Lepas asar, musafir tarbawi saya sekeluarga bermula.
Saya berkonvoi dengan keluarga cikgu Nasibah.
Perjalanan lewat petang agak lengang.
Tapi dalam kereta huhu... riuh rendah.
Masa ni lah macam2 ujian samada untuk anak2
mahu pun ibu bapa - kesabaran, kerjasama, tolak ansur...
Ada macam2 kerenah - tak nak share tempat duduklah...,
berebut airlah..., dan 1001 macam permintaan.
Sebagai ibu, semoga semua jadi bahan tarbawi
terutama buat kakak2 yang perlu berlajar kerenah adik2.
Tiba di Bangi lewat malam jam 11:30 malam.
Tersesat juga nak sampai ke Kolej Za'aba.
Terus mendaftar dan masuk bilik kerana
esok banyak lagi acara2 yang nak dihadiri.
0 comments:
Post a Comment