"mama, esok adik nak gi sekolah dengan mama...", ujur said ramadhan pada saya. Kakaknya nazirah dan abangnya 'abbas sudah lama tidur. Tinggal said ramadhan saja sorang2 sambil bermain dengan permainannya.
"huhu.. mama keluar awal, kan adik pergi dengan pakcik man." jawab saya sambil kehairanan kenapa tiba-tiba nak suruh saya hantar pergi sekolah.
"tak nak, kereta pakcik man kecik, adik nak bawa bear gi sekolah, nanti tak muat." rayu said ramadhan kepada saya.
"mana sempat, mama kena datang awal ke sekolah kena buat relief cikgu." balas saya lagi. (entahlah said faham ke tak istilah relief cikgu tu). Saya bukan mencipta alasan, tapi biasalah pagi suasana cukup kritikal nak turun ke sekolah. Anak2 memang sensitif bila pagi2, silap sikit je, alamak meragam maka lewatlah saya ke sekolah.
"Lela tu.. mama dia hantar pergi sekolah... munir tu... mama dia hantar pergi sekolah juga... adik pun nak pergi sekolah dengan mama..." dengan suara hampir2 menangis...
Tepat saya memandang wajah anak saya, muhammad said ramadhan.... rupa2nya selama ini dia memerhati. Saya tak terkata apa2. Rasa sedih pulak jadinya. Namun perbualan saya terhenti disitu kerana walidnya pulang dari kerja (huhu... jam 9.00 baru pulang dari kilang....)
Terus said 'menjemba' walidnya dan mengadu pulak, "walid... paip bilik air rosak...". Begitulah reaksi anak2 bila berjumpa dengan walidnya mesti ada sesuatu dia akan mengadu, almaklum dari balik sekolah tak jumpa walidnya, so bila jumpa je macam2 benda dia cuba nak bercerita.
Memang kerosakan itu dalam pengetahuan suami saya, lalu dia membaikinya dan said ramadhan memerhati dan menolong2 dengan caranya bila suami saya menggantikan dengan paip baru.
Pagi...
Bangun je pagi said ramadhan terus memberi tahu kakaknya, "semalan aa'id tengok walid baiki paip.". Bagi kanak2 pengalaman tukar kepala paip satu yang bermakna dalam dirinya.
Saya lega, alhamdulillah dia tak merengget minta dihantar ke sekolah atau taska. Namun hati saya tetap terdetik, jangan diambil mudah, anak yang dikecil jangan disangka tak ada apa2, mereka memerhati dan sudah pandai membuat penilaian...

0 comments:
Post a Comment