The next day, beli2 sayur then pulang.
Anak2 tanya, "Umi ni gambar jeep pun nak ambil"
Hah... itulah kenderaan lasak pekebun sayur di sini.
Kami pulang melalui Kg Raja - Gua Musang.
Nak cuba jalan baru. (Tapi laluan ini dah lama buka).
Kami lalui laluan berbukit bukau.
Cuma kena hati2 sebab ada beberapa tempat tu
hampir separuh jalan tanah runtuh.
Masuk sempadan Kelantan jumpa
beberapa perkampungan orang asli.
Aktiviti mereka tunggu tepi jalan jual madu dan sayur.
Permandangan bergunung ganang amat menarik.
Betapa luas alam ciptaan Allah.
Sampai di Gua Musang ada beberapa tempat
gua2 yang unik dan menarik.
Dari Gua Musang ke Felda Iring untuk laluan ke Kuala Berang.
Sepanjang perjalanan hujan agak lebat.
Jalannya berliku ada, macam roller coaster pun ada.
Tapi disebabkan kami tak tahu jalan
Allah izin tersesat sejauh 16 Km ke
Taman Negara Kuala Koh.
Maka sampailah kami ke Taman Negara Kelantan!...
Jumpa Security Guard dia kata
memang ramai orang tersesat ke sini.
Patutlah sepanjang jalan tadi tiada kenderaan,
penuh ladang kelapa sawit dan lembu2.
Bila masuk dalam kawasan Taman Negara tu
semua anak2 suspen dan takut
sebab jalan sudah jadi kecil,
hutan kiri kanan, lalu jambatan usang,
ada signboard gajah melintas dan begitu sunyi.
Tapi Walidnya cool aje, tarbiyah buat anak2.
Kata Walid, "Sesat jalan kita pusing balik
semula ke pangkal jalan."
Tapi bila sampai kawasan Taman Negara
tempat agak menarik.
Masing2 berebut nak ambil gambar pulak...
Jumpa Security Guard dia kata
memang ramai orang tersesat ke sini.
Patutlah sepanjang jalan tadi tiada kenderaan,
penuh ladang kelapa sawit dan lembu2.
Bila masuk dalam kawasan Taman Negara tu
semua anak2 suspen dan takut
sebab jalan sudah jadi kecil,
hutan kiri kanan, lalu jambatan usang,
ada signboard gajah melintas dan begitu sunyi.
Tapi Walidnya cool aje, tarbiyah buat anak2.
Kata Walid, "Sesat jalan kita pusing balik
semula ke pangkal jalan."
Tapi bila sampai kawasan Taman Negara
tempat agak menarik.
Masing2 berebut nak ambil gambar pulak...
Maka dalam hujan kami patah balik sejauh 16 km.
Alhamdulillah jumpalah lebuhraya ke Kuala Berang.
Tapi jalan ini belum diwartakan lagi
sebab itu bukan jadi laluan utama.
Kenderaan pun jarang-jarang jumpa.
Dalam hujan kami lalui Tasik Kenyir.
Tasiknya seluas mata memandang, cantik.
Memang sejuk mata memandang tapi kerana
hari hujan maka pemandangannya redup dan kelam je.
Maka perjalanan hampir 5 jam (melebihi sepatutnya)
dek sesat dan hujan. Anak2 terutama Said
bukan main lagi. Ada masa bila boring tu
jenuh kakak2nya melayan karenah adiknya.
Sampai di Kuala Berang jam 6.30 petang
terus cari makan...
Sebab sudah sampai ke Terengganu,
kami pulang ke rumah Bonda di Kuala Terengganu.
Singgah hantar sayur...
Maka tukang driver berehat setelah penat memandu
jam 10:30 malam baru pulang ke Kuantan.
Alkisahnya tamatlah A Counterclockwise Journey
kami sekeluarga bermusafir dan berrehlah
dari Kuantan - Karak - Genting - Batang Kali -
Bidor - Teluk Intan - Sabak Bernam -
Simpang Pulai - Brincang - Kg Raja -
Gua Musang - Felda Iring - Kuala Berang -
Kuala Terengganu - Kuantan.
Lengkap 5 negeri - Pahang, Perak,
Selangor, Kelantan dan Terengganu...
Penat? Ye... tapi suasana bermusafir
banyak Allah nak tarbiyah terutama
buat anak2 remaja saya yang baru
nak mengenal erti cabaran dan dugaan
dalam dakwah dan tarbiyah...
banyak Allah nak tarbiyah terutama
buat anak2 remaja saya yang baru
nak mengenal erti cabaran dan dugaan
dalam dakwah dan tarbiyah...
0 comments:
Post a Comment