Halaqah Makcik2 tangguh minggu ini.
Ingatkan petang ni boleh bersama anak2 yang pulang dari SMASKL
tapi kena bertugas pulak untuk sukantara sekolah.
Tapi tengoklah sendiri berapa kerat je yang hadir.
Alahai... tak de semangat langsung nak bersukan.
Lepas tu cepat2 pulang sebab janji dengan Kak Nor nak ziarah Kak Silah. Semalam ukht Ana beritahu Kak Silah di HTAA sejak Selasa kerana tambah darah. Tapi bila je sampai dekat Wad PICU doktor yang bertugas beritahu beliau sudah pulang. Tu lah teknologi ada tapi tak guna... lupa nak call dulu tanya. Sampai ke rumah Kak Silah agak lewatlah juga sebab nak ke sampai kereta banyak bertembung dengan waktu pelajar pulang sekolah. Saya terserempak dengan Kak Sal dari KL yang juga menziarahi Kak Silah. Maaf tak sempat nak berta'aruf panjang.
Sewaktu saya tiba, Kak Silah sedang tidur. "Kak Silah penat", kata Nor. Tiap kali minum Kak Silah muntah. Memang dari raut wajahnya nampak kelesuan yang amat sangat. Keadaannya pun tidak sesegar dulu. Menurut Nor, paru-parunya berair. Ubat tahan sakit juga terpaksa diberi untuk meredakan sedikit kesakitannya. Sebentar kemudian Kak Silah bangun. Sayu hati saya melihat dengan penuh kasih sayang Nor menyapu-nyapu air kemuka dan kepala Kak Silah.
Kata-katanya kurang jelas, tapi riak matanya seolah dia masih mengenali kami yang hadir. Dalam kesempatan yang ada saya menyuruh Kak Long membacakan Yaasin buatnya. Moga dengan bacaan ayat2 itu dapat melegakan sedikit kesakitan yang dialami. Alhamdulillah, Kak Silah seakan2 mendengar dengar kusyuk bila ayat2 di baca oleh Kak Long dan Kak Mah.
Dan hari ini kami pulang dengan hati yang amat berat. "Doa untuk Kak Silah", bisik Kak Silah bila kami bersalam untuk pulang. Insya'Allah semua akan mendoakan untuk Kak Silah.

0 comments:
Post a Comment