Notes to myself: Sharifah, you can still write something without pictures...
A few days ago, berkesempatan bersama Dr Asmarawati mendengar pengalaman beliau di Gaza. Satu pengalaman yang cukup bermakna dapat duduk dan melihat bagaimana penduduk Palestin dapat bertahan dengan ujian Allah ini. Antara yang sempat dicatit.
1. Doktor di Gaza sangat efficient dalam menangani keadaan disini, 60 tahun dalam suasana perang maka mereka sudah bersedia. Semasa beliau sampai, semua pesakit yang krtikal sudah settle, lebih kurang 300 pesakit sudah dihantar ke Jordan, Arab Saudi dan Mesir. Maka yang tinggal pesakit yang sudah tak memerlukan immediate operation. Doktor mereka pun ramai, in fact population ratio better than Malaysia.
2. Mereka sangat taat kpd Allah dapat dilihat bila masuk waktu terus solat. Kalau di hospital, kalau tak terlibat dengan pesakit atau operation mereka akan terus berwudu' dan solat berjemaah, tak kiralah dimana samada bilik atau dewan bedah. Jadi nampak syuur kekuatan dengan Allah menjadikan mereka kuat. Hinggakan driver yang bawa beliau, bila tiba waktu asar, berhenti dan solat, kemudian baru sambung perjalanannya. Ini cukup memberi kesan tarbiyah.
3. Banyak baca Al-Quran. Pesakit yang datang sambil menunggu mereka akan baca Al-Quran.
4. Suasana soleh dimana wanita2 menutup tutup aurat dengan sempurna tidak seperti wanita dari negara2 arab lain yang berfesyen2 berlebih2an.
5. Sangat mesra, bila berjumpa akan memberi salam, tak putus2 diberi salam samada hospital atau kedai. Hinggakan beliau rasa bila keluar ke Mesir rasa diabaikan sebaliknya di Gaza dimana pergi diraikan.
6. Keadaan mereka meraikan tetamu. Kalau di dewan bedah atau ICU, terus bagi air teh dahulu. Malahan makan di sebuah kedai makan tuan restauran bagi makan free, padahal keadaan perang.
7. Mereka tak mengeluh, walaupun teruk kerosakan. Mereka redha dengan apa yang berlaku. Dan tak ada peminta sedekah, malahan mereka memberi. Ada ayah penduduk Gaza yang tinggal di KL bila tahu doktor2 datang dari Malaysia, datang cari di hospital dan ajak makan tengahari. Mereka dijamu dengan nasi arab dalam dulang dengan ayam dan kambing lagi. Seolah-olah rasa kita tak beri apa2 tapi meraka yang beri kat kita.
8. Hakikatnya yahudi kalah. Hamas telah dapat membunuh tentera yahudi secara direct dalam 40 - 50 orang tapi taklah diberitakan pada akhbar. Kereta kebal dapat dimusnahkan dalam 8/9. Israel pula sanggup bom askarnya sendiri yang cedera walau sedikit atas alasan tak mahu askarnya menjadi tawanan.
9. Yahudi rasa seolah2 berperang dengan 'hantu'. Mereka melihat ada explosion pada kereta kebal tapi sebenarnya bom tak explode pun. Banyak pertolongan dari Allah.
10. Walaupun yahudi mempunyai kelengkapan yang canggih, tapi mereke sangat takut. Allah berikan ketakutan dalam hati mereka. Walau kelengkapan bagus tapi mereka kalah.
In fact yahudi kata mereka akan tawan dalam masa 5 jam, tapi hampir 23 hari yahudi terpaksa berundur kerana ramai tentera yahudi terbunuh.
11. Kerosakan amat teruk. Balai polis habis musnah. Masjid2 banyak kena bom. Ini pun target yahudi agar orang takut dan tak pergi masjid. Tapi sebaliknya, malahan lebih ramai lagi orang pergi masjid. Ada remaja2 sengaja ke masjid kerana nak mati syahid.
12. Gaza tempat yang tak selamat. Kita akan rasa situation maut bila2 masa tak de tempat yang selamat. Memang kita kena rasa maut tu dekat, tapi bila di Malaysia kita tak merasa sedemikian. Situation tak selamat bila-bila masa. Yahudi hanya memberi alasan ada mujahidin lalu mereka akan bom tempat tu tak kira samada kedai, sekolah atau hospital.
13. Ada hospital dibom pada hal bangunan hospital tu baru siap dan nak di rasmikan pada 1 jan 2009 tapi tak sempat. Ada universiti dibom, juga sekolah rendah anak2 yatim juga dibom. Namun anak2 ni ada kesungguhan. Mereka belajar di khemah2. Kalau kita mungkin kata tak payah gi sekolah, tunggu perang habis dulu...
14. Sekatan ekonomi yang dikenakan kepada rakyat Palestin tidak mematahkan semangat mereka. Terowong 10km antara Rafah dan Mesir, mereka gunakan untuk mendapat bekalan makanan dan sebagainya. Mereka bercucuk tanam buah2an dan sayur2an. Tanah yang ada mereka usahakan dengan bina green house depan rumah dan tanam tomato dan lemon.
15. Mereka tak takut mati. Mereka memang mencita2kan jihad. Malahan kata mereka biar kami berjihad, kami akan bebaskan bumi ini dan kita sama2 solat di Masjidil Aqsa.
17. Mereka pastikan anak2 palestin tidak dalam ketakutan. Oleh itu anak2 digalakkan main di luar dalam kawasan runtuhan dan sebagainya, Mereka tak nak anak2 jadi penakut. Malahan anak2 palestin sekolah rendah pergi sekolah jalan kaki bersama kawan2nya. Tiada orang dewasa menemani, very independant. Ada juga volunteer yang pergi ke rumah2 beri anak2 semangat kepada anak2 supaya tidak takut.
Kesimpulan : What can I say to myself... I can feel it. Kita kuat bila hubungan dengan Allah kuat. Rakyat Palestin membuktikannya. Pertolongan dari Allah bersama mereka yang kuat dan ikhlas.
Salam Ma'al Hijrah! Selamat Datang 1432H...
9 years ago
3 comments:
dapat informasi berkesan di hati!
MashaAllah, cerita ni seperti kisah peperangan zaman Rasulullah dan para Sahabat. AllahuAkbar!!
Allah swt maha adil!di uji dengan segala kepayahan tapi terbuka pintu kesurga! kita diuji dengan dengan kesenangan tapi.... nauzubbillah..
Post a Comment