Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Pemulihan


Alhamdulillah... proses pemulihan 'recovering' ok.
Doktor bagi mc 15 hari je, 5 hari dok hospital,
10 hari rehat kat rumah,
sat2 jumaat ni dah nak kena gi sekolah.
Mengapalah doktor tak sambung terus...
satu hari je lagi untuk minggu ni....


Balik rumah doktor bekalkan taklah banyak ubat,
2 jenis ubat antibiotik dan 1 ubat gastrik.
Ubat antibiotik tu sudah habis pun makan
tapi ubat gastrik tu ada dua tiga biji lagi.
Kira halal... sebab perut sudah tak berangin...

Kawan2 ramai datang ziarah.
Tapi dok sibuk2 melayan lupa nak snap2 foto.
Terimakasih semua sudi hadir menziarah.
Dan betullah... kalau orang sakit,
memang patut kita gi ziarah
sebabnya saya boleh rasa...
bila lihat wajah sahabat2 yang datang,
bersalaman, di peluk erat...
Allah bagi rasa kuat, gembira dan ceria...
hilang sakit seketika...


Ada yang tegur, "Kurus nampak kak pah..."
Alhamdulillah.... kalau betul2 kurus.
Hari tu, 1 hari kat hospital turun 1 kilo je.
Tapi apa tidaknya sepanjang proses pemulihan
breakfast pagi2 two slices of bread je,
kalau biasa2 kat sekolah mesti a plate of rice.
Tapi kira 'brunch' tu cover breakfast and lunch.
Tapi tulah... bila sudah di gertak oleh Allah
dengan sedikit ujian...
boleh pulak makan ala sekadarnya.
Balik2... nafsu itu mesti dikawal...


Bila lapar sikit, biskut2 je...
Waktu lunch and dinner buah2 sikit
dengan hanya semangkuk bubur.
Huhu... itu lah diet saya sepanjang pemulihan.


Ramai yang saran makan ikan haruan
sebab boleh sembuh luka cepat.
Huhu... tapi hari ke 10 baru jumpa ikan haruan.
Alhamdulillah dapatlah juga, pada tak dapat langsung.
Sebab susah nak cari, bukannya duduk kampung...

"Ummi, lokman selalu tangkap ikan haruan
dekat longkang rumah dia..." cerita 'Abbas pada saya.
"Lepas tu dia goreng... sedap..." ceritanya lagi.
Huhu... anakanda ku... pecah rahsia aktiviti dia
dok buat bila hujung minggu di rumah lokman...
"Ummi suruhlah lokman cari", cadang 'abbas selepas
mendengar saya merungut bila boleh dapat ikan haruan.
"Hari sekolah... mana ummi dia beri tangkap ikan..." ujar s aya.

Tunggu pasar tani hari ahad baru ada,
RM 20 sekilo, Dapatlah dalam 5 ekor,
cukup untuk 5 hari...
Huhu... berlendir2... tapi orang kata itulah penawarnya.
Saya basuh2, gaul garam & kunyit,
panggang dalam daun pisang.
macam dalam pantang beranak pulak...

So sehari dua ini, bubur saya berlaukkan ikan haruan.
Alhamdulillah... semua di nikmati dengan penuh kesyukuran...
Allah masih kasih memberi peluang untuk
menikmati rezkinya...


Dan yang paling utama, proses pemulihan
mesti ada hubungan yang kuat dengan Allah...
Setiap yang berlaku adalah hikmah yang tersembunyi
menguji hati2 mereka yang ingin kembali kepadaNya.
Dan mungkin tak seberapa berbanding dengan
mereka yang terdahulu diuji Allah....


On Sunday, halaqah sudah berjalan macam biasa...
Last day for dr siti hajar and his son yusri.
She's going to tranfer to Tg Karang Selangor.
Walau sebentar bersama,
moga ukhwah terus berpanjangan.
Ingat kat mana2, d&t mesti diteruskan...

2 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah April 1, 2010 at 9:06 AM  

salam pah,

alhamdulillah...dah sembuh! semoga kekuatan baru terbina setelah ujianNYA dilalui dgn penuh keredhaan...

cikgu sharifah April 1, 2010 at 6:39 PM  

wsalam kak nab,

insya'Allah, Amin....

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu