Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Sorotan seminggu

Seminggu berlalu mencatat seribu makna tersendiri.

Walaupun hampir seminggu berita pemergian
seorang mujahid muda allayarham Ammar Zulkifli
menghadap Illahi berlalu, namun saya masih
merasai aura pemergiannya.
Membaca lembaran2 kenangan
yang dicatat oleh sahabat2 arwah
amat terasa dunia dakwah kehilangan
seorang kader yang cukup berpotensi.
Dan saya kagumi keluarga arwah,tabah, tenang dan sabar
menghadapinya. Itulah buah2 dari proses DnT.

Kemudian beberapa hari kemudian
berita pemergian seorang ulama' muktabar,
Dr. Fathi Yakan. Penulis buku terkenal
'Apa erti saya menganut Islam'.
Buku yang manjadi rujukan dan dikelek
ke hulu dan ke hilir bila saya mula2
menjinakkan diri dengan DnT.

Moga mereka menjadi tetamu istimewa Allah di syurga....

Muda dan tua semua akan di panggil pulang.
Cuma cepat atau lambat kita tidak pasti perhitungannya.
Maka dalam usia yang masih berbaki ini,
bersiap sedialah kita membuat bekalan....

**********&&&&&&*********

STUDY CASE????


Seminggu sekolah di buka Allah mula menguji saya...
Mereka2 inilah hero yang kadang2 hilang
akal saya memikirkan bagaimana nak approach.
Hilang semangat saya nak guna kaedah
penceramah dalam seminar2 saya ikuti,
dekati mereka dengan penuh kasih sayang...

Hari isnin kelas saya mereka seperti chipsmore,
kejap ada kejap tiada. Mereka nak masuk kelas
atau nak keluar kelas, ikut suka mereka.
Makna kata saya kat dalam kelas tu macam tak ada,
nak keluar masuk tak minta izin pun.

Hari rabu saya masuk kelas mereka sudah
siap2 keluar kelas, terus tak masuk2.

Hari khamis hanya seorang masuk kelas,
lagi dua memang keluar tak masuk2.
Saya cuba ekori mereka nak tahu juga
ke mana mereka bersembunyi,
alih2 saya yang penat tawaf sekolah...

Hari jumaat selepas majlis ilmu
saya berbicara dengan ustazah ct arija n kak eda.
Apa nak buat dengan anak2 pelajar hari ini.
Seolah tidak makan di pujuk,
dimarah mereka lari, dilembut mereka naik kepala.
cukupkah hanya sekadar berdoa....

Huhu... ada rakan2 di alam maya boleh kongsi pengalaman????

2 comments:

Anonymous June 22, 2009 at 11:50 PM  

Assm

Mungkin pelajar tersebut terasa jemu seharian mengikuti pelajaran dalam kelas dalam suasana yang formal. Mungkin sekali sekala boleh ubah enviroment, belajar di open space dalam suasana informal. Tak berlu ajar banyak2 cukup satu dua method math asalkan mereka faham.

Sekadar pandangan, moga membantu. Bila tengok kisah laskar pelangi kaedah mengajar simple tak terlalu formal, tapi kata2 guru yang berkesan akan terkesan dihati. Sambil2 tarbiatul alam untuk sama2 direnungi oleh pelajar..

All the best moga Allah beri kekuatan kepada ukhti...

cikgu sharifah June 24, 2009 at 12:48 AM  

Wa'alaikumslm.

Terima kasih kerana memberi pandangan.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu