Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Doa



Doa kepada kawan2 yang memberi hadiah
cenderahati sempena lawatan sekolah.
Moga Allah swt murahkan rezki anda semua.



Doa untuk kak ani, moga tabah menghadapi ujian ALlah swt.
Tadi petang selepas sekolah, saya dan pah radziah
ke htaa untuk menziarahi kak ani.
Wajah kak ani nampak segar sikit,
walaupun pergerakannya terhad atas katil je.
Doktor masih tidak membuang tiup
yang mengeluarkan air dari paru2nya.
Semalam, kak ani sudah buat ct scan.
Alhamdulillah doktor kata tak ada apa2.
Tapi doktor masih tak berpuas hati lagi
kerana punca penyakit kak ani masih belum ditemui.
Esok doktor nak ambil spesimen kelinjar
bahagian belakangnya dan perut.
Doa semoga kak ani bersabar dan diberi kekuatan.
Allah sayang kak ani.

*********************************
KENAPA KITA DIUJI?

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman,’ sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut:2-3)

Hidup kita sentiasa diuji. Setiap masa. Di mana-mana saja selagi masih bernyawa. Di dalam rumah, pejabat, jalan raya atau ketika bermain bola sepak. Seorang diri atau ramai. Berpangkat atau hanya berjawatan pembantu am rendah. Ya, ujian dan cubaan yang menyakitkan.

Ketika resah hati menjadi gelisah, fikiran gundah dan badan menjadi lemah. Tidak ada semangat untuk bekerja, semua serba tidak kena.

Dalam ayat ini Allah swt menyebut bahawa Dia tidak akan membiarkan kita bersenang-senang dengan menyatakan ‘aku orang beriman’ tanpa diberi ujian.

Tanda iman tidak terletak semata-mata pada pakaian, kopiah atau manisnya bahasa. Tidak juga pada kepetahan bercakap atau berdiam diri sahaja.

Iman terletak pada kejayaan setelah diuji dan dicuba dengan pelbagai perkara, dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya sesuai dengan tahap seseorang. Orang yang tinggi ilmunya akan diuji dengan lebih hebat dan berat.

Allah swt menguji kita supaya ada perbezaan mana satu yang benar dan mana satu yang salah. Setiap kali Allah swt memberi ujian sama ada berat atau ringan, tentu akan terasa sakit. Kesannya boleh jadi terbuku pada emosi atau fizikal. Ia boleh jadi salah satu daripadanya ataupun kedua-duanya sekali.

Para nabi dan rasul diuji kedua-duanya sekali khususnya yang digelar ‘ulul azmi’ dan mereka tetap bersabar.

Begitu juga dengan kita, orang biasa. Setiap kali diuji, Allah swt akan menumpahkan sifat sabar ke dalam hati. Sabar adalah anugerah yang sangat hebat. Dengan sabar kita dapat bertahan dan berani menghadapi cabaran, kepayahan, tekanan dan ancaman.

Kerapkali kita berhadapan dengan keadaan-keadaan genting yang perlukan kesabaran. Sebagai contoh, seorang isteri yang dimadukan. Tidak ramai isteri yang ingin berkongsi kasih dengan wanita lain. Apa yang difikirkan ialah minta cerai. Jalan lain sudah tidak nampak.

Wanita yang dimadu sedang diuji kedua-duanya sekali; emosi dan fizikal. Dari segi emosi, dia memikirkan macam-macam perkara dan merasakan suami telah curang kepadanya. Dari segi fizikal pula, barangkali selera makan semakin berkurangan dan mula menunjukkan tanda-tanda kemurungan.

Namun, keadaannya berbeza bagi wanita yang berfikir tentang ujian dan rahmat Allah swt. Jika mereka benar-benar memahami kenapa Allah swt memberi taqdir begitu, tentu mereka berfikir dengan rasional dan redha menerima kenyataan.

Dalam hidup ini, kita wajar melihat kebaikan dalam semua perkara walaupun kita mengalami kesakitan dan kepayahan yang melampau. Biarpun susah, apabila kita merasai ada sesuatu yang tidak kena, itulah cara Allah swt menguatkan semangat diri, mengukuhkan keyakinan dan memperkasa azam yang membara.


(source : petikan dari http://zahirzainudin.blogspot.com/2008/10/kenapa-kita-diuji.html)

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu