SIANG...
Allah swt lebih menyayanginya. Sahibah yang disayangi Ukht Kak Wan Asilah telah mendahului kita untuk bertemu dengan Rabbnya lebih kurang jam 11 pagi tadi. Arwah pergi dalam keadaaan yang tenang pada pagi Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari. Mungkin itu yang terbaik setelah melalui waktu-waktu getir sejak arwah pulang dari menunaikan hajj di Mekah 2 ½ bulan yang lalu. Ramai sahabat handai yang datang menziarahi arwah dirumahnya. Solat jenazah disempurnakan selepas solat Jumaat di Masjid Al-Fatah dan dikebumikan di Perkuburan Kg Marhum di Pekan.
Kali terakhir saya bersamanya (sebelum beliau betul2 uzur) pada petang Selasa yang lalu. Sewaktu itu arwah sedang berehat di ruang tamu rumahnya.
Arwah meminta saya, "Boleh minta tolong?"
Saya tanya balik, "Tolong apa?"
"Picit kaki boleh? Kak Silah lenguh...".
Jarang sebenarnya bagi arwah meminta sesuatu kerana sifatnya yang tak suka menyusahkan orang. Maka saya memicit kaki kirinya dan Kak Nor memicit kaki kanannya. Saya mengosok2 bawah betis arwah dan tapak kakinya. Sesekali beliau tersenyum dan mengerut2kan dahi.
Saya tanya ”Kenapa? Kak Silah sakit ke...?
Arwah menjawab dengan senyuman diwajahnya, ”Geli...”.
Lalu Kak Nor menyampuk, ” Makna Silah boleh rasa lagilah tu...”
Dan dengan penyusunan ALlah jua itulah perbualan terakhir saya bersama arwah...
Memang amat terasa satu kehilangan yang besar kerana arwah seorang dae yang tidak jemu2 mendidik adik2 IPT di Kuantan. Arwah seorang yang cukup teliti dalam berbicara. Namun qada' dan qadar Allah mengatasai ketentuan manusia. Beliau dipanggil pulang dulu kerana Allah lebih menyayanginya.... Moga Allah merahmati arwah dalam golongan orang2 soleh dan beriman. Yang pasti saya akan merindui kepetahan dan kerendahan hati seorang daie’ berbicara....
MALAM...
I'm blogging from Sabak Bernam after 5 hours journey from Kuantan - Karak - Genting - Batang Kali - Bidor - Teluk Intan - Sabak Bernam, kerana menghadiri pernikahan anak kepada kakak ipar saya yang juga anak saudara suami saya. Alhamdulilah saya sempat sampai sejurus upacara akad bermula. Ini pertama kali saya sampai ke Sabak Bernam. Tapi tibanya malam, maka tak nampak apa2 lagi... So afterwards then I'll upload the pictures.
0 comments:
Post a Comment