Pagi ini giliran saya pula membawa kereta untuk ke BTPNP. Saya bergilir kenderaan dengan Kak Zainah. Sedaya yang mampu saya cuba untuk on time mengambilnya sebelum 7.45 pagi. Seperti biasa traffic tidaklah heavy mana kerana sudah melewati masa budak-budak masuk sekolah. Kami tiba sebelum 8.30 pagi so sempat menjamah sarapan pagi yang disediakan. Hari ini kerja2 penilaian sudah selesai. Saya hanya perlu menyiapkan borang penilaian akhir dan borang2 claim. Banyak mana sangat boleh claim tu, tapi saya tak kisah mana. Yang penting banyak perkara baru yang dipelajari. Menilai software yang telah disiapkan bukan satu yang mudah. Perlu juga mengambil kira sipembuat software tu (adik2 dari Multimedia University) lagi susah... Walaubagaimana pun saya cuba menilai seadilnya agar bila CD tu siap nanti dapat dimanafaatkan oleh pelajar sebaiknya terutama untuk sasaran pelajar yang lemah. Mengikut Puan Cheng projek ini sejak 2004 lagi masa tu Add Maths masih dalam BM dan CD sudah siap pun. Tapi tak sempat diguna sebab tukar ke BI. Maka not easy for them to translate all works in English pulak. Hah.. sampai sekarang 2009, kami adalah kumpulan penilai ke 4 menilai software tersebut. Moga projek ini berjaya.
All other things, saya dapatlah kongsi pengalaman2 mengajar Add Maths dengan rakan2 guru yang hadir. Ini sebenarnya agenda tersirat. Walaupun masa mesyuarat JKKD daerah Kuantan kami pernah jumpa tapi tak sempat juga nak bertukar maklumat. Seronok juga dapat berkenalan dengan Pn Cheng pegawai BTP dari Kementerian ni. Wajahnya tak lekang dengan senyuman. Sambil makan2 tu saya sempat bertukar2 idea. Macam2 juga yang dibincangkan pasal PPSMI, pasal sistem pendidikan dan pelajar2 hari ini. Nampak belaiu tak lokek untuk memberi pendapat. Mesyuarat tamat tepat jam 12.oo PM. Tapi saya pulang seorang sahaja, kerana Kak Zainah pulang awal kerana menerima berita kematian mak saudaranya.
Petang saya bergegas pula untuk halaqah makcik2 Kg Permatang Badak. Nampaknya mereka amat bersedia. Semua hadir tepat pada waktu termasuk beberapa orang jiran mereka. Hari ini Kak Mah jamu dengan putu mayang berkuah.. Lupa pulak namanya, tapi yang pasti memang sudah bertahun2 saya tak menjamah makanan tradisional ni.
As for this weekend, test papers of 3 classes are waiting to be marked...
0 comments:
Post a Comment