Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Mujahid Cilik

Semasa melawat sebuah Picasa Web Album
milik seorang wartawan dari Gaza,
jiwa saya tersentuh
melihat gambar seorang kanak dari Palestin ini.
Dibumi berdarah Palestin
di tangan bonda
lahir muhajid cilik
kyusuk beribadah
menadah Illahi
bila bumi tumpah darahku akan aman
Sesungguhnya dalam nekadku
tiada siapa yang boleh menghalang
untuk ku pertahankan
bumi tanah air ku
Samada
bumi Palestinku bebas
dari genggaman kezalimanmu
atau
darah syahidku mengalir deras
Maka inilah jua doa
setiap bonda mujahid...

Doa munajat

Apa bila sahabat saya Dr Asmarwati memberitahu saya
dalam satu majlis tempoh hari yang beliau akan ke Gaza,
saya pula yang berdebar-debar.
Berdebar bukan takut atas keselamatannya,
tapi berdebar kerana saya juga menyimpan keinginan
untuk berkhidmat disana...
Apakan daya, I'm not a doctor.
HALUAN akan menghantar pasukan sukarelawannya
dan saya nyatakan hasrat saya pada suami tersayang,
tapi jawapannya, doktor tu single.
Hingga kini saya masih memikirkan
adakah itu jawapan yang tepat atau sekadar alasan.
Dan bila membaca pengalaman doktor dari Gaza,
hanya doa yang mampu saya hulurkan.
Doa untuk rakyat Palestin
moga diberi kemenangan oleh Allah swt.
Doa untuk Dr Asmarawati dan sukarelawan yang lain
agar dapat menjalankan amanah sebaik-baiknya
dan kembali dengan selamat.
Doa untuk sukarelawan-sukarelawan HALUAN
yang akan memulakan misi mereka ke sana tidak berapa lama lagi.
Moga dakwah tersebar
berakhlak, mendidik dan berbakti.
Munajat saya pada Allah swt,
tunjukkan saya jalan dan berikan saya peluang...

**********************************************
Petikan dari Web HALUANPalestin
SITUASI GAZA TIDAK MENENTU
Laporan Dr Asmarawati Md Yatim
Pakar Anaesthesiology
Doktor HALUAN di Gaza
GAZA - Letupan bom kali kedua pada hari Selasa 0230hrs tiba-tiba memutuskan bekalan air di hospital kami bertugas. Kami yang sedang melakukan pembedahan di European Gaza Hospital cemas bukan kerana takut dibom tetapi bimbang dengan nasib pesakit-pesakit kami. Kami hanya mampu berdoa agar pembedahan dan rawatan mereka tidak terjejas. Hati kecil ini terdetik juga - manalah tahu, mungkin syahid saja di sini kerana jelas dentuman bom tadi terdengar macam dekat sekali.
Suasana di Gaza masih di hujung tanduk. Setiap anak jati Palestin di Gaza seolah-olah pasrah dengan dengan takdir yang menimpa mereka tetapi tetap teguh dengan komitmen jihad mereka yang tinggi. Mereka sangat-sangat menyantuni para pekerja medikal yang mencurah tiba untuk membantu. Namun di sebalik keceriaan wajah mereka, terselit juga kesayuan nun di bola mata kerana mungkin saudara tersayang telahpun kembali kepada Penciptanya. Cara mengatasi kesedihan itu adalah dengan meneruskan jihad mempertahankan Deen dan watan mereka.
Ini bukan kali pertama saya di medan bencana. Bukan kali pertama saya melihat manusia meratap kerana kesedihan yang amat sangat setelah kehilangan orang yang disayangi, dan harta-benda dan rumah tangga yang punah ranap. Tetapi ketibaan saya buat kali pertama di Gaza ini menjadi kejutan yang amat sangat dek kemusnahan dahsyat yang tergamak dilakukan oleh sebuah negara berkuasa besar Israel ke atas sebuah semenanjung pipis bernama Gaza yang rakyatnya hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ibarat gajah membunuh nyamuk. Bacul sungguh Yahudi rupanya.
Saya dan pasukan doktor daripada Mercy Malaysia berjaya membolosi sempadan Mesir-Israel setelah lebih 48 jam menantikan kebenaran pihak tentera sempadan Mesir yang amat mencemburui siapa yang bakal melintasi masuk ke daerah Gaza. Ribuan relawan daripada pelbagai negara telah menunggu. Kami mempunyai segala dokumen yang lengkap berserta surat diplomatik tetapi itupun bukan jaminan bila kita berada di medan peperangan. Sesampai di Gaza, saya terus bersyukur ke hadrat Illahi kerana akhirnya tiba juga di medan amal yang saya impi-impikan selama ini. Saya terus ditempatkan di Shahid Najar Hospital di mana kami melakukan kerja-kerja rawatan kepada pesakit dan menjalankan pembedahan. Terdapat ramai doktor di situ - Arab, Eropah dan Asia.
Keadaan di Gaza amat tegang walaupun tentera Israel sudahpun berundur sepenuhnya. Hamas mahu semua sempadannya dengan Israel dan Mesir dibuka sepenuhnya agar bantuan kemanusiaan dapat masuk tetapi tidak mahu mengiktiraf rejim zionis itu. Ini membuakkan kemarahan kaum penjajah Yahudi itu. Kelmarin, dua rakyat Palestin ditembak mati dari jarak jauh oleh sniper Yahudi. Penduduk Gaza, walaupun hidup di bawah tekanan dan dalam keadaan ketakutan, tetap tabah menghadapi dugaan harian sebegini. Inilah yang mengkagumkan saya. Dalam bahasa Inggeris, saya “extremely amazed” dengan ketabahan mereka bertahan sebegini bertahun lamanya.
Saya bersyukur kerana masih ada bekalan air dan elektrik yang mengalir di sesetengah zon operasi menyelamat kami. Tidak dinafikan bahawa bekalan perubatan ada yang terputus ataupun terhad. Begitu juga dengan peralatan bantuan perubatan. Namun ianya tidaklah begitu serius. Ada yang musnah dan ada yang rosak tidak berganti. Namun para doktor Palestin di sini tidak pernah mengeluh malah riak wajah mereka bagaikan meraikan kedatangan kami, doktor-doktor Muslim lain, ke jazirah tanah tumpah darah mereka.
Salam saya kepada semua sahabat dan rakan di Malaysia. Doakan Gaza dan rakyatnya agar dimenangkan Allah SWT dunia dan akhirat.

