Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

4th day of syawal

Masa2 beginilah saya mengambil peluang melayan anak2.
Mandi pantai, main pasir,
berlari kejar ketam.
Melihat mereka bebas berinterasi
dengan alam ciptaan Allah.
Nampak keriangan diwajah mereka.
Saya pulak rasa sayu,
oh..oh.. anak2 ku sudah membesar...
terasa diri ini makin hampir denganNya.
Apalah saya nak tinggalkan untuk mereka jika
saya tiada nanti...
iman? sudah cukupkah ditarbiyah?
ilmu? sudah cukupkah diberi bekalan?

Kemudian kami bersarapan bersama
di bangsal di tepi pantai.

Walaupun nasi lemak bungkus je,
tapi pekena dengan teh tarik
cukup menyelerakan.
Mana nak cari nasi lemak ikan kat kuantan tu...

Lepas makan sambung mandi lagi.
Syukri intai ketam dalam baldi.
Ajak mandi tak nak, takut air...

Pagi ini umi yah pulak akan pulang ke kl.
Moga perjalanan dipermudahkan.

Kanak2 tinggal syukri n shafie je
bermain2 dengan said ramadhan.

Seketika, sampai mak de',
wanita usia emas ini datang di pimpin
tangan oleh cucu saudarannya
kerana mata mak de' tak nampak.
Siapa mak de' ini?
Masa muda2 dulu dia buat padi (buat= tanam).
Sambil jaga tanah padi sendiri,
mak de' tolong jaga tanah padi
adik bonda saya di gelugor.
Sekarang tak larat dah, tapi tiap2
tahun datang ke rumah bonda untuk beraya
walaupun mata tak nampak.
Maka bonda akan beri sedikit sumbangan buat mak de'.
Bersembang dengan mak de' dia bercerita
umurnya hampir 86 tahun.
Tinggal sorang2 dan sudah 4 kali radio di curi orang.
Katanya, "tiba2 radio senyap, sebab orang curi ambik
gitu je.., nok kejor dok nampok..."
Kesian mak de', katanya lagi, "TV je orang
dok leh ambik sebab besor. Tapi orang kata
kita sombong pasang TV kuat2.
Padahal mak de' guna suara tu buat
paduan (panduan) nak balik rumoh
sebab mata dok nampok..."
Saya merenung, inilah kehidupan...
Tak tahu nanti diakhir usia kita bagaimana nanti.
Sebab itu hati ini tidak putus2 berdoa,
Ya Allah, permudahkan kehidupan
dihujung2 hayah ini jika engkau panjangkan usia ku...

Kemudian giliran ayah long pulak pulang ke kl.

Suasana riuh2 tu sudah reda...

Selepas zohor giliran saya pula sekeluarga
pulang ke Kuantan.
Maka tinggal umi su je
menemani ayahbonda hingga hujung minggu.

Dalam perjalanan singgah di rumah ayah de'
di pantai teluk lipat dungun.
Ayah de' nampak sihat, mak de'
pula uzur sangat2 nampaknya.
Saya tiba, mak de' sedang terbaring di depan
muka pintu, memang tak larat nak bangun.
Paru2nya berair, sebelum puasa
sudah 2/3 hari masuk hospital.
Mak de' mengadu, "Anak2 ada macam tak ade."
Sambil berlinangan air mata.
Memang mendalam kata2 tu
membuat saya bermuhasabah
hubungan saya dengan ayahbonda yang
saya tinggalkan berdua di kt...
Alhamdulillah, setakat ini Allah belum
menguji saya ujian seberat ini.
Namun saya sentiasa berdoa
moga Allah memberi kesihatan yang baik
buat ayahbonda...

Sambil2 tu anak2 ambil peluang
main lagi kat taman permainan.

Kemudian singgah lagi kat rumah
roommate suami saya kat mrsmkt, ir rosdi
kat pantai teluk lipat jugak.
Sambil2 tu anak2 melihat album lama2
zaman sekolah dulu2. Ketawa mereka
melihat wajah walidnya masa muda2...

Terima kasih kepada ir rosdi & isteri,
siap jamu makan laksa lagi.

Huhu.. tak sampai kuantan lagi.
Singgah kemaman pulak kat rumah mak long.
Jumpa su n mus, tahniah
nak timang cahaya mata nanti...

Kemudian singgah lagi rumah terakhir
di mak chili, rumah baru fadhil & nadia.

Menghampiri jam 12.00 malam
barulah sampai kuantan.
Penat & letih, tapi setiap detik yang dilalui
itulah tarbiyah yang akan mengajar
kita erti untuk menjadi hamba Allah.
Juga melihat kehidupan orang lain
menjadi panduan untuk kehidupan kita
bentuk bagaimana kita nak bawa diri ini
bila bertemu dengan Allah nanti.
Aidil fitri yang sebenar ialah bila kita kembali
kepada Allah swt dalam keadaan
kita redha Allah dan Allah meredhai
segala amalan2 kita.....

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu