Kelemahan saya ketara lambat ingat nama. Sebab apa confuse kerana rupa mereka ini hampir sama walau pun tidak mempunyai pertalian darah. Jadi rasa macam sudah jumpa kat kelas ni, rupa-rupanya duduk kat kelas lagi satu...
Eh tadi kan awak kat kelas 5 Syumul.
Mana cikgu, saya duduk sinilah.
Rupa awak macam Diana, awak adik Diana ke?
Cikgu... saya Maizatul mana saya ada kakak kat sini.
Maka tadi saya ketemukan mereka
untuk menghilangkan kekeliruan saya...
Are they alike?
Left : Maizatul 4 Saksama
Right : Nor Diana 5 Syumul
Lokasi : Kelas 4 Budiman
Puteri sudah siap kerja?
Cikgu saya bukan Puteri..., Puteri kat kelas 4 Adil.
Ye ke... kan cikgu ajar awak masa 1 Bestari dulu, nama awak Puteri kan.
Tak lah cikgu, tapi semua cikgu kata saya macam Puteri tapi saya bukan Puteri...
Maka tadi saya terserempak mereka berdua
turun tangga untuk pergi rehat.
Yang pakai cermin mata tu Puteri (dulu tak pakai).
Ya saya ajar dia masa tingkatan 1 Bestari dulu.
Jadi kalau buka cermin mata tu
rupanya sebiji juga dengan rakan kembarnya...
Sebab itu lah saya confuse wajah...
So... Are they alike?
Cuba kita renung firman Allah swt,
Surah An-Naml ayat 64 yang bermaksud,
"Atau siapakah yang menciptakan
(manusia dari permulaannya),
kemudian mengulanginya (lagi),
dan siapa (pula) yang memberikan rezki
kepadamu dari langit dan bumi .
Apakah di samping Allah ada ilah (yang lain)?
Katakanlah: Tunjukkanlah bukti kebenarannmu
jika kamu orang-orang yang benar. "
1 comments:
Ya lah Pah..they look alike.
Post a Comment