Sedang saya sibuk menguruskan anak-anak khidmah di Kg Cenderawasih Baru, tiba-tiba, tut.. tut.. telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk. Saya tidak menghiraukannya kerana asyik melihat anak-anak fasilitator menjalankan indoor games. Selepas seketika barulah saya membukanya.
"Msg dari Dr. Asmarawati. Doakan kesejahteraan Silah - Askm, insyaALlah ukhti Asilah didapati menghidapi breast cancer peringkat terminal dan telah masuk hospital kat Mekah dan dalam keadaan kritikal."
Inilah sms yang pertama saya terima dari K Ani, kemudian muncullah beberapa sms yang lain,
yang mana tiap kali saya terima, hanya doa yang dapat saya berikan buat Kak Silah....
"Msg dari Hjh W Rozina. Pg ni , W Asilah disahkan kanser tulang yang serius. Akan dihantar pulang ke Malaysia. Doakan untuk sohibah kita."
"Msg dari Kak Shimah. Silah telah d uruskan pulang K m'sia. Keadaannya kritikal. Seluruh anggota dah bengkak. Tadi pi ziarah dia sblm d bawa k jeddah."
"Asm, berita ttg Silah- Berkat bumi madinah Kak Silah makan nasi banyak, guna tangan sendiri. 1st time sejak datang mekah., Sblm nie, tak makan nasi langsung. Biskut aje 2/3 keping. Dari Johari"
"Dari akh Yusman. Aslm Drs suraya, basir, zamrin, w muhaizan. Ana bru hubungi akhi Johari di HKL wad oncology 2A2B. Prognosis ukht Wan Asilah NOT GOOD kata oncologist. On morphine. Esok mgkn buat radioterapi. Asilah sejak Mekah tak mahu ditinggalkn alone sjk trdengar Dr ckp her time is near. Dr HKL tiada halangan kalau kluarga nk bwa dia balik hospital kuantan."
Entah ke berapa fowarded message yang saya perolehi dari sahabat saya. Cuma yang mampu saya buat hanya berdoa kepada Allah swt. Sebab tiada apa yang ada di dunia ini melainkan milikNya segala-galanya. Masih segar dalam sanubari saya baru sahaja menghantar beliau di LTSHAH 19 November yang lalu. Dia terbongkok-bongkok bersalaman dengan saya. Cuma yang saya tahu Kak Silah sakit belakang sebab itu dia sukar untuk bangun, duduk dan berjalan. Itu pun sakit belakang nya doktor tidak dapat mengesan apa sebenarnya punca. Rupa-rupanya itulah simpton barahnya sudah merebak dan menyerang tulang belakangnya. Tiada siapa sangka, cerita Kak Silah kepada Dr Rohaiza masa di airport pada hari tersebut, "Ja... Jubah Kak Silah semua jadi laboh-laboh belaka...", adalah petanda-petanda yang barah itu sudah serius. Selama ini sudah berbulan-bulan Kak Asilah sakit semua putus punca tidak tahu apa penyakit sebenarnya. Walau bagaimana pun kuasa Allah, di bumi Mekah segala punca penyakit terongkai, tapi... Ah.. air mata ini tidak dapat berhenti mengalir. Hanya doa yang dapat saya panjatkan kepada Allah semoga di permudahkan segala-galanya.
Bila saya kenang balik, Subhana'Allah... Allah memang jadikan Kak Silah seorang yang cukup kuat dan tabah. Selama ini dia mengharungi segala keperitan dan kesakitan bersendirian. Kami sahabat-sahabat yang rapat tidak tahu langsung. Tapi kekuatan Allah beri kepadanya dia mampu lagi melakukan apa-apa kerja walaupun berpapah. Kali akhir Kak Silah rehlah dengan adik-adik UIA di pantai, bila membuat penyampaian dia sudah tidak boleh duduk bersila hanya mampu duduk atas kerusi. Tapi Kak Silah tak pernah merungut, dia mampu buat. Agaknya itulah nikmat iman melaksanakan mas'uliah Allah, sakit apa-apa pun bukan halangan.
Allah beri Kak Silah kekuatan yang cukup luar biasa. Masa kan tidak, mana mungkin KaK Silah sampai ke bumi Mekah, menyempurnakan hajat untuk membawa ibu dan ayahnya menunaikan Haji. Menurut Nor (adik Kak Silah) doktor-doktor di Mekah pun tak percaya macam mana Kak Silah can go through all the pains. Saya sendiri pun bila baca pengalaman seorang pesakit kanser saya tak boleh bayang macam mana Kak Silah dapat lalui semuanya, dengan redha dan tak pernah bersungut. Saya dapat rasa satu kemulian yang Allah beri untuk Kak Silah.
Setelah mendapat berita Kak Silah pulang ke Kuantan, saya terus dengan beberapa sahabat menziarahinya. Dan Allah memang bagi Kak Silah kuat, dia masih boleh senyum (sikit) dan kenal mereka yang datang ziarah. Saya bawa anak-anak saya, dan Kak Silah masih ingat Habibah, Naemah dan Sakinah. Bila jumpa Wasilah (anak K Nor + Abg Man) dia mampu sebut , hah... nakal lagi ke? Buat masa ni, Kak Silah masih bertahan dirumah. Cuma semalam saya pergi ziarah dia tiada kerana masih di hospital untuk tambah darah. Hari ini saya akan menziarahinya semula.
Doa senjata orang mukmin. Dan doa itu saja yang mampu saya bantu. Moga Allah tambah lagi kekuatan buat Kak Silah untuk mengharungi detik-detik yang mendatang. Juga Allah beri kesabaran dan ketabahan buat keluarga dan adik-adik Kak Silah. Sama-sama kita doa untuk Kak Wan Asilah.
Salam Ma'al Hijrah! Selamat Datang 1432H...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment