Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Perjalanan Ahad



Hari ini saya tolong masak untuk Program Rehlah adik2 IPT. Saya masak nasi goreng cina je.

Sedang masak nasi goreng dapat berita dari bonda yang sepupu (Allahyarham Engku Embong Al-Idrus) kepada arwah nenda saya telah dipanggil pulang oleh Allah. Orang zaman dulu2 kalau sepupu sepapat ni rapat macam adik beradik. Saya panggil allahyarham Ayah Mbong. Arwah adalah bekas Mufti Terengganu. Usianya menjangkau 90an. Tiap kali hari raya saya dan adik beradik akan menziarahinya. Bila bertemu arwah akan bercerita tentang sejarah Terengganu. dan membuat bandingan antara pemerintah dulu dan sekarang. Maklumlah arwah sempat berada dibawah pemerintahan Terengganu sejak Sultan Sulaiman lagi. Masa saya nak sambung belajar ke US arwah telah menghadiahkan kitab fikh dalam bahasa jawi lagi kepada saya. Katanya buat bekalan... Moga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh arwah.

Lebih kurang 11.45 AM saya menghantar nasi yang digoreng tu ke Pantai Sepat. Mereka sudah berada disini sejak pagi lagi. Masa saya sampai ada yang sedang bakar ikan. Di kesempatan yang ada saya berta'aruf dengan mereka dan sempat bersama untuk Kalimah Akhirah.

Petang menghadiri majlis Haluan Palestin bersama ibubapa anak2 SeRIA. Tak jemu2 mendengar ceramah Palestin. Dan begitulah hendaknya kerana Palestin adalah isu sejagat umat Islam. Ia bukan isu bermusim. Walau pun Israel sudah berhenti menyerang Gaza, isu ini tidak berhenti disini. Aqidah umat Islam perlu dipertahankan. Di slot ke 2 Dr. Asmarawati telah menunjukkan slide tetang pengalaman beliau disana. Begitu menyayat hati bila saya melihatnya.

Sedang asyik mendengar ceramah terima pula SMS mengkhabarkan Kak Fauziah (akh Suria) mengidap kanser usus tahap 4. Saya berkenalan dengan Kak Fauziah masa di US dulu. Memang lama saya tak berjumpa beliau. Saya hanya mampu berdoa moga Allah swt memberi kekuatan dan ketabahan buat Kak Fauziah untuk menghadapi ujian yang berat dari Allah ini.

Malam... apa lagi saya sambung berperang menyemak kertas ujian yang tak habis2 lagi ni...

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu