak long jangan sedih sebab tak dapat hadiah.
Umi tahu kak long sudah cuba yang terbaik.



Selesai acara penyampaian hadiah, jengok2 kantin.
Kak long n sahabat2 gen-3 sedang sibuk
memasak kerana buat jualan gerai.
Abbas paling suka sebab ada ikan keli goreng...



Ini acara paling favorite buat budak2 sekolah.
Kalau berkawad, dua hari dua malam tak pe...
Alhamdulilah, semua bersemangat.
Ayah2 pun bersemangat mungkin
zaman sekolah dulu2 kurang aktiviti sebegini.



Selesai tengok kawad, ambil keputusan.
Mula2 ambik kak long punya.
Alhamdulillah, 1A - mathematics
and 1 G - additional mathematics...
Huhu... walid mula risau, saya cool je.
Kata suami saya," Macamana boleh tak?
SPM 3 bulan je lagi"
Kata2 biasa dari seorang guru macam saya,
"Biaselah tu, baru 1/2 tahun, insya'Allah, Allah bantu..."



Masa menunggu memang lama.
Apa lagi melayan kerenah said
yang kebosanan. Macam2 kak sakinahnya
kena melayan....



Kemudian, jengok yang naemah pulak.
huhu... juga 1A, 1E ... sejarah!.
Sah anakanda ku sorang ini
kurang minat membaca...
Alasannya, banyak sangat nak kena hafal!



Sambil2 tu, nazirah pulak naik boring.
"Umi nak pinjam hp.."
"Nak buat ape?"
"Irah nak tangkap gambar bukit tu, cantik..."
Alhamdulillah moga dapat merasai
kehebatan dan kekuasan Allah.
Hasilnya lihat lah sendiri,
ada lah sikit2 seni fotografi.



Kemudian naik tingkat atas sekali
ambil keputusan sakinah.
Masa tu cari said tak de,
Alahai sekolah macam rumah dia jalan2.
Jengok2 dari atas, rupanya
menuju ke gerai jualan sorang2...



Keputusan sakinah, alhamdulillah.
Nampak macam sudah dapat menyesuaikan
diri dengan kehidupan di sini.
Cikgu kata ada potensi untuk cemerlang.
Moga kata2 semangat itu akan buat sakinah
lebih bersungguh2 ye...



Selesai majlis, balik rumah bonda.
Anak2 pun nak ikut jumpa nenda berdua.
Tapi balik kali ini agak pendek.
Petang saya terpaksa balik awal ke kuantan
sebab ada ProCAST di Felda Chini 5.
Program bermula jumaat lagi.
Tapi kami pergi lewat ke kt dulu.
Maka menghampiri 3.30 ptg bertolak balik.
Singgah kenduri kawin di chenor.
Sampai chini menghampiri 9.00 malam.
Saya terus ke rumah adik ipar saya,sham gold di sana.



Selesai settle anak2, saya dan suami ke dewan
di felda chini 5 melihat perjalanan ProCAST.
Ramai juga anak2 yang hadir.
Mereka sedang mendengar ceramah berkaitan
Palestine. Mungkin sudah banyak aktiviti
yang telah dijalankan. Jumpa adik2 or anak2?
HaluanSISWA yang menjadi fasilitator.
Mereka semua didatangkan khas dari KTD.
Majlis berakhir dengan acara salam semut.
Esok sambung lagi...

Muhammad Said Ramadhan ke sekolah



Ini putera mama. Pagi ini Said siap awal.
Maka di galas beg, dicapai songkok abang mi
tapi susu tak boleh tinggal lagi...
lalu menuju ke rumah Pakcik Man
untuk di hantar ke taska.
Huhu... alhamdulillah lega...
sebab tak ada permintaan pelik2
kalau tidak lambat lah pulak hari ini saya
sampai ke sekolah.

Mesyuarat JKKD 2



Kira2nya hari ini seharian di PKG Teruntum
kerana menghadiri mesyuarat
jkkd 2 add math kuantan
dan perkongsian ilmu bersama
guru cemerlang add math.
Notes to my self...
huhu...bila nak mohon guru cemerlang tu...

Mabrok...

Sepagi di majlis walimatul 'urus,
memberi apa2 yang terdaya...


Mabrok buat Umaimah & Mohd Sharil.
"Semoga Allah memberi berkat kepada mu
dan atas mu dan menyatukan kamu
berdua dalam kebaikan"
Riwayat Abu Daud,

Today is Friday



Pagi2 kat sekolah ada majlis bacaan yaasin.
Moga2 Allah lembutkan hati anak2 pelajar smkpb.

***************
Allah maha sebaik2 penyusun...
Pagi2 ini guru baru option pure sejarah melapurkan diri.
Maka apa yang saya dok buat selama seminggu
berubah dalam sekelip mata...
So, within 3 hours this morning,
saya mengubah semula penyusunan
guru2 mengajar dan
execute a totally new time table.

Dan dengan izin Allah semua telah menyebabkan saya
lewat ambik kad prestasi abbas & nazirah,
dan lewat memulakan majlis ilmu kat surau al hikmah tadi.

Saya masih lagi memikir,
apa signifikan Allah nak tarbiyah buat saya kali ni...

***************



Dalam kalut2 tu sempat lagi menjamu selera.
Ada sedikit jamuan sempena perpisahan
kak za dan jamuan di taja oleh
guru2 yang mendapat APC dan
guru2 yang mendapat pelantikan
guru akademik tingkatan 6.
Terima kasih kerana belanja makan
menunya nasi gulai kawah...



Juga hari ini last day buat Kak Za.
Beliau akan berpindah mengikut suami ke melaka.

***************
Petang ke rumah kak zaini untuk menolong persiapan
kenduri walimah esok. Lain pulak jadinye.
Ayam2 untuk dibersihkan belum sampai,
maka saya berkesempatan bersama
majlis akad (umaimah & mohd shahril)
yang diadakan jam 3.30 petang.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar.
Selesai akad ada tazkirah dari bapa pengantin.
Cukup bermakna tazkirah tersebut.
Antara yang di ingatkan tentang 4 asas baiti jannati.

1. Keseimbangan.
Alam seimbang dengan kejadian gunung ganang
sebagai pasak bumi. Jika gunung dan bukit
di ratakan, maka bumi ini tidak seimbang jadinya.
Udara yang mengandungi oksigen seimbang
dengan kejadian serangga, binatang dan tumbuh2an.

"Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis2.
Kamu sekali2 tidak melihat pada ciptaan
Tuhan Yang Maha Pemurah
sesuatu yang tidak seimbang.
Maka lihatlah berulang2, adakah kamu melihat
sesuatu yang tidak seimbang?"
Surah Al-Mulk : 3.

Juga berlaku keseimbangan dalam
ciptaan manusia.

"... Dan para wanita mempunyai
hak yang seimbang
dengan kewajipannya
menurut cara yang makruf.

Akan tetapi, para suami mempunyai
satu tingkatan
kelebihan daripada isterinya.
Dan Allah Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana."
Surahh Al-Baqarah : 228.

2. Keadilan.
Keadilah bererti membuat sesuatu kena
pada tempat dan syara'.
Keadilan memainkan peranan yang penting
dalam rumahtangga dan perlu diberi
penekanan agar berlaku interaksi
antara suami isteri atau anak2.

3. Kasih sayang.
Kasih sayang banyak menyelesaikan masalah.
"Bila melihat kesalahan yang dibuat oleh isteri,
lihatlah kebaikan2 yang dilakukannya."

4. Mendahulukan kewajiban
sebelum menuntut hak.
Seerah Salman Alfarisi dan Abu Darda'
menjadi contoh tauladan.
Jangan mengharap sesuatu dari isteri/suami
sebelum tanggungjawab kita tak selesai.

Bahtera baiti jannati dilalui dengan
penuh ikhlas dan ubudiyah kepada Allah
akan mendapat keredhaan Allah swt.

Terharu hati berkesempatan dapat
menghadiri majlis yang penuh tarbawi ini.
Peringatan yang cukup mendalam
refresh balik diri saya yang sudah hampir
17 melalui bahtera rumahtangga dakwah ini...
Buat suami tersayang,
jazakumullah atas segala bimbingan
dan kasih sayang yang telah
dikongsikan bersama selama ini...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu