Jam 8.30 pagi saya memulakan perjalanan ramadhan
di pagi ahad ke perkampungan sg. miang, pekan.
Saya bersama beberapa sahabat HALUAN pahang
ke sana membawa amanah dari mereka2
yang telah membuat infak kepada fakir miskin
sempena ramadhan yang baraqah ini.
Tepat jam 10.30 pagi majlis bermula
dipengerusikan oleh akh abd bashir,
Kemudian pengerusi haluan pahang
akh tg abd rashid membuat sedikit tazkirah
Antara peringatan beliau sentiasa
bersyukur kepada Allah swt kerana masih
diberi peluang melalui bulan ramadhan pada kali ini.
Maka kesempatan inilah kita perlu
mengambil seberapa banyak bekalan
untuk dibawa pulang bertemu dengan Allah nanti.
Seramai 30 orang dari kalangan mereka
yang terpilih telah di beri sumbangan ramadhan.
Tampak wajah2 mereka ceria dan bersyukur
dengan pemberian yang telah diberikan.
Selesai majlis saya pulang dengan bermuhasabah.
Terlalu bersyukur dengan apa yang ALlah swt
telah kurniakan kepada kita.
merugilah kalau kita tidak dapat memanafaatkan
hidup ini untuk Allah.
Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara
sentiasa dijadikan peringatan
muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sibuk
sihat sebelum sakit
hidup sebelum mati....
Dalam perjalanan pulang saya singgah
ke rumah mak sepupu saya
yang mesra dengan panggilan mak
dikalangan anak2 saya.
Nampak anak2 rindu peluk mak,
memang lama tak berjumpa.
Saya mendoakan agar mak sihat
dan bersabar memang kita tidak
terlepas dari ujian dan cubaan dari ALlah swt.
Perjalanan dari pekan ke kuantan
memakan masa 40 minit.
Sepanjang perjalanan macam2
melayan ragam sa'id ramadhan.
0 comments:
Post a Comment