Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Sikap

Pagi ini hari hujan setelah sekian lama bumi Kuantan tidak dibasahi dengan air yang agak lebat. Sampai di persimpangan Sg Isap Damai, saya melihat kereta berduyun2 kerana ibubapa ramai menghantar anak ke SK Sg Isap dek kehujanan. Lalu saya menukar laluan saya ke jalan alternatif, kerana dalam pengiraan saya jika tidak, saya akan sampai lewat ke sekolah. Alhamdulillah percaturan saya tepat, saya tiba agak awal. Juga saya tiba awal untuk perhimpunan pagi, ingatkan saya lewat kerana pelajar sudah masuk ke dalam Dewan Multaqa'. Kerusi guru masih kosong, hanya beberapa orang saje baru sampai. Sempat saya mengusik Kak Nab, "Cikgu pun jam hari hujan..." Tapi nampak agak ketara pelajar lelaki lengang, hari Isnin campur dengan hujan... maka alasan yang kuat untuk tidak datang sekolah. Alahai itulah pelajar sejak sekian lama saya di SMKPB cukup mudah membuat keputusan yang kurang bijak...

Di kelas 4 Budiman - 9.00 - 10.20 AM

Bila masuk kelas, selepas memberi salam saya akan menandatangani buku pengesanan ponteng. Sebelum kelas bermula saya akan menyemak dulu pelajar saya kot2 ada yang memonteng. Memang ada yang memonteng pun, masa saya sedang mengedar dan berbincang kertas ujian, 2 pelajar lelaki keluar senyap2. Inilah keberanian luar biasa pelajar zaman le ni...

"Mana buku pengesanan ponteng?"
"Tak ada cikgu."
"Tak ada? Hilang ke, macamana buku sebasar tu boleh hilang?" bibit2 leteran mula terkeluar.
"Tak cikgu, ketua kelas tak datang hari ni."
"Habis tu penolong kelas kan ada."
"Cikgu, penolong kelas pun tak datang cikgu. Mereka buat balik buku tu cikgu, simpan kat rumah."
"Cikgu biase lah tu kan diorang pergi khemah semalam, penatlah tu..."

Di kelas 5 Syumul - 10.40 - 12.00 PM

Semasa menandatangani buku pengesanan ponteng, saya dapati beberapa pelajar tidak hadir.

"Mana Pijan (ketua kelas 5 Syumul), lari(acara sukan) lagi ke?"
"Tak lah cikgu, kan semalam gi perkhemahan, biasalah hari ni rehat2..."
"Hah penolong kelas ada?"
"Ada cikgu... kan Ain baik mana ponteng..."

Di Makmal ICT kelas 2 Ehsan (1.20 - 2.40 PM)

"Mana buku pengesanan ponteng, tak bawa ke?"
"Cikgu, ketua kelas tak datang hari ni. Penolong pun sama cikgu."
"Cikgu, tengoklah kami sikit hari ni, budak lelaki pun ramai tak datang."
"Awak tahu sebab apa tak datang sekolah?"
"Hah... cikgu kan semalam pergi khemah hari ni penatlah tu..."

Maka itulah sikap masih tidak mampu diubah. Walaupun perkhemahan kepimpinan tempoh hari khusus untuk ketua kelas dan penolong ketua kelas bagi memupuk keperibadian kepimpinan, tapi masih tidak cukup membantu mereka bersemangat untuk melawan kepenatan hadir ke sekolah. Oleh itu sifat bermalasan inilah yang perlu dibuang jauh-jauh. Sifat bermalasan ini datang dari nafsu dalam diri sendiri. Inilah musuh yang terbesar yang menghalang diri untuk berubah. Justeru perangilah musuh dalam diri dulu. Sabda Rasulullah saw kepada sahabat2 baginda ketika perang badar, kita baru menghadapi jihad yang kecil dan kita akan menghadapi jihad yang lebih besar lagi iaitu jihad melawan hawa nafsu. Justeru itu anak-anak pelajarku, bersungguh-sungguhlah untuk merungkai diri dari cengkaman nafsu diri sendiri.

1 comments:

Anonymous February 28, 2009 at 2:15 AM  

salamz.beginilah suasana pelajar hari ini.mungkin zaman saya(1999 spm) lebih kurang sama dengan hari ini.Tp kan cikgu, bila lihat situasi mcm ni,pelajar2 masih kurang matang dalam membuat keputusan dan tindakan.Nafsu mendahului akal...Satu lg yg sy perasan sikap pelajar yg perlu diubah ialah klu ada program sukan atau kurikulum,atau program2 yg melibat kan hari belajar,mereka beri alasan xnak ke sekolah sebab xbelajar kata mereka.itulah alasannya.walhal,setiap guru sudah tentu meninggalkan kerja untuk dilaksana..Ni pandangan saya setelah menjadi guru.Sedih dengan segelintir pelajar yg lambat matang dalam tindakan.smg Allah Pelihara generasi2 ini dan kita semua.InsyaAllah..

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu