Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Jamuan Raya

Hari ni mendapat jemputan raya
dari guru-guru pendidikan khas.
Pelbagai hidangan disediakan.


Kebetulan masa saya turun,
boss ada, datin pun ada.
Makan2 juga kelas jangan lewat masuk...
ingatkan untuk diri sendiri tu...


Hah.. ini antara anak2 istimewa yang hadir
hari ini. Seronok mereka disamping
cikgu2 datang makan ada yang hulur
duit raya. Juga kali ini alang
tak lari dah bila ambil gambar
siap serah diri dengan peace...

Beautiful sunday

Pagi ini saya mengajak sahabat2 dari kuantan.
akh zahir & akh syed jamaluddin
bersama keluarga masing2
yang sama2 hantar anak kat SMASKL
bersarapan di rumah ayahbonda.
Kebetulan mereka bermalam di bbbr
maka tak jauh dari rumah saya.

Sambil tu anak2 tak puas hati
kalau tak turun pantai.
Cuma nak mandi air tak elok sangat
air agak pasang sebab awal pagi tadi
ribut dan hujan lebat.

Kemudian ramai2 kami menziarahi raya
sahabat lama hamzah kammapu.
Anak2 seronok tamannya luas,
ada bela arnab lagi.

Puas main arnab, main buai pulak.

Kemudian lawat kolam ikan ...

Selepas zohor saya sekeluarga
bertolak balik ke Kuantan.
Tinggallah ayahbonda berdua di rumah tu...
Saya mendoakan moga mereka berdua
sentiasa di pelihara oleh ALlah.


Huhu... sebelum tu singgah lagi kat SMASKL
Macam2 bebudak ni ada lagi
barang2 yang tercicir....

Back to KT again

Jam 12.00 PM bertolak ke KT semula
kerana nak hantar anak2 balik SMASKL.

Sebelum itu singgah bukit mentok kemaman
kerana memenuhi jemputan walimah
hanzalah adik kepada akh wan ali.
Makan nasi minyak gulai lembu.
Mabrook buat pasangan mempelai.

Kemudian ke rumah mezah+ noraya di kg nibung.
Semasa hari raya tempoh hari tak jumpa
sebab mereka beraya di kl.
Terimakasih kerana dijamu dengan nasi lemak ayam.

Hampir maghrib baru hantar anak2 balik SMASKL.
Anak2 relaks je ibu yang risau sebab
lewat menghantar melebihi jam 6.00 pm.
Kali ini umi tinggalkan dengan 1001
harapan dan doa buat anak2
terutama kak long yang nak SPM
tak sampai 50 hari lagi
dan naemah, PMR 7 oktober ini.
Doa ibu sentiasa membasahi bibir buat anakanda berdua.
Cuma anakanda kena usaha bersungguh2
ingat kejayaan bukan datang bergolek,
hikmah perlu dicari
dan kalau kita bersungguh2 mencari
Allah akan beri, insya'Allah.....

Sebelum pulang ke teratak ayahbonda di batu buruk
singgah dulu ke rumah pak de'mang dan kak yah.
Dijamu lagi dengan mee basah.
Alahai, pulang kali ini memang perut berisi.
Kena beringat banyak2 punca penyakit
bila makan berlebihan....

Tamu

Lewat petang 3 jejaka datang bertandang ke rumah.
Mereka semua bekas pelajar saya,
kamarul kat kolej pro mara,
tg abdullah kat kolej tentera kedah
dan nazri kat poly.
Hah.. yang paling manja sekali tg dollah...
tiap kali nak ujian mesti talipon saya,
"cikgu... esok saya nak periksa tolong doa ye..."
Nampak muka tu tak sabar nak bawa kapal terbang.
Sabar2.... 7 bulan je lagi ye...
Semua sudah makin dewasa.
Carilah ilmu samada ilmu dunia
lebih2 lagi ilmu akhirat,
kerana itulah bekalan yang nak kita bawa
bila bertemu Allah nanti.

A trip to Sg Lembing

Sg lembing signifikan dalam peta minda saya.
Tiap hujung tahun saya akan pantau
live online cctv from sg lembing untuk
pantau banjir sebab kalau air dari sg lembing
turun bermakna kediaman saya
di sg isap damai tu dalam berjaga2 kut2 banjir...
Tapi 15 tahun saya tinggal di kuantan
tak pernah sekali pun menjejak kaki ke sg lembing...
Hari ini menerima undangan perkahwinan
cikgu hanisah di sg lembing.
Cikgu hanisah guru pendidikan khas di sekolah saya.
Keistimewaan guru pendidikan khas ni,
seorang penyayang dan penyabar
sebab tu boleh layan karenah anak2 istimewa kat sekolah.
Lalu bermusafirlah saya sekeluarga ke sg lembing.

Sampai2 muhammad 'abbas salimi
nak bergaya dulu atas jambatan gantung.

Tahniah buat pengantin cikgu hanisah + amry.
Moga Allah memberi keberkatan,
rahmah & mawaddah
rumahtangga yang dibina itu.

Sebelum balik yang lain2 pulak nak bergambar
atas jambatan gantung tu...


Sebelum pulang ingat nak round2 bandar sg lembing
tapi terpaksa batal....
Allah izin, kepala muhammad said ramadhan
terhantuk cermin depan unser
semasa walidnya nak keluarkan kereta.
Maka retaklah cermin tu,
terpaksalah balik semula ke kuantan
untuk ganti cermin baru.
Alhamdulillah kepala said tak apa2.

Malam menerima tetamu dari 'Aliyah
dan adik2nya.
Kebetulan saya dan anak2 sedang makan malam,
maka kami jamu dengan lontong yang ada.
Mereka ini macam anak2 saya sendiri.
Dari kecil bawa mereka dalam program banat,
sekarang sudah besar panjang.
Tahniah 'Aliyah kerana akan
mula bekerja sebagai jururawat 1 oktober nanti.
Nanti sudah masuk alam kerja kena
teruskanlah dakwah di alam realiti...

Serenity 2


Enjoy the serenity...
Some shots taken this morning

mana milik kita?
tidak ada milik kita
semua yang ada
Allah yang punya

tidak ada kita punya
kita hanya mengusahakan saja
apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

kita Allah punya
dunia ini ciptaanNya
Miliklah apa saja
tidak terlepas dari ciptaanNya

Mana kita punya
tidak ada kepunyaan kita
kita hanya mengusahakan
apa yang telah ada

mengapa kita sombong
memiliki Allah punya
mengapa tidak malu
kepada Allah yang empunya

patut bersyukur kepada Allah
yang memberi segalanya
malulah kepada Allah
kerana milik Ia punya


jangan berbangga
apa yang ada pada kita
kalau Allah tidak beri
kita tidak punya apa-apa

jangan mengungkit
mengungkit jasa kita
jasa kita disisiNya
yang sebenarnya Allah punya

marilah kita bersyukur
bukan berbangga
bersyukur kepada Allah
bukan mengungkit jasa

gunakanlah nikmat Allah itu
untuk khidmat kepadaNya
selepas itu lupakan saja
agar tidak mengungkit-ungkitnya

4th day of syawal

Masa2 beginilah saya mengambil peluang melayan anak2.
Mandi pantai, main pasir,
berlari kejar ketam.
Melihat mereka bebas berinterasi
dengan alam ciptaan Allah.
Nampak keriangan diwajah mereka.
Saya pulak rasa sayu,
oh..oh.. anak2 ku sudah membesar...
terasa diri ini makin hampir denganNya.
Apalah saya nak tinggalkan untuk mereka jika
saya tiada nanti...
iman? sudah cukupkah ditarbiyah?
ilmu? sudah cukupkah diberi bekalan?

