Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Pulang ke Kuantan.


Hari ini selesai memberi personal touch
add maths untuk kak long
saya pulang ke kuantan bersama anak2.
Kak long beraya di rumah nadirah.
Peperiksaan spm lambat lagi tamatnya.
Insya'allah ummi sentiasa mendoakan
moga Allah permudahkan peperiksaan
kak long yang mendatang.


Maka tinggallah ayahbonda berdua.
Maafkan anakanda sebab aidil adha
tidak dapat bersama.
Memang itulah yang terjadi sejak
tahun2 kebelakangan ini kerana
tanggungjawab qurban di kuantan menanti.
Ayahbonda berkorban dengan anak2 tak dapat bersama.
Anak2 pun terpaksa berkorban meninggalkan ayahbonda.
Moga pengorbanan ini tidak sia2,
semua dalam rangka nak cari redha Allah....

Semasa meninggalkan pantai bb tadi
cuaca memang panas,
ombak pun nampak kurang mengganas.
Dan alhamdulillah perjalanan ok.
Singgah solat zohor di rumah umi na.


Namun sampai je kuantan hujan lebat...

Dan hari ini merupakan hari istimewa,
ummat islam yang menunaikan haji berkumpul di arafah.

Dari Aisyah ra katanya, Rasulullah saw bersabda,
"Tidak ada suatu hari dimana Allah swt
paling banyak membebaskan hambaNya dari neraka
selain dari hari Arafah." (hr sahih muslim).


Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya Allah swt memuji mereka yang sedang
berwukuf di arafah kepada penduduk langit
dan berkata kepada mereka:
'Lihatlah kepada hamba2Ku yang datang kepadaKu.'
(hr ahmad)

Sesungguhnya keasyikan di arafah tidak akan
terungkai kecuali kita sendiri merasainya.
Dengan penuh kesyahduan bermunajat kepada Allah swt.
Ya Allah, moga Engkau menerima
segala taubatku di arafah...

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu