Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Puteri ku pulang ke SMASKL

Malam jumaat saya pulang ke KT kerana
menghantar 3 puteri ku yang akan pulang ke SMASKL.
Alhamdulillah, dapat bertolak awal sikit.
Tapi supirnya demam selsema...
Singgah dinner di Restoran Nabila kat Dungun.
Sampai KT dalam jam 12.00 malam, kira awal lah tu.
Sempat jumpa dengan Umi Su yang juga pulang bercuti.
Tapi tak boleh sempang panjang. Umi Su nak balik KL pagi ni juga
dan saya nak ke SMASKL hantar anak-anak balik.

Ini Said n Syafie.
Kak Long Syamira n Kak Long Habibah

'Abbas dan Syukri.

Sampai SMASKL jam 9.30 pagi.
Selesai buat bayaran yuran, hantar Sakinah ke dormnya.

Sempat lagi menghilangkan dahaga.
Tepat jam 11.30 taklimat dari pengetua SMASKL.
Satu pesanan beliau, dalam prasarana sekolah yang serba kekurangan
ibu bapa perlu ikhlas menghantar anak mereka,
guru juga perlu ikhlas mengajar, dan anak-anak juga ikhlas belajar.
Insya'Allah, berkat keikhlasan itu anak-anak akan berjaya.
Hasilnya, alhamdulillah PMR yang lalu
8 orang pelajar mendapat cemerlang 9A.

Selesai taklimat, saya bertemu dengan sahabat lama saya
xkt 80, Wan Maziah. Anaknya juga sebaya anak saya
belajar di SMASKL. Secara kebetulan baru saya tahu
beliau sepupu dengan adik ipar saya, Syed Zulfa.
What a small world...
Buat puteri-puteri ku yang disayangi.
Sakinah baru memula langkah untuk belajar berdikari.
Naemah akan menghadapi PMR tahun ini.
Kak Long pula akan menduduki SPM.
Ummi telah menghantar kalian ke sini untuk menuntut ilmu.
Yang penting dari itu dapat mentarbiyah diri
agar terpelihara aqidah salimah.
Kerana antum bakal generasi pewaris
sekiranya ummi dan walid sudah tiada lagi...

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu