Pagi-pagi lagi sudah ke sekolah. Hari ini ada mesyuarat PIBG.
Saya kena jaga alat siaraya... tak pernah2 buat kerja ni.
Tapi alhamdulillah, boss saya Mr Moses sudah bereskan semua.
Lagi pun beberapa pengawas memang sudah di latih
untuk mengawal alat siaraya ni.
Saya datang hanya testing microphone je
"testing... one, two. threee..." bergema satu dewan
dengar suara Cikgu Sharifah.
Tapi masa tu tak ada orang lagi, dewan pun masih kosong...
Cuma ingat mesyuarat pendek,
rupa2nya menghampiri 12.30 PM juga.
Saya minta izin dengan Datin untuk pulang awal
sebab Naemah dan Sakinah nak balik SMASKL, bas 1 :30 tgh.
Hah... hitam gambar jadinya, tak pe lah ye.
Tapi Allah izin bas 1.30 delayed hingga jam 3.oo petang.
Hari tu waktu balik kena tukar tiket 8.30 malam.
Hah.. Naemah fikir2lah apa Allah nak tarbiyah untuk awak.
Dan hari ni jam 2 saya bergegas ke SeRIA ada
kursus Haluanita hingga tengahari esok.
Moga saya dapat sesuatu yang bermanafaat
disepanjang hujung minggu ku yang penuh berisi.
0 comments:
Post a Comment