Kemudian kami bersarapan bersama
di bangsal di tepi pantai.

Walaupun nasi lemak bungkus je,
tapi pekena dengan teh tarik
cukup menyelerakan.
Mana nak cari nasi lemak ikan kat kuantan tu...

Lepas makan sambung mandi lagi.
Syukri intai ketam dalam baldi.
Ajak mandi tak nak, takut air...

Pagi ini umi yah pulak akan pulang ke kl.
Moga perjalanan dipermudahkan.

Kanak2 tinggal syukri n shafie je
bermain2 dengan said ramadhan.

Seketika, sampai mak de',
wanita usia emas ini datang di pimpin
tangan oleh cucu saudarannya
kerana mata mak de' tak nampak.
Siapa mak de' ini?
Masa muda2 dulu dia buat padi (buat= tanam).
Sambil jaga tanah padi sendiri,
mak de' tolong jaga tanah padi
adik bonda saya di gelugor.
Sekarang tak larat dah, tapi tiap2
tahun datang ke rumah bonda untuk beraya
walaupun mata tak nampak.
Maka bonda akan beri sedikit sumbangan buat mak de'.
Bersembang dengan mak de' dia bercerita
umurnya hampir 86 tahun.
Tinggal sorang2 dan sudah 4 kali radio di curi orang.
Katanya, "tiba2 radio senyap, sebab orang curi ambik
gitu je.., nok kejor dok nampok..."
Kesian mak de', katanya lagi, "TV je orang
dok leh ambik sebab besor. Tapi orang kata
kita sombong pasang TV kuat2.
Padahal mak de' guna suara tu buat
paduan (panduan) nak balik rumoh
sebab mata dok nampok..."
Saya merenung, inilah kehidupan...
Tak tahu nanti diakhir usia kita bagaimana nanti.
Sebab itu hati ini tidak putus2 berdoa,
Ya Allah, permudahkan kehidupan
dihujung2 hayah ini jika engkau panjangkan usia ku...

Kemudian giliran ayah long pulak pulang ke kl.

Suasana riuh2 tu sudah reda...

Selepas zohor giliran saya pula sekeluarga
pulang ke Kuantan.
Maka tinggal umi su je
menemani ayahbonda hingga hujung minggu.

Dalam perjalanan singgah di rumah ayah de'
di pantai teluk lipat dungun.
Ayah de' nampak sihat, mak de'
pula uzur sangat2 nampaknya.
Saya tiba, mak de' sedang terbaring di depan
muka pintu, memang tak larat nak bangun.
Paru2nya berair, sebelum puasa
sudah 2/3 hari masuk hospital.
Mak de' mengadu, "Anak2 ada macam tak ade."
Sambil berlinangan air mata.
Memang mendalam kata2 tu
membuat saya bermuhasabah
hubungan saya dengan ayahbonda yang
saya tinggalkan berdua di kt...
Alhamdulillah, setakat ini Allah belum
menguji saya ujian seberat ini.
Namun saya sentiasa berdoa
moga Allah memberi kesihatan yang baik
buat ayahbonda...

Sambil2 tu anak2 ambil peluang
main lagi kat taman permainan.

Kemudian singgah lagi kat rumah
roommate suami saya kat mrsmkt, ir rosdi
kat pantai teluk lipat jugak.
Sambil2 tu anak2 melihat album lama2
zaman sekolah dulu2. Ketawa mereka
melihat wajah walidnya masa muda2...

Terima kasih kepada ir rosdi & isteri,
siap jamu makan laksa lagi.

Huhu.. tak sampai kuantan lagi.
Singgah kemaman pulak kat rumah mak long.
Jumpa su n mus, tahniah
nak timang cahaya mata nanti...

Kemudian singgah lagi rumah terakhir
di mak chili, rumah baru fadhil & nadia.

Menghampiri jam 12.00 malam
barulah sampai kuantan.
Penat & letih, tapi setiap detik yang dilalui
itulah tarbiyah yang akan mengajar
kita erti untuk menjadi hamba Allah.
Juga melihat kehidupan orang lain
menjadi panduan untuk kehidupan kita
bentuk bagaimana kita nak bawa diri ini
bila bertemu dengan Allah nanti.
Aidil fitri yang sebenar ialah bila kita kembali
kepada Allah swt dalam keadaan
kita redha Allah dan Allah meredhai
segala amalan2 kita.....

Serenity 1







eidul fitri
hari kita kembali kepada Allah swt
itulah hari raya yang sebenarnya
sejauh mana bila mana kita dipanggil oleh Allah swt
kita telah mendapat bintang radhiyah
kita menjadi orang yang redha kepada Allah
kita juga menjadi orang yang diredhai oleh Allah swt
eidul fitri
hari yang merujuk tentang kembalinya diri
menyedarkan benar2 kepada kita
kepada seluruh orang2 islam
kepada seluruh orang2 yang ada iman dalam hati
raya yang terbesar
raya yang sebenar
bukan di sini
tetapi raya yang sebenar adalah
bila mana kita disambut oleh Allah
bila mana kita memuji Allah
bila mana kita bertasbih dan bertahmid kepada Allah
di atas tanah syurga
bersama rakan2 yang baik seluruhnya
setelah mereka sanggup
menyediakan dan mengorbankan hidupnya
dengan kebaikan2 yang banyak
maka itulah raya
yang belum datang lagi dalam hidup kita
tetapi pasti akan datang
dalam setiap jiwa orang2 yang hidup ini...

3rd day of syawal

Cepat masa berlalu, semalam umi na sudah
kembali balik dari kb dan pagi ini
beli makan pagi nasi dagang.

Anak2 sudah tak sabar nak mandi pantai.

Lalu walidnya ke pantai, anak2 mandi
sambil2 tu cari ketam.
Tapi pagi ini air besar, ketam pun
tak banyak dapat.
Maka mandi sekejap je.

Tahniah Fadhilah, dapat sumbangan
dari yayasan terengganu
kerana dapat sambung belajar ke ipt.

Umi na n family meneruskan perjalanannya
ke kerteh then to kl.

Jam 11 pagi ke rumah cik nab.

Hah... kat sini baru jumpa bleda kering...

Abbas n adik2 ziarah kubur betul2 belakang
rumah cik nab.

Lepas tu ke rumah pok kholid
kenduri anak sulungnya dengan
mak su asmah. Saya pun baru
kenal dengan mak su ni...

Masa kenduri jumpa ustazah najihah (smkbr)
isteri ustaz junaidi. Rupa2nya
pengantin lelaki anak saudara ustaz.

Bergambar dengan jeff (sepupu suami)
dan pok khalid.

Lepas tu ke rumah amirah kawan kak long.
Takziah atas pemergiaan adiknya arif
beberapa bulan yang lalu.

Singgah di masjid padang midin untuk solat.

Balik rumah petang je turun pantai lagi.
Air surut molek.

Sempat bersalaman dengan uncle ayub
yang nak balik kl petang ni jugak.

Hah... takut ke nak pegang ketam tu???

Sakinah.... santai2 kat pondok sambil baca novel...

Air molek, banyak dapat ketam...

Naik rumah sempat salam dengan umi ah.
Uncle ayub masih tak tolak balik lagi ke serdang...

Tamu hari ini yang sempat jumpa
sepupu tg siti.

Lauk untuk malam ini masak lemak ketam
low cholesterol. (sebab santan cair...)
Tapi sedap juga, ayah long
habis nasi 2 pinggan...

Hah... ini orang yang paling jauh nak balik,
umi pah... balik batu rakit je tu.
Bawak balik apa tu???
Huhu... 2/3 jabir kutip makanan
untuk makan pagi esok... tak aci2x...

(nota : jabir = plastik, bleda = agar2)

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu