
Masih ada peluang untuk saya
mengadakan kelas tambahan terakhir
bersama 5 syumul. Mereka semua
saya kumpul di makmal ict.
Sambil tu jenguk2 juga 5 saksama
yang bersama cikgu kamisah di makmal ict 2.
Moga2 sedikit peringatan dan tunjuk ajar
dapat membantu mereka menjawab
soalan2 add maths nanti,
Biasalah... cikgu yang berdebar lebih2
tengok anak murid mereka cool je...

ceramah misi kemanusiaan padang
yang disampaikan oleh pak bashir dari haluan.
Dalam surau yang padat, biasalah
pelajar2 ni tiba masa hilang juga tumpuan.
Namun diharapkan moga apa yang disampaikan
menginsafkan dan dapat memberi iktibar.
Alhamdulillah RM900 telah dapat dikumpul
dan disumbangkan untuk tabung padang.

Memang tahun ini banyak suka duka
yang dilalui. Zaman berubah,
suasana pun banyak berubah...
Moga ukhwah yang diikat
bersama rakan2 guru akan terus berkekalan.

Hari ini memang hujan tak henti2.
Ha'ah... sampai je rumah terkejut menerima
tetamu yang tak diundang...
Nak halaukan kesian pulak
hujan lebat mereka menumpang teduh.
Malam selepas isya' pulang ke kt.
Perjalanan perlahan sebab hujan memanjang.
Sampai rumah bonda jam 1.00 pagi,
mengharung air depan pagar.
Huhu... rumah tepi pantai pun banjir juga...
0 comments:
Post a Comment