Setelah mendapat tahu bandar
Sg. Lembing sudah dinaiki air
saya kira-kira tak senang duduk.
Maklumlah masa meninggalkan
rumah semalam, tak membuat persediaan apa-apa.
Tak sangka pulak hujang sepanjang hari
menyebabkan gelombang ke dua berlaku
dalam masa yang agak lewat,
sekolah dah nak buka esok.
Maka sejak petang semalam
saya telah membuat pemantauan dari jarak jauh.
Ni gambar cctv dari web infobanjir
Ni gambar cctv dari web infobanjir
keadaan Sg. Lembing jam 5.45 petang Sabtu.
Hujan sepanjang hari dan air sungai sudah melimpah...
Boleh di katakan malam tak lena tidur juga.
Nak balik suami demam selsema, tak larat nak bawa kereta.
Pagi ni bila pantau air sungai sudah surut.
Gambar ini diambil pada jam 8.45 pagi.
Tapi... maknanya air sudah mula turun ...
dan laluannya nanti Kg Sg. Isap Damai...
maka kira2 tu tak tenang juga saya dibuatnya.
Di hati saya sentiasa berdoa,
kalau apa-apa biarlah kami sempat
sampai di Kuantan dan kemas2 rumah dulu.
Jam 9.30 bertolak balik ke Kuantan.
Semasa meninggalkan rumah bonda,
hujan masih renyai-renyai dan ombak bergelora.
Semasa dalam perjalanan, di Pantai Kelulut, Marang
terserempak dengan kereta Ustaz Rohmat (Pengetua SMASKL)
yang mengalami kemalangan jalan raya.
Beliau dalam perjalanan ke sekolah.
Jalan licin menyebabkan keretanya terbabas
dan terlanggar tiang TNB. Ini menyebabkan
tiang tu beralih tempat ke tepi,
kedudukan sebenar tiang bawah kereta!
Tapi alhamdulillah, ustaz tak apa2,
tiada kecederaan, cuma terkejut saja
(saya agaklah dan semestinya...)
Lebih sejam kami berada di situ,
semasa saya beredar pun, kren masih belum tiba
untuk alih tiang tersebut.
Sambil menunggu tu lah Said Ramadhan
bukan boleh duduk diam.
Biasalah anak sedang membesar, panjat sana-sini.
Nak bagi duduk diam,
take few pictures, lepas tu buat semula...
Sepanjang perjalanan hujan renyai-renyai.
Laluan pantai dapat lihat ombak cukup besar.
Dalam kereta terima sms,
Ukht Faridah Rahim dari Johor telah pergi buat selama2nya.
Saya sebenarnya baru mendapat tahu semalam
yang beliau dimasukkan ke ICU kerana pendarahan
yang berterusan ketika menjalani pembedahan
membuang barah yang menyerang ovarinya.
Namun Allah lebih menyayanginya.
Semoga Allah mengurniakannya di tempat
orang-orang yang soleh.
Perjalan agak perlahan, kami singgah makan tengahari
di Restauran dekat Sg. Ular.
Lebih kurang jam 2.30 petang sampai Sg. Isap.
Sudah agak air longkang sudah melempah...
Duduk rumah tak sampai sejam,
tapi kemas2 apa yang patut.
Bergegas pula ke SeRIA kerana
menghadiri Ijtima 'am.
Sebelum turun ini aras air dalam longkang depan rumah.
Kira OK lagi tu...
Masa di SeRIA, terima pula panggilan dari
Cikgu Maziah, memaklumkan Abd Rahim,
pelajar saya yang menghidap leukimia meninggal dunia.
Terdiam saya seketika menerima berita
kematian yang ke dua. Baru minggu lepas saya singgah
ke rumahnya untuk menziarahinya.
Namun ketentuan Allah tiada siapa dapat menghalang.
Pulang dari ijtima' air makin naik.
Longkang besar diluar makin banyak.
Rumah kawan-kawan saya di kawasan belakang sudah
dimasuki air sampai buku lali.
Dan air longkang depan rumah naik juga.
Balik rumah sambung kemas2 barang.
Kemudian ke Masjid Al Fatah untuk menziarahi
arwah Rahim.
Tapi Allah izin tak sempat,
jenazah sudah di bawa ke Perkuburan Bukit Ubi.
Saya bergegas ke sana pula.
Saya tunggu hingga selesai.
Cikgu sentiasa mendoakan moga
Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah.
Malamnya, untuk langkah berjaga
saya dan anak2 tidur di surau SeRIA.
Sebenarnya air dijangka pasang jam 2 pagi.
Masa tidur malam pula, kira2 jam 2.30 pagi
bukan terkejut air pasang tapi terdengar orang menggerang.
Rupa-rupanya suami saya... sakit dada...
Katanya mungkin urat tegang sebab
membantu mencangkul di perkuburan siang tadi.
Terlalu banyak peristiwa yang saya lalui hari ini.
Ya Allah, jangan uji saya sesuatu
yang tak mampu untuk saya hadapi...
0 comments:
Post a Comment