Kesian... Nazirah

Hari ini sekolah masih cuti,
tapi anak-anak Abbas dan Nazirah sudah bersekolah.
Cuma saya, suami dan Muhammad Said
apa lagi liatlah nak masak tengahari.
Lalu kami mencuba Nasi Ayam Beijing dekat Lrg SMK Sg Isap.
Maka berta'ruflah suami saya dengan tukang masaknya
Seorang mualaf bernama Taufik.
Lewat petang, Nazirah belajar naik basikal.
Maka pandailah dia mengayuh
tanpa bantuan tayar kecil.
Tapi adat belajar,
bila pandai mesti jatuh, dengan izin Allah...
Kesian Nazirah sampai bengkak bibir...

Pulang dan Ziarah

PULANG
Hari ini anak-anak puteri SMASKL pulang menaiki bas.
Masa dulu saya teringin nak naik bas.
Seronok tengok kakak2 naik bas balik asrama.
Masa tu kakak2 saya ada belajar di TKC dan STF.
Maka tiap kali pulang cuti menghantarlah kami
ke stesyen bas, kemudian lambai ramai-ramai...
Bila saya dapat masuk MRSM KT,
mula-mula saya menangis,
sebab apa?
Sebab tak boleh dihantar balik asrama naik bas.
Tak ada orang boleh lambai-lambai naik bas.
Pernah masa outing cuba2 balik naik bas,
tapi bila balik asrama ayahanda mesti hantar dengan kereta,
tak dibenarkan juga saya naik bas...
Dan semalam masa halaqat keluarga
selepas Kak Long baca tazkirah walid kata pada ummi,
walid serah pada ummi kalau ada apa-apa nak tambah.
Ummi tak daya nak cakap panjang-panjang.
sebab sejak balik hari2 dengar leter ummi...
Ummi kata ummi nak baca sajak je
semalam masa ummi potong bawang
jari ummi luka, teriris pisau
tapi ummi tidak risau
malahan ummi tak nangis pun
kalau kena pada adik-adik
jatuh sikit aje
luka pun tak seberapa
tapi derohong satu kampung boleh dengar...
maka tangan ummi yang teriris itu
kecil sahaja
ummi masih boleh sapu ubat
ummi masih boleh balut dengan tisu
namun yang membimbangkan ummi
merisaukan ummi
dan menakutkan ummi
bukan jari ummi luka
tapi hati ummi luka
bukan luka di sini
tapi nun di hari yang kekal abadi
luka kalau ummi tak dapat bersama
anak-anak ummi melepasi timbangan nizam
luka kalau ummi tak dapat bersama
anak-anak melepasi siratul mustaqim
luka kalau ummi tak dapat bersama
anak-anak ummi untuk mendapat jannah Allah
sebab cukup jelas firman Allah swt
Surah At-Tahrim ayat 6
"Hai orang-orang yang beriman,
peliharalah dirimu dan keluargamu
dari api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,
yang keras, yang tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka
dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
maka dengan itulah
yang membimbangkan
yang merisaukan
yang menakutkan
hati ummi
kalau-kalau
ummi tak mampu nak
pelihara dan jaga anak-anak ummi
dari api neraka
kerana pada masa itu
kalau hati ummi luka
parahnya mungkin tidak dapat boleh disembuh
ummi harap anak-anak ummi
dapat faham dan mengerti
kenapa
telinga anak-anak memang tak mengah mendengar
kalau ada suara-suara leter dari ummi
kalau ada suara-suara tegas dari ummi
atau pun kalau ada suara-suara keras dari ummi
sebab
biar jari ummi luka disini
jangan sampai hati ummi luka di akhirat
yang mana pada waktu itu
tiada ubat lagi yang dapat
membalut luka hati ummi....
ZIARAH
Petang tadi agak lewat juga saya dan Kak Norehan keluar dari rumah untuk menziarahi Kak Silah. Sampai di rumahnya, Allah izin dia sedang rehat tidur. Maka saya dan Kak Norehan tak mahu ganggu biarkan dia rehat. Adiknya Noor kata hari ini dia terasa letih selepas baru baik dari meragam perut. Dia agak dehydrate dan Dr Rohaiza sudah bantu masuk beberapa botol ke badannya 2/3 hari lepas. Sama-sama kita berdoa untuk Kak Silah. Kalau ikut perubatan doktor memang tidak dapat buat apa-apa. Namun siapa kita untuk melawan kehendak Allah swt. Dengan izin Allah jua sampai hari ini Kak Silah masih boleh bertahan.
Agak menghampiri jam 7.oo Kak Silah bangun dari tidurnya. Dari raut wajahnya nampak wajah agak letih mungkin sebab baru bangun dari tidur. Selepas bersalaman Kak Silah tanya, "Mana yang lain-lain?" Mula-mula saya tak dapat tangkap maksudnya. Rupa-rupa Kak Silah tanya anak-anak. Memang masa datang dulu saya bawa Wasilah, Nazirah dan Said. Tapi tadi anak-anak sibuk main basikal yang baru dibaiki. Maka saya tak bawalah. Rupa-rupa Kak Silah ingat mereka. Mungkin juga kesunyian di katil, rindu agak nak dengar keriuhan suara anak-anak yang nakal tu. Kadang-kadang bimbang juga nak bawa budak2 takut bising ganggu, tapi Insya'Allah datang lagi sekali saya akan bawa mereka.
Kak Silah masih terbaring dikatil. Dia perlu dibantu untuk memusingkan badan untuk duduk dalam selesa. Dari pinggang ke bawah memang tak boleh gerak sendiri. Tapi pinggang ke atas nampak sihat tangan boleh bergerak macam biasa. Tapi alhamdulillah ada perubahan sikit. Kalau dulu masa datang Kak Silah boleh gerak jari-jari kaki, kali ini dia sudah boleh bengkokkan kakinya sedikit dengan sendiri. Cuma kali ini perutnya masuk angin, selepas minum, dia muntah. Tapi seleranya ada, Noor sudah boleh beri makan buah yang dipotong halus-halus.
Melihat Kak Silah, tak putus-putus hati saya berdoa, Ya Allah beri kekuatan buat Kak Silah. Dan saya yakin doa dari sahabat juga dapat menguatkan Kak Silah untuk mengharungi ujianNya ini.

Gerhana Matahari

Fenomena alam bukan secara kebetulan.
Tiap kejadian alam sebenar mendekatkan lagi kita dengan pencipta.
Kuasa siapakah yang boleh menghilangkan cahaya matahari
secara tiba-tiba kalau bukan kuasa Allah swt.
Hubungan yang terjalin inilah akan membuat kita
merasai akan kekuasaan dan kebesaranNya.
Hubungan ini jugalah yang memberi kekuatan dalam diri kita
untuk melaksanakan amal ma'ruf nahi mungkar.
Petang tadi saya berkesempatan bersama suami dan Kak Long
ke Mesjid Negeri melihat fenomena gerhana matahari.
Ramai juga yang hadir.
Saya bertemu dengan beberapa rakan guru
Kak Maziah, Ustazah Norihan dan Ramlah.
Solat gerhana dilakukan selepas solat Asar
dengan diimamkan sendiri oleh Tuan Mufti Pahang.
Pertama kali saya menunaikan solat kusuf dalam hidup saya.
Bayangkan usia sudah pun menjelang senja.
Tapi alhamdulillah, Allah swt masih memberi saya kesempatan
untuk menunaikannya. Syukur sangat-sangat.
Seingat saya tahun lepas ada berlaku gerhana bulan jam 4.30 pagi
rasanya, tapi saya tak berkesempatan menunaikannya.
Alhamdulillah pengalaman yang cukup bermakna.
Terasa diri ini begitu kerdil, kalaulah saya dapat menghafal
surah yang agak panjang... Namun apakan daya, maka
saya bacalah setakat kemampuan yang Allah beri pada diri ini.
Selesai solat, maka melihatlah kami akan matahari
dengan menggunakan cermin mata yang di jual kat padang
tu dengan harga RM15!. Ingat saya masa kecik2 dulu.
Masa itu saya masih di sekolah rendah, menunggulah saya
tengok gerhana matahari dalam besen yang diisi dengan air.
Kemudian guna negatif filem untuk elak cahaya dalam air.
Klasik dan murah! Tapi sekarang tak dengar lagi
promosi yang mencadangkan cara ni...
Gambar kecil tu yang dapat diambil oleh salah seorang
pengunjung. Maka ramailah antara kami-kami
ambil gambar atas gambar.
Apa-apa pun marilah kita semua
banyakkan istighfar memohon keampunan Allah,
banyakkan berdoa moga dijauhi segala bencana kemurkaan Allah,
dan bersedaqah buat bekalan akhirat kelak.
Wallahu'alam.

Solat Kusuf (Gerhana)

Sekalian ulama telah sepakat bahawa solat kusuf itu adalah sunat mu'akkad, baik untuk lelaki maupun perempuan dan bahwa yang lebih utama ialah dikerjakan dengan berjama'ah, sekalipun jama'ah bukan menjadi syarat bahawa sahnya salat itu serta diberitahukan dengan lafaz : "Ashshalaatu jaami'ah".
Jumhur ulama mengatakan bahwa solat itu dilakukan dua rakaat dan setiap rakaat dengan dua kali ruku'.
Dari 'Aisyah katanya :
"Di saat hidupnya Nabi saw, terjadilah gerhana matahari. Rasulullah saw keluar ke masjid, berdiri lalu takbir. Orang-orang pun lalu berbaris di belakangnya. Beliau membaca surat yang panjang. Selanjutnya lalu takbir dan ruku' dan lama juga ruku'nya hampir menyamai waktu berdirinya, seterusnya mengangkat kepala dan membaca: "Sami'allahu liman hamidah, rabbana walakalhamdu" lalu berdiri lagi dan membaca surat yang panjang dan kurang sedikit dari ruku' pertama, kemudian sujud.
Dalam rakaat berikutnya dilakukanlah sebagaimana dalam rakaat pertama sehingga sempurna empat rakaat dengan empat kali ruku' dan empat kali sujud. Matahari lalu muncul seperti biasa sebelum beliau pulang. Beliau terus berdiri dan mengucap khutbah, memuji Allah dengan pujian yang layak, lalu bersabda : Sesunggunya matahari dan bulan itu adalah dua macam tanda dari sekian banyak tanda-tanda kekuasaan Allah 'azza wa jalla. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya.
Maka dari itu, jikalau kamu melihatnya, segeralah mengerjakan solat."
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Adapun membaca Al-Fatihah itu wajib dalam kedua rakaat salat kusuf itu, dan bacaan sunatnya boleh dipilih sesuka hati.
Mengeraskan dan memperlahankan suara dalam bacaan itu pun sama bolehnya, hanya saja Bukhari berkata bahawa mengeraskan lebih shah.
Waktunya ialah mulai terjadi gerhana sampai pulih kembali seperti semula.
Disunatkan pula bertakbir, berdoa, bersedekah dan mengucapkan istighfar.
Wallahu'alam.
Sumber petikan
Fiqih Sunnah 2; Sayid Sabiq

Bekalan

Cuti CNY agak panjang (5 days).
Untuk setiap pelajar saya bagi kelas 5 Syumul
telah saya telah bekalkan
Modul Topical Add Math Form 5 Progressions.
Bagi yang nak baru-baru berjinak dengan subject Add Math
kelas 4 Saksama saya juga bekalkan
Module Topical Add Math Form 5 Functions.
Saya mengharap anak2 pelajar beri masa dan ruang
untuk menjawab dan menyelesaikan
soalan-soalan yang disediakan.
Jangan putus asa untuk mengulang
soalan-saolan yang sama jika tidak dapat menjawabnya.
Kalau tidak simpan kemusykilan anda
kita bincang bila naik cuti nanti.
Namun ingatlah anak-anak pelajar ku sekelian
ada lagi bekalan yang semestinya kita tidak lupa dalam hidup ini.
Sesungguhnya sebaik-baik bekalan
ialah bekalan iman dan taqwa.
Bekalan ini memancar dari lubuk hati
yang akan melahirkan energi untuk
berubudiyah kepada Allah swt.
iaitu memperhambakan diri semata-mata kepada Allah swt.
Janji Allah swt sudah pasti.
Lihatlah firmanNya yang bermaksud,
"Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa.
Bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal”.
(Al-Baqarah: 197)
Justeru itu anak2 ku
carilah iman dan kejarlah taqwa.
Ia mampu menjadi benteng hidupmu
dalam mengharungi dunia yang penuh
pertarungan antara hak dan kebatilan.
Moga bekalan ini akan membawa kepada kesejahteraan
apabila kita bertemu dengan Allah swt nanti.
Wallahu'alam.

Guest n Bubur Asyura

Malam tadi kekanda saya Umi Ah bersama anakandanya Sarah
dan nenek saudara saya Bonda Engku Lok Lok sampai dari KL.
Mereka bertiga bermalam di rumah saya sebelum
pulang ke kampung di Kuala Terengganu.
Kemudian saya ke rumah Azah membantu
Jiranita SID Zon B memasak bubuh asyura.
Jiranita wanita sibuk memasak makan pagi
dan makan tengahari untuk petugas.

Kaum Adam pula mengacau bubur Asyura.
2 Kawah besar...
Chef cook dia siapa kalau bukan
Pn Hjh Rakiah, sahabat lama saya...

Hah... cuba teka siapa yang cuba2
nak belajar kacau bubur tu...
Alhamdulillah jam 3.30 petang baru siap.
Bubur di pek dan diedar kepada jiran2.
Malam pula Solat Isya' di Masjid Negeri.
Kemudian ke Kuantan Parade.
Awalnya nak pergi berdua aje dengan suami,
tapi mendapat bantahan ramai2 dari anak2.
Alih2 semua ikut...
Bukan apa nak gi kedai telefon
nak cari cable hp ke komputer.
Apa lagi kalau bukan yang lama tu rosak.
(ini menjawab persoalan kenapa blog ini
n blog sekolah tak dapat update sejak Rabu...)
Sambil tu apa lagi singgah kedai buku Darul Ansar.
Beli beberapa buku.
Kebetulan ada permainan ni...
apa lagi semua ingin nak main.
Bukan free, bayar RM2 per 30 minutes.
Balik singgah makan malam.
Tapi masing2 lesu sebab penat melompat!.

My Palestine Day

Today is my Palestine Day!
In the morning there is talk show
about Palestine at Dewan Multaqa' SMKPB.
The presenter is Saudara Abd Bashir Abd Ghani
representing from HALUANPalestin Malaysia.
School also donates around RM3K to people of Palestine.
Two weeks earlier school had launched
Tabung BersamaMu Palestine.
(Full story can be read here)


Petang pula Pameran sempena Hari Solidariti
Peringkat Negeri Pahang anjuran
Sekretariat Solidariti Palestin Pahang
(gabungan NGO-NGO di Pahang)
Ada replika anak-anak mangsa kekejaman...
Ini pula students UIA dari ISMA
yang penuh bersemangat...
Muhammad 'Abbas Salimi pun beli
T-shirts and stickers
nak tampal kat beg dan basikal...
Malamnya ada Pidato di Dewan JAIP.
Tapi Allah izin tak dapat pergi
gara-gara Said Ramadhan tidur awal.
(penat sangat seharian bermain)
Suami dan anak-anak lain pergi.
Kata mereka pidato yang penuh semangat,
dan persembahan Pentomin dari Sekolah Irsyad yang menarik.
Namun yang lebih penting kesedaran
kita membantu Rakyat Palestin.

Sarang burung...

Hari ini waktu free je ngadap komputer.
Finalise JW untuk diedar selepas cuti CNY.
Sebelum balik, singgah pigeon hole kot2 ada surat.
Tapi lain yang di jumpa, rupa-rupanya
sarang burung berbuah limau setahun sekali...

Lewat petang puteri2 yang disayangi pulang dari SMASKL.
Yang paling dirindui Said Ramadhan...
siapa lagi kalau bukan Kak Sakinah.
Satu soalan cepumas dari Kak Long buat Said.
"Said sayang siapa.. Kak Long ke Kak Inah?"
"Aa'id (pelat perkataan Said) sayang Mama ngan Walid!"
Rupa-rupanya dalam diam
Said sudah pandai menilai soalan...

I'll remember this Wednesday...

Setelah hampir 3 minggu sekolah buka
berbagai aktiviti berjalan disekolah.
Tirai kesibukan sudah menampakkan taringnya.
Masa perhimpunan diumumkan
ada Pameran di Pusat Sumber Sekolah.
Saya turut ke PSS.
Ada Pameran Bertema Tahun Baru Cina.
Siap dapat buah limau dan hadiah cabutan bertuah.
Terimakasih buat Cikgu Nita dan pengawas PSS.
Kemudian jam 10.40 pagi ada mesyuarat agong rumah sukan.
Tahun ini nama masuk rumah hijau pulak.
Maka dengan menggunakan power sendiri...
saya pindah ke rumah Merah, macam budak-budak pulak.
Sebabnya sudah bertahun-tahun saya rumah Merah
alih-alih tahun ini tukar lagi, mana aci pindah2kan.
Lagi pun tahun ini jubah merah sudah siap
untuk dipakai hari sukan nanti hehe..
Hah... hari ini memang dalam sejarah.
I'll remember this Wednesday...
Selama 15 tahun saya di SMKPB
pertama kali saya di... oleh pelajar.
(I couldn't find any proper word to use)
Ditampalnya kertas lukisan kartun2 ni
pada tingkap Unser saya.
Apalah nak marah sangat kat cikgu Sharifah ni...
Cikgu marah ke? Tak... kesian pulak kat awak2
yang susah payah cari gam menampal!
Nak masuk kategori apa ye... kenakalan melampau.
Walau apa pun, cikgu tak dendam,
cikgu doa moga2 anak-anak pelajar
diberi keinsafan oleh Allah swt. Amin.

Balance, focus n creative

Balance, focus and creative...
Believe it on not Muhammad Said Ramadhan
secrectly snapped these photos by using
ummi's hp camera.
Kadang-kadang kalau makin dilarang
makin menjadi...



But look at his bad faces...
Hah.. ini wajah2 Muhammad Said Ramadhan
apabila permintaannya tidak dapat ditunaikan.
Biasalah tu kalau tak dapat main komputer.
But I really surprise he knows how to control
his finger on the mouse pad...


Tapi pada saat-saat ceria...
Inilah permata hati bonda dan ayahanda.
Umi sayang Said...

Hari Solidariti Palestin

Ijtima di SeRIA hari ini,
Mudir membincangkan tafsir Surah Al-Mulk.
Kemudian pengumam tentang
HARI SOLIDARITI PERINGKAT NEGERI PAHANG 2009
TARIKH : 23 Januari 2009
HARI : Jumaat
MASA : 9:00 AM - 11:30 PM
TEMPAT : Perkarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah Kuantan
dan Dewan JAIP Kuantan
ANJURAN : Sekretariat Solidariti Untuk Palestin Negeri Pahang
(Gabungan NGO-NGO Nadwah, JIM, HALUAN, ISMA, MACMA dll)
ATURCARA MAJLIS
9:00 AM - Pameran Palestin oleh badan2 NGO
1:00 PM - Solat Jumaat dan Solat Hajat
3:00 PM - Pameran bersambung
7:40 PM - Kuliah Maghrib : Sejarah Palestin
9:00 PM - Persembahan dari Nazri Johani
9:15 PM - Pidato Palestin dari TERAS,
Aman Palestin, wakil IPT dan NGO
Tuan puan dijemput hadir sebagai
tanda prihatin dan sokongan kepada
saudara-saudara kita di Palestin.
Kemudian sedikit peringatan dari akh tg,
kenapa perlu kita membantu Palestin.
Secara ringkasnya kerana Baitul Muqadis
adalah kiblat pertama, negeri Isra' Mikraj dan
tempat ibadah ke-3 selepas Masjidil Haram
dan Masjid Nabawi.
Maka kita perlu memberi sumbangan setakat
kemampuan yang kita ada kerana
kita dipertanggungjawab dihadapan Allah nanti.
1. doa munajat dan solat hajat.
2. menghindari hidup bermewah dan
merasai keperitan rakyat Palestin
3. memboikot
4. bantuan kewangan, sokongan moral, roadshow
5. berdakwah dan sebarkan pada masyarakat.

not too late... congratulations Kak Long

Dua hari ummi menunggu panggilan
kalau kak Long akan menelefon ummi
tapi tak juga...
Walaupun begitu ummi masih sabar menunggu...
Akhirnya panggilan diterima
setelah disuruh telefon...
Tahniah dari ummi dan ummi amat bersyukur
walau apa keputusan SMU yang Kak Long dapat.
6A1 + 4A2 = 10As + jayid jiddan
(even K Long frust x dapat mumtaz)
that's enough for ummi.
Sekarang usahalah yang terbaik untuk SPM 2009.
Doa ummi mengiringi Kak Long...

Tahniah buat teman

Tadi, jam 12 tgh. loceng sudah pun berbunyi.
Saya sudah nak melangkah balik.
Tetiba dapat berita.
Teman baik saya, Haniliza, telah mendapat surat lantikan
GPK 1 ke SMK Bukit Rangin.
Gempar sekejab bilik guru.
Sebab tiada angin pun, tiba-tiba pokok bergoyang.
Jadual waktu saya... kena tangguh lagi nampaknya
sebab HM tak ada tadi nak ubah apa-apa.
Tahniah buat temanku.
Walau pun sedih atas perpisahan
teruskan perjuangan di tempat baru.
Teman
di sini kita sama-sama
mengatur jejak
di sini kita sama-sama
melangkah tapak
di sini juga kita sama-sama
tidak jemu-jemu
mendidik anak bangsa
namun tiba jua masanya
kita sudah tidak dapat bersama
namun kita masih harus meneruskan
jejak dan langkah kita
walau di bumi mana kita berpijak
walau pun hati kita mungkin menangis...

Ziarah Sahabat

Selesai mesyuarat PPSMI petang tadi, saya bersama-sama beberapa rakan sekolah (Haniliza, Jalilah, Kak Eda dan saya) menziarahi sahabat lama kami Kak Ani di Indera Mahkota. Telah hampir setahun beliau telah berpindah ke sekolah baru, namum jalinan persahabatan antara kami masih erat. Sudah lama kami mengatur waktu untuk menziarahinya, hari ini baru jadi. Memang beberapa bulan yang lalu beliau jatuh sakit dan dengan izin Allah keadaannya masih berlanjutan hingga sekarang. "Doktor masih lagi belum bertemu dengan ubat yang sesuai untuk akak", cerita Kak Ani pada kami. Actually, first impression four of us were speechless. Physically, she looked thin than before. "Kak Ani hilang berat 15 kilo", she said. But until now, doctors haven't found any suitable medication for her. Kami hanya mampu berkongsi rasa hati dengan Kak Ani. Memang terasa berat sakit yang di tanggungnya. Doa saya Kak Ani diberi kesabaran dan kekuatan. Ujian dan dugaan dari Allah swt datang dalam berbagai bentuk untuk kita.


Pulang ziarah, singgah rumah untuk solat, cepat-cepat ke Taska Ibnu 'Abbas untuk menghadiri mesyuarat taska, tapi bila sampai aje mesyuarat sudah selesai... Ini pengurusan masa kena baiki lagi ye...


Kemudian walau pun jam hampir 6 petang, saya menziarahi sahabat saya Kak Silah. Kak Zaini pun ada sekali. Alhamdulilah, lega bila dapat lihat, Kak Silah sudah boleh duduk dan bercakap walau pun beliau masih tak boleh mengerakkan badannya sendiri . Syukur bila dapat tahu, dua hari ini sudah boleh makan bubur, walau pun sikit. Dan dengan izin Allah, Kak Silah sudah boleh mengerak-gerakkan jari-jari kaki kanannya dengan sendiri. Teruslah sahabat-sahabat semua berdoa dan memberi sokongan kepada Kak Silah.


Bila malam saja masa memang terasa suntuk waktunya. Hajat nak buat jadual waktu tak kesampaian kerana membantu 'Abbas tulis skrip untuk lakonannya kat sekolah esok. Moga Pn Hajah boleh terimalah sebab2 tak boleh nak siap jadual waktu baru on Friday. Kena tunggu Monday...

Prihatinkah kita

Mereka saudara seIslam kita
Namun seusia muda mu
Sudah mengenal erti
keperitan
kesusahan
kepayahan
penderitaan
kekejaman
penindasan
hanya kerana
untuk mempertahankan aqidah
Prihatinkah kita di atas penderitaan mereka...

Bersatu, gerakkan usaha membantu Palestin

Artikel dari Web Haluan untuk perkongsian bersama.


Hari ini BBC melaporkan jumlah kematian dalam serangan Israel ke atas Gaza sudah melepasi 700 orang. Sebahagian besar mangsa adalah kanak-kanak dan wanita, bukannya pejuang-pejuang Hamas. Media massa seluruh dunia menunjukkan bangunan dibedil oleh kereta kebal dengan peluru yang beratnya berpuluh-puluh tan, mayat kanak-kanak bergelimpangan dan orang ramai menyembahyangkan jenazah dalam satu barisan yang panjang. Bagi kanak-kanak, jika mereka tidak mati, sudah tentu kehilangan tangan dan kaki akibat terkena serpihan bom dan peluru.

Mahu ataupun tidak, kita mesti memahami bahawa serangan Israel adalah pembunuhan ke atas-orang-orang Islam Palestin.

Ketika penduduk Gaza dihujani peluru dan penggeledahan berterusan, masyarakat dunia masih ingin bermesyuarat, menetapkan masa untuk bersidang. Hal yang sebaliknya berlaku di Iraq, Aghanistan dan Bosnia-Herzegovina. Belum apa-apa lagi mereka menyerang negara-negara ini dan membiarkan perbersihan etnik berleluasa di Balkan.

Pada zaman yang digelar moden dan bertamadun ini, dihidangkan di depan mata kita pembunuhan demi pembunuhan yang berat sebelah. Pergerakan Hamas tidak mempunyai sebarang senjata canggih tetapi berhadapan dengan segerombolan askar Yahudi yang dilengkapi pesawat pejuang paling canggih dan bertan-tan peluru untuk memusnahkan sekolah, rumah dan masjid.

Keadaan di Gaza, Palestin adalah gambaran yang jelas berlaku ke atas sekelompok umat yang mengaku Allah SWT adalah Tuhan mereka dan Muhammad SAW adalah rasul-Nya.

Sebagai umat Islam, saudara kita di Palestin sedang menderita. Marilah kita bersama-sama berfikir dan merenung kembali apakah sebenarnya tugas dan tanggungjawab kita kepada mereka.

Saya ingin mengingatkan kembali perkara asas yang perlu dilaksanakan oleh kita semua. Keberadaan kita di atas muka bumi ini tidak lain hanyalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud, ‘Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.’

Ulama-ulama Islam juga menjelaskan kepada kita bahawa selain daripada ibadah khusus seperti solat, puasa, haji, zikir, membaca al-quran dan sebagainya, terdapat dua perkara besar yang mesti dilaksanakan dalam rangka menunaikan perhambaan atau ‘ubbudiyah ini iaitu amal ma’ruf nahi mungkar dan jihad fi sabilillah.

Profesor Dr Yusuf al Qardawi dalam buku ‘Ibadah Dalam Islam’ menyatakan bahawa jika tidak melaksanakan dua perkara ini, bermakna umat Islam belum lagi menunaikan ‘ubbudiyah kepada Allah SWT.

Inilah implkasi yang paling besar dalam hidup kita sebagai seorang Islam. Maknanya, dalam realiti hidup sekarang, selain melaksanakan hukum dan undang-undang Islam, usaha juga mesti merangkumi dakwah dan tarbiyah.

Kedua, jihad fi sabilillah terbahagi kepada empat iaitu jihad untuk mencari hidayah Allah, jihad untuk melaksanakan hidayah Allah, jihad untuk menjalankan hidayah Allah dan jihad untuk bersabar di atas jalan Allah.

Justeru, dalam amal ma’ruf nahi mungkar dan jihad fi sabilillah ini ada satu faktor umum yang dikenali sebagai dakwah.

‘Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh - ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.’ (Muhammad:12)

Apakah kita mahu hidup seperti mereka yang dinyatakan di dalam al-quran ini? Sudah tentu tidak. Apabila berbicara soal makan, ada tiga golongan yang dapat kita perhatikan. Golongan pertama adalah mereka yang bangun pagi, bertanya di dalam fikiran mereka ‘Hari ni aku nak makan apa?’ Golongan kedua bula bertanya ‘Di mana aku hendak makan?’ Manakala golongan ketiga bertanya ‘Hari ini aku nak makan siapa?’

Firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 8 yang bermaksud, ‘Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.’ Penilaian Allah SWT adalah jelas. Hidup bukan sekadar hendak memenuhi keinginan nafsu sahaja seperti mana yang dikejar oleh manusia hari ini iaitu sebahagian besar masa hidup dihabiskan untuk mengejar tiga TA iaitu wanita, harta dan takhta.

Namun, dicelah-celah manusia yang hidup hanya untuk dunia, terdapat sekelompok manusia yang sentiasa mencari dan mengintai keredhaan Allah SWT setiap masa.

‘Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.’ (Al-Baqarah:207)

Inilah kelompok yang sedang berjuang menegakkan Islam dan mempertahankan akidah Islam di Palestin. Mereka mempertahankan Islam dengan menyerahkan seluruh jiwa dan tenaga, darah dan nyawa semata-mata hendak mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Palestin mempunyai erti yang besar kepada umat Islam. Di situlah kiblat pertama sebelum ditukar ke Mekah. Di situ juga berdirinya Masjid Aqsa yang menjadi tempat singgah Rasululah SAW sebelum dimi’rajkan. Palestin signifikan dari segi akidah yang menentukan kedudukan umat Islam. Kefahaman ini mesti berada kukuh di dalam jiwa setiap umat Islam supaya setiap isu Palestin menjadi isu kita bersama.

Jadi, apa yang kita patut lakukan sekarang?

Salah satu daripada usaha ini ialah memboikot barang-barang yang ada kaitan dengan Yahudi dan Israel. Jika kita membeli produk-produk ini, kita sebenarnya telah memberi wang kepada Yahudi untuk membunuh masyarakat Islam Palestin.

Di samping itu, kita mesti terus-menerus berdoa, menunaikan solat hajat dan memohon kepada Allah SWT agar mempertahankan bumi anbia’ Palestin.

Kita mesti kembali kepada kerja-kerja dakwah dan tarbiyah, mengambil pendekatan yang telah dipelopori oleh Rasulullah SAW supaya masyarakat dapat menerima Islam dengan kefahaman yang betul. As-syahid Syed Qutb berkata hanya satu isu yang dibawa oleh Adam a.s hingga Muhammad SAW iaitu permasalahan akidah. Nampaknya, di sinilah perkara yang mesti diberikan keutamaan, ditebarkan dalam seluruh aspek kehidupan kita sama ada dalam bidang ekonomi, politik ataupun sosial.

Marilah kita bersama-sama mencari titik persamaan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini supaya Islam tidak akan dipermainkan seperti mana yang kita lihat di Palestin pada hari ini. Kita tidak mahu lagi melihat umat Islam berpecah-belah dan tidak ada kesatuan.


Dr Abddullah Sudin Ab Rahman
Presiden Haluan Malaysia
Bangi, Selangor
7 Januari 2009

Ceramah

Sebentar tadi menghadiri ceramah SELAMATKAN PALESTIN
di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah Kuantan
anjuran HALUAN Palestin.
Ceramah yang menyegarkan dan menghidupkan
serta menyedarkan dan membuka mata dan minda
tentang perancangan zionis untuk menghancurkan umat Islam
serta penderitaan saudara-saudara kita yang terkepung di Palestin.
Masa pulang saya terserempak dengan bekas pelajar saya
Ezatul Sakinah yang juga turut mendengar ceramah tersebut.
Beliau sedang meneruskan pelajaran di Shahputra.
Maaf kerana pada mulanya cikgu tak perasan.
Al maklum lama tak berjumpa, lain rupa dan wajah...

Sebelum balik, Said n Irah
sempat berposing depan Pokok Asma'ul Husna...

Tangisan kesyukuran

Pagi tadi ketika sedang menaip soalan latihan saya menerima panggilan telefon lagi.
"Ummi... ini Naemah..."
suaranya tersekat-sekat sebak tidak dapat meneruskan kata-kata.
"Ya.. ummi tahu. Hah... macam mana keputusan PMRU?"
"Ummi.. Emah dapat 6A..." dalam teresak-esak.
"Alhamdulilah..." ujur saya.
Namun esakannya makin kuat.
"Tak pe, alhamdulillah, umi syukur, Allah sudah beri yang terbaik buat Emah. Lagi pun ini hanya ujian kecil dari Allah. Ujian yang lebih besar bila mana kita bertemu Allah nanti di yaumul akhirah." pujuk saya lagi.
Alhamdulillah, puteriku Naemah mendapat 6A, 1B, 2C dan 1D untuk PMRUnya.
Saya amat bersyukur kepada Allah swt. Setiap waktu saya berdoa Allah beri yang terbaik buat puteriku. Dalam diam sebenarnya, saya juga menitiskan air mata kesyukuran.

First meeting

Some pictures taken this morning during
the first Science and Mathematics Panel Meeting for 2009.
T0 all my friends, keep up the good team spirit.
Good luck for this year performance.
May Allah bless all of you.

Bonda

Sesuatu yang selalu membimbangkan hati saya telah berlaku. Saya mendapat panggilan telefon dari bonda memaklumkan rumah dinaiki orang. Menjadi kebiasaan bonda dan ayahanda untuk bersolat subuh di masjid. Rupa-rupanya selama ini rutin mereka diperhatikan dan dikesempatan yang terancang mereka yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan. Apakan daya, dari jauh saya hanya mampu berdoa agar Allah swt memelihara keselamatan dan kesejahteraan ayahanda dan bonda. Beberapa ratus RM mencecah 1K telah diambil. Namum bonda masih mampu bersabar, "ummi halal apa yang diambil, doa moga-moga timbul keinsafan apabila orang yang mengambilnya membelanjakan wang tersebut." Itulah kekuatan yang ada pada bonda, menerima takdir seadanya. Ya Allah rahmati hidup bonda dan ayahanda...

Doa untuk Kak Wan Asilah

Sedang saya sibuk menguruskan anak-anak khidmah di Kg Cenderawasih Baru, tiba-tiba, tut.. tut.. telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk. Saya tidak menghiraukannya kerana asyik melihat anak-anak fasilitator menjalankan indoor games. Selepas seketika barulah saya membukanya.

"Msg dari Dr. Asmarawati. Doakan kesejahteraan Silah - Askm, insyaALlah ukhti Asilah didapati menghidapi breast cancer peringkat terminal dan telah masuk hospital kat Mekah dan dalam keadaan kritikal."

Inilah sms yang pertama saya terima dari K Ani, kemudian muncullah beberapa sms yang lain,
yang mana tiap kali saya terima, hanya doa yang dapat saya berikan buat Kak Silah....

"Msg dari Hjh W Rozina. Pg ni , W Asilah disahkan kanser tulang yang serius. Akan dihantar pulang ke Malaysia. Doakan untuk sohibah kita."

"Msg dari Kak Shimah. Silah telah d uruskan pulang K m'sia. Keadaannya kritikal. Seluruh anggota dah bengkak. Tadi pi ziarah dia sblm d bawa k jeddah."

"Asm, berita ttg Silah- Berkat bumi madinah Kak Silah makan nasi banyak, guna tangan sendiri. 1st time sejak datang mekah., Sblm nie, tak makan nasi langsung. Biskut aje 2/3 keping. Dari Johari"

"Dari akh Yusman. Aslm Drs suraya, basir, zamrin, w muhaizan. Ana bru hubungi akhi Johari di HKL wad oncology 2A2B. Prognosis ukht Wan Asilah NOT GOOD kata oncologist. On morphine. Esok mgkn buat radioterapi. Asilah sejak Mekah tak mahu ditinggalkn alone sjk trdengar Dr ckp her time is near. Dr HKL tiada halangan kalau kluarga nk bwa dia balik hospital kuantan."

Entah ke berapa fowarded message yang saya perolehi dari sahabat saya. Cuma yang mampu saya buat hanya berdoa kepada Allah swt. Sebab tiada apa yang ada di dunia ini melainkan milikNya segala-galanya. Masih segar dalam sanubari saya baru sahaja menghantar beliau di LTSHAH 19 November yang lalu. Dia terbongkok-bongkok bersalaman dengan saya. Cuma yang saya tahu Kak Silah sakit belakang sebab itu dia sukar untuk bangun, duduk dan berjalan. Itu pun sakit belakang nya doktor tidak dapat mengesan apa sebenarnya punca. Rupa-rupanya itulah simpton barahnya sudah merebak dan menyerang tulang belakangnya. Tiada siapa sangka, cerita Kak Silah kepada Dr Rohaiza masa di airport pada hari tersebut, "Ja... Jubah Kak Silah semua jadi laboh-laboh belaka...", adalah petanda-petanda yang barah itu sudah serius. Selama ini sudah berbulan-bulan Kak Asilah sakit semua putus punca tidak tahu apa penyakit sebenarnya. Walau bagaimana pun kuasa Allah, di bumi Mekah segala punca penyakit terongkai, tapi... Ah.. air mata ini tidak dapat berhenti mengalir. Hanya doa yang dapat saya panjatkan kepada Allah semoga di permudahkan segala-galanya.

Bila saya kenang balik, Subhana'Allah... Allah memang jadikan Kak Silah seorang yang cukup kuat dan tabah. Selama ini dia mengharungi segala keperitan dan kesakitan bersendirian. Kami sahabat-sahabat yang rapat tidak tahu langsung. Tapi kekuatan Allah beri kepadanya dia mampu lagi melakukan apa-apa kerja walaupun berpapah. Kali akhir Kak Silah rehlah dengan adik-adik UIA di pantai, bila membuat penyampaian dia sudah tidak boleh duduk bersila hanya mampu duduk atas kerusi. Tapi Kak Silah tak pernah merungut, dia mampu buat. Agaknya itulah nikmat iman melaksanakan mas'uliah Allah, sakit apa-apa pun bukan halangan.

Allah beri Kak Silah kekuatan yang cukup luar biasa. Masa kan tidak, mana mungkin KaK Silah sampai ke bumi Mekah, menyempurnakan hajat untuk membawa ibu dan ayahnya menunaikan Haji. Menurut Nor (adik Kak Silah) doktor-doktor di Mekah pun tak percaya macam mana Kak Silah can go through all the pains. Saya sendiri pun bila baca pengalaman seorang pesakit kanser saya tak boleh bayang macam mana Kak Silah dapat lalui semuanya, dengan redha dan tak pernah bersungut. Saya dapat rasa satu kemulian yang Allah beri untuk Kak Silah.

Setelah mendapat berita Kak Silah pulang ke Kuantan, saya terus dengan beberapa sahabat menziarahinya. Dan Allah memang bagi Kak Silah kuat, dia masih boleh senyum (sikit) dan kenal mereka yang datang ziarah. Saya bawa anak-anak saya, dan Kak Silah masih ingat Habibah, Naemah dan Sakinah. Bila jumpa Wasilah (anak K Nor + Abg Man) dia mampu sebut , hah... nakal lagi ke? Buat masa ni, Kak Silah masih bertahan dirumah. Cuma semalam saya pergi ziarah dia tiada kerana masih di hospital untuk tambah darah. Hari ini saya akan menziarahinya semula.

Doa senjata orang mukmin. Dan doa itu saja yang mampu saya bantu. Moga Allah tambah lagi kekuatan buat Kak Silah untuk mengharungi detik-detik yang mendatang. Juga Allah beri kesabaran dan ketabahan buat keluarga dan adik-adik Kak Silah. Sama-sama kita doa untuk Kak Wan Asilah.

Palestine

Hari ini masuk hari ke 11 saudara seIslam kita
telah di serang di Palestine.
Saya memang mengikuti berita-berita terkini
dari blog-blog terpilih seperti
Tadi di sekolah juga telah diadakan
Majlis Pelancaran Tabung Palestine.
Juga sesiapa yang tinggal di sekitar Kuantan.
Lapang-lapangkan diri anda untuk menghadiri
ceramah 'SELAMATKAN PALESTIN'
serta iringan tayangan video/slide
oleh HALUAN Palestin Malaysia
pada
hari Isnin
12 Januari 2009
bertempat
di Masjid Negeri Sultan Ahmad
jam 7.45 malam.
Semua di jemput hadir.
Hubungi 013-9333316.
Sebar-sebarkan...

Demam

Puteriku Nazirah, hari ini demam.
Bila kata tak payah pergi sekolah rehat di Taska
mula merenget menangis tak mahu pergi.
Akhirnya saya pujuk ok ikut ummi gi sekolah.
Sekelip mata berhenti menangis dan siap tanya lagi
"Ummi, Irah kena mandi ke?"
Alahai puteriku, rupanya manja2 tu tak habis lagi...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu