Cuti2 terengganu, bertemu bonda dan ayahanda
bersama mereka dalam usia bonda dan ayahanda
melalui usia senja amat mendamaikan hati.
Lebih2 lagi berjauhan memang dirasakan
bonda dan ayahanda merindui anak2nya
cuma style orang tua2 mana pandai nak tunjuk2.
Pagi ini ke pantai lagi.
Air laut setenang2nya macam kolam mandi.
Ombak2 kecil je menghempas pantai.
2 jam anak2 mandi dan berendam dalam air.
Sambil tu bersama walidnya cari ketam.
Suami saya siap pergi pasar cari kepala ayam
buat umpan tahan ketam.
Tengok wajah2 anak2 yang seronok.
Said main pasir, kutip ketam dan siput sepuas2nya.
Kemudian kami bersarapan di pondok kecil di tepi pantai.
Kopi susu kaw + nasi lemak kuning ikan aya
+ kayu keramat....
Sudah mandi, ini hasil tangkapan said ramadhan.
Berjam2 pula menirap di 'kuda depan rumah
menilik hasil2 tangkapannya....
Yang ini hasil tangkapan 'abbas dan walidnya.
Dapat 2 bekas ketam.
Terus dimasak oleh bonda.
Menu tengahari gulai lemak ketam fresh dari pantai.
(umi su jangan jelous ye...
siapa balik awal tak merasa...)
Selepas zohor saya bertolak balik ke kuantan.
Cucunda2 tak puas nak pelok nenda berdua.
Said ramadhan mana????
Giliran dia pulak merajok....
sudah tunggu dalam unser tak mahu turun.
Bila lagi boleh pulang bercuti tak tahulah.
Sebelum balik singgah dulu ke bukit besar.
Ziarah bonda tg hailani (adik bonda saya).
Beliau masuk hospial baru2 ni 10 days.
Saya tak sempat nak balik ziarah beliau.
Sampai sana said bermesra dengan 2 sepupunya
tg yusri, siap minum susu sama2...
Pukul 3 lebih baru bertolak balik.
Jalan smooth je tapi sampai merchang jam.
Sudah agak mesti ada accident.
Beberapa kereta terbabas masuk parit.
Bomba sedang potong nak keluarkan
saya tak pasti orang atau mayat sebab
orang ramai penuh jalan.
Saya rasa keparahan yang serius.
Satu kereta remuk atas jalan.
Ahai macam reporter pula buat laporan....
Bukan apa cuma mengingatkan kita semua agar berhati2.
Walaupun kita sedar takdir nak berlaku
kehendak Allah belaka.
Sampai kerteh terserempak dengan bomba
yang berbunyi siren dari belakang.
Ini pun satu sivik orang sini,
tak mahu beri laluan langsung
buat bomba yang kecemasan tu...
Di kijal kemaman hujan lebat pulak.
Maka perjalanan jadi perlahan.
Cuma kali ini alhamdulillah, said ramadhan
tidor sepanjang perjalanan. Lega sikit rasanya.
Menghampiri 6.40 PM sampai rumah sg isap.
Dan rumah sunyi sebentar.
Hanya keriuhan anak2 kecil je.
Tiada lagi gelekek kak long dengan nazirah,
suara2 naemah yang bertegang urat dengan 'abbas,
juga gurauan sakinah dengan adik manjanya said.
Rindu saya pada keriuhan itu
walau pun dok berleter juga
dengan karenah anak2 remaja ni.
Dan saya amat merasa tadi masa
bersalam dengan bonda dan ayahanda
mereka juga merindui agar
anak2 dan cucu dapat bersama mereka
lebih2 lagi dalam usia meniti penghujung itu.
Pasti mereka kerinduan dan kesunyian seperti saya...
Tapi apa kan daya masing2 masing ada tanggungjawab.
Doa saja mengiringi agar bonda dan ayahanda
diberi kesihatan yang baik dan dipelihara Allah.
Ya Allah, kasihanilah mereka sebagaimana
mereka mengasihani ku sejak dari kecil lagi....
Juga doa buat anak2 saya, Ya Allah jadikan mereka
anak2 yang soleh dan solehah....
0 comments:
Post a Comment