Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Ziarah dan Doa

Alhamdulillah setelah menjalani kursus, selepas zohor saya dan beberapa sahabat menziarahi Kak Silah. Setiba Kak Silah sedang tidur. Menurut Nor, keadaan Kak Silah tak banyak berubah. Untuk hari ini saja dia sudah 5 kali muntah. Agak keletihan wajahnya. Kami tak mahu mengganggunya, tapi seperti beliau rasa kami datang, sejurus kemudian Kak Silah bangun. Matanya yang kuyu melihat kami seorang demi seorang. Kak Aisyah tanya, "Kenal tak". Dengan nada perlahan dia membisik, "Aisyah...". Alhamdulillah, Kak Silah masih mengenali kami. Tapi kadang-kadang percakapannya tak menentu. Pergerakan Kak Silah terbatas. Adiknya Amar terpaksa mengubah beberapa kedudukan Kak Silah di atas katil mengikut posisi yang selesa. Kami membaca Quran untuk Kak Silah dan dan alhamdulillah Kak Silah diam mendengar malah diminta tutup kipas yang ada agar suara bacaan kami dapat didengar dengan lebih jelas.

Sejurus sebelum saya pulang, Dr W Muhaizan tiba. Kak Silah minta diperiksa jantungnya. Dr Wan melayan hajat Kak Silah. Kata doktor, "Alhamdulillah, jantung ok, tapi paru2 Kak Silah masih berair." Kak Silah mengangguk faham. Masya'Allah, saya tidak dapat menahan kesayuan dihati. Ya Allah, berikan Kak Silah kuat untuk menghadapi dugaan ini. Hanya Allah yang boleh mendengar. Memang kita semua akan diuji, bentuk yang mana kita akan diuji, hanya Allah yang tahu. Juga buat adik2 Kak Silah, doa kami antum semua tabah dan sabar atas segala2nya.

1 comments:

AzaSalwani March 6, 2009 at 3:58 PM  

Assalamualaikum Wr. Wb.
cik gu walaupun sya sekrg di Perak tp Alhamdulillah dpt sya mengetahui keadaan kesihatan sahabat sya Wan Asilah melalui blog ini.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu