Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Qana'ah & Berlapang dada



Hari ini saya telah disoal siasat oleh 2 orang pegawai jpnp. Huhu.. tak boleh cerita panjang2 nanti menyalahi akta resmi rahsia ...

Cuma ia cukup memberi pengajaran kepada saya untuk lebih sistematik dalam pengurusan jadual waktu. Gelabah juga dibuatnya, Apabila diminta itu dan ini, mula maklumat yang dikehendaki tak jumpa...

Dalam pada itu saya mula bermuhasabah. Bukan mudah sebenarnya untuk memiliki sifat qana'ah iaitu rela menerima dan merasa cukup dengan apa yang dimilik, serta menjauhkan diri dari sifat tidak puas hati. Bayangkan bila kita sudah bekerja dan berusaha, namum apabila hasilnya tidak sesuai dengan yang diharapkan, bolehkah hati kita dengan rela hati menerima hasilnya dengan rasa syukur kepada Allah SWT? Kalau hati kita jauh dengan Allah swt, memang payah untuk kita berlapang dada. Wahal sifat qana'ahlah yang akan mendatangkan rasa tenteram dalam hidup dan menjauhkan diri kita dari sifat dengki dan tamak.

Sabda Rasulullah SAW, "Abdullah bin Amru RA berkata : Bersabda Rasulullah SAW, sesungguhnya beruntung orang yang masuk Islam dan rezkinya cukup dan merasa cukup dengan apa-apa yang telah Allah berikan kepadanya."
(Hadis riwayat Muslim)

Dan mereka yang memiliki sifat qana'ah berpendirian bahwa apa yang diperolehi atau apa yang ada pada dirinya adalah ketentuan Allah SWT.

Firman ALlah SWT yang bermaksud : "Tiada suatu yang melata di bumi melainkan ditangan ALlah rezekinya."
(Surah Hud : 6)

Oopss.... panjang pulak ye. Namun pertama-tamanya peringatan ini saya tujukan kepada hati saya dulu, qana'ah dalam urusan dunia agar tidak menjejas urusan saya mencari bekalan untuk akhirat. Dan peluang ramadhan bersisa ini mungkin kita boleh bermuhasabah sudahkah kita miliki qana'ah itu disamping menyemai bunga-bunga taqwa dalam hati dan jiwa kita. Saya mendoakan kita diberi kekuatan dan kesabaran oleh Allah swt. Kawan2 marilah kita berlapang dada...

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu