Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Mesyuarat E-bahan


Bermula semalam saya berulang alik bersama Pn Zainah Kebi (guru cemerlang SMK Pandan) dari BTPNP Beserah dan rumah kerana menghadiri Mesyuarat Penilaian E-bahan Form 4 Add Maths. Maka adalah teman sepanjang penjalanan sejauh 20km tu. Memang agak lama saya tak ke BTPNP ni maka saya nampak suasana banyak sudah berubah. Dulu mana ada taman, sekarang banyak taman2 yang menyejukkan mata. Lobby depan yang kemas dan menarik juga dewan makan yang cantik.




So mesyuarat ini saya bersama lebih kurang 20 guru dari daerah Kuantan menilai courseware yang telah dibangunkan itu menepati piawai KPM. Maka sehari suntuk mengadap storyboard yang disediakan sampai pinar anak mata. Anyway the coordinatornya Puan Cheng sangat sporting. Asalnya malam semalam masa taklimat, dia yang mencadangkan slot malam ditukar siang hari kerana kebanyakan cikgu2 tak tidur sini (including me). Alih2 petang tadi dia membenarkan kami pulang after evening tea break, katanya "Saya tengok cikgu2 telah bersungguh2 meneliti courseware yang diberi dan melebihi target yang ditetapkan, so cikgu2 boleh balik dan kita sambung esok..." Aduh2, apa lagi kami semua dalam bilik gerakan As-Syafie senyum sampai hujung telinga sebab boleh awal lagi.

Maka yang paling gembira saya rasa teman serumahlah sebabnya pesanan-pesanan yang ditinggalkan (seperti "petang karang jangan lupa angkat kain", "mesin basuh pusing awal sikit, nanti kena jemur lewat pulak", "baju sekolah tu kalau rajin tolong gosok sama") boleh diabaikan...

Nota : nampaknya sudah boleh upload gambar, iktibarnya sabar separuh dari iman...

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu