Satu hari lagi untuk mesyurat e-bahan. Alhamdulillah hari ini macam kelmarin, boleh balik awal. Semua kerja menilai dapat dibereskan maka sesi malam ditiadakan lagi. Bila pulang terserempak dengan Kak Nor lalu mengajak saya untuk menziarahi Kak Silah. Setiba ke rumahnya, Kak Silah sedang berehat di kerusi malas di ruang tamu. Bila bersalaman saya memegang erat tangannya yang sembab dan memeluk kemas badannya lemah. Hari ini memang raut wajahnya agak kelesuan. Sembangnya juga tidak selaju dulu. Menurut adiknya, hari ini Kak Silah keletihan kerana dia muntah tiap kali selepas minum. Saya hanya mampu mendoakan buatnya. Moga kehadiran kami memberi kekuatan dan semangat untuk Kak Silah terus berjuang melawan kesakitannya. Semua ditangan Allah swt, namun kita seharusnya tidak putus asa untuk berdoa.
Salam Ma'al Hijrah! Selamat Datang 1432H...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment