Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Pulang dan Ziarah

PULANG
Hari ini anak-anak puteri SMASKL pulang menaiki bas.
Masa dulu saya teringin nak naik bas.
Seronok tengok kakak2 naik bas balik asrama.
Masa tu kakak2 saya ada belajar di TKC dan STF.
Maka tiap kali pulang cuti menghantarlah kami
ke stesyen bas, kemudian lambai ramai-ramai...
Bila saya dapat masuk MRSM KT,
mula-mula saya menangis,
sebab apa?
Sebab tak boleh dihantar balik asrama naik bas.
Tak ada orang boleh lambai-lambai naik bas.
Pernah masa outing cuba2 balik naik bas,
tapi bila balik asrama ayahanda mesti hantar dengan kereta,
tak dibenarkan juga saya naik bas...
Dan semalam masa halaqat keluarga
selepas Kak Long baca tazkirah walid kata pada ummi,
walid serah pada ummi kalau ada apa-apa nak tambah.
Ummi tak daya nak cakap panjang-panjang.
sebab sejak balik hari2 dengar leter ummi...
Ummi kata ummi nak baca sajak je
semalam masa ummi potong bawang
jari ummi luka, teriris pisau
tapi ummi tidak risau
malahan ummi tak nangis pun
kalau kena pada adik-adik
jatuh sikit aje
luka pun tak seberapa
tapi derohong satu kampung boleh dengar...
maka tangan ummi yang teriris itu
kecil sahaja
ummi masih boleh sapu ubat
ummi masih boleh balut dengan tisu
namun yang membimbangkan ummi
merisaukan ummi
dan menakutkan ummi
bukan jari ummi luka
tapi hati ummi luka
bukan luka di sini
tapi nun di hari yang kekal abadi
luka kalau ummi tak dapat bersama
anak-anak ummi melepasi timbangan nizam
luka kalau ummi tak dapat bersama
anak-anak melepasi siratul mustaqim
luka kalau ummi tak dapat bersama
anak-anak ummi untuk mendapat jannah Allah
sebab cukup jelas firman Allah swt
Surah At-Tahrim ayat 6
"Hai orang-orang yang beriman,
peliharalah dirimu dan keluargamu
dari api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;
penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,
yang keras, yang tidak mendurhakai Allah
terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka
dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
maka dengan itulah
yang membimbangkan
yang merisaukan
yang menakutkan
hati ummi
kalau-kalau
ummi tak mampu nak
pelihara dan jaga anak-anak ummi
dari api neraka
kerana pada masa itu
kalau hati ummi luka
parahnya mungkin tidak dapat boleh disembuh
ummi harap anak-anak ummi
dapat faham dan mengerti
kenapa
telinga anak-anak memang tak mengah mendengar
kalau ada suara-suara leter dari ummi
kalau ada suara-suara tegas dari ummi
atau pun kalau ada suara-suara keras dari ummi
sebab
biar jari ummi luka disini
jangan sampai hati ummi luka di akhirat
yang mana pada waktu itu
tiada ubat lagi yang dapat
membalut luka hati ummi....
ZIARAH
Petang tadi agak lewat juga saya dan Kak Norehan keluar dari rumah untuk menziarahi Kak Silah. Sampai di rumahnya, Allah izin dia sedang rehat tidur. Maka saya dan Kak Norehan tak mahu ganggu biarkan dia rehat. Adiknya Noor kata hari ini dia terasa letih selepas baru baik dari meragam perut. Dia agak dehydrate dan Dr Rohaiza sudah bantu masuk beberapa botol ke badannya 2/3 hari lepas. Sama-sama kita berdoa untuk Kak Silah. Kalau ikut perubatan doktor memang tidak dapat buat apa-apa. Namun siapa kita untuk melawan kehendak Allah swt. Dengan izin Allah jua sampai hari ini Kak Silah masih boleh bertahan.
Agak menghampiri jam 7.oo Kak Silah bangun dari tidurnya. Dari raut wajahnya nampak wajah agak letih mungkin sebab baru bangun dari tidur. Selepas bersalaman Kak Silah tanya, "Mana yang lain-lain?" Mula-mula saya tak dapat tangkap maksudnya. Rupa-rupa Kak Silah tanya anak-anak. Memang masa datang dulu saya bawa Wasilah, Nazirah dan Said. Tapi tadi anak-anak sibuk main basikal yang baru dibaiki. Maka saya tak bawalah. Rupa-rupa Kak Silah ingat mereka. Mungkin juga kesunyian di katil, rindu agak nak dengar keriuhan suara anak-anak yang nakal tu. Kadang-kadang bimbang juga nak bawa budak2 takut bising ganggu, tapi Insya'Allah datang lagi sekali saya akan bawa mereka.
Kak Silah masih terbaring dikatil. Dia perlu dibantu untuk memusingkan badan untuk duduk dalam selesa. Dari pinggang ke bawah memang tak boleh gerak sendiri. Tapi pinggang ke atas nampak sihat tangan boleh bergerak macam biasa. Tapi alhamdulillah ada perubahan sikit. Kalau dulu masa datang Kak Silah boleh gerak jari-jari kaki, kali ini dia sudah boleh bengkokkan kakinya sedikit dengan sendiri. Cuma kali ini perutnya masuk angin, selepas minum, dia muntah. Tapi seleranya ada, Noor sudah boleh beri makan buah yang dipotong halus-halus.
Melihat Kak Silah, tak putus-putus hati saya berdoa, Ya Allah beri kekuatan buat Kak Silah. Dan saya yakin doa dari sahabat juga dapat menguatkan Kak Silah untuk mengharungi ujianNya ini.

1 comments:

sherry January 28, 2009 at 11:22 PM  

Salam Cikgu.

Perjalanan hidup kita ada perbezaan. High School saya kat Sekolah Sains Raub. Dari kampung, Temerloh memang naik bas henti-henti ke Raub. Masa tu setiap kali tenguk member balik hostel dihantar naik kereta, rasa jelez yang amat sangat..tidak terfikir kesusahan ibubapa. ya allah..ampunilah dosa2 ku ketika itu.

Syukur kepada allah patut mendahului segalanya.